Mullah Malaysia : Murtad WAJIB dibunuh

a/l ttg hak2 kaum dhimmi, kafir, minoritas non-Muslim, murtadin, musryikun dlm Islam.
Post Reply
User avatar
murtad mama
Posts: 3972
Joined: Tue Feb 06, 2007 7:16 pm
Location: Jl veteran 48 Kota Bekasi 17141 Jawa Barat <==== Alamat VOA-Islam :) :) :)
Contact:

Mullah Malaysia : Murtad WAJIB dibunuh

Post by murtad mama »

HUKUM MURTAD: APAKAH RELEVAN DENGAN PRINSIP KEBEBASAN BERAGAMA?
Abu Mishkat

Isu berkenaan hukuman ke atas orang murtad adalah antara isu-isu yang dipolemikkan tanpa kesudahan sejak era pemodenan pasca-kolonialisme dalam dunia umat Islam. Serangan pemikiran oleh orientalis untuk menghilangkan keyakinan umat Islam terhadap hukum-hakam agamanya sendiri nampaknya membuahkan hasil apabila kembalinya ahli-ahli akademik, penulis, pemikir dan pemimpin negara umat Islam yang menuntut di madrasah orientalisme sama ada di Barat ataupun di negara mereka sendiri melalui bahan-bahan pembacaan yang berunsur pemikiran Barat. Sebelum era tersebut, hukuman murtad tidak pernah dipolemikkan dari aspek ke`sah'annya sebagai salah satu hukum Islam untuk membendung jenayah ke atas agama.

Namun pada hari ini, telah muncul anak-anak umat Islam sendiri yang maha berani mengatakan hukum murtad tiada dalam al-Quran, maka ia bukanlah hukum Islam yang sebenar, seterusnya menuduh dan menfitnah para ulama besar Islam sebagai mereka cipta hadis-hadis berkenaan hukum murtad demi kepentingan peribadi.

Nampaknya metodologi pengkajian orientalis terhadap Islam yang bersifat kontang dan kering daripada ruh (semangat) ukhuwwah Islamiah, berbaik sangka sesama saudara seagama, memohon keampunan atas kesilapan mereka yang telah pergi, telah meresap dan mendarah daging dalam tubuh anak-anak yang maha berani itu. Lalu, untuk menegakkan hujah mereka yang mendakwa hukum murtad tiada dalam Islam, mereka telah mengetepikan prinsip ukhuwwah Islamiah, berbaik sangka dan mendoakan kebaikan untuk para ulama terdahulu yang menjadi jambatan yang menghubungkan Islam bawaan Nabi s.a.w. dahulu dengan generasi kita hari ini.

Maka para ulama terdahulu telah difitnah oleh cucu-cicit mereka sendiri dengan sebegitu zalim. :lol: Sungguh besar kezaliman menfitnah ulama yang telah pergi menghadap Allah s.w.t., maka tiada lagi peluang untuk mereka menjawab fitnah dan membersihkan diri daripada tohmahan.

Antara anak-anak umat Islam di Malaysia yang terlibat dengan jenayah menfitnah ulama terdahulu, seperti mana yang diperkenalkan kepada kita ialah kolumnis Mingguan Malaysia (Astora Jabat), yang menulis `Imam Al-Auza'I reka hadis murtad' (Mingguan Malaysia, 21/3/99) dan para pengikutnya yang antara lain memperkenalkan dirinya sebagai Ab. Jalil Aboo Backer dari Universiti Malaya, yang pernah menulis satu rencana bertajuk `Murtad hukum bunuh tiada dalam al-Quran' (Utusan Malaysia, 4/9/99).

Hakikatnya, kelemahan para pengkaji Islam untuk mengesan rasional hukum murtad dan pertentangan -yang dilihat secara zahirnya- dengan prinsip kebebasan beragama, telah memesongkan mereka ke jalan penyelesaian yang mudah, iaitu dengan menfitnah ulama yang memikul amanah ilmu Islam (khususnya hadis) daripada Nabi s.a.w. kerana menyangka ulama terdahulu seperti diri mereka, yang sangat mudah terpesona dengan habuan dunia yang dijanjikan sebagai ganjaran atas `pandangan agama' yang menepati cita rasa pihak pemerintah.

