.

Menyingkap Darwinisme dan Ideologynya Berdasarkan Sains

Pembelaan bahwa Islam adalah ajaran dari Tuhan.

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 5:28 am

Bab 8

PENIPUAN EVOLUSI


Tidak terdapat sebarang bukti kukuh untuk menyokong imej "manusia-beruk" yang terus didoktrinkan oleh pihak media dan golongan akademik evolusionis. Dengan berus yang masih di tangan, para evolusionis ini menghasilkan makhluk khayalan mereka, tetapi kenyataan bahawa lukisan-lukisan mereka ini langsung tidak menepati fosil-fosil yang ditemui, telah memberikan masalah yang besar kepada mereka. Antara cara yang digunakan untuk menangani masalah ini ialah dengan "mencipta" fosil-fosil yang sebenarnya tidak pernah ditemui. Piltdown Man, skandal terbesar di dalam sejarah sains, merupakan di antara contoh metode tersebut.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 5:32 am

Piltdown Man: Sekeping Rahang Orang Utan dan Sebiji Tengkorak Manusia

Kisah Sebuah Penipuan
Fosil-fosil tersebut telah digali oleh Charles Dawson dan telah diberikan kepada Sir Arthur Smith Woodward.
Serpihan-serpihan telah dipasang semula untuk membentuk tengkorak terkena.

Image
Serpihan Tengkorak Manusia

Berdasarkan kepada pemasangan semula tengkorak tersebut, beberapa lukisan dan ukiran telah dihasilkan, sejumlah artikel dan dokumentari telah ditulis. Tengkorak asal telah dipamerkan di Muzium British.

Image
Rahang Orang Utan

Setelah 40 tahun selepas penemuannya, fosil Piltdown Man telah dibuktikan sebagai satu penipuan oleh sekumpulan penyelidik.

Image




Seorang doktor yang amat dikenali yang juga seorang ahli paleontologi (ilmu kaji manusia), Charles Dawson telah mendakwa menemui sekeping tulang rahang dan serpihan tengkorak manusia di dalam sebuah lombong di Piltdown, England dalam tahun 1912. Walau pun, rahang tersebut menyerupai beruk tetapi gigi dan tengkoraknya lebih mirip kepada manusia. Ia kemudian telah dikenali sebagai "Piltdown Man". Ia didakwa berusia 500 ribu tahun dan telah dipamerkan di beberapa buah muzium sebagai bukti evolusi manusia yang jelas. Selama 40 tahun, ramai saintis telah menulis berbagai artikel berkenaan Piltdown Man ini. Berbagai tafsiran dan lakaran lukisan telah dihasilkan, dan fosil ini kemudian telah dikemukakan sebagai sebuah bukti penting terhadap evolusi manusia. Tidak kurang daripada 500 tesis kedoktoran telah ditulis di bawah tajuk ini.55 Seorang ahli paleontologi Amerika, Henry Fairfield Osborn, ketika melawat Muzium British dalam tahun 1935, telah berkata, "... kita perlu diperingatkan berulang-ulang kali bahawa Alam Semula jadi ini dipenuhi dengan berbagai paradok dan ini merupakan sebuah penemuan yang memeranjatkan tentang manusia terawal ..."56

Pada tahun 1949, Kenneth Oakley, daripada Jabatan Paleontologi Muzium British telah melakukan "ujian florin", satu ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti usia sesebuah fosil lama. Suatu ujian telah dijalankanke atas fosil Piltdown Man ini. Hasilnya amat memeranjatkan! Ketika ujian, didapati tulang rahang tersebut tidak mengandungi sebarang florin. Ini menunjukkan bahawa ia telah ditanam beberapa tahun sahaja di dalam tanah. Sementara, tengkorak tersebut pula hanya mengandung sedikit florin, menunjukkan bahawa ia hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja.

Kajian seterusnya yang dijalankan dengan menggunakan kaedah ujian florin yang sama telah mendapati bahawa tengkorak tersebut hanya berusia beberapa ribu tahun sahaja. Ia juga telah menunjukkan bahawa gigi-gigi yang terdapat pada rahang tersebut adalah kepunyaan seekor orang utan yang telah dipasangkan (pada rahang tersebut) dan segala peralatan primitif yang ditemui adalah bahan tiruan yang telah dipalsukan dengan peralatan-peralatan besi.57 Di dalam ujian lebih terperinci yang telah disempurnakan oleh Weiner, penipuan ini telah didedahkan kepada umum pada tahun 1953. Tengkorak tersebut adalah kepunyaan manusia berusia 500 ribu tahun dan tulang rahang tersebut pula adalah kepunyaan seekor orang utan moden yang telah mati !. Gigi-giginya pula telah diaturkan di dalam satu susunan dan dimasukkan ke dalam rahang, dan ia juga telah ditokok tambah untuk menjadikannya lebih mirip kepada manusia. Kemudian semua serpihan ini telah disalut dengan "potassium dichromate"* untuk menjadikannya kelihatan usang. Lapisan yang disalut ini mulai hilang apabila ia direndam ke dalam asid. Le Gros Clark, antara individu yang terlibat di dalam kumpulan yang membongkar penipuan ini tidak dapat menyembunyikan rasa terperanjatnya dan berkata, "Bukti kepalsuan ini amat jelas kelihatan. Ianya amat ketara sehinggakan mereka tertanya-tanya - bagaimana mereka tidak dapat mengesannya sebelum ini?".58 Setelah menyedari keadaan ini, Piltdown Man telah dipindahkan dengan segera daripada Muzium British setelah dipamerkan selama 40 tahun.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 5:34 am

