Anta menjadi muslim tentulah tidak bermodalkan Koran saja. Tentulah anta butuh guru ugama, alim ulamak. Nah:suanabdullah wrote:Salamun alaikum salam sejahtera kepada semua pembaca dan juga orang yang menghatar ayat Islam Versi Candra Mukti Termasuk Golongan Mana? Bagi saya apa nak di heran kan kerana alim ulamak dan juga penchipta hadith serta oranag yang bermhazab mahzab dan berlainan tarikat pun lebih kurang jer dengan Candra mukti kerana telah memecah belahkan umat islam yang asalnya hanya berada di satu jalan iaitu siratal musatakin. Apalah yang disajung sangat orang yang telah memecah belah kan ugama islam yang dibawa oleh rasulullah into fraction and decimel, dan telah menghachur kan perpaduan ummah diatas perbuatanya. Tapi disebab kan butanya hati mansuia mereka semua menggapa iman mahazab mereka lebih dari rasulullah sendiri hingga kata kata rasulullah dengan lidah nya menzahirkan firman Allah di cerukan dalam masjid dan karangan manusia dinaik taraf kan status nya menjadi penentu ayat Allah maka orang seperti ini disanjung dan kitab nya menjadi mashur dan menjadi golongan kepada sebuah bangsa dan negara. Bila sebut nya Malayasia orang akan terus mengata ohhhh umat islam di malaysia mereka semua pengikut golongan shafiee, ini lah yang dikata lembu punya susu sapi dapat nama.
Jika memang anta tidak bermazhab sementara guru ugama anta atau alim ualamak anta itu bermazhab, di mana perbedaan inti ajarannya?
Anta sendiri tahu bahwa adanya mazhab sunni dan syiah tidak sekedar beda stempel nama saja, tapi beda inti ajaran. Masing2 pihak mengklaim merekalah islam sesungguhnya atau tiada mazhab sebab satu ajaran inti, di luar itu adalah salah/sesat.
Bila ada lebih sikit, hebattttttt, dia melebihi para rasul yang diagaung kan manusia tapi satu pun tada dalam al quran ayat allah mengatakan yang umat islam harus bermhazab atau harus ikut shafiie atau mana mana imam sekali pun, tidak ada. Jadi kalau dengan tak ikut mahzab saya masuk neraka saya rela namun nak paksa saya ikut mahzab yang saya pun tak kenal, tuhan pun tak suruh nabi pun tak pesan jagan harap.
1. apakah guru ugama atau alim ualamak anta itu tidak tergolong ke salah satu mazhab?
2. apakah gurunya guru ugama anta itu atau alim ulamaknya alim ulamak anta itu tidak tergolong ke salah satu mazhab?
Untuk perihal apakah Muhammad seorang buta huruf/tidak bisa baca tulis dapat disimak di RC: http://indonesia.faithfreedom.org/forum ... ruf-t10488.suanabdullah wrote:Mereka yang bergelar imam imam popular ini menggangap nabi ni buta huruf dan tak pandai mebaca dan menulis jadi mereka lah pengganti nabi tanpa ajaran mereka dan mahzab mahzab yang mereka cipta orang ramai juga akan menjadi seperti nabi buta huruf dan tak boleh faham al quran dan akibatnya umat islam yang disatu kan oleh nabi menjadi umat islam yang berpecah belah atas nama mahazab mereka ini, dan ini lah sebenar nya makhluk yang difriman kan Allah yang tak berhukum tak berutus dan tak berurus dengan rasulullah tetapi dengan berhukum berurus dan berutus dengan mahzab mereka dan nafsu iblis yang diserap didalam hati mereka maka jadilah orang yang bermahzab ini orang yang engkar seperti golongan musyrik, munafik dan fasik dengan amalan mereka islam dimata manusia tapi lahkhanat disisi Allah dan rasul nya.
Makna perkataan al-Qur'an ummiy telah dikelirukan oleh para ulama palsu Islam zaman dahulu senhingga lah sekarang.. Mereka mengertikan kalimat tersebut kepada buta huruf. Lalu Nabi Muhammad, "Nabi yang ummiy" (7:157-158), dikatakannya tidak pandai membaca dan menulis. Ajaran mereka diterima tanpa ragu oleh hampir seluruh umat Islam sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini.