Tidak dapat dinafikan bahawa hukuman bunuh ke atas si murtad tidak disebut secara jelas dalam al-Quran, tetapi jangan lupa bahawa larangan membunuh si murtad juga tidak disebut langsung dalam kitab Allah itu. Kesedaran terhadap hal ini amat perlu supaya kita tidak mudah membuat keputusan mengatakan hadis-hadis murtad itu bercanggah dengan ajaran al-Quran.

Di manakah percanggahannya jika hadis hanya menyebutkan sesuatu hukum yang tidak disebutkan dan ianya tidak pula dilarang oleh al-Quran. Bukankah peranan hadis itu sebagai pelengkap dan penghurai kepada al-Quran? Dan jangan tidak tahu atau jahil bahawa hadis sahih itu kadang-kadang berdiri sendiri sebagai sumber hukum Islam yang tidak pernah disebutkan dalam al-Quran. Lihat tentang prinsip ini dalam Dr. Muhd Ibrahim al-Hafnawi, Dirasat Usuliyyah fi al-Sunnah al-Nabawiyyah, Dar al-Wafa, Kaherah, 1991, m.s. 29 - 41. Prinsip yang disebutkan ini bukanlah hasil reka cipta ulama, bahkan berdasarkan ayat-ayat al-Quran (iaitu jaminan Allah) itu sendiri seperti Ali `Imran: 31 & 132, al-Nisa': 65 & 80, al-Nahl: 44, al-Nur: 63, al-Ahzab: 36, al-Hujurat: 1, al-Najm: 3 & 4 dan al-Hasyr: 7. (Para pembaca perlu merujuk sendiri al-Quran kerana terjemahannya di sini akan mengambil ruang yang banyak).

Di dalam beberapa ayat al-Quran Allah s.w.t. mengecam sekeras-kerasnya orang-orang yang murtad. Antaranya:

Ayat 217 Surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya, lalu ia mati dalam kekufuran itu, maka terhapuslah segala pahala amalan mereka itu di dunia dan akhirat, dan mereka itu adalah para penghuni neraka secara kekal di dalamnya.

Ayat 137 Surah al-Nisa' bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian kafir, kemudian beriman semula, kemudian kafir lagi, serta bertambah-tambah lagi kekufuran mereka selepas itu, Allah tidak akan mengampunkan mereka dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar.

Ayat 21 Surah al-Maidah yang bermaksud: Dan janganlah kamu berpaling tadah (murtad) ke belakang maka kamu akan rugi serugi-ruginya.

Ayat 54 Surah al-Maidah yang bermaksud: Sesiapa yang murtad di kalangan kamu daripada agamanya maka sesungguhnya Allah akan gantikan mereka itu dengan satu kaum yang benar-benar dikasihi Allah dan mereka juga mengasihi-Nya…..

Ayat 25 Surah Muhammad bermaksud: Sesungguhnya orang-orang yang murtad (berpaling tadah) ke belakang selepas ternyata hidayat kepada mereka, sebenarnya syaitanlah yang telah menipu mereka…
Ayat-ayat di atas memang tidak menyebutkan sebarang hukuman dunia ke atas orang murtad melainkan ancaman untuk ditukarkan dengan kaum yang lain seperti dalam al-Maidah: 54 dan tidak akan menunjukkan jalan yang benar seperti dalam al-Nisa': 137 itu. Namun hukuman akhirat yang disebutkan amatlah keras dan dahsyat sekali sehingga terhapus segala amal kebaikan yang pernah dilakukan sebelum murtad dan akan kekal di dalam neraka.

Jika seorang ketua keluarga bertanggungjawab menjaga ahli keluarganya daripada azab neraka seperti yang diperintahkan dalam ayat 6 Surah al-Tahrim (…peliharalah diri dan ahli keluarga kamu daripada neraka…), apakah seorang ketua negara atau kaum itu tidak dipertanggungjawabkan untuk memelihara rakyatnya daripada azab neraka kekal yang telah pasti bagi yang murtad?!