Nebraska Man: Sebatang Gigi Babi

Di dalam tahun 1922, Henry Fairfield Osborn, pengurus American Museum of Natural History, mendakwa telah menemui sebatang fosil gigi geraham di barat Nebraska berhampiran Snake Brook, kepunyaan Zaman Pliocene. Gigi tersebut mempunyai kriteria-kriteria yang mirip kepada manusia dan beruk. Perbalahan di antara saintis mula berlaku apabila sebahagian daripada mereka mendakwa ianya adalah daripada Pithecanthropus erectus. Sementara yang lain pula mendakwa ianya adalah lebih mirip kepada manusia. Fosil yang telah menimbulkan perbalahan ini telah dinamakan sebagai "Nebraska Man". Ia juga telah dinamakan dengan "istilah saintifik", Hesperopithecus haroldcooki.


Image
Gambar ini telah dilukis berdasarkan kepada sebatang gigi dan ia telah diterbitkan di dalam majalah Illustrated London News pada 24 Julai 1922. Bagaimana pun, para evolusionis merasa amat kecewa apabila ia telah dikenal pasti bukan kepunyaan beruk atau manusia, tetapi sebenarnya ia dalah kepunyaan satu spesies babi yang telah pupus.

Banyak pihak telah memberikan sokongan mereka kepada Osborn. Dengan hanya berdasarkan kepada sebatang gigi ini, pembinaan semula kepala dan badan Nebraska Man telah dilakarkan semula. Malah Nebraska Man telah digambarkan bersama dengan isteri dan anak-anaknya seperti sebuah keluarga, dengan berlatarbelakangkan alam semula jadi.

Semua senario ini telah dihasilkan dengan hanya berdasarkan kepada sebatang gigi. Para evolusionis amat mengiktiraf "manusia hantu" ini. Sehinggakan apabila seorang penyelidik, William Bryan membantah keputusan mereka yang tidak adil dengan hanya berpandukan kepada sebatang gigi, maka beliau telah dikritik dengan hebatnya.

Pada 1927, bahagian-bahagian lain tengkorak telah ditemui. Berdasarkan kepada serpihan-serpihan baru ini, didapati gigi tersebut bukan kepunyaan seorang manusia atau seekor beruk. Sebaliknya, ia adalah kepunyaan sejenis babi liar di Amerika yang telah pupus, dikenali sebagai prostennops. William Bryan telah menulis sebuah artikel di dalam majalah Science bertajuk "Hesperopithecus: Apparently not an ape nor a man" .59 Setelah itu, semua lukisan-lukisan Hesperopithecus haroldcooki telah dibuang daripada bacaan-bacaan evolusi.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 5:35 am

OTA BENGA: Orang Asli Afrika Yang Dimasukkan Ke Dalam Sangkar

Setelah Darwin melanjutkan dakwaan beliau di dalam buku bertajuk "The Descent of Man", bahawa manusia terbentuk daripada beruk, dia mula mencari fosil-fosil untuk menyokong dakwaannya. Bagaimana pun, evolusionis percaya makhluk separuh manusia-beruk tidak hanya dapat ditemui di dalam bentuk fosil, tetapi ia juga hidup di kawasan-kawasan tertentu dunia. Pada awal kurun ke-20, penemuan "rangkaian peralihan hidup" telah menyebabkan berlakunya sebuah tragedi yang tidak diduga. Tragedi paling kejam melibatkan seorang kerdil yang digelar Ota Benga.

Ota Benga telah ditangkap pada tahun 1904 oleh seorang penyelidik di Congo. Nama yang diberikan kepadanya bermaksud "kawan". Dia mempunyai seorang isteri dan dua orang anak. Setelah dikurung dan dirantai seperti binatang, dia telah dibawa ke Amerika Syarikat dan evolusionis telah mempamerkannya di khalayak ramai di Pesta Dunia St. Louis bersama dengan spesies-spesies beruk yang lain. Ia diperkenalkan sebagai "rangkaian peralihan paling hampir dengan manusia". Dua tahun kemudian, mereka membawanya ke Zoo Bronx di New York dan mereka mempamerkannya di bawah sektor "Peninggalan Nenek Moyang Manusia", bersama dengan beberapa ekor cimpanzi, seekor gorila bernama Dilah dan seekor orang utan bernama Dohung. Dr. William T. Hornaday, pengarah zoo berkenaan telah memberikan ucapan yang panjang lebar betapa beliau merasa amat bangga kerana menempatkan "formasi peralihan" ganjil ini di zoonya. Dia telah melayan Ota Benga seolah-olah ia adalah benar-benar seekor haiwan. Kerana tidak tahan menerima layanan buruk ini, Ota Benga telah membunuh diri. .60

Piltdown Man, Nebraska Man, Ota Benga... semua skandal-skandal ini menunjukkan bahawa saintis evolusionis tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa sahaja cara yang tidak saintifik untuk membuktikan teori mereka. Tanamkan fakta ini di dalam fikiran apabila melihat bukti-bukti yang didakwa sebagai legenda evolusi manusia, kerana kita berhadapan dengan situasi yang sama. Terdapat berbagai cerita khayalan dan sekumpulan sukarelawan yang bersedia untuk melakukan apa sahaja bagi mengesahkan cerita ini.