Sebenarnya, ajaran itu palsu. Kepalsuannya dapat didedahkan dengan menggunakan sumber rujukan utama bagi bahasa Arab iaitu kitab al-Qur'an. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat ummiy akan membuktikan bahawa ajaran mereka bukan sahaja palsu tetapi berbau fitnah yang amat besar dalam Islam. Antara ayat yang dimaksudkan berbunyi:
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy seorang rasul di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2).
Ummiy
Kaum yang ummiy yang disebut di dalam ayat itu adalah kaum Arab. Orang-orang Arab pada zaman Nabi Muhammad difahamkan berada di tahap tinggi dalam kesusasteraan dengan karya-karya sastera yang bermutu dipamer dan digantung di Kaaba. Tentu itu tidak menggambarkan orang Arab jahiliah ketika itu berada dalam keadaan buta huruf. Mereka dikatakan jahililiah hanya dalam kepercayaan bukan dalam pelbagai bidang lain.
Kalimat ummiy, menurut al-Qur'an, bermaksud orang-orang yang tidak, atau belum, diberi sebarang Kitab oleh Allah. Ia juga bermaksud kaum Arab seperti yang telah disebut.
Kaum Yahudi pula telah diberi tiga buah Kitab melalui beberapa orang Nabi mereka. Mereka dipanggil ahli Kitab. Tetapi jiran mereka, orang-orang Arab, belum diberi sebarang Kitab pun sebelum al-Qur'an diturunkan kepada Nabi Muhammad. Lantaran, orang-orang Arab dikatakan ummiy sebab belum menerima Kitab Allah.
Untuk menjelaskan lagi dipetik sebuah ayat yang menunjukkan dengan jelas perbezaan antara ahli Kitab (orang yang telah diberi Kitab) dengan kaum ummiy (yang belum diberi Kitab) atau buta Kitab. Firman-Nya:
"Dan daripada ahli Kitab ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu timbunan, dia akan mengembalikannya kepada kamu; dan antara mereka ada yang, jika kamu mempercayakan dengan satu dinar, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kamu selalu berdiri di atas (menagih) dia. Itu adalah kerana mereka berkata, 'Tidak ada jalan atas kami terhadap orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab, iaitu orang Arab).' Mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:75)
Ayat di atas menunjukkan keengganan sesetengah orang Yahudi (ahli Kitab) untuk mengembalikan "hutang" kepada orang Arab, yang ummiy (yang tidak diberi Kitab, atau buta Kitab), atas sebab "tidak ada jalan" bagi mereka terhadap orang ummiy. Sikap macam itu seakan sama dengan apa yang disemat di iman sesetengah orang Islam terhadap orang yang mereka anggap kafir pada hari ini.
Satu lagi ayat al-Qur'an dipetik untuk memantapkan lagi hujah dalam menunjukkan perbezaan tersebut, berbunyi:
"Dan katakanlah kepada orang-orang yang diberi al-Kitab, dan orang-orang ummiy (yang tidak diberi Kitab), 'Sudahkah kamu tunduk patuh?'" (3:20)
Maka jelaslah iaitu kalimat ummiy tidak bermakna buta huruf, lantas, Nabi Muhammad bukanlah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis. (Sila rujuk Kalimat ummiy di dalam al-Qur'an.)
Membaca
Selanjutnya, terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang mengisahkan Nabi disuruh oleh Allah supaya membaca ayat-ayat-Nya kepada orang-orang yang berada di kelilingnya. Itu menunjukkan Nabi pandai membaca. Antara ayat yang dimaksudkan adalah enam yang berikut:
"Dan kamu (Muhammad) bacakanlah kepada mereka cerita dua orang anak Adam dengan sebenarnya ...." (5:27)
"Katakanlah, 'Marilah, aku (Muhammad) akan membacakan apa yang Pemelihara kamu mengharamkan kamu ....'" (6:151)
"Demikianlah Kami mengutus kamu (Muhammad) kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk membacakan mereka apa yang Kami mewahyukan kamu ...." (13:30)
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami membahagi-bahagikan, untuk kamu (Muhammad) membacakannya kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami menurunkannya dengan satu penurunan." (17:106)
"Aku (Muhammad) hanya diperintah untuk menyembah Pemelihara tanah ini, yang Dia menjadikannya suci; kepunyaan-Nya segala sesuatu. Dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang yang muslim, dan untuk membaca al-Qur'an ...." (27:91-92)
"Wahai ahli Rumah, Allah hanya menghendaki untuk menghilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk membersihkan kamu, sebersih-bersihnya. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah ...." (33:33-34). Di sini, Nabi didapati membacakan ayat-ayat Allah kepada isteri-isterinya di rumah-rumah mereka.