Hamba Allah yang berfikiran waras sudah tentu mengatakan memang ketua atau pemimpin rakyat itu bertanggungjawab. Hadis Nabi s.a.w. yang terkenal: Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin itu akan dipersoalkan akan pimpinannya.

Jika demikianlah keadaannya, apakah dipandang tidak wajar bagi seseorang pemimpin itu mengamalkan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang sahih tentang hukuman ke atas si murtad bagi melaksanakan amanahnya sebagai pemimpin umat, yang ada antaranya kadang-kadang sengaja menjerumuskan dirinya ke lembah neraka yang kekal dengan melakukan jenayah murtad. Pemimpin yang membiarkan rakyatnya mencampakkan diri ke lembah neraka sudah pasti tidak terlepas daripada tanggungjawab dan memang pasti dipersoalkan berdasarkan hadis di atas.

Untuk menyelamatkan diri dari azab Allah, para pemimpin wajib membendung masalah murtad dengan jalan penyelesaian yang telah ditunjukkan oleh Islam, iaitu memperkanunkan akta jenayah murtad.

Manakala hadis-hadis berkenaan hukum murtad adalah sahih pada darjatnya yang tertinggi (riwayat al-Bukhari dan Muslim dll). Antaranya:

Daripada `Ikrimah bahawa orang-orang zindiq dibawa kepada Ali bin Abi Talib lalu beliau hendak membakar zindiq itu, tetapi Ibn `Abbas melarangnya kerana mendengar Nabi s.a.w. pernah melarang menyiksa dengan api, lalu Ibn `Abbas menasihatinya supaya beramal dengan sabda Nabi s.a.w.: Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia. - (Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini juga berasal dari Bahz bin Hakim dan `Aisyah mengikut riwayat al-Tabrani.

Daripada Ibn Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab: berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad). - (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll)

Hadis ini juga berasal daripada `Uthman bin `Affan dalam riwayat Imam al-Shafi`e, Ahmad, al-Turmuzi, Ibn Majah dan al-Hakim melalui Abu Umamah bin Sahl.

Lihat tentang takhrij (mengeluar dan menganalisa) kedua-dua hadis ini dan beberapa hadis lain yang membawa makna sama dalam Ibn Hajar al-`Asqalani, Talkhis al-Habir (Kitab al-Riddah), al-Hafiz al-Haythami, Majma` al-Zawaid (Bab Orang Yang Kafir Selepas Islam) dan al-Hafiz al-Zayla`ie, Nasbu al-Rayah (Bab Ahkam al-Murtaddin).

Namun, apakah orang-orang seperti Astora Jabat dan Ab. Jalil Aboo Backer itu bersetuju bahawa hadis-hadis murtad itu adalah sahih dan sabit daripada Nabi s.a.w.? Inilah persoalannya.

Mari kita bahaskan pemikiran serong mereka satu persatu. Pihak-pihak lain yang juga berfikiran seperti mereka pun boleh menyertai perbahasan ini. Biar mereka sama-sama tumbang dengan sikap jahil sombong mereka di hadapan hakikat kebenaran Islam yang tidak pernah berubah. Apakah mereka menyangka mereka adalah penyelamat umat yang -konon- selama ini tersasar kerana mengatakan hukum murtad itu sebagai hukum agama mereka? Umat yang selama ini terdiri dari kalangan para Sahabat, Tabi`in, Tabi' al-Tabi`in dan pengikut mereka sehingga akhir zaman yang telah sepakat mengatakan hukuman ke atas si murtad yang telah sabit salahnya dan tidak mahu bertaubat ialah bunuh. Apakah mereka semua selama ini telah sesat, lalu muncul Astora, Ab. Jalil serta beberapa konconya sebagai penyelamat?!