Referency
55 Malcolm Muggeridge, The End of Christendom, Grand Rapids, Eerdmans, 1980, p. 59.
56 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly", New Scientist, February 5, 1979, p. 44.
57 Kenneth Oakley, William Le Gros Clark & J. S, "Piltdown", Meydan Larousse, Vol 10, p. 133.
58 Stephen Jay Gould, "Smith Woodward's Folly", New Scientist, April 5, 1979, p. 44.
59 W. K. Gregory, "Hesperopithecus Apparently Not An Ape Nor A Man", Science, Vol 66, December 1927, p. 579.
60 Philips Verner Bradford, Harvey Blume, Ota Benga: The Pygmy in The Zoo, New York: Delta Books, 1992.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:18 am

Bab 9

SENARIO EVOLUSI MANUSIA


Di dalam bab-bab yang lepas kita dapat melihat tidak terdapat sebarang mekanisme semula jadi yang boleh menyebabkan suatu hidupan itu berubah, dan spesies hidupan tidak wujud hasil daripada proses evolusi, tetapi sebaliknya ia diciptakan di dalam keadaan yang telah sedia sempurna. Ia diciptakan satu per satu (individu). Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa "evolusi manusia" adalah sebuah cerita yang tidak pernah berlaku.

Jadi apa yang dikemukakan oleh para evolusionis ini sebagai asas teori mereka?

Asas mereka ialah kewujudan perbagai fosil yang membolehkan mereka mencipta tafsiran khayalan. Menurut sejarah, terdapat 6000 spesies beruk pernah hidup di muka bumi ini, tetapi sebahagian besar daripadanya telah pun terpupus. Hari ini hanya terdapat 120 spesies yang masih hidup. 6000 spesies beruk yang sebahagian daripadanya telah pupus inilah yang menjadi sumber utama evolusionis.

Evolusionis mencatatkan evolusi manusia ini dengan menyusun beberapa tengkorak yang bertepatan dengan kehendak mereka, daripada yang paling kecil hingga yang paling besar dan menaburkan (mencampurkan) tengkorak-tengkorak bangsa manusia yang telah pupus bersama. Menurut senario ini, manusia moden dan beruk yang ada hari ini berasal daripada keturunan yang sama. Makhluk ini berubah mengikut edaran masa, dan sebahagian daripadanya menjadi beruk hari ini, sementara sebahagian yang lain yang mengikut cabang evolusi yang berbeza berubah menjadi manusia moden.

Bagaimanapun, semua kajian paleontologi, anatomi dan biologi telah membuktikan bahawa dakwaan evolusi ini adalah dongengan dan tidak sah seperti yang lain juga. Tidak terdapat sebarang pendapat dan bukti yang dapat dikemukakan untuk membuktikan terdapat hubungan di antara manusia dan beruk, melainkan penipuan, pemalsuan, dan lukisan-lukisan dan komentar yang tersasar.

Rakaman fosil telah membuktikan kepada kita melalui sejarah, bahawa manusia asalnya adalah manusia dan beruk berasal daripada beruk juga. Sebahagian daripada fosil-fosil yang didakwa oleh evolusionis sebagai kepunyaan nenek moyang manusia, sebenarnya milik satu kaum yang hidup sekitar 10,000 tahun dahulu dan kemudian telah pupus. Tambahan pula, banyak komuniti manusia yang hidup hari ini mempunyai penampilan dan kriteria yang sama dengan kaum ini. Semua ini menjadi bukti yang jelas bahawa manusia tidak pernah mengalami sebarang proses evolusi pada mana-mana jangka masa sejarah.

Yang lebih penting ialah terdapat berbagai perbezaan anatomi (binaan tubuh badan) di antara manusia dan beruk, dan tidak satu pun di antaranya yang menunjukkan ianya terhasil daripada proses evolusi. "Bipedality", (berkaki dua) adalah di antara contohnya. Sebagaimana yang akan kami terangkan kemudian nanti, dua kaki adalah sifat khusus kepada manusia sahaja, dan ia merupakan sifat paling penting yang membezakan di antara manusia daripada haiwan-haiwan lain.


