[ask]"Tidak Ada Paksaan dalam Agama Islam"
http://www.indonesia.faithfreedom.org/f ... sc&start=0
BANG jjjj wrote: Tidak ada ayat dalam Quran yang menyuruh untuk membunuh hanya karena mereka keluar dari Islam. Ini adalah hak asasi setiap individu.
Silahkan berikan ayatnya jika saya salah.
Pembunuhan dalam Quran dibolehkan dengan syarat2 tertentu tapi bukan untuk murtad. Contohnya: jika diperangi atau untuk membela kaum tertindas.
Memang, dibeberapa daerah (afganistan, dll) ada yang menerapkan hukum mati untuk seseorang yang murtad, tapi perlu diingat ini tidaklah bersumber dari Quran.
Salam,
MARI KITA PELAJARI ISLAM DGN SUNGGUH2,JGN SETENGAH2
**SAYA HARAP ANDA BUKAnLAH PENGANUT QURAN ONLY ALIAS MUSLIM INGKAR SUNNAH
***
:)
SILAhkan simak penjelasan HUKUMAN MATI murtad dari muslim dibawah ini
siapkan ALquran juga kitab hadits anda {kalau anda punya koleksi kitab hdadits}
:)
http://www.zaharuddin.net/index.php?opt ... &Itemid=91
- Diskusi Hukuman Jenayah Murtad
Oleh : Ust. Hj Zaharuddin Bin Ab. Rahman
Web site : http://www.zaharuddin.net
Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya.
Penulisan ini akan menyentuh beberapa aspek :
1. Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan hukuman murtad.
2. Hadith sandaran hukuman Murtad.
3. Adakah ‘Istitab' (memberi tempoh dan menasihati si murtad agar tawbat) suatu kewajiban ?
4. Adakah hukuman wanita murtad sama seperti lelaki?.
5. Hukuman murtad boleh di tangguh kerana maslahat?
6. Hukuman Murtad tidak terpakai kerana sabit dengan hadith Ahad?.
Semua aspek akan disentuh secara ringkas, dan hanya akan mengambil isi perbincangan sahaja. Dalil-dalil setiap mazhab sukar untuk disertakan akibat panjang, lalu bolehlah bagi mereka yang berminat merujuk nama-nama kitab rujukan yang disenaraikan bagi penulisan ringkas ini.
AYAT-AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN HUKUMAN MURTAD.
(16:106).
Selain itu, Allah juga menegaskan :
( A-l-Baqarah : 217).
Allah juga menyatakan : " Bagaimana Allah akan menunjuki suatu kaum yang kafir
sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahwa
Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul dan keterangan-
keteranganpun telah datang kepada mereka? Allah tidak
menunjuki orang-orang yang zalim."....(Ali Imran :86).
,(Ali Imran :88).
"Sesungguhnya orang yang kafir sesudah beriman, kemudian
bertambah-tambah kekafirannya, sekali-kali tidak akan
diterima taubatnya dan mereka itulah orang-orang yang
sesat"....( Ali Imran :90).
Walaupun di dalam al-Quran tidak memperincikan bentuk hukuman Murtad selain menyebut balasan akhiratnya tanpa menyebut hukuman dunia yang khusus. Ia bukanlah suatu perkara yang pelik kerana solat dan tatacaranya juga tidak didetailkan, maka di sinilah wujudnya Rasulullah SAW sebagai pencerah, penjelas dan perincian terhadap bentuk solat, maka demikianlah juga bentuk hukuman dalam hal bagi individu yang Murtad. Kumpulan anti Hadith dan penyokongnya kerap berhujjah bahawa hukuman murtad tiada di dalam al-quran, padahal mereka lupa, Allah SWT memerintahkan kita agar mentaati Rasul dan mengikutinya.
Malah terdapat juga ayat al-Quran yang menyebutkan hukuman murtad seperti :-
قُلْ للذينَ كفروا إن ينتَهُوا يُغفَرْ لهم ما قد سلَفَ وإن يَعودُوا فقدْ مضتْ سنَّةُ الأولينَ. وقاتِلُوهمْ حتى لا تكونَ فتنةٌ ويكونَ الدينُ كلُّه لله
Ertinya : Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : " Jika mereka berhenti dari kekafirannya, nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lampau, dan jika mereka kembali lagi kafir (murtad) sesungguhnya akan berlaku sunnah Allah terhadap sebagaimana orang-orang terdahulu; Perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu untuk Allah semata-mata " ( Al-Anfaal : 38-39 )
Imam An-Naisaburi mengatakan sebahagian ulama berkata ayat ini sebenarnya menyatakan hukuman bagi orang murtad. Ini adalah kerana ayat ini pastinya ditujukan bagi umat Islam agar mereka tidak keluar dari Islam. Jika tidak, maka ayat ini seolah ditujukan kepada orang kafir, maka Allah tidak akan menujukan hukum-hukum syariah kepada orang kafir. Ia juga merupakan pandangan Imam Ibn Juraij.
HADITH UTAMA SANDARAN HUKUMAN MURTAD
Hadith yang berkenaan hukuman Murtad datang dalam pelbagai lafaz. Hadith-hadith ini didatangkan dari beberapa orang sahabat utama seperti Sayyidina Uthman Affan ra, Sayyidina Ali kw, 'Aisyah, Ibn Abbas, Ibn Mas'ud, Abu Musa as-Sya'ary, Muadz bin Jabal, Anas Bin Malik, Abu Hurairah radhiyallahuanhum ajma'in.
Lafadz hadith dari para sahabat di atas berbeza serba sedikit dari sudut lafaznya tetapi sama dari sudut maknanya. Antara yang paling jelas adalah :-
1) Nabi SAW bersabda :
من بدل دينه فاقتلوه
Ertinya: Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya" ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282)
2) Sabda Nabi Muhammad SAW juga :
" لا يحل دم امرئ مسلم يشهد أن لا إله إلا الله، وأني رسول الله إلا بإحدى ثلاث: النفس بالنفس، والثيب الزاني، والتارك لدينه، المفارق للجماعة" (رواه الجماعة)
Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan Aku sebagai Rasulullah kecuali ia melakukan mana-mana salah satu dari tiga perkara iaitu membunuh nyawa, janda yang berzina yang (penzina muhson) dan orang memisahkan dirinya dari agamanya lalu meninggalkan jemaah" ( Al-Bukhari, 6/2521 ;Muslim 3/1032 ; Abu Daud, Tirmizi, Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim, Al-Baihaqi dan lain-lain )
Dalam riwayat lain dari UThman bin Affan ra :
"..... رجل كفر بعد إسلامه، أو زنى بعد إحصانه، أو قتل نفسًا بغير نفس" (رواه الترمذي وحسنه والنسائي وابن ماجة، وقد صح هذا المعنى من رواية ابن عباس أيضًا وأبي هريرة وأنس)،
Ertinya : " Tidak halal darah Muslim yang bersaksi Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku sebagai Rasulullah kecuali seorang lelaki yang kufur (murtad) selepas Islamnya, atau berzina selepas berkahwin atau membunuh seseorang" ( Riwayat At-Tirmidzi : At-tirmizi : hasan)
Imam Ibn Rejab al-Hanbali pula ketika mensyarahkan hadith ini telah berkata : " Hukuman bunuh bagi setiap satu dari kesalahan ini adalah disepakati oleh ulama Islam seluruhnya" ( Jami' al-‘Ulum wal Hikam, dgn tahqiq Syeikh Syuaib, cet ar-Risalah)
Banyak lagi hadith terutamanya dan ayat al-quran yang menyebutkan hukuman bagi jenayah murtad, bagaimanapun penulis hanya mengambil satu sahaja atas sebab tidak ingin memanjangkan penulisan.
Hukuman yang diistinbad (dikeluarkan) dari hadith di atas:
1. Ijma' ulama' dari mazhab yang lapan (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Mazhab Zohiri, Mazhab Syiah Zaidiyah, Mazhab Syiah Imamiah dan Mazhab Ibadiyah) dalam perihal membunuh si murtad.
(Sila lihat Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, cet Dar Ibn Hazm, tahqiq oleh Majid al-Hamwi 4/1764; 'A'lam al-muwaqqi'ien, Ibnu Qayyim jld 5, ms 42; al-Majmu' 21/43, at-Tasyri' al-Jinaie al-Islami, Abd Qadir Audah, Al-Fiqh al-Islami, Dari Wahbah az-Zuhayli, Al-'Uqubah, Syeikh Abu Zuhrah, hlm 172)
Dari Yusof al-Qaradhawi mengatakan bahawa telah ijma' fuqaha' Islam bahawa hukuman bagi murtad adalah bunuh selepas Istitab. Perkara ini telah disahkan oleh Al-Allamah Imam Ibn Rejab al-Hanbali (w 795 H) di dalam kitabnya Jami' al-'Ulum wa al-Hikam (Syarh Hadith ke 14, cet al-Maktabah al-'Asriyah, hlm 134). Imam Muhd Abu Zuhrah (cendikiawan Islam terhebat di zamannya, w 1972 m) juga mengesahkan kesepakatan ulama' ini. (Lihat Al-uqubah, hlm 172)
Perihal menjatuhkan hukuman bunuh terhadap murtad ini juga telah dilaksanakan di zaman sahabat (selain Abu Bakar) oleh Mua'dz Jabal ra, Sayyidina Ali kw, (Rujuk Shohih Bukhari dengan syarah, Fath Bari, hadith no 6923) oleh Ibn Mas'ud setelah ditanya kepada Sayyidina Umar ra. (Rujuk Musannaf Abd Razak, 10/168, athar no 18707) . Lihat selanjutnya selepas ini.