ENTE SEBAGAIMANA GUE KATAKAN HARUS JUJUR MENGAKUI KEBENARAN ISLAM ttg BABI ...
paksi.net, 28/08/07 -
Paus Shenouda III, pimpinan Gereja Ortodok Kristian Koptik di Mesir, menyeru agar umat Kristian Koptik tidak makan daging babi dengan alasan kesihatan.
Seruan itu disampaikan Paus dalam misa mingguan di hadapan para jamaahnya. "Meski Alkitab tidak melarang daging babi, daging jenis haiwan ini menyebabkan pelbagai penyakit, " ujarnya.
Menurut Paus Shenouda III, kaedah memasak daging babi harus benar-benar matang dan sebelum dijual harus melalui pemeriksaan kesihatan kerana babi gemar makan makanan yang kotor.
Para ilmuwan juga mengakui bahawa daging babi adalah sumber kepada lebih 70 jenis penyakit. Ini kerana babi dikenal sebagai haiwan yang jijik, pemakan segala daging mahupun tumbuhan. Berbeza dengan kebiasaan makan lembu atau kambing yang hanya makan tumbuhan.
Orang yang biasa makan babi, akan terkena pelbagai jenis penyakit cacingan yang boleh menyerang otak, jantung dan hati, bahkan boleh menyebabkan buta. Itulah sebabnya, ajaran Islam bahkan mengharamkan daging babi.
Seruan Paus Shenouda III agar umat Kristian tidak makan babi, mendapat dukungan dari Uskup Maximous yang memisahkan diri dari Gereja Ortodok dan mendirikan Gereja Kristen Ortodok sendiri di wilayah Al-Mokkam, Kaherah.
"Saya sangat setuju dengan nasihat Paus Shenouda. Saya sendiri tidak akan daging babi, meski tidak dilarang dalam Alkitab, kerana daging babi membahayakan kesihatan, " katanya.
Namun para pemuka Kristian yang lain, terutama kalangan Kristian Anglikan dan Katolik mengecam seruan Paus Shenouda.
"Pandangan-pandangan Shenouda tentang apa yang harus dimakan dan tidak boleh dimakan umat Kristian membawa kembali umat Kristian ke era Judaisme, " kata Refaat Fekri, pastor Gereja Anglikan di Shubra, sebelah utara Kaherah.
Menurutnya, Jesus tidak melarang sebarang makanan dan ajaran Kristian memberikan kebebasan bagi para penganutnya untuk memilih apa yang ingin dimakannya. Tidak ada seorang pun yang berhak untuk melarang atau mengizinkan jenis makanan tertentu buat umat Kristian.
Pendapat Pastor Fekri didukung oleh jurucakap Gereja Katolik Mesir, Pendeta Rafiq Gresh. "Paus Shenouda tidak boleh menetapkan menu untuk penganut Kristian. Gereja Katolik tidak melarang makanan atau minuman tertentu, termasuk alkohol. Keputusan untuk itu ada ditangan umat Kristian sendiri, " ujarnya.
http://www.paksi.net/modules/berita_dun ... toryid=275
kacian dech .....ANGLIKAN mana sudi ninggalin BABI .... apalagi katolik di eropa....