Susun Salur Khayalan Manusia

Dakwaan Darwinis berpegang bahawa manusia moden hari ini telah mengalami perubahan daripada sejenis makhluk seperti beruk. Ketika berlaku proses evolusi, yang dipercayai berlaku sekitar 4-5 bilion tahun yang lalu, didakwa terdapat beberapa "formasi peralihan" (transtional forms) di antara manusia moden dan nenek moyangnya. Berdasarkan kepada senario khayalan ini, empat kategori asas telah disenaraikan:

1. Australopithecines (Australopithecus)

2. Homo habilis

3. Homo erectus

4. Homo sapiens

Para evolusionis menamakan kategori ini sebagai "Australopithecus" yang bermaksud "beruk Afrika Selatan". Australopithecus, yang tidak lebih daripada sejenis beruk purba yang telah pupus, mempunyai beberapa jenis. Sebahagiannya memiliki susuk tubuh yang sempurna, sementara yang lain bertubuh kecil dan kurus.

Evolusionis mengklafikasikan peringkat berikutnya sebagai "homo", iaitu manusia. Menurut dakwaan mereka, hidupan pada peringkat "Homo" ini lebih maju daripada Australopithecus, dan tidak banyak berbeza dengan manusia moden kini. Manusia moden ini, yang dikenali sebagai "homo sapiens", dikatakan telah mengalami perubahan pada peringkat terakhir proses evolusi spesies ini.

Fosil-fosil seperti "Java Man", "Pekin Man" dan "Lucy", yang sering muncul di dalam berbagai mas media, adalah tergolong di dalam empat spesies yang telah disenaraikan di atas. Spesies- spesies ini dianggarkan telah berpecah kepada beberapa spesies cabang.


SEKEPING TULANG RAHANGSEBAGAI CETUSAN INSPIRASI
ImageImageImage
Fosil Ramapithecus pertama yang ditemui: sebuah rahang yang hilang telah disambungkan dua bahagian. Evolusionis melukiskan Ramapithecus, keluarganya dan persekitaran mereka hidup, dengan hanya berdasarkan kepada tulang-tulang rahang ini.


Sesetengah formasi peralihan ini, seperti "Ramapithecus" telah dikeluarkan daripada senarai khayalan evolusi pokok manusia setelah dikenal pasti ianya sebagai hanya sejenis spesies beruk biasa sahaja.61

Dengan menyambungkan rantaian-rantaian ini seperti berikut, Australopithecus > Homo habilis > Homo erectus > Homo sapiens, para evolusionis mendakwa setiap satu menjadi moyang kepada yang lain. Walau bagaimana pun, kajian paleontologi telah mendapati bahawa Australopithecus, Homo habilis dan Homo erectus, telah wujud di kawasan yang berbeza tetapi di dalam waktu yang sama. Tambahan pula, satu segmen manusia yang diklafikasikan sebagai Homo erectus telah hidup sehingga ke zaman moden. Homo Neandarthalensis dan Homo sapiens (manusia moden) telah wujud di dalam waktu yang sama. Oleh itu, ia menunjukkan dengan jelas ketidaktepatan dakwaan bahawa mereka adalah moyang kepada yang lain.

Pada dasarnya, semua penyelidikan dan kajian saintifik telah mendedahkan bahawa rekod-rekod fosil tidak menunjukkan berlakunya sebarang proses evolusi, seperti yang didakwa oleh evolusionis. Malah, fosil-fosil ini sebenarnya kepunyaan sekelompok kaum atau spesies-spesies beruk.

Jadi, fosil yang manakah kepunyaan manusia, dan yang mana pula kepunyaan beruk? Dan apakah mungkin untuk salah satu daripadanya menjadi formasi peralihan? Untuk mendapatkan jawapan, mari kita selidik setiap kategori dengan lebih dekat.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:19 am

Australopithecus : Sejenis Spesies Beruk

Australopithecus, adalah kategori pertama yang juga dikenali sebagai "Beruk Selatan". Ia dianggarkan telah muncul di Afrika pada sekitar 4 juta tahun dahulu dan mereka telah hidup sehingga sejuta tahun. Terdapat beberapa pengklafikasian lain di dalam Australopithecus. Evolusionis menganggarkan spesies yang paling tua ialah A. Afaransis. Kemudian diikuti dengan A. Africanus, yang mempunyai tulang yang lebih kecil. Seterusnya, A. Robustus, yang mempunyai tulang yang lebih besar. Sementara, A. Boisei, sebahagian penyelidik menganggapnya sebagai spesies yang lain, dan sebahagian yang lain menerimanya sebagai pecahan spesies A. Robustus.

Semua spesies Autralopithecus adalah beruk-beruk yang telah pupus yang menyerupai beruk hari ini. Saiz tengkorak mereka adalah sama atau lebih kecil daripada cimpanzi kini. Mereka menggerakkan tangan dan kaki mereka untuk memanjat seperti cimpanzi dan kaki mereka mempunyai kebolehan untuk bergayutan di dahan pokok. Mereka bertubuh kecil (maksimum 130 cm/5inci), dan seperti cimpanzi kini, Australopithecus jantan mempunyai tubuh yang lebih besar daripada betina. Kebanyakan kriteria seperti butir-butir khusus pada tengkorak mereka, jarak mata yang rapat, gigi geraham yang tajam, struktur rahang, tangan yang panjang, dan kaki yang pendek, adalah bukti jelas yang menunjukkan hidupan-hidupan ini tidak berbeza daripada beruk-beruk hari ini.

