.

Menyingkap Darwinisme dan Ideologynya Berdasarkan Sains

Pembelaan bahwa Islam adalah ajaran dari Tuhan.

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 10:51 am

khufurun rasyidin wrote:@ atas..... kalo mau mengulas hal seperti itu di jurnal iptek gih...... sejauh ini tulisan anda tidak menjawab pertanyaan mendasar tentang islam yang sesungguhnya...... teruslah bermonolog pakcik......


Puji Syukur kehadirat Allah SWT. Seperti kita ketahui bahawa ada 3 agama Samawi ialah Jews, Christian, Islam, dan ketiga agama ini beribadat di tempat yang sama. Dan dalam pemahaman saya sehingga saya masuk FFI international, saya menganggap ketiganya benar.
Setelah join forum International, saya pun mencari forum yang bahasa melayu tetapi berjumpa bahasa Indonesia. Saya merasa bahwa saya menjadi suka dengan forum ini, kerana saya bertambah ilmu dan pengetahuan.

Sebelumnya salam kenal dari saya, Badawi, bagaimana saya boleh memanggil nama tuan/ puan?
Semoga tuan/puan memberikan bimbingan kepada saya tentang kebenaran dan kekeliruan.

Saya tidak bermaksud untuk monolog, tetapi dalam kisah yang saya tulis ini bertujuan untuk melawan Atheism, saya membenarkan ketiga agama yang saya tulis iaitu Jews, Christian, Islam. Bahkan sebahagian referency diambil daripada Ilmuwan-ilmuwan di Europe yang Christian.

Kemudian saya masukkan dalam forum Pembelaan Terhadap Islam, maksud disini ialah Islam sebagai agama. Kerana dalam Forum ini hanya membahas Forum agama Islam.

Semoga saya tidak Out Of Topic,
Kerana saya hanya ingin sharing pengetahuan, apakah saya juga menerima pendapat-pendapat dari ahli agama di forum ini yang menentang atau setuju dengan teori Darwinisme.

Dan mohon moderator memberikan arahan sehingga saya semakin mencintai forum ini.
Dan saya telah memberikan arahan kepada segala rekan untuk join di forum ini dengan itikad yang baik sehingga menambah kawan dan saudara, sangat jauh dari rasa permusuhan.

Salam hormat dari saya
Badawi
Terima kasih Moderator dan Pengerusi FFI.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:00 pm

Kisah "Sel Yang Dihasilkan Secara Kebetulan"

Sekiranya seseorang itu dapat meyakini bahawa sel hidup boleh wujud secara kebetulan, maka tidak akan terdapat sebarang halangan untuk menyekatnya daripada mempercayai kisah yang akan kami ceritakan sebentar lagi, ia adalah cerita sebuah bandar.

Suatu hari, segumpal tanah liat telah tertekan dengan batu-batu yang terdapat di sebidang tanah gersang yang menjadi basah ditimpa hujan. Tanah liat tersebut menjadi kering dan keras apabila matahari terbit dan ia menjadi pejal. Tidak berapa lama kemudian, batu-batu tersebut secara tiba-tiba terpecah menjadi serpihan-serpihan, dan kemudian terbentuk menjadi seketul bata yang sempurna. Bata ini menanti di bawah keadaan muka bumi yang sama beberapa tahun, untuk batu bata lain terbentuk. Ia berterusan sehingga beribu malah berjuta-juta batu bata terbentuk di tempat yang sama. Bagaimana pun, ketika melalui perubahan ini, tidak satu pun batu bata ini rosak atau pecah. Walaupun ia terdedah kepada ribut taufan, hujan lebat, angin, panas terik matahari, dan kesejukan selama beratus-ratus tahun, batu bata ini tidak retak, pecah atau lekang, sebaliknya ia terus kekal di tempat yang sama menanti batu bata lain terbentuk.

Apabila jumlah batu bata tersebut telah mencukupi, mereka mendirikan sebuah bangunan dengan saling menyusun di tepi dan di atas satu sama lain secara rawak, hasil daripada kesan tekanan semula jadi seperti, angin, ribut petir atau puting beliung. Sementara itu, bahagian-bahagian lain seperti simen atau tanah bercampur secara semula jadi dalam jangka masa yang tepat dan kemudian merayap ke arah batu bata tersebut untuk mencantumkan mereka. Pada masa yang sama, besi di dalam perut bumi telah terbentuk juga secara semula jadi dan menjadi asas kepada bangunan yang dibina bersama dengan batu bata. Di akhir proses ini, sebuah bangunan yang sempurna telah berdiri dengan segala bahan-bahan, pertukangan dan pemasangan yang sempurna.

Sudah pasti bangunan yang hanya mengandungi batu bata sahaja tidak memadai. Jadi bagaimana bahan-bahan lain dapat diperolehi? Jawapannya mudah, semua bahan-bahan yang diperlukan untuk pembinaan bangunan tersebut terdapat di dalam bumi tempat ia dibina. Silikon, kaca, tembaga untuk kabel elektrik, besi untuk tiang, alang dan saluran air, semuanya terdapat di bumi dalam kuantiti yang banyak. Ia hanya memerlukan tekanan semula jadi untuk membentuk dan menempatkan bahan-bahan ini ke dalam bangunan. Semua pemasangan, pertukangan dan aksesori ditempatkan di antara batu bata tersebut secara semula jadi dengan bantuan angin yang bertiup, hujan yang turun dan gegaran gempa bumi.

Segalanya berjalan dengan lancar, sehinggakan batu bata yang tersusun itu meninggalkan ruang yang mencukupi untuk tingkap, seolah-olah mereka tahu sejenis bahan bernama kaca akan terbentuk secara semula jadi. Lebih dari itu, mereka meninggalkan ruang-ruang untuk pemasangan air, elektrik dan sistem pemanas yang juga terbentuk secara kebetulan. Segalanya berjalan dengan baik sehingga akhirnya "keadaan semula jadi" dan "kebetulan" berjaya melahirkan sebuah ciptaan yang sempurna.

Sekiranya kamu dapat mempertahankan kepercayaan kamu terhadap kisah ini sehingga ke peringkat ini, maka kamu tidak akan menghadapi masalah untuk menduga bagaimana bangunan-bangunan lain, tumbuh-tumbuhan, jalan-jalan raya, laluan-laluan untuk pejalan kaki, struktur-struktur cabang, sistem-sistem perhubungan dan sistem-sistem pengangkutan terbina. Sekiranya kamu mempunyai pengetahuan teknikal dan mahir dalam subjek ini, kamu boleh menulis beberapa jilid buku sains dengan memulakannya dengan teori kamu tentang "proses evolusi sistem pembuangan najis dan keseragamannya dengan struktur-struktur kini". Pasti kamu akan dikurniakan anugerah akademik terhadap kajian kamu ini dan kamu akan dianggap sebagai seorang pintar yang telah melimpahkan cahayanya kepada manusia sejagat.

Teori evolusi mendakwa hidupan ini muncul secara kebetulan. Ia tidak jauh berbeza dengan kisah di atas, dengan segala sistem operasi, sistem komunikasi, pengangkutan dan pengurusan yang sempurna, sebuah sel tidak kurang kompleksnya dengan sebuah bandar.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:04 pm

Pergakuan Evolusionis

Image
Alexander Oparin:"Asal usulsel enimbulkan persoalan"

Teori evolusi menghadapi krisis paling hebat dalam menjelaskan kemunculan hidupan. Ini kerana, molekul organik adalah amat kompleks sehinggakan pembentukannya tidak mungkin dapat dijelaskan sebagai hasil kepada proses kebetulan dan adalah mustahil juga sebuah sel organik dapat terbentuk secara tidak sengaja.