Astora mendakwa bahawa hadis murtad tidak wujud di zaman Nabi s.a.w. dan Sahabat. Baginya, yang mentaqlid buta pemikiran sekularis Mesir itu, hadis murtad hanya muncul setelah direka cipta oleh Imam al-Awza`ie (88 - 157H = 707 - 774M) yang kononnya telah diperalatkan oleh Khalifah Umawiyah, Hisyam bin Abdul Malik untuk menghalalkan darah musuh politiknya. (Mingguan Malaysia, 14/3/99).

Apakah benar al-Awza`ie seorang ulama pengampu yang sebegitu mudah diperalatkan seperti para pengampu hari ini? Astora menfitnah al-Awza`ie yang sudah tentu tidak mampu menjawab kerana sedang berada di alam barzakh hampir seribu tiga ratus tahun lalu. Tuduhan dan fitnah Astora terhadap Imam al-Awza`ie itu tidak bersumberkan selain daripada sebuah buku kecil (5"x 6", 106 muka surat) berwarna merah (yang saya miliki) yang dijual di tepi-tepi jalan Kaherah hasil tulisan seorang sekularis bernama Dr. Ahmad Subhi Mansour, yang disifatkan Astora sebagai seorang `sarjana al-Azhar'. (Ini pun hanyalah kenyataan berhelah Astora supaya para pembaca percaya Dr. Mansour itu sebagai lulusan dan mendapat ijazah kedoktoran daripada al-Azhar, lalu seolah-olah idea sekularisme yang menentang penglibatan Islam dalam politik Mesir itu sebagai idea al-Azhar, konon.)

Itu sahaja sumber Astora untuk menghebohkan kepada seluruh pembaca di Malaysia bahawa kononnya Imam al-Awza`ie itulah yang mula-mula mencipta hadis murtad. Sebenarnya Astora langsung tidak membuat kajian untuk mengetahui hakikat kebenaran hadis-hadis murtad itu. Sekali Astora ketemu buku kaki lima yang sesuai dengan cita rasanya, terus dicedok isi buku itu bulat-bulat tanpa menapis sedikitpun. Jadi kerjanya tidaklah susah, tidak perlu memerah otak, cuma terjemahkan sahaja mana-mana perenggan buku picisan arab itu ke Bahasa Melayu dan siarkan dalam Mingguan Malaysia.

Imam al-Awza`ie sebenarnya adalah seorang yang warak, zuhud dan amat luas ilmunya. Beliau juga adalah seorang ulama yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyat di negerinya Syam. Pembelaan demi pembelaan terhadap nasib rakyat dilakukan secara berani dan berterus-terang di hadapan pemerintah. Antaranya, menulis surat kepada sultan supaya peruntukan kewangan kepada rakyat yang tinggal di persisiran pantai Syam ditambah kerana risiko yang sentiasa dihadapi mereka, menegur tindakan gabenor menghalau semua orang Kristian kerana kesilapan yang dilakukan sebahagian kecil mereka dan pelbagai peristiwa lagi yang menggambarkan keberanian dan ketegasan al-Awza`ie dalam memperjuangkan nasib golongan yang lemah dengan amanah dan jujur, seperti mana disebutkan secara panjang lebar (26 muka surat) oleh al-Imam al-Hafiz Ibn Abi Hatim al-Razi dalam kitabnya al-Jurh wa al-Ta`dil.

Keperibadian mulia al-Awza`ie juga dapat diketahui melalui kitab-kitab sejarah seperti al-Muntakhab, Wafayat al-`A'yan, Tarikh Beirut, Hulyah al-Awliya', Tahzib al-Asma' wa al-Lughat dan Syazarat al-Zahab seperti yang dikumpul oleh Prof. Khairuddin al-Zerekly dalam al-A`lam nya.

Kenapa Astora tidak merujuk kepada ummahatul kutub (rujukan induk) dalam sesuatu bidang?. Ataupun beliau sudah amat yakin dengan maklumat yang diperolehi daripada sebuah buku picisan di tepi jalan, lalu terus disajikan kepada pembaca tanpa memikirkan soal dosa pahala membuat tohmahan palsu terhadap seorang ulama besar Islam.