Evolusionis mendakwa, walaupun Australopithecus mempunyai struktur tubuh seperti beruk tetapi ia berjalan menegak seperti manusia, bukan seperti beruk.

Fakta "berjalan menegak" ini telah dipegang oleh ahli paleontologi seperti Richard Leakey dan Donald C. Johanson selama beberapa dekad.Tetapi, ramai saintis telah menjalankan penyelidikan terhadap struktur rangka Australopithecus dan membuktikan dakwaan tersebut tidak sah. Kajian mendalam telah dilakukan ke atas beberapa spesies Australopithecus oleh dua orang ahli anatomi yang terkenal dari England dan Amerika Syarikat, iaitu Lord Solly Zukerman dan Prof. Charles Oxnard. Ia telah membuktikan bahawa makhluk ini tidak bergerak dengan menggunakan dua kaki (seperti manusia), sebaliknya bergerak seperti pergerakan beruk hari ini. Setelah mengkaji tulang-tulang fosil ini selama 15 tahun dengan menggunakan peralatan-peralatan yang disumbangkan oleh kerajaan British, Lord Zukerman bersama kumpulannya telah membuat kesimpulan bahawa, Australopithecus hanyalah satu spesies beruk biasa dan sama sekali tidak berjalan dengan dua kaki, sedangkan beliau sendiri adalah seorang evolusionis. 62 Demikian juga dengan, Charles Oxnard, seorang lagi evolisionis yang terkenal dengan kajian beliau di dalam subjek ini, beliau juga telah menyamakan kerangka Australopithecus ini dengan orang utan moden.63 Akhirnya, pada tahun 1994, sebuah pasukan daripada Universiti Liverpool telah menjalankan penyelidikan secara mendalam untuk mendapatkan konklusi yang tepat. Akhirnya, "mereka membuat kesimpulan bahawa Australopithecus adalah quadripedal" (haiwan yang berjalan dengan empat kaki).64

Secara ringkasnya, Australopithecus ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan manusia, ia hanyalah sejenis spesies beruk yang telah pupus.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:27 am

Homo Habilis : Seekor Beruk Yang Diperkenalkan Sebagai Manusia

Persamaan paling ketara di antara struktur rangka dan tengkorak Australopithecus dan cimpanzi dan penyanggahan dakwaan bahawa makhluk ini berjalan menegak, memberikan kesukaran kepada ahli paleontologi evolusionis. Ini kerana, menurut khayalan evolusi, Homo erectus datang selepas Australopithecus. Sedangkan, "homo" bermaksud manusia, oleh itu Homo erectus adalah sekelas dengan manusia dan tulang rangkanya adalah menegak. Saiz tengkoraknya juga adalah dua kali ganda daripada Australopithecus. Perantaraan terus dari Australopithecus, yang mirip cimpanzi/beruk, kepada Homo erectus, yang mempunyai tulang rangka tidak jauh berbeza dengan manusia moden, adalah mustahil walau jika dilihat berdasarkan teori evolusi sekali pun. Oleh itu, "rangkaian" iaitu formasi perantaraan, amat diperlukan. Maka Homo habilis pun diperkenalkan (sebagai formasi perantaraan Australopithecus-Homo erectus).

Homo habilis telah diperkenalkan sebagai sebuah keluarga yang sempurna pada tahun 1960an oleh Leakeys yang dikenali sebagai "pemburu fosil". Menurut Leakeys, spesies baru yang dikelaskan sebagai Homo habilis ini mempunyai kapasiti tengkorak yang besar, kebolehan berjalan tegak dan menggunakan batu dan kayu sebagai peralatan dan mempunyai tengkorak yang lebar. Oleh itu, kemungkinan ia adalah moyang manusia.

Bagaimana pun, penemuan fosil baru daripada spesies yang sama yang telah ditemui pada akhir 1980an telah mengubah sepenuhnya dakwaan ini. Sebahagian pengkaji seperti, Bernard Wood dan C. Loring Brace telah membuat kenyataan berdasarkan kepada penemuan baru ini, bahawa Homo habilis, yang bermaksud "manusia yang mampu menggunakan peralatan", sepatutnya diklafikasikan sebagai "Australopithecus habilis", bererti, "beruk Afrika Selatan yang pandai menggunakan peralatan". Ini kerana Homo habilis mempunyai banyak kriteria yang menyamai spesies beruk Australopithecus. Ia memiliki tangan yang panjang, kaki yang pendek dan struktur tengkorak seperti beruk, begitu juga dengan Australopithecus. Jari-jari dan ibu jarinya amat sesuai untuk memanjat. Struktur rahangnya amat mirip dengan beruk-beruk biasa. Keluasan tengkoraknya yang berukuran 550ks (kubin sentimeter) adalah tanda yang jelas menunjukkan bahawa ia adalah sejenis spesies beruk. Kesimpulannya, Homo habilis yang diperkenalkan sebagai spesies yang berbeza sebenarnya adalah daripada spesies yang sama dengan Australopithecus.