Evolusionis mula berhadapan dengan masalah asal usul hidupan pada suku abad ke-20. Seorang saintis Rusia, Alaxender I. Oparin, seorang yang berwibawa di dalam molekul teori evolusi, menyebutkan di dalam bukunya The Origin of Life, yang telah diterbitkan pada 1939:
Malangnya, asal usul hidupan telah meninggalkan satu persoalan yang menjadi titik hitam kepada teori evolusi keseluruhannya.1

Image
Jeffrey Bada: "Asal usul kehidupan di bumi merupakan masalah terbesar yang tidak dapat diselesaikan"

Sejak daripada Oparin, para evolusionis telah menjalankan banyak eksperimen, mengaturkan pencarian, dan melakukan banyak pemerhatian untuk membuktikan bahawa sel dapat terbentuk secara kebetulan. Tetapi, semuanya hanya membuktikan kekompleksitian reka bentuk sel dengan lebih jelas dan sekali gus membatalkan andaian-andaian evolusionis. Profesor Klaus Dose, presiden Institute of Biochemistry di Universiti Johannes Gutenberg, menyatakan:

Lebih 30 tahun eksperimen ke atas asal usul hidupan di dalam bidang evolusi kimia dan molekul telah membawa lebih banyak masalah asal usul hidupan di Bumi daripada mendapatkan penyelesaiannya. Sehingga kini, setiap perbincangan tentang prinsip teori ini dan eksperimen-eksperimen di dalam bidang ini telah berakhir dengan kebuntuan atau pengakuan kejahilan.2

Kenyataan berikut yang dikeluarkan oleh seorang ahli geologi, Jeffrey Bada dari San Diego Scripps Institute, dapat menjelaskan kegagalan evolusionis berhadapan dengan kebuntuan ini:

Hari ini, apabila kita meninggalkan abad ke-20, kita masih berhadapan dengan masalah terbesar yang telah kita hadapi apabila kita memasuki abad ke-20: iaitu, Bagaimana hidupan bermula di atas muka Bumi?3

Referency
1 Alexander I. Oparin, Origin of Life, (1936) NewYork: Dover Publications, 1953 (Reprint), p.196.
2 Klaus Dose, "The Origin of Life: More Questions Than Answers", Interdisciplinary Science Reviews, Vol 13, No. 4, 1988, p. 348
3 Jeffrey Bada, Earth, February 1998, p. 40
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:05 pm

Keajaiban Dalam Sel dan Penamat Kepada Teori Evolusi

Struktur kompleks sel hidup, yang belum diketahui pada zaman Darwin dan ketika itu mereka menganggap kehidupan sebagai "satu kebetulan dan keadaan semula jadi", telah dianggap oleh para evolusionis sebagai amat meyakinkan.

Teknologi abad ke-20 telah berjaya mengkaji dalaman organisma yang paling kecil dan telah mendapati bahawa sel adalah sistem manusia yang paling kompleks pernah ditemui. Hari ini, kita mengetahui sel ini mengandungi stesen kuasa yang menghasilkan tenaga untuk digunakan oleh sel tersebut, kilang-kilang yang mengeluarkan enzim-enzim dan hormon-hormon yang penting untuk hidup, sebuah bank data yang merakamkan segala maklumat-maklumat yang diperlukan tentang semua jenis pengeluaran, sistem pengangkutan yang kompleks dan jalinan saluran pengangkutan bahan-bahan mentah dan pengeluaran dari satu tempat ke tempat yang lain, makmal-makmal dan kilang penapisan maju yang memecahkan bahan-bahan mentah luar ke bahagian-bahagian yang boleh digunakan, dan membran protein istimewa yang mengawal kemasukan dan pengeluaran bahan-bahan. Dan unsur-unsur ini hanyalah sebahagian kecil daripada sistem yang kompleks dan mengagumkan ini.

W.H Thorpe, seorang saintis evolusionis mengakui bahawa "asas paling kompleks sel yang mengandungi sebuah "mekanisme" yang tidak dapat dibayangkan kekompleksannya, yang lebih kompleks daripada sebarang mesin yang pernah dibina sendiri oleh manusia." 91

Sebuah sel adalah sangat kompleks sehinggakan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh manusia kini pun masih tidak dapat membinanya. Malah untuk mencipta sebuah sel tiruan pun tidak pernah berjaya. Bukan itu sahaja, cubaan untuk menciptanya pun sering menemui kebuntuan.

Teori evolusi mendakwa bahawa sistem ini wujud secara "kebetulan" hasil daripada proses perubahan di bawah tekanan semula jadi bumi purba, walau pun manusia dengan segala kepakaran , ilmu pengetahuan dan teknologi canggih masih tidak berjaya menghasilkannya. Sebagai contoh lain, kemungkinan pembentukan sebuah sel adalah mustahil sama sekali seperti kemungkinan pembentukan sebuah buku hasil daripada letupan kilang pencetakan.

Seorang ahli matematik dan astronomi Inggeris, Sir Fred Hoyle telah melakukan perbandingan di dalam satu temu ramah dengannya yang telah disiarkan dalam majalah Nature, bertarikh 12 November 1981. Walaupun, beliau adalah seorang evolusionis tetapi beliau menegaskan bahawa peluang untuk sebuah formasi hidupan terbentuk dengan cara ini (kebetulan) adalah seperti sebiji torpedo yang meluncur laju sehingga berjaya menghimpunkan bahan-bahan di sekelilingnya untuk membentuk sebuah Boieng 747 .92 Ini bererti, adalah mustahil untuk sebuah sel terbentuk secara kebetulan, oleh itu, pasti ia telah diciptakan.

Antara sebab utama mengapa teori evolusi tidak dapat menjelaskan kewujudan sel adalah disebabkan oleh permukaan sel yang tidak dapat ditembusi. Sebuah sel hidup memelihara dirinya dengan kerjasama yang harmoni bersama berbagai organ-organ lain. Sekiranya terdapat satu organ tidak dapat berfungsi, maka sel tersebut akan mati. Sel ini tidak mempunyai peluang untuk menanti mekanisme kebetulan seperti Pilihan Semula Jadi atau mutasi untuk membolehkannya terbentuk. Oleh itu, sel pertama hendaklah sempurna dan memiliki segala organ dan fungsi yang diperlukan, maka ia pasti telah diciptakan, bukannya terbentuk dengan sendirinya.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:06 pm

Kekompleksitian Sel

Image
Sel merupakan sistem yang direka paling kompleks dan paling unggul pernah disaksikan oleh manusia. Profesor biologi Michael Denton, di dalam bukunya bertajuk Evolution: A Theory in Crisis, menjelaskan kekompleksitian ini dengan satu contoh:

"Untuk mencapai hakikat hidupan seperti yang dibuktikan oleh sains molekul biologi, kita perlu membesarkan sebuah sel seratus juta kali ganda sehingga ia mencapai 20 kilometer pada diameter dan mengibaratkannya seperti sebuah kapal angkasa gergasi yang cukup besar untuk meliputi sebuah bandar raya besar seperti London atau New York. Apa yang akan kita lihat kemudian ialah sebuah objek yang mempunyai kekomplesitian yang tiada tandingan dan reka bentuk yang adaptif. Di permukaan sel ini kita akan mendapati berjuta-juta bukaan, seperti lubang-lubang pangkalan sebuah kapal angkasa yang luas, ia terbuka dan tertutup untuk membolehkan aliran material yang bertali arus masuk dan keluar. Sekiranya, kita dapat memasuki bukaan ini, kita akan mendapati diri kita berada di dalam sebuah dunia yang berteknologi tinggi dan kompleksiti yang membingungkan... (sebuah kompleksiti) yang menjangkau kreativiti kita, sebuah realiti yang sama sekali bercanggah dengan kebetulan, yang melampaui setiap kewarasan yang dapat dihasilkan oleh manusia..."
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby Yehuda » Tue Feb 19, 2008 9:07 pm

"Seperti kita ketahui bahawa ada 3 agama Samawi ialah Jews, Christian, Islam, dan ketiga agama ini beribadat di tempat yang sama. Dan dalam pemahaman saya sehingga saya masuk FFI international, saya menganggap ketiganya benar. "



Ente jelasin di mana kebenaran dari 3 agama diatas sampe ente bilang ketiganya benar dan beribadah di tempat yang sama???
Kalo udah bisa jelasin dengan objektif baru ane kasih jawaban dari semua teori ente diatas...


Welcome to the club...
User avatar
Yehuda
 
Posts: 3047
Joined: Fri Jan 18, 2008 8:07 pm
Location: Depok

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:10 pm

Protein Mencabar Kebetulan

Hanya sebuah sel, tetapi evolusionis gagal walau sekadar untuk menjelaskan bagaimana pembinaan blok sel tersebut. Pembentukan sebuah protein yang terhasil daripada beribu-ribu molekul protein yang kompleks menghasilkan sel secara semula jadi, adalah mustahil.

Protein adalah molekul-molekul besar yang mengandungi unit-unit kecil dikenali asid amino yang tersusun di dalam sebuah lingkaran dalam kuantiti dan struktur-struktur yang tertentu. Molekul-molekul ini mengandungi blok-blok pembinaan sel hidup. Sebuah sel yang paling ringkas tergubah daripada 50 asid amino, tetapi terdapat juga beberapa protein yang tergubah daripada beribu-ribu asid amino.