Tohmahan itu pula bukannya mainan, bahkan amat berat iaitu tohmahan al-Awza`ie berdusta atas nama Nabi s.a.w. Bagaimanakah sikap seorang muslim bila mendengar sesuatu berita? Bukankah mesti tabayyun (usul periksa) dahulu seperti anjuran ayat 6 Surah al-Hujurat itu, supaya kita tidak menimpakan sesuatu ke atas seseorang secara jahil dan zalim berdasarkan berita daripada si fasiq.

Ab. Jalil Aboo Backer pula mendakwa satu hadis murtad yang beliau ketahui (mungkin yang lain beliau tidak tahu) ialah yang diriwayatkan oleh `Ikrimah itu adalah hadis lemah (dha`if), lalu mempersoalkan apakah nyawa manusia harus diambil dengan hanya satu hadis yang lemah. Ab. Jalil yang nampaknya tidak memahami ulum al-Hadis itu hanya bertaqlid dengan Dr. Muhammad Muslehuddin yang menuduh `Ikrimah sebagai penipu (masya Allah), lalu takjublah Ab. Jalil dengan pandangan Dr. Muslehuddin yang tidak bersandaran itu, seterusnya mencadangkan pembaca membaca buku Dr. Muslehuddin yang diterjemahkan itu seolah-olah itulah buku rujukan induk dalam bab berkenaan.

Saya tidak dapat pastikan apakah Ab. Jalil boleh membezakan antara autoriti dan kewibawaan Dr. Muslehuddin dengan para ulama agung hadis seperti Imam al-Bukhari, Muslim, al-Turmuzi, Abu Dawud, Ibn Majah, al-Shafi`e, Ahmad dan ramai lagi di kalangan para penulis kitab takhrij hadis seperti yang telah disebutkan di atas. Siapalah sangat Dr. Muslehuddin yang tidak pernah bertemu atau mengenali `Ikrimah untuk bercakap tentang peribadi Sahabat atau Tabi`in itu berbanding para ulama hadis yang telah mempastikan kebersihan latar belakang seseorang sebelum meriwayatkan hadis daripadanya. Tetapi hal yang sebegini jelas pun tidak akan dapat dimengerti dan dihadam oleh orang yang tiada asas dalam ulum al-Hadis, seumpama orang yang tiada asas dalam subjek biologi cuba untuk mengalahkan doktor dengan hanya membaca majalah-majalah kesihatan. Padanya, dia sudah rasa cukup tahu, tetapi pada ahlinya yang benar-benar tahu, akan dapat mengesan kejahilannya dengan mudah.

Satu hujah celup lagi yang dibawa oleh Ab. Jalil ialah ayat 137 surah al-Nisa' tadi yang memberitahu balasan Allah kepada orang yang murtad beberapa kali. Kononnya ayat itu sendiri menyatakan secara tersirat bahawa orang murtad tidak dibunuh. Katanya, jika benar hukum murtad ialah bunuh, bagaimana boleh berlaku murtad beberapa kali dari orang yang sama, kerana pembunuhan ke atas si murtad itu terus menghapuskannya dari muka bumi ini.

Inilah akibat bila tidak memahami ruh (semangat) hukum dalam Islam. Apa yang dia nampak, setiap hukum itu adalah dera, maka sesiapa saja yang dituduh murtad, terus dihukum bunuh. Murtad saja, bunuh, curi saja, potong tangan, zina saja, rejam atau sebat, dan begitulah fahaman mereka seterusnya terhadap setiap hukum Allah. Maka tidak hairanlah jika mereka bangun menentangnya habis-habisan melebihi penentangan daripada orang-orang bukan Islam. Agaknya mereka sangka dalam Islam tiada proses perbicaraan yang adil, tiada perlukan bukti yang cukup, yang tertuduh tiada memiliki hak 100% untuk mendatangkan keraguan terhadap tuduhan.

Orang-orang sebegini perlu duduk dulu untuk mengaji dengan tuan-tuan guru, jangan rasa sudah pandai bila membaca beberapa buku terjemahan. Kalau tidak memahami B. Arab, maka kail itu baru sejengkal, jangan cuba memancing di laut dalam. Siapkan dulu kail yang panjang dengan menguasai bahasa al-Quran dan hadis. Barulah berbaloi berbahas pasal hukum-hakam Islam.