AUSTRALOPITHECUS: SEEKOR BERUK YANG PUPUS
Image
AUSTRALOPITHECUS

Image
CIMPANZI MODERN

ImageImage

Fosil pertama telah ditemui di Uthopia, Hadar, yang dianggarkan kepunyaan spesies Australopithecus aferensis: AL 288 – 1 atau "Lucy". Untuk beberapa lama evolusionis bermatian untuk membuktikan Lucy dapat berjalan tegak: tetapi penyelidikan terkini telah membuktikan bahawa haiwan ini hanyalah seekor beruk biasa dengan belakang yang bongkok..

Fosil Australopithecus aferensis AL – 333-105 di bawah adalah kepunyaan anggota spesies ini yang masih muda. Kerana itulah, bonjolan masih belum terbentuk pada tengkoraknya.

Gambar di atas ialah fosil tengkorak Australopithecus aferensis AL 444-2, dan di bawah pula adalah tengkorak seekor beruk kini. Persamaan antara keduanya menunjukkan bahawa A. aferensis adalah seekor beruk biasa, tanpa sebarang sifat-sifat manusia.


Kajian-kajian yang dilakukan beberapa tahun kemudian telah mendapati bahawa Homo habilis tidak berbeza dengan Australopithecus. Fosil tengkorak dan rangka OH62 yang ditemui oleh Tim White menunjukkan bahawa spesies ini mempunyai keluasan tengkorak yang kecil, tangan yang panjang dan kaki yang pendek, yang membolehkannya memanjat pokok, seperti beruk-beruk moden.

Analisis yang lebih terperinci yang telah dilakukan oleh seorang pakar antropologi Amerika, Holly Smith pada tahun 1994, telah membuktikan bahawa Homo habilis sebenarnya bukan "homo" atau "manusia", tetapi ia adalah beruk. Berkenaan dengan analisisnya terhadap gigi Australopithecus, Homo habilis, Homo erectus dan Homo Neandertalensis, beliau telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Dengan membataskan analisis fosil-fosil untuk mengenal pasti beberapa kriteria, bentuk pembinaan gigi, Australopithecus dan Homo habilis telah dikelaskan bersama dengan beruk-beruk Afrika. Sementara Homo erectus dan Neanderthal dikelaskan bersama dengan manusia .65

Di dalam tahun yang sama, Fred Spoor, Bernard Wood dan Frans Zonneveld, semuanya pakar di dalam bidang anatomi, mereka telah mendapat konklusi yang sama melalui metode kajian yang sama sekali berbeza. Metode kajian ini berdasarkan analisis komparatif terhadap saluran separuh bulat di dalam telinga manusia dan beruk yang membantu keseimbangan badan. Saluran separuh bulat manusia yang berjalan menegak didapati berbeza dengan saluran beruk yang berjalan membongkok. Saluran separuh bulat di dalam telinga Australopithecus dan Homo habilis yang telah dikaji oleh Spoor, Wood dan Zonneveld adalah menyamai saluran separuh bulat beruk moden kini. Sementara, saluran Homo Erectus adalah sama dengan manusia.66

Penemuan ini telah mendedahkan dua keputusan penting:

1. Fosil-fosil yang dirujuk sebagai Homo habilis sebenarnya bukan kepunyaan kelas "homo" (manusia), tetapi ia kepunyaan Australopithecus atau beruk.

2. Kedua-duanya, Homo habilis dan Australopithecus, adalah jenis haiwan yang berjalan bongkok, oleh itu, ia memiliki rangka seekor beruk. Oleh itu, mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan manusia.



HOMO HABILIS: SATU LAGI BERUK YANG TELAH PUPUS
ImageImage
Untuk sekian lama, evolusionis mendakwa bahawa makhluk yang mereka gelar Homo habilis dapat berjalan tegak. Mereka menyangkakan telah menemui rantaian yang merintang daripada beruk kepada manusia. Tetapi , fosil Homo habilis terbaru yang ditemui oleh Tim White pada 1986 dan menamakannya sebagai OH 62 telah membatalkan dakwaan ini. Kerangka fosil ini menunjukkan bahawa Homo habilis mempunyai tangan yang panjang dan kaki yang pendek sama seperti beruk hari ini. Fosil ini telah menamatkan dakwaan bahawa Homo habilis adalah makhluk bipedal yang dapat berjalan tegak. Sebenarnya, Homo habilis adalah satu spesies beruk biasa sahaja.

"OH 7 Homo habilis" seperti yang dapat dilihat di dalam gambar merupakan fosil yang dapat menggarap dengan baik sifat-sifat tulang rahang spesies Homo habilis. Fosil rahang ini mempunyai gigi kacip yang besar. Gigi gerahamnya adalah kecil. Bentuk rahang ini adalah bulat. Semua sifat-sifat ini menjadikan rahang ini kelihatan amat mirip dengan beruk hari ini. Dengan kata lain, rahang Homo habilis ini sekali lagi telah membuktikan bahawa makhluk ini adalah seekor beruk.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:29 am

HOMO RUDOLFENSIS : Wajah Yang Tersalah Pasang

Istilah Homo rudolfensis adalah nama yang diberikan kepada beberapa serpihan fosil baru yang ditemui pada tahun 1972. kelas yang diwakili oleh fosil-fosil ini dikenali sebagai Homo rudolfensis kerana ia ditemui di persekitaran Sungai Rudolf, Kenya. Kebanyakan ahli paleontologi berpendapat bahawa fosil-fosil ini tidak berasal daripada spesies yang jelas, tetapi hidupan yang bergelar Homo rudolfensis ini sebenarnya adalah seekor Homo habilis.