Perkara yang paling penting ialah; kekurangan, penambahan atau penggantian sebuah asid amino di dalam struktur protein akan menyebabkan ia menjadi selonggok molekul yang tidak berguna. Setiap asid amino perlu berada di tempat yang betul dan dengan susunan yang tepat. Teori evolusi yang mendakwa pembentukan hidupan ini adalah hasil daripada kebetulan, adalah sesuatu yang amat sukar untuk diterima. Memandangkan amat sukar untuk menjelaskannya sebagai satu kebetulan. (tambahan pula, teori ini tidak dapat menerangkan dakwaan mereka tentang "pembentukan secara kebetulan" asid amino, yang akan dibincangkan nanti)

Kenyataan bahawa fungsi struktur protein tidak mungkin sama sekali terbentuk secara kebetulan dapat dijelaskan dengan perkiraan yang mudah dan dapat difahami oleh semua orang.

Pada dasarnya, molekul protein terhasil daripada 288 asid amino yang mengandungi 12 jenis yang berbeza. Ia boleh disusun di dalam 10300 cara yang berbeza (ini adalah satu jumlah yang besar mengandungi angka 1 diikuti selepasnya oleh 300 sifar). Dalam semua kebarangkalian, hanya satu formasi yang dikehendaki oleh molekul protein. Selebihnya, adalah rantaian asid amino yang sama ada tidak berguna atau hanya akan membahayakan hidupan.

Dengan kata lain, kebarangkalian pembentukan sebuah molekul protein adalah "1 melebihi 10300". Kebarangkalian "1" ini untuk berlaku adalah mustahil (setiap perkiraan kebarangkalian yang lebih kecil daripada 1 melebihi 1050 dianggap sebagai kebarangkalian sifar)

Apabila kita melangkah setapak lagi dalam skim pembangunan kehidupan ini, kita akan mendapati bahawa sebuah protein bersendiri tidak memberi apa-apa erti. Satu antara bakteria-bakteria terkecil yang pernah ditemui, Mycoplasma Hominis H39, mengandungi 600 jenis protein. Dalam keadaan ini, kita perlu kembali kepada perkiraan kebarangkalian yang telah kita lakukan di atas, iaitu untuk sebuah protein kepada 600 jenis protein-protein yang berbeza ini. Hasilnya tetap tidak memadai walau dengan kaedah yang paling mustahil sekali pun.

Mereka yang membaca kenyataan ini sekarang dan mereka yang menerima teori evolusi sebagai suatu penjelasan saintifik, mungkin mengesyaki jumlah-jumlah ini telah ditokok tambah dan tidak mencerminkan fakta-fakta yang sebenar. Ini tidak berlaku: semua fakta-fakta ini adalah tepat dan konkrit. Tidak seorang pun evolusionis mampu membantah jumlah-jumlah ini. Mereka menerima kemungkinan berlakunya formasi protein secara kebetulan, adalah seperti "seekor monyet menulis sejarah kemanusiaan di atas sebuah mesin taip tanpa melakukan sebarang kesalahan" 93. Tetapi, mereka menolak penjelasan bahawa ia adalah suatu ciptaan. Dan mereka berterusan mempertahankan teori mustahil ini.

Kenyataan yang sama telah diakui oleh ramai evolusionis lain, seperti, Harold F. Blum, seorang saintis evolusionis yang masyhur. Beliau menyatakan bahawa, "formasi spontan satu saiz protein polipeptida (polypeptide - bentuk gabungan dua atau lebih asid amino) yang paling kecil pernah ditemui, didapati melampaui sebarang kemungkinan".94


Image
Protein adalah elemen terpenting di dalam hidupan. Ia bukan hanya bercantum untuk membentuk sel hidupan, tetapi juga memainkan peranan utama di dalam bahan kimia badan. Daripada sintesis protein kepada komunikasi hormon, adalah mustahil untuk melihat tindak balas protein.



Evolusionis mendakwa evolusi molekul memakan masa yang panjang dan jangka masa yang panjang ini menjadikan perkara yang mustahil, mungkin berlaku. Sedangkan, walau selama mana pun masa yang diberi, adalah mustahil bagi asid amino untuk membentuk protein secara kebetulan. William Stokes, seorang ahli geologi mengakui kenyataan ini di dalam bukunya bertajuk "Essential Earth History", beliau menulis: "Bahawa perubahan yang berlaku adalah terlalu sedikit sehinggakan protein ini tidak langsung berubah sejak berbilion-bilion tahun di atas berbilion-bilion planet, setiap satunya dilindungi oleh sebuah gerbang asid amino yang diperlukan".95

Jadi, apa ertinya semua ini? Perry Reeves, seorang profesor kimia menjawab soalan tersebut:

Apabila seseorang mengkaji beberapa jumlah struktur yang boleh terbentuk daripada sebuah kombinasi asid amino di dalam sebuah kolam purba kering, dia akan mendapati bahawa adalah sukar untuk mempercayai bahawa hidupan ini muncul dengan cara ini. Adalah lebih rasional kalau dikatakan bahawa seorang Pencipta Yang Maha Agung dengan perancangan utama-Nya telah menjalankan tanggungjawab ini. 96

Kalaulah, kemungkinan pembentukan walau satu daripada protein-protein ini adalah mustahil, maka adalah berbilion-bilion kali ganda lebih mustahil untuk sejuta protein berkumpul secara kebetulan dan membentuk sebuah sel manusia yang lengkap. Sedangkan, sebuah protein tidak terbentuk dengan hanya selonggok protein. Sebuah sel juga memerlukan asid nuklid, karbohidrat, lipid, vitamin, dan banyak lagi bahan-bahan kimia seperti elektrolit yang tersusun di bahagian-bahagian yang tertentu, secara harmoni dan dibentuk di dalam jalinan struktur dan fungsi. Kedua-duanya berfungsi sebagai blok binaan atau molekul bersama di dalam organ-organ tertentu.

Robert Shapiro, seorang profesor kimia di Universiti New York dan juga seorang pakar DNA, telah membuat perkiraan kebarangkalian formasi secara kebetulan 200,000 jenis protein yang terdapat di dalam sebuah bakteria ringkas (terdapat 200,000 jenis protein yang berbeza di dalam sebuah sel manusia). Jumlah yang didapati ialah 1 melebihi 1040000.97 (ini adalah satu jumlah yang mengagumkan diperolehi dengan meletakkan 40,000 sifar selepas angka 1)

Seorang profesor matematik dan astronomi daripada Universiti Kolej (Cardiff, Wales), Chandra Wickramasinghe, membuat komentar berikut:

Kemungkinan formasi hidupan yang terbentuk secara spontan daripada benda tidak bernyawa, adalah 1 kepada satu nombor dengan 40,000 sifar selepasnya… dan ia sudah memadai untuk mengambus Darwin dan seluruh teori evolusinya. Tidak ada sup purba, sama ada di planet ini atau di mana-mana planet lain, dan sekiranya permulaan hidup ini tidak berkecamuk, maka pastinya ia adalah hasil daripada Kebijaksanaan yang bertujuan..98

Sir Fred Hoyle juga turut mengeluarkan komentarnya terhadap jumlah ini:

Sememangnya, teori ini (bahawa hidupan ini diciptakan oleh seorang yang bijaksana) adalah amat jelas (kebenarannya). Sehinggakan seseorang itu akan tertanya-tanya mengapa ia tidak diterima secara meluas sebagai suatu bukti. Sebabnya ialah kerana ia lebih bersifat psikologi daripada saintifik .99

Tujuan Hoyle menggunakan istilah "psikologi" adalah kerana keadaan para evolusionis itu sendiri yang tidak mahu menerima kenyataan bahawa hidup ini boleh diciptakan. Mereka ini telah meletakkan penolakan terhadap kewujudan Allah sebagai matlamat utama mereka. Maka, hanya kerana sebab ini mereka terus mempertahankan senario-senario yang tidak rasional ini, dalam keadaan mereka sendiri tahu bahawa ia adalah mustahil.


Protein Kidal

Sekarang mari kita kaji dengan lebih terperinci mengapa senario evolusi yang berkaitan dengan formasi protein ini adalah mustahil.

Rangkaian asid amino yang sesuai dan tepat tidak memadai untuk membentuk sebuah molekul protein. Di samping itu, setiap 20 jenis asid amino yang berbeza di dalam komposisi asid amino hendaklah kidal (left-handed). Terdapat dua jenis asid amino yang digelar "left-handed" (kiri) dan "right-handed" (kanan). Perbezaan di antara kedua-duanya ialah mirro-symmetry di antara ketiga-tiga dimensi mereka, seperti tangan kanan dan kiri manusia.

Asid amino daripada kedua-dua jenis ini boleh terikat antara satu sama lain dengan mudah. Tetapi, sebuah fakta yang amat memeranjatkan melalui beberapa pengkajian ialah, setiap protein di dalam tumbuhan dan haiwan, daripada organisma yang paling ringkas hingga yang paling kompleks, adalah terhasil daripada asid amino kiri! Malah, sekiranya asid amino kanan cuba menghampiri protein untuk bercantum dengannya, protein tersebut akan rosak dan tidak berguna lagi. Lebih menarik lagi, di dalam beberapa uji kaji yang dijalankan, bakteria yang diberikan dengan asid amino kanan dengan serta merta memusnahkan asid tersebut, dan di dalam beberapa kejadian, ia membentuk asid amino kiri daripada komponen-komponen yang pecah supaya ia dapat menggunakannya.

Buat seketika, mari kita anggarkan bahawa hidupan ini terbentuk secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh para evolusionis. Dalam keadaan ini, asid amino kanan dan kiri yang terbentuk secara kebetulan, secara semula jadinya akan didapati di dalam jumlah yang sekata. Oleh itu, setiap benda hidup pasti memiliki kedua-dua asid amino kanan dan kiri di dalam kandungannya, kerana secara kimianya adalah tidak mustahil untuk keduanya bercantum. Sedangkan, kenyataannya, protein-protein yang terdapat di dalam semua benda hidup terbentuk daripada asid amino kiri sahaja.

Persoalan bagaimana protein hanya mengambil asid amino kiri sahaja daripada semua asid-asid amino yang ada, dan bagaimana tidak sebuah pun asid amino kanan terlibat sama dalam proses pembentukan hidupan, telah menjadi satu konfrontasi kepada para evolusionis. Tidak mungkin bagi mereka untuk bergantung kepada satu pilihan yang tepat dan meyakinkan.

Lebih-lebih lagi, karakter-karakter protein yang menambahkan lagi kekeliruan perubahan tidak sengaja ini, telah membuntukan evulusionis. Untuk membentuk sebuah protein yang "berguna", adalah tidak memadai untuk asid-asid amino tersebut berada di dalam jumlah yang tertentu, pada rangkaian yang tepat, dan untuk bergabung dengan bentuk tiga dimensi asid amino kanan. Tambahan pula, semua asid amino ini hendaklah dipilih daripada asid kiri sahaja dan tidak sebuah pun asid amino kanan turut serta bersama. Sedangkan, tidak terdapat sebarang mekanisme pilihan untuk mengenal pasti bahawa terdapat sebuah asid amino kanan di dalam rangkaian tersebut dan memastikan bahawa ianya adalah satu kesilapan dan hendaklah disingkirkan daripada rantaian. Situasi ini sekali lagi telah memusnahkan kemungkinan ianya berlaku secara kebetulan.

Di dalam Ensiklopedia Sains Brittanica, yang secara terang-terang mempertahankan teori evolusi ini, telah dijelaskan bahawa, asid amino setiap organisma hidup di atas bumi ini dan blok binaan polimer yang kompleks seperti protein, mempunyai asimetri kiri yang sama. Ia seperti melambung sekeping syiling ke langit dan ia sentiasa mendapat kepala syiling. Di dalam ensiklopedia yang sama juga menyatakan, adalah mustahil untuk memahami kenapa molekul-molekul ini menjadi kiri dan kanan, dan pilihan ini bergantung kepada sumber hidupan yang terdapat di bumi.100

Sekiranya sekeping syiling yang dilambung ke langit sering mendapat kepala walau sejuta kali lambungan, maka apakah lebih logik untuk kita menerima teori kebetulan atau menerima bahawa adanya campur tangan secara sedar? Jawapannya adalah jelas. Bagaimana pun, dengan mengetepikan keterangan-keterangan berikut, evolusionis terus berselindung di sebalik teori kebetulan ini kerana mereka tidak mahu menerima kewujudan "campur tangan secara sedar" (bukan kebetulan).

Situasi serupa juga berlaku kepada asid-asid amino kiri yang wujud bersama nukleotid (nucleotide)*, unit DNA dan RNA yang paling kecil. Tidak seperti asid amino yang terdapat di dalam organisma-organisma hidup, ia hanya memilih nukleotid kanan sahaja. Ini adalah satu lagi situasi yang tidak dapat dijelaskan oleh kebetulan.

Sekiranya sekeping syiling yang dilambung ke langit sering mendapat kepala walau sejuta kali lambungan, maka apakah lebih logik untuk kita menerima teori kebetulan atau menerima bahawa adanya campur tangan secara sedar? Jawapannya adalah jelas. Bagaimana pun, dengan mengetepikan keterangan-keterangan berikut, evolusionis terus berselindung di sebalik teori kebetulan ini kerana mereka tidak mahu menerima kewujudan "campur tangan secara sedar" (bukan kebetulan).

Situasi serupa juga berlaku kepada asid-asid amino kiri yang wujud bersama nukleotid (nucleotide)*, unit DNA dan RNA yang paling kecil. Tidak seperti asid amino yang terdapat di dalam organisma-organisma hidup, ia hanya memilih nukleotid kanan sahaja. Ini adalah satu lagi situasi yang tidak dapat dijelaskan oleh kebetulan.

Sebagai rumusan, telah dibuktikan dengan jelas oleh kemungkinan-kemungkinan yang telah kita kaji setakat ini, bahawa sumber kehidupan tidak dapat dijelaskan oleh kebetulan. Sekiranya kita cuba mengira kebarangkalian sebuah protein bersaiz biasa yang tergubah daripada 400 asid amino yang hanya terpilih daripada asid kiri, kita akan mendapat satu kebarangkalian "1 melebihi 2400", iaitu 10120. Sebagai suatu perbandingan, perlu diingatkan bahawa jumlah elektron di cakerawala ini adalah dianggarkan pada angka 1079, jauh lebih kecil daripada jumlah tadi. Kemungkinan asid amino ini membentuk rangkaian yang dikehendaki dan formasi yang berfungsi, boleh menghasilkan jumlah yang lebih besar. Jika kita satukan kebarangkalian-kebarangkalian ini dan kita kembangkan subjek ini kepada formasi satu jumlah yang lebih besar dan jenis protein, maka perkiraan tersebut tidak akan dapat dibayangkan - mustahil.


Rantaian Yang Tepat Adalah Penting

Maklumat di atas masih belum dapat menamatkan kebuntuan evolusi. Adalah masih tidak memadai bagi asid amino untuk tersusun di dalam jumlah yang tepat, rangkaian yang betul, dan mempunyai struktur tiga dimensi. Formasi sebuah protein juga menghendaki molekul-molekul asid amino yang mempunyai lebih daripada satu "lengan" untuk bersambung antara satu sama lain dengan lengan tertentu. Seperti rangkainan yang digelar "peptide bond" (rangkaian peptide*). Asid amino dapat membuat rangkaian-rangkaian yang berbeza sesama sendiri; tetapi protein yang terbentuk daripadanya dan hanya asid-asid amino ini, yang dicantumkan oleh rangkaian-rangkaian peptide.

Satu perbandingan akan menjelaskan fakta ini: Katakan, semua bahagian-bahagian sebuah kereta telah sempurna dan di pasang dengan betul kecuali sebiji tayarnya telah dipasang tanpa menggunakan skru, tetapi hanya dengan dawai sahaja menyebabkan pusat tayarnya mengadap ke tanah. Adalah mustahil untuk kereta seperti ini dapat bergerak walau hanya satu meter, walau canggih mana teknologinya atau betapa kuat pun motornya.

Sepintas lalu, semuanya berada di dalam keadaan sempurna, tetapi hanya satu kesilapan pada sebiji tayar sahaja telah menyebabkan kereta tersebut tidak dapat digunakan. Begitu juga, di dalam molekul protein, penggabungan walau hanya sebuah asid amino dengan yang lain dalam satu rantaian selain daripada rantaian peptide akan menyebabkan seluruh molekul tidak berguna.

Kajian mendapati bahawa penggabungan asid amino dalam keadaan rawak berlaku untuk bergabung dengan satu rantaian peptide hanya pada kadar 50% dan yang selebihnya bergabung dengan rantaian-rantaian lain yang tidak terdapat di dalam protein. Untuk berfungsi dengan sempurna, setiap asid amino yang membentuk sebuah protein perlu disatukan hanya dengan satu rantaian peptide seperti mana ia hanya dipilih dari kalangan asid amino kiri sahaja.