Malahan, rasul-rasul Allah yang lain didapati pandai membaca kerana mereka ditugaskan untuk membaca ayat-ayat-Nya kepada manusia. Tugas itu adalah juga tugas Nabi Muhammad. Dua ayat yang berikut menjelaskannya:
"Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, 'Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?' Mereka berkata, 'Ia, benar ....'" (39:71)
"Dia yang membangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang rasul (Muhammad) di kalangan mereka untuk membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka," (62:2)
Tambahan pula, adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa seorang Nabi pilihan-Nya tidak tahu membaca walhal Dia menyuruhnya dan manusia lain supaya mengamalkan tabiat membaca, seperti firman-Nya - "Bacalah dengan nama Pemelihara kamu yang mencipta," (96:1)
Menulis
Bukan sahaja didapati, di dalam al-Qur'an, yang Nabi pandai membaca, malah, baginda juga didapati pandai menulis. Kebenaran itu telah diakui sendiri oleh orang-orang yang tidak percaya yang tinggal bersamanya. Firman-Nya:
"Mereka berkata, 'Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia menulisnya, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang.'" (25:5)
Terjemahan ayat tersebut telah menimbulkan keraguan sesetengah pihak. Betulkah ayat itu diterjemahkan? Untuk mengikis keraguan, pertama, dikemukakan sebuah tafsir kepada ayat yang sama, oleh Prof. Dr. Hj. Mahmud Yunus (Tafsir Quran Karim, cetakan ke-19, 1979, halaman 525) yang berbunyi:
"Mereka berkata: (Qur'an ini) kabar-kabar dongeng orang-orang dahulu kala, yang dituliskan oleh Muhammad dan dibacakan (didiktekan) orang kepadanya pagi-pagi dan petang." (25:5)
Kedua, kalimat yang diterjemahkan kepada "menulisnya" ialah iktataba. Kalimat itu penting kerana, difahamkan, mempunyai pengertian "menulis nota terutamanya apabila orang kedua sedang mengimlakkan."
Dan akhir sekali, terdapat sebuah lagi ayat yang bukan sahaja menyokong ayat 25:5 tadi bahkan mampu untuk menghapuskan sama sekali keraguan terhadap Nabi yang dikatakan kini pandai membaca dan menulis, termasuk membaca dan menulis Kitab. Firman-Nya:
"Tidaklah sebelum ini kamu (Muhammad) membaca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang mengikuti yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)
Ia menegaskan, Nabi tidak pernah membaca dan menulis sebarang Kitab sebelum menerima al-Qur'an. Bermaksud, selepas menerima al-Qur'an baginda telah membaca, dan menulis Kitab dengan tangan kanannya.
Seterusnya, ayat itu tidak menunjukkan pula bahawa baginda tidak pernah membaca dan menulis sesuatu yang selain daripada Kitab sebelum menerima al-Qur'an (misalan, membaca dan menulis apa yang diperlukan dalam urusan perdagangannya).
Kalau hanya sekedar mendebat apakah Muhammad seorang tidak mampu baca/tulis adalah tidak esensial. Nah, cobalah anta jawab pertanyaan ana ini:
1. Sejak kapan alim ulamak percaya bahwa Muhammad dapat baca tulis bahasa arab?
2. Jika Muhammad dapat baca tulis arab, apakah dengan demikian menjadi landasan kokoh bahwa Koran diturunkan oleh Olloh padanya? atau sebaliknya.
LP2
Be It unto Me (Maria - 2.000 thn yg lalu)