Richard Leakey, yang telah menggali fosil-fosil ini, telah memperkenalkan sebiji tengkorak yang dinamakan "KNM-ER 1470" yang dikatakan berusia 2.8 juta tahun dahulu, sebagai penemuan terhebat di dalam sejarah antropologi dan mempunyai kesan yang besar. Menurut Leakey, hidupan ini yang mempunyai keluasan tengkorak yang kecil seperti Australopithecus, di samping wajah seorang manusia, adalah rangkaian yang hilang di antara Australopithecus dan manusia.

Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, telah difahami bahawa wajah manusia pada tengkorak KNM-ER 1470 yang telah kerap disiarkan di muka hadapan majalah-majalah sains ini, sebenarnya adalah hasil kesilapan penggabungan serpihan-serpihan tengkorak yang mungkin juga disengajakan. Prof. Tim Bromage, yang telah menjalankan ujian anatomi ke atas wajah manusia, telah menggariskan fakta-fakta berikut yang telah ditemui dengan bantuan simulasi komputer pada tahun 1992:

Apabila ia (KNM-ER 1470) pertama kali dicantumkan semula, wajahnya padan dengan tengkorak tersebut dalam posisi menegak, ia lebih mirip kepada wajah manusia. Tetapi kajian hubungan anatomi terbaru, menunjukkan bahawa ketika hidup sepatutnya wajah tersebut tersembul keluar dan menunjukkan satu aspek menyerupai beruk, atau lebih tepat menyerupai Australopithecus .67

Seorang lagi ahli paleontologi yang juga seorang evolusionis, J.E Cronin mengeluarkan kenyataan berikut terhadap perkara ini:

… secara relatifnya, ia adalah wajah yang dibina dengan tegap, hidung berkonsonan klivus (clivus) yang rata, (menyerupai wajah Australopithecus), keluasan tengkorak yang rendah maksimumnya (di atas pelipis), gigi taring yang kuat dan gigi geraham yang besar (seperti yang ditunjukkan oleh akarnya), semuanya ini secara relatifnya adalah bersifat primitif yang menyebabkannya lebih sesuai dikelaskan di dalam kumpulan A.africanus .68
C. Loring Brance daripada Universiti Michigan, telah membuat kesimpulan yang sama seperti hasil analisis yang dibuat ke atas struktur rahang dan gigi 1470, dan menyatakan bahawa rahang dan bahagian yang mengandungi gigi geraham menunjukkan bahawa ER 1470 memiliki wajah dan gigi seekor beruk Australopithecus.69

Prof. Alan Walker, seorang ahli paleontologi daripada Universiti John Hopkins yang telah melakukan banyak kajian ke atas ER 1470, seperti Leakey, beliau mempertahankan bahawa hidupan ini tidak seharusnya dikelaskan sebagai "homo", iaitu spesies manusia seperti Homo habilis atau Homo Redolfensis. Sebaliknya, ia sepatutnya dikelaskan di bawah spesies Australopithecus.70

Kesimpulannya, pengklafikasian seperti Homo habilis atau Homo rudolfensis yang dikemukakan sebagai rangkaian perantaraan di antara Australopithecus dan Homo erectus, sebenarnya adalah khayalan semata mata. Seperti yang telah disahkan oleh ramai penyelidik hari ini, bahawa hidupan ini sebenarnya adalah cabang daripada Australopithecus. Semua ciri-ciri anatomi mereka menunjukkan ia adalah sejenis spesies beruk.

Selepas makhluk-makhluk ini yang setiap daripadanya adalah spesies beruk, datang pula fosil-fosil "homo" yang merupakan fosil-fosil manusia.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:39 am

HOMO ERECTUS dan Selepasnya : Manusia Sebenar

Mengikut rancangan khayalan evolusionis, evolusi dalaman spesies Homo adalah seperti berikut:

Yang pertama ialah Homo Erectus, kemudian Homo sapiens archaic dan Neanderthal Man, diikuti dengan Cro-Magno Man dan akhirnya manusia moden. Bagaimanapun, pengklafikasian-pengklafikasian ini hanyalah perbezaan bangsa-bangsa manusia sahaja. Perbezaan di antara mereka tidak lebih daripada perbezaan seorang Inuit (yang berkulit putih) dan seorang hitam atau seorang kerdil dan seorang berbangsa Eropah.

Mari kita kaji dahulu Homo erectus, yang dikenali sebagai spesies manusia yang paling primitif. Apabila dimasukkan perkataan "erectus", maka Homo erectus bererti, "manusia yang berjalan tegak". Para evolusionis telah membahagikan manusia-manusia ini dengan menambahkan kualiti "kesukaran berdiri tegak", kerana semua fosil-fosil homo adalah menegak/lurus, yang tidak terdapat pada mana-mana spesimen Australopithecus atau Homo habilis. Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara tengkorak manusia moden dan Homo erectus.

Sebab utama evolusionis mendefinisikan Homo erectus sebagai primitif ialah kerana keluasan tengkoraknya (900-1100 kubik sentimeter) yang lebih kecil daripada manusia moden, dan kedudukan keningnya yang rapat. Bagaimanapun, terdapat ramai manusia yang hidup di zaman moden ini mempunyai keluasan tengkorak yang sama dengan Homo erectus (contohnya orang kerdil), dan terdapat bangsa-bangsa lain yang mempunyai kening yang menonjol (seperti Australian Aborigines - orang asli Australia).

Telah menjadi fakta yang disepakati bersama bahawa perbezaan lebar tengkorak tidak menunjukkan perbezaan kecerdikan atau kebijaksanaan. Sebaliknya, kebijaksanaan bergantung lebih kepada organ-organ dalaman otak daripada keluasannya .71

Fosil yang menjadikan Homo erectus terkenal di seluruh dunia ialah fosil Pekin Man dan Java Man yang ditemui di Asia. Bagaimana pun, telah dikenal pasti bahawa kedua-duanya tidak asli. Pekin Man mengandungi beberapa elemen yang diperbuat daripada plaster menggantikan serpihan asli yang telah hilang. Sementara, Java Man pula adalah gabungan serpihan tengkorak yang bercampur dengan tulang pinggul, yang ditemui beberapa meter daripadanya, tanpa ada tanda-tanda menunjukkan keduanya daripada hidupan yang sama. Kerana itulah. Maka fosil-fosil Homo erectus yang ditemui di Afrika menjadi amat penting. (perlu dijelaskan bahawa terdapat beberapa fosil yang dikatakan sebagai Homo erectus sebenarnya terletak di dalam kelas kedua yang digelar, "Homo Ergaster" oleh sebahagian evolusionis. Terdapat percanggahan di antara mereka di dalam isu ini. Bagaimanapun, kita akan menganggap semua fosil ini berada di dalam kelas Homo erectus)

Penemuan spesimen Homo erectus yang paling masyhur ialah penemuan fosil "Narikotome Homo erectus" atau "Turkana Boy", yang ditemui berhampiran Tasik Turkana, Kenya. Ia telah disahkan sebagai fosil kepunyaan budak berusia 12 tahun, mempunyai ketinggian 1.83 meter pada zaman remajanya. Struktur bahagian atas kanan rangkanya tidak berbeza dengan manusia moden. Oleh itu, seorang ahli paleontologi Amerika, Alan Walker menyatakan keraguannya"... ahli patologi (kaji penyakit) dapat menyebutkan perbezaan di antara fosil rangka tersebut dan rangka seorang manusia moden" .72 Berkenaan dengan tengkorak tersebut, Walker menyatakan bahawa "... ia kelihatan lebih mirip kepada Neanderthal".73 Kita akan melihat di dalam bab-bab yang akan datang bahawa Neanderthal hanyalah sejenis bangsa manusia. Oleh itu, Homo erectus juga adalah bangsa manusia.

Sedangkan seorang evolusionis, Richard Leakey menyatakan bahawa perbezaan di antara Homo erectus dan manusia moden tidak lebih daripada perbezaan di antara bangsa-bangsa manusia yang berbagai:

Seseorang dapat melihat perbezaan pada bentuk tengkorak tersebut, pada darjah penonjolan wajahnya, dahi yang tegap dan sebagainya. Perbezaan-perbezaan ini tidak jauh berbeza dengan apa yang dapat kita lihat di antara bangsa-bangsa manusia moden yang dipisahkan oleh sempadan geografi. Seperti variasi biologi yang meningkat apabila populasi terpecah di antara satu sama lain secara geografi untuk suatu jangka waktu yang panjang .74

HOMO ERECTUS: SATU BANGSA MANUSIA PURBA

Image[img]http://www.harunyahya.com/malaysian/images_evolution/66.jpg[/img
Homo erectus bermaksud "manusia tegak". Semua fosil yang tergolong di dalam spesies ini adalah kepunyaan beberapa bangsa manusia. Memandangkan kebanyakan fosil-fosil Homo erectus tidak mempunyai sifat-sifat yang sama, adalah amat sukar untuk menggarap manusia-manusia ini berdasarkan kepada tengkorak mereka. Kerana itulah, penyelidik-penyelidik evolusionis yang berbeza telah membuat berbagai pengklafikasian dan gelaran. Tengkorak di sebelah kiri atas yang telah ditemui di Koobi Fora, Afrika pada 1975 mungkin menggambarkan Homo erectus. Tengkorak sebelah kanan atas, adalah tengkorak Homo ergaster KNM-ER 3733 yang mempunyai kesamaran-kesamaran yang menjadi persoalan.

Kapasiti tengkorak kepala semua fosil Homo erectus yang berbagai ini menjangkau di antara 900-1100 cc. Keluasan ini adalah pada had kapasiti tengkorak kepala manusia moden.

Rangka KNM-WT atau "Turkana Child" di sebelah kanan, adalah fosil manusia yang tertua dan paling lengkap pