Rayuan MASJID DARURAT Cegah Gerakan MURTAD !!!

a/l ttg hak2 kaum dhimmi, kafir, minoritas non-Muslim, murtadin, musryikun dlm Islam.
Post Reply
User avatar
murtad mama
Posts: 3972
Joined: Tue Feb 06, 2007 7:16 pm
Location: Jl veteran 48 Kota Bekasi 17141 Jawa Barat <==== Alamat VOA-Islam :) :) :)
Contact:

Rayuan MASJID DARURAT Cegah Gerakan MURTAD !!!

Post by murtad mama »

dch ramai kaum momed di luar indon (malaysia) nch pada blingsatan mendegar issue murtad, dch brupaya mencegah laju murtad di Yogyakarta, alhasil tiada berhasil

From: BPPNS <pasn9>
[email protected]

Subject: Rayuan MASJID DARURAT Cegah Gerakan MURTAD !!!

Date: Mon 07/31/06 02:20 AM

Assalamualaikum,

Gempabumi di Jogjakarta pada 27 Mei 2006 telah memusnahkan 880 surau dan masjid. Umat Islam di Jogjakarta ketika ini menghadapi masalah untuk menunaikan solat secara berjamaah apatah lagi bulan Ramadan, Syawal seterusnya Zulhijjah.

Yayasan Pembangunan Ummah dengan kerjasama Lembaga Da'wah Al-Qolam Indonesia telah mengambil inisiatif untuk mendirikan "MASJID DARURAT" yang dijangka boleh bertahan selama lima tahun untuk membolehkan umat Islam beribadah sementara menunggu masjid kekal yang dijangka memakan masa yang amat lama untuk dibina semula.

Pada 12 Julai 2006, Yayasan Pembangunan Ummah menerusi Pengerusinya, Tuan Haji Mohd Anuar Tahir telah menyerahkan bantuan yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan yang prihatin untuk mendirikan sebanyak dua buah "Masjid Darurat" di bekas-bekas tapak masjid yang runtuh di Jogja.

Semasa lawatan ini kami dapati mubaligh-mubaligh Kristian juga berhempas-pulas untuk mendirikan rumah ibadat mereka di kawasan yang padat penduduknya dengan umat Islam. Malahan disebuah perkampungan, kami dimaklumkan bahawa 493 dari 500 keluarga Muslim telah bersetuju untuk menerima tawaran untuk didirikan rumah-rumah mereka semula yang telah runtuh akibat gempabumi dengan syarat mereka menerima ajaran Nasrani.

Kami juga telah melihat sendiri satu program yang dijalankan oleh YAKKUM (Christian Foundation for Public Heath) disebuah perkampungan di Jogja. Ketika azan Maghrib berkumandang, khemah YAKKUM tersebut dipenuhi oleh kanak-kanak Islam yang cukup terhibur dengan program tersebut. Didalam program yang dipimpin oleh mubaligh Kristian ini, kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa ini disogokkan dengan pelbagai dakyah Kristian menerusi permainan, program dan aktiviti yang menarik serta diberikan gula-gula dan makanan. Kedengaran sekali-sekala kanak-kanak tersebut bersama-sama dengan mubaligh Kristian tersebut menjeritkan "Halelujah!!!....". Untuk keterangan lanjut mengenai YAKKUM, sila lawat http://www.yakkum.or.id/

Diatas kesedaran ini, Yayasan Pembangunan Ummah bertekad untuk menambah pembinaan "Masjid Darurat" dan sumbangan umat Islam di Malaysia amat diperlukan. Yayasan Pembangunan Ummah juga berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Gerakan Pemuda Islam Indonesia (GPII) untuk menempatkan ahli-ahli muda mereka disegala pelosok Jogja untuk membanteras
usaha-usaha mubaligh Kristian yang mengambil kesempatan diatas kesusahan umat Islam di Jogja ketika ini.

Didalam temubual kami dengan ibu-ibu diperkampungan tersebut, mereka mengatakan bahawa tiada apa-apa yang boleh mereka lakukan atas usaha-usaha YAKKUM kerana rata-rata mereka masih lagi dalam trauma dan kebuntuan kerana rumah-rumah mereka telah hancur musnah sekali dan tambahan pula kanak-kanak tersebut mendapat makanan dan terhibur semasa program Halelujah mereka.

Yayasan Pembangunan Ummah amat mengharapkan kerjasama tuan-tuan dan puan-puan selaku pimpinan didalam masyarakat untuk sama-sama menggunakan rangkaian masing-masing untuk mendapatkan dana untuk tujuan tersebut. Segala sumbangan boleh diberikan terus kepada pihak kami atau menerusi akaun berikut:

Yayasan Pembangunan Ummah
No. Akaun: 1204 7010 0200 20
Bank: Bank Islam Malaysia Berhad, Petaling Jaya

Tuan-tuan dan puan-puan juga diharapkan dapat menyumbangkan pemikiran dan idea untuk bagaimana menghadapi permasalahan umat Islam di Jogja dan dalam masa yang sama umat Islam di Malaysia wajar disedarkan betapa seriusnya implikasi undang-undang atas dokongan segolongan kumpulan liberal atau pemerintah yang berfikiran dangkal yang mungkin memberi ruang kepada pihak bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka dinegara ini diatas prinsip kononnya kebebasan
beragama.

Di Jogjakarta, kita menyaksikan kesusahan dan kemiskinan di eksploitasi untuk pengembangan agama mereka di kalangan umat Islam yang tertekan.

Umat Islam Jogja mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan sumbangan anda.


Mohamad Rafie Ab Malek
Ahli Majlis Pengurusan
Yayasan Pembangunan Ummah
[email protected]
Post Reply