Kebarangkalian ini adalah sama dengan kebarangkalian untuk setiap protein menjadi kidal. Iaitu, sekiranya kita menggunakan protein yang terhasil daripada 400 asid amino, kebarangkalian semua pergabungan asid amino di kalangan mereka dengan hanya rantaian peptide adalah melebihi 2399.


Kebarangkalian Sifar

Seperti yang dapat kita lihat di bawah ini, kebarangkalian sebuah molekul yang terbentuk daripada 500 asid amino ialah "1" melebihi satu jumlah yang terbentuk dengan menempatkan 950 sifar selepas angka satu, ia merupakan satu jumlah yang tidak komprehensif pada logik akal. Tetapi ia hanyalah kebarangkalian di atas kertas. Sedangkan, secara praktikal, suatu kebarangkalian tidak akan mempunyai peluang untuk direalisasikan. Pada kiraan matematik, suatu kebarangkalian yang lebih kecil daripada 1 melebihi 1050 mempunyai peluang sifar untuk direalisasikan.

Kebarangkalian "1 melebihi 10950" adalah melampaui had-had yang sepatutnya.

Sementara ketidakmungkinan sebuah molekul protein yang terhasil daripada 500 asid amino mencapai satu peningkatan, kita boleh terus mendesak had-had ini dengan peringkat ketidakmungkinan yang tinggi. Di dalam molekul hemoglobin (haemoglobin)*, yang merupakan sebuah protein penting, terdapat 574 asid amino, yang lebih daripada asid-asid amino yang diperlukan untuk menghasilkan protein di atas. Sekarang perhatikan ini: di dalam hanya sebuah sel darah merah daripada berbilion-bilion sel darah merah di dalam badan kita, terdapat "280,000,000" (280 juta) molekul hemoglobin.

Usia jangkaan bumi ini tidak mencukupi untuk menerima formasi ini walau hanya dari sebuah protein disebabkan oleh sebuah metode "percubaan dan kesilapan" (trail and error), apatah lagi sebuah sel darah merah. Walau dengan kita beranggapan bahawa asid amino ini telah tercantum dan terbentuk oleh sebuah metode trail and error tanpa kehilangan sebarang masa semenjak formasi bumi ini mula membentuk sebuah molekul protein, tetapi masa yang dikehendaki masih terlalu panjang daripada usia bumi sekarang untuk mencapai kebarangkalian 1 melebihi 10950.

Konklusi yang dapat dirumuskan daripada semua ini ialah, evolusi telah gagal sama sekali walau hanya pada peringkat pembentukan sebuah protein.


Apakah Terdapat Mekanisme Trial and Error Dalam Alam Semula jadi?

Akhirnya, kita membuat kesimpulan paling penting di dalam asas perkiraan kebarangkalian secara logik, yang telah kita datangkan beberapa contoh di atas. Kita menetapkan bahawa pengiraan kebarangkalian yang telah dibuat di atas telah mencapai satu had yang terlalu besar dan kebarangkalian yang besar ini adalah mustahil boleh berlaku. Bagaimana pun, ini adalah aspek paling penting dan membingungkan evolusionis. Iaitu di bawah keadaan semula jadi, kebarangkalian-kebarangkalian ini tidak dapat memulakan sebarang cubaan langsung, kerana tidak terdapat sebarang mekanisme trial and error di alam semula jadi yang boleh membantu penghasilan protein.

Pengiraan yang telah kita tandai di atas untuk menunjukkan kebarangkalian pembentukan sebuah molekul protein dengan 500 asid amino, adalah sah hanya untuk idea trail and error yang sememangnya tidak pernah wujud di alam nyata. Iaitu, kebarangkalian untuk mendapatkan sebuah protein yang berguna ialah "1" melebihi 10950, sekiranya kita beranggapan wujudnya mekanisme khayalan di mana sebatang tangan ghaib menyertai asid-asid amino dan kemudian mendapati ianya tidak tepat dan lantas merungkaikannya satu persatu dan menyusun semula di dalam susunan yang berbeza untuk kali yang kedua, dan seterusnya. Di dalam setiap percubaan, asid-asid amino sepatutnya dirungkaikan satu demi satu dan disusun semula di dalam susunan baru, sintesisnya seharusnya terhenti selepas asid amino ke-500 telah ditambah dan perlu dipastikan juga tidak terdapat sebarang asid amino tambahan terlibat sama. Percubaan ini sepatutnya akan berhenti untuk memastikan sama ada protein telah terbentuk atau tidak, dan sekiranya berlaku kesilapan, semuanya akan dilarutkan dan diuji di dalam rangkaian lain.



Sebagai tambahan, di dalam setiap percubaan, tidak hanya satu bahan terlibat. Adalah penting untuk rantaian yang terbentuk ketika percubaan tidak terpisah dan musnah sebelum mencapai ikatannya yang ke-499. Keadaan ini menunjukkan bahawa kebarangkalian-kebarangkalian yang kita sebutkan di atas hanya boleh berlaku di dalam persekitaran yang terkawal, di mana terdapatnya mekanisme terancang mengarah permulaan, penamat dan sebarang peringkat proses tersebut, dan di mana hanya "pemilihan asid amino" sahaja yang tinggal untuk berubah. Dengan itu, adalah mustahil bagi sebuah persekitaran untuk wujud di bawah keadaan semula jadi. Oleh itu, pembentukan sebuah protein secara semula jadi secara teknikal dan logiknya adalah mustahil, tanpa menghiraukan aspek-aspek "kemungkinan". Sebenarnya, untuk memperkatakan kemungkinan-kemungkinan sebuah kejadian adalah tidak saintifik.

Sebahagian evolusionis tidak menerima ini semua. Memandangkan mereka beranggapan bahawa pembentukan protein adalah suatu proses reaksi kimia yang ringkas, mereka membuat penolakan yang melucukan (dan mustahil) seolah-olah, "asid-asid amino bercantum dengan cara reaksi (kimia) dan kemudian membentuk protein". Bagaimanapun, suatu reaksi kimia yang berlaku secara kebetulan di dalam sebuah struktur bukan organik hanya akan menyebabkan perubahan yang ringkas dan primitif (sederhana). Jumlahnya pula adalah kurang dan terhad. Bagi bahan kimia yang lebih kompleks pula, kilang-kilang besar, logi-logi kimia, dan makmal-makmal perlu dilibatkan. Ubat-ubatan dan banyak lagi bahan-bahan kimia yang kita gunakan seharian adalah dari jenis yang sama. Protein mempunyai struktur yang lebih kompleks daripada bahan-bahan kimia yang dikeluarkan oleh kilang-kilang ini. Oleh itu, adalah mustahil bagi protein untuk terbentuk sebagai suatu hasil reaksi kimia yang sebarangan.

Mari kita ketepikan sebentar semua ketidakmungkinan yang telah kita terangkan sebelum ini, dan katakan sebuah molekul protein boleh terhasil secara spontan "oleh proses kebetulan". Tetapi, pada peringkat ini, evolusionis masih tidak dapat menjawab, kerana dalam usaha protein ini mempertahankan kedudukannya, ia perlu diasingkan daripada penempatan semula jadi yang ia berada di dalamnya, dan dilindungi di bawah sebuah keadaan khas. Jika sebaliknya, maka protein ini mungkin, sama ada ia akan hancur kerana terdedah kepada keadaan alam semula jadi bumi atau ia akan menyertai asid-asid lain, asid amino, atau sebatian-sebatian kimia, hilang segala ciri-cirinya dan berubah menjadi bahan yang sepenuhnya berbeza dan tidak berguna.



KEBARANGKALIAN SEBUAH PROTEIN TERBENTUK SECARA KEBETULAN ADALAH SIFAR
Terdapat 3 syarat untuk pembentukan sebuah protein yang berguna:

Syarat Pertama: semua asid amino di dalam rantai protein hendaklah terdiri daripada jenis yang kanan dan bera di dalam rangkaian yang kanan juga.

Syarat Kedua: semua asid amino di dalam rantai hendaklah kidal.

Syarat Ketiga: semua asid amino ini disatukan di antara mereka oleh pembentukan satu ikatan kimia yang dikenali sebagai "peptide bond".

Untuk membolehkan sebuah protein terbentuk secara kebetulan, semua syarat-syarat ini perlu wujud serentak. Kebarangkalian pembentukan sebuah protein secara kebetulan adalah bergantung kepada multiplikasi kebarangkalian-kebarangkalian seriap syarat-syarat ini.

Sebagai contoh, bagi sebuah molekul yang mengandungi 500 asid amino:

1. Kebarangkalian asid amino ini berada di dalam rangkaian kanan:

Terdapat 20 jenis asid amino yang digunakan di dalam komposisi protein. Berdasarkan ini:
- Kebarangkalian untuk setiap asid amino ini dipilih dengan tepat di antara 20 jenis = 1/20
- Kebarangkalian untuk semua 500 asid amino dipilih dengan tepat = 1/20500= 1/10650
=1 peluang dalam 10650

2. Kebarangkalian untuk asid amino menjadi kidal:

- Kebarangkalian untuk satu asid amino menjadi kidal = 1/2
- Kebarangkalian untuk semua 500 asid amino menjadi kidal = 1/2500 = 1/10150
= 1 peluang dalam 10150

3.Kebarangkalian untuk asid amino bergabung dengan satu "peptide bond":

Asid amino dapat bergabung antara satu sama lain dengan ikatan kimia yang berbagai jenis. Untuk membolehkan sebuah protein berguna terbentuk, semua asid amino di dalam rantai perlu bergabung dengan satu ikatan kimia khas digelar "peptide bond". Perkiraan kebarangkalian asid amino tidak bergabung dengan ikatan kimia yang lain daripada ikatan peptide ialah 50%. Berdasarkan ini:

- - Kebarangkalian dua asid amino bergabung dengan satu ikatan peptide = 1/20
-- Kebarangkalian semua 500 asid amino bergabung dengan ikatan peptide = 1/0499 = 1/10150
= 1 peluang dalam 10150

JUMLAH KEBARANGKALIAN = 1/10650 X 1/10150 X 1/10150 = 10950
= 1 peluang dalam 10950







Kebarangkalian satu molekul protein terhasil daripada 500 asid amino yang tersusun di dalam kuantiti yang tepat dan terangkai untuk membolehkan semua asid amino yang dikandunginya hanya datang daripada asid amino kidal dan hanya bercantum dengan peptide bond, ialah "1" melebihi "10950".


10950 =

100.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.
000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000.000000.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:18 pm

Yehuda wrote:"Seperti kita ketahui bahawa ada 3 agama Samawi ialah Jews, Christian, Islam, dan ketiga agama ini beribadat di tempat yang sama. Dan dalam pemahaman saya sehingga saya masuk FFI international, saya menganggap ketiganya benar. "



Ente jelasin di mana kebenaran dari 3 agama diatas sampe ente bilang ketiganya benar dan beribadah di tempat yang sama???
Kalo udah bisa jelasin dengan objektif baru ane kasih jawaban dari semua teori ente diatas...


Welcome to the club...


Maaf, saya sendiripun dalam pembelajaran sehingga saya boleh menengok dari Sudut pandang berbeza.
Sudut pandang saya, saya menengok bahawa di dalam ketiga ajaran tersebut nampak ada kesamaan. Kesamaan yang paling kuat ialah ketiganya beribadah ditempat yang sama.

Walau bagaimanajua, saya memerlukan sugestion dari cik.
Tanks.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:19 pm

Kekecohan Evolusi Dalam Mencari Jawapan Kepada Generasi Hidupan

Persoalan "bagaimana hidupan ini pertama kali muncul" telah menjadi satu kebuntuan kritikal kepada evolusionis sehinggakan mereka cuba untuk tidak menyentuh subjek ini. Mereka cuba mengesampingkan persoalan ini dengan menyatakan "makhluk pertama yang muncul terhasil daripada kejadian-kejadian di dalam air". Mereka berada pada sekatan yang mereka sendiri tidak mampu untuk melepasinya. Tanpa mengira perbalahan paleontologi evolusi, di dalam subjek ini mereka tidak mempunyai sebarang fosil yang boleh diselewengkan dan disalahtafsirkan seperti yang mereka inginkan bagi menyokong dakwaan mereka. Maka jelaslah bahawa teori evolusi telah pun tersanggah sejak awal dahulu lagi.

Terdapat satu maklumat penting yang perlu diperhatikan di sini: Sekiranya satu di antara langkah-langkah dalam proses evolusi ini telah terbukti mustahil, maka ia juga menunjukkan seluruh teori ini adalah salah dan tidak sah. Contohnya, dengan membuktikan bahawa formasi sebarang protein adalah mustahil, maka dakwaan-dakwaan lain berkaitan dengan langkah-langkah evolusi yang berikutnya juga tersanggah dengan sendirinya. Selepas peringkat ini, adalah tidak bererti untuk mengambil tengkorak-tengkorak manusia dan beruk dan membuat spekulasi tentangnya.

Bagaimana organisma-organisma hidup muncul daripada benda-benda bukan organik telah menjadi persoalan yang para evolusionis sendiri tidak mahu membangkitkannya untuk sekian lama. Bagaimanapun persoalan ini, yang sering kali dielakkan, telah membesar menjadi suatu masalah yang tidak dapat dielakkan dan perlu diselesaikan melalui suatu siri kajian pada suku kedua abad ke-20.

Persoalan utamanya ialah: Bagaimana sel hidupan pertama boleh muncul di dalam atmosfera bumi purba? Dengan kata lain, penjelasan apakah yang boleh didatangkan oleh para evolusionis untuk menyelesaikan masalah tersebut ini?

Jawapan kepada persoalan tersebut telah dicari melalui eksperimen-eksperimen. Para saintis dan penyelidik evolusionis telah menjalankan penyelidikan makmal khusus untuk menjawab soalan-soalan tersebut, tetapi tidak banyak yang membuahkan hasil. Kajian yang paling dikagumi terhadap asal hidupan ialah sebuah kajian yang dinamakan Eksperimen Miller yang dikendalikan oleh penyelidik saintis Amerika, Stanley Miller dalam tahun 1953. (Eksperimen tersebut juga dikenali sebagai "Eksperimen Urey-Miller" kerana sumbangan pendidik Miller di Universiti Chicago, Harold Urey.)

Eksperimen ini merupakan satu-satunya "bukti" untuk membuktikan "tesis molekul evolusi" yang dimajukan untuk menandai peringkat pertama jangka masa evolusi. Walaupun, masa telah berlalu selama hampir setengah abad, dan pencapaian kemajuan teknologi telah kian meningkat, tetapi tidak seorang pun telah mengambil langkah susulan. Tanpa sebarang sekatan, eksperimen Miller ini masih terus diajarkan di dalam buku-buku kursus sebagai penjelasan evolusion kepada generasi terawal benda hidup. Menyedari akan kenyataan bahawa kajian-kajian seperti itu tidak akan menyokong mereka, malah hanya akan menyanggah tesis mereka, oleh itu, evolusionis telah cuba menghindar daripada memulakan eksperimen-eksperimen seperti ini.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:20 pm

Eksperimen Miller

Matlamat Stanley Miller ialah untuk mengemukakan sebuah penemuan bereksperimen yang menunjukkan asid amino, blok pembentukan protein, boleh wujud "secara kebetulan" di atas muka bumi yang tidak berpenghuni berbilion-bilion tahun dahulu.

Di dalam eksperimen tersebut, beliau telah menggunakan campuran gas yang didakwa pernah wujud di atas permukaan bumi purba (tetapi kemudian telah dibuktikan sebagai tidak realistik), gabungan ammonia, metana, hidrogen, dan wap air. Memandangkan gas-gas ini tidak dapat bertindak balas di dalam keadaan semula jadi, beliau telah memasukkan tenaga rangsangan ke dalam keadaan sekeliling (milieu) untuk memulakan tindak balas di antara mereka. Dengan beranggapan bahawa tenaga ini mungkin terhasil daripada cahaya kilat di dalam atmosfera purba, maka dia telah menggunakan sumber cas elektrik tiruan untuk melengkapkannya.

Miller telah memanaskan gas campuran ini pada suhu 100ºC selama seminggu, dan sebagai tambahan beliau mengalirkan arus elektrik. Pada penghujung minggu tersebut, Miller menganalisis bentuk kimia pada bahagian bawah kendi dan mendapati tiga daripada 20 asid amino, yang menjadi elemen asas protein, telah terhasil dengan cara sintesis.

Eksperimen tersebut telah membangkitkan kegembiraan yang bukan kepalang di kalangan para evolusionis dan telah dipromosikan sebagai suatu kejayaan yang tiada tandingan. Tambahan pula, di sebuah negara yang dimabukkan oleh kelunakan, beberapa pencetakan mengeluarkan tajuk muka depan seperti "Miller mencipta hidupan". Bagaimana pun, molekul-molekul yang telah diaturkan oleh Miller untuk disintesiskan sebenarnya hanyalah beberapa molekul bukan organik (tidak hidup).