Mari kita menyelami rasional mengapa hukum murtad perlu diperkanunkan dan apakah wajar ia ditakuti. Rasional yang pertama ialah kerana ia adalah hukum dan perintah Allah melalui hadis sahih sabit daripada Nabi-nya s.a.w. Ianya diriwayatkan tidak kurang daripada sepuluh orang Sahabat yang ada kemungkinan sampai ke darjat hadis mutawatir. Arahan Nabi adalah sama taraf dengan arahan Allah kerana Allah telah menjadikan ketaatan kepada Nabi itu sebagai ketaatan kepada-Nya. Dengan erti kata lain, tidak taat kepada Nabi samalah dengan tidak taat kepada Allah.

Maka arahan Allah yang pertama mesti dilaksanakan ialah dengan membuka jalan ke arah itu, iaitu dengan memperkanunkannya sebagai undang-undang negara. Ini perlu dilakukan supaya apabila ada kesalahan yang disabitkan maka tiada lagi halangan dari segi perundangan untuk melaksanakannya ke atas pesalah. Tetapi ini tidak bermakna bila ada undang-undang maka semua orang yang tertuduh akan dikenakan hukuman. Adakah semua orang yang tertuduh sebagai pengedar dadah dihukum gantung oleh kerana ada akta dadah yang membawa hukuman gantung? Jawabnya tidak, hanya yang disabitkan salahnya sahaja yang kena. Itu pun masih banyak lagi peluang untuk yang sabit salahnya itu melepaskan diri dari hukuman keras itu.

Rasional kedua ialah hukuman murtad tidak bertentangan dengan prinsip kebebasan beragama. ( :shock: ????) Setiap orang bebas untuk memilih apa sahaja anutan yang diingininya, dan setiap orang tidak harus menyakiti agama dan penganut agama lain. Hal ini amat ditekankan oleh Islam, umpamanya ada ayat al-Quran yang bermaksud:

"Janganlah kamu mencaci-cela orang-orang yang menyeru (menyembah) selain Allah kerana mungkin mereka pula akan mencela Allah tanpa mereka mengetahui." -
(al-An`am: 108)

Jika demikian penghormatan Islam kepada (penganut) agama lain yang belum memahami Islam, maka amat wajarlah penganut agama lain (termasuk si murtad) mematuhi prinsip ini. Seseorang itu boleh keluar daripada Islam dengan syarat tidak menghina Islam dan hukumannya hanyalah menjadi hak Allah di akhirat kelak. Tetapi bukannya keluar dan bertindak menghebohkan kemurtadannya kepada orang lain. (Termasuk dalam erti kata menghebohkan kepada orang lain ialah mengisi borang tukar agama)

Apabila seseorang itu memberitahu orang lain bahawa dia telah keluar daripada Islam, maka itu bererti dia telah menghina dan mencabar Islam. Sedangkan kalau dia tidak memberitahu orang lain pun, dia tetap terkeluar juga daripada Islam. Maka teruskanlah kehidupan seperti itu dan pandai-pandailah dia menjaga diri sendiri supaya tidak diketahui orang lain terutamanya pemerintah atau penguatkuasa undang-undang Islam.

Tetapi, jika kemurtadannya itu diketahui, lalu dihadapkan ke mahkamah dan disabitkan kesalahan, maka pemerintah juga mempunyai tanggungjawab melaksanakan amanah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan kejahatan, maka hendaklah dia berlindung dengan lindungan Allah. Sesiapa yang terbocor rahsia kejahatan (jenayah)nya, maka menjadi tanggungjawab kami melaksanakan hudud (hukuman) Allah." - (Riwayat al-Tabrani)

Rasional ketiga hukuman murtad tidak perlu ditakuti ialah peluang untuk mengelakkan diri daripada hukuman ini terlalu luas. Seseorang yang dituduh murtad, lalu dihadapkan ke mahkamah, dengan hanya menyatakan taubat dan kembali kepada Islam (walaupun dengan cara berbohong) sahaja pun telah terselamat daripada hukuman bunuh. Apabila seseorang itu melafazkan ucapan yang difahami bahawa dia bertaubat, maka ucapan itu diterima di mahkamah sebagaimana zahirnya dan mahkamah tidak ada kuasa untuk mengetahui perkara dalam hatinya. Maka dengan cara yang sebegitu mudah (termasuk berbohong) pun, seseorang tertuduh itu boleh melepaskan diri hukuman bunuh (tapi tidak dari hukuman Allah).

Tetapi sekiranya dia benar-benar bertaubat dengan seikhlas hati, maka itu adalah sebaik-baiknya kerana akan terlepas daripada hukuman dunia (bunuh) dan juga hukuman Allah di akhirat yang lebih pedih. Lihat tentang hal ini dengan lebih mendalam dalam Dr. Muhd Mursi Ghanim, Jarimah al-Riddah fi al-Fiqh al-Islami, cetakan pertama, Kaherah, 1995.

Kesimpulannya, hukuman bunuh ke atas si murtad yang telah sabit salahnya dan enggan bertaubat adalah salah satu daripada hukum-hukum Allah yang tidak berubah (Hudud) demi menjaga keharmonian hidup beragama dan demi menjaga kehormatan Islam sebagai satu-satunya agama yang bertanggungjawab membawa rahmat untuk sekalian alam tanpa mengira bangsa, jenis, warna kulit atau agama sekalipun. Islam bukan hanya agama untuk kebajikan orang Islam sahaja, bahkan untuk kebajikan semua manusia sekiranya Islam itu difahami secara betul dan sejahtera tanpa kecelaruan yang dibuat-buat puak orientalis dan sekularis. :lol: :lol: :lol:

Wassalam `ala man ittaba`a al-huda.
User avatar
Rebecca
Posts: 3013
Joined: Mon Nov 20, 2006 6:20 pm
Location: muhammad's Phallus RESEARCH HUB

Post by Rebecca »

nggak heran....kan sumbernya udah kita kupas di sini...lagian kan udah buanyak contoh-contoh kasus dari negara-negara budak onta arab...hi...hi...hhi... gue seneng melihat sesama budak ONTA arab saling menghajar krn ajaran sinting muhamMAD...hi...hi...TONTONGAN GRATIS bok!
User avatar
osho
Posts: 2020
Joined: Fri Feb 02, 2007 8:29 am
Location: osho

Post by osho »

Rebeca wrote:hi...hi...hhi... gue seneng melihat sesama budak ONTA arab saling menghajar krn ajaran sinting muhamMAD...hi...hi...TONTONGAN GRATIS bok!
jangan dong rebeca.......kan ontanya udah berubah jadi ......
seharusnya kita harus prihatin dengan ajaran sesat tersebut.
kita harus melindungi onta yang udah lepas dari jalan kesesatan.
semoga Tuhan menunjukan jalan kebenaran padanya.
User avatar
murtad mama
Posts: 3972
Joined: Tue Feb 06, 2007 7:16 pm
Location: Jl veteran 48 Kota Bekasi 17141 Jawa Barat <==== Alamat VOA-Islam :) :) :)
Contact:

Post by murtad mama »

pinginkaya wrote:jangan dong rebeca.......kan ontanya udah berubah jadi ......
seharusnya kita harus prihatin dengan ajaran sesat tersebut.
kita harus melindungi onta yang udah lepas dari jalan kesesatan.
semoga Tuhan menunjukan jalan kebenaran padanya.
yup benar kita hanya bisa berdoa kepada Allah moga2 org eslam diberi hidayah supaya lekas murtad, kembali ke topic atas yg saya ambil itu membuktikan bahwa eslam bukanlah agama damai, kerana hak untuk memeluk agama merupakan hak privacy, dan jelas diatur oleh PBB dan UUD 1945 pasal 29 tg kebebasan dlm bragama. entahlah sampai kapan mereka (eslam) dapat tobat yah :wink:
Post Reply