Terangsang oleh eksperimen ini, para evolusionis segera menghasilkan senario-senario baru. Peringkat-peringkat asid amino seterusnya segera dihipotesisikan (andaikan). Dengan mengandaikan asid amino telah pun bercantum di dalam rantaian oleh kebetulan untuk membentuk protein. Sebahagian daripada perubahan ini, membentuk protein yang menempatkan diri mereka ke dalam membran sel, seperti struktur-struktur yang secara tiba-tiba muncul dan membentuk sebuah sel yang primitif. Sel-sel ini tercantum tepat pada masanya dan membentuk organisma-organisma hidup. Tetapi, eksperimen Miller tidak lebih daripada rekaan dan kemudiannya telah dibuktikan salah di dalam berbagai aspek.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:22 pm

Eksperimen Miller Tidak Lebih Daripada Sebuah Rekaan

Tujuan eksperimen ini adalah untuk membuktikan bahawa asid-asid amino boleh terbentuk dengan sendirinya di bawah keadaan bumi purba tetapi ia telah menjadi tidak sejajar di dalam beberapa perkara:

1. Dengan menggunakan mekanisme yang dikenali sebagai "cold trap" (perangkap sejuk), Miller telah mengasingkan asid-asid amino ini daripada persekitarannya sebaik sahaja ia terbentuk. Sekiranya beliau tidak melakukannya, tekanan persekitaran tersebut akan segera memusnahkan molekul-molekul ini.

Tidak syak lagi, mekanisme pengasingan secara sengaja ini tidak pernah wujud di bawah tekanan bumi purba. Tanpa mekanisme ini, walaupun terdapat sebuah asid amino, ia akan segera dimusnahkan. Seorang ahli kimia Richard Bliss, menerangkan jangkaan ini seperti berikut: "Sememangnya, tanpa perangkap sejuk ini, hasil kimia tersebut telah dimusnahkan oleh sumber elektrik".101

Sememangnya Miller, di dalam eksperimen tersebut, tidak akan dapat membentuk walau sebuah asid amino dengan menggunakan bahan-bahan yang sama tanpa mekanisme perangkap sejuk.

2. Persekitaran atmosfera purba yang Miller cuba wujudkan di dalam eksperimennya adalah tidak realistik. Pada tahun 1980-an, para saintis bersetuju terhadap pandangan bahawa nitrogen dan karbon dioksida sepatutnya telah wujud di dalam persekitaran tiruan ini menggantikan gas metana dan ammonia. Setelah beberapa lama mendiamkan diri, Miller sendiri akhirnya mengakui persekitaran atmosfera yang digunakan di dalam eksperimennya adalah tidak realistik .102

Jadi mengapa Miller tetap menggunakan gas-gas ini? Jawapannya adalah mudah: kerana tanpa ammonia, adalah mustahil untuk mensintesiskan asid amino. Kevin Mc Kean menyebut perkara ini di dalam artikelnya yang dimuatkan di dalam majalah Discover:

Miller dan Urey meniru atmosfera bumi purba dengan campuran gas metana dan karbon ammonia. Menurut mereka, bumi waktu itu adalah serumpun sebatian logam, besi dan ais. Tetapi melalui kajian terbaru, telah difahami bahawa bumi pada waktu itu amat panas dan ia tergubah daripada nikel dan besi yang telah cair. Oleh itu, atmosfera kimia pada masa itu sebahagian besarnya terbentuk daripada nitrogen (N2), karbon dioksida (CO2), dan wap air (H2O). Bagaimanapun, semuanya ini tidak berguna seperti mana gas metana dan ammonia untuk membentuk molekul-molekul organik.103

Dua orang saintis Amerika J.P. Ferris dan C.T Chen telah mengulangi eksperimen Miller ini di bawah suatu persekitaran atmosfera yang mengandungi karbon dioksida, hidrogen, nitrogen, dan wap air, dan mereka gagal untuk menghasilkan walau hanya satu molekul asid amino.104
3. Fakta lain yang membatalkan eksperimen Miller ialah kerana terdapatnya oksigen yang mencukupi untuk memusnahkan semua asid amino di atmosfera pada masa ia dijangkakan terbentuk. Fakta ini, yang telah diabaikan oleh Miller, telah didedahkan melalui kesan pengoksidaan besi dan uranium yang ditemui di dalam batu-batu yang dianggarkan berusia 3.5 bilion tahun dahulu.105

Terdapat juga penemuan lain yang menunjukkan bahawa kandungan oksigen pada peringkat tersebut adalah lebih tinggi daripada apa yang didakwa oleh evolusionis. Kajian juga telah mendapati bahawa kadar kesan radiasi ultraungu terhadap bumi adalah sepuluh ribu kali ganda daripada apa yang dijangkakan oleh evolusionis. Kesan radiasi ultraungu ini tidak dapat dinafikan telah membebaskan oksigen dengan meleraikan wap air dan karbon dioksida ke atmosfera.

Situasi ini telah menafikan eksperimen Miller, yang telah mengabaikan oksigen sama sekali. Sekiranya oksigen digunakan di dalam eksperimen tersebut, metana pastinya telah dileraikan menjadi karbon dioksida dan air, dan ammonia akan dileraikan menjadi nitrogen dan air. Dari segi lain, di dalam atmosfera yang tidak mempunyai oksigen maka lapisan ozon juga tidak wujud. Oleh itu, asid-asid amino tersebut akan dimusnahkan serta merta kerana terdedah kepada cahaya ultraungu yang kuat tanpa ada perlindungan daripada lapisan ozon. Dengan kata lain, berserta atau tanpa oksigen di dalam bumi purba, hasilnya ialah ia telah menjadi sebuah persekitaran yang boleh memusnahkan asid amino.

4. Pada penghujung eksperimen Miller, banyak asid amino telah terbentuk dengan kriteria-kriteria yang membahayakan kepada struktur dan fungsi benda hidup. Sekiranya asid-asid amino tersebut tidak diasingkan dan dibiarkan di dalam persekitaran yang sama dengan bahan-bahan kimianya, kemusnahan atau perubahan mereka kepada sebatian yang berbagai-bagai melalui reaksi kimia tidak akan dapat dielakkan lagi.

Tambahan pula, sejumlah besar asid amino kanan telah terbentuk pada akhir eksperimen tersebut.106 Kewujudan asid-asid amino ini menggagalkan teori ini kerana asid amino kanan tidak dapat berfungsi di dalam komposisi organisma-organisma hidup. Kesimpulannya, keadaan-keadaan yang membentuk asid amino di dalam eksperimen ini adalah tidak sesuai untuk hidupan. Sebenarnya, perantaraan ini telah membentuk campuran asid yang menghancurkan dan mengoksidakan molekul-molekul berguna yang terhasil.

Terdapat satu kenyataan konkrit yang dapat diperolehi daripada fakta-fakta ini, iaitu: Eksperimen Miller ini tidak boleh didakwa sebagai bukti bahawa hidupan boleh terbentuk secara kebetulan di bawah keadaan bumi purba. Keseluruhan eksperimen ini tidak lebih daripada sebuah ujian makmal yang terkawal untuk mensintesiskan asid amino. Jumlah dan jenis-jenis gas yang digunakan di dalam eksperimen ini telah diaturkan untuk membolehkan asid amino ini terbentuk. Jumlah tenaga yang dibekalkan kepada sistem tersebut sama ada terlalu banyak atau terlampau kurang telah diaturkan dengan baik untuk membolehkan beberapa reaksi berlaku. Peralatan eksperimen ini juga telah diasingkan untuk menghalang sebarang kecacatan, kemusnahan atau elemen-elemen lain, bagi menyekat formasi asid-asid amino ini, yang sepatutnya berada di dalam persekitaran atmosfera bumi purba. Tiada sebarang elemen, mineral dan sebatian yang terdapat pada atmosfera bumi purba yang boleh mengubah tindak balas yang tidak diingini, dimasukkan ke dalam eksperimen ini. Oksigen, yang boleh menyekat formasi asid-asid amino ini disebabkan oleh pengoksidaannya, hanyalah salah satu elemen pemusnahnya. Malah, walaupun di bawah keadaan makmal yang stabil, adalah mustahil untuk asid-asid amino yang terbentuk ini untuk terus hidup dan menghalangnya daripada musnah tanpa mekanisme "perangkap sejuk".

Kenyataannya, melalui eksperimen ini evolusionis telah menyanggah teori mereka sendiri, kerana eksperimen ini menunjukkan kepada kita bahawa asid amino hanya boleh dibentuk di dalam persekitaran makmal yang terkawal sahaja yang segalanya telah direka dengan perancangan rapi. Jelaslah, kuasa yang membangkitkan hidupan ini bukannya suatu kebetulan tetapi suatu ciptaan terancang.

Sebab utama mengapa para evolusionis ini tidak mahu mengakui realiti ini ialah kerana kesetiaan prejudis mereka yang tuli, yang sememangnya tidak saintifik. Lebih menarik lagi, Harold Urey yang mengendalikan eksperimen Miller ini bersama muridnya Stanley Miller, telah membuat pengakuan berikut:

Setiap seorang daripada kami yang mengkaji asal kehidupan mendapati bahawa semakin dalam kami mengkajinya, makin kuat kami rasakan bahawa adalah terlalu kompleks untuk ia terbentuk. Kami semua percaya sebagai ikatan keimanan bahawa hidup ini terbentuk daripada benda mati di atas planet ini. Tetapi ianya terlampau kompleks, amat sukar bagi kami untuk membayangkan apa yang telah berlaku.107




SUMBER-SUMBER EVOLUSI TERKINIMENYANGGAH EKSPERIMEN MILLER

Hari ini, eksperimen Miller telah menjadi satu subjek yang telah ditolak sepenuhnya termasuklah oleh para saintis evolusionis sendiri. Di dalam isu Februari 1998 sebuah majalah evolusionis yang terkenal, Earth, kenyataan berikut telah dikeluarkan di dalam sebuah artikel bertajuk "Life's Crucible":

Pakar-pakar geologi kini berpendapat atmosfera bumi purba mengandungi karbon dioksida dan nitrogen, iaitu gas-gas yang kurang tindakbalasnya daripada yang digunakan di dalam eksperimen 1953. Dan seandainya atmosfera rekaan Miller wujud, bagaimana kamu boleh menjadikan molekul-molekul ringkas seperti asid amino untuk melalui perubahan kimia yang diperlukan untuk mengubah mereka menjadi sebatian atau polimer yang lebih sempurna, seperti protein? Miller sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah ini. "Ia adalah suatu masalah", Beliau mengeluh dengan geram. "Bagaimana kamu hendak membuat polimer? Ianya tidak mudah."1

Seperti yang dapat dilihat, Miller sendiri mengakui kini, bahawa eksperimen beliau tidak menghasilkan kesimpulan yang baik dalam menjelaskan asal usul kehidupan. Kenyataan kononnya para saintis evolusionis bersungguh-sungguh menerima eksperimen ini hanya akan membuktikan kekeliruan evolusi, dan putus asa penganjurnya.

Pada Mac 1998, isu majalah National Geographic, di dalam sebuah artikel bertajuk "The Emergence of Life on Earth", kenyataan berikut telah disebutkan di dalam artikel ini:

Ramai saintis kini mengesyaki bahawa atmosfera awal bumi adalah berbeza daripada apa yang telah dijangkakan oleh Miller pada mulanya. Mereka meramalkan ia mengandungi karbon dioksida dan nitrogen, bukannya hidrogen, metana, dan ammonia.

Ia adalah berita buruk kepada pakar-pakar kimia. Apabila mereka cuba mencetuskan karbon dioksida dan nitrogen, mereka memperolehi sejumlah molekul organik yang tidak berguna – seumpama melarutkan setitis warna makanan ke dalam air kolam renang. Para saintis tidak dapat menerima bahawa hidupan ini terbentuk daripada sup cair seperti itu.2

Secara ringkasnya, dapat disimpulkan, sama ada eksperimen Miller, ataupun ujian saintis-saintis lain, telah menjawab persoalan bagaimana hidupan terbentuk di bumi. Semua kajian yang telah dilakukan menunjukkan adalah mustahil bagi hidupan untuk lahir secara kebetulan dan ini membuktikan hidup ini telah diciptakan.

Referency
1. Earth, "Life's Crucible", February 1998, p.34
2. National Geographic, "The Rise of Life on Earth", March 1998, p.68
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:23 pm

Atmosfera Bumi Purba dan Protein

Walaupun semua ketidakjajaran ini telah dibentangkan di atas, tetapi para evolusionis masih merujuk kepada eksperimen Miller ini untuk menjawab persoalan bagaimana asid amino terbentuk dengan sendirinya di bawa atmosfera bumi purba. Sehingga ke hari ini, mereka terus memperdayakan masyarakat dengan beranggapan seolah-olah persoalan tersebut telah diselesaikan oleh eksperimen yang mengelirukan ini.

Bagaimana pun, untuk menjelaskan peringkat kedua asal hidupan bagi pembentukan asid amino iaitu "protein", yang menjadi blok binaan hidupan melalui penggabungan beratus-ratus asid-asid amino yang berbagai di dalam aturan yang tepat, para evolusionis menghadapi masalah paling sukar yang tidak dapat dielakkan.

Mendakwa bahawa protein terbentuk secara kebetulan di bawah keadaan semula jadi adalah lebih tidak realistik dan tidak rasional daripada mendakwa asid amino terbentuk secara kebetulan. Di dalam helaian-helaian lepas kita telah mengkaji kebarangkalian-kebarangkalian penggabungan asid-asid amino di dalam rantaian-rantaian yang selaras untuk membentuk protein. Sekarang, kita akan mengkaji ketidakmungkinan protein boleh diproses secara kimia di bawah keadaan bumi purba.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby Yehuda » Tue Feb 19, 2008 9:24 pm

"Kesamaan yang paling kuat ialah ketiganya beribadah ditempat yang sama"


Apa nama tempatnya???
Jawab aja jangan muter-muter!!!
User avatar
Yehuda
 
Posts: 3047
Joined: Fri Jan 18, 2008 8:07 pm
Location: Depok

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 9:46 pm

Masjidil Aqsha.
Apakah memang begitu?
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby Yehuda » Tue Feb 19, 2008 9:54 pm

Ha...ha...ha...umat Kristen tidak beribadah di sana yang ibadah di masjidil aqsha cuma yahudi sama islam...karena di bawah masjid itu diyakini terkubur Bait Allah kepunyaan orang yahudi.


Silakan ente belajar lagi, ane senang bantu ente...
User avatar
Yehuda
 
Posts: 3047
Joined: Fri Jan 18, 2008 8:07 pm
Location: Depok

Postby badawi » Tue Feb 19, 2008 10:02 pm

Terima kasih, saya mungkin tesilap, tetapi saya perlu belajar lagi.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby moh_mad007 » Wed Feb 20, 2008 6:56 pm

@badawi , lo gak tersilap cuman STRESS berat .
lo gak perlu belajar lagi karena otak lo gak akan mampu.
User avatar
moh_mad007
 
Posts: 2407
Joined: Tue Jan 15, 2008 12:18 am

Postby badawi » Wed Feb 20, 2008 7:11 pm

Okey lah, tetapi saya tetap interested di forum ini. dan akan banyak belajar.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby moh_mad007 » Wed Feb 20, 2008 7:22 pm

@badawi , nah itu berarti pernyataan orang yg GENTLE gue salut ama lo . FORUM ini sangat mendidik dan memang KRITIS n REALISTIS jadi lo gak perlu TAKUT2 , RAGU2 ato MALU kalo lo mau MURTAD karena itu akan membikin lo jadi tau bagaimana itu KEBENARAN yg TERANG!!!
User avatar
moh_mad007
 
Posts: 2407
Joined: Tue Jan 15, 2008 12:18 am

Postby berani_murtad » Wed Feb 20, 2008 10:27 pm

saudara badawi, anda menggunakan teori evolusi di dalam topik ini hanya percuma saja. karena banyak data2 yang mendukung juga mengenai keberadaan fosil2 evolusi, jika anda membaca buku2 evoluysi dari buku2 yang lain, sedangkan anda mengambil artikel dari harun yahya. dan satu lagi umat kristen dan islam tetap akan menganggap evolusi kepada manusia tidak ada. karena kalau umat kristen dan islam mempercayai evolusi berarti telah mengingkari imannya.
berani_murtad
 
Posts: 2574
Joined: Sat May 19, 2007 3:11 pm
Location: Surga 72 bidadari

PreviousNext

Return to Pembelaan Terhadap Islam



Who is online

Users browsing this forum: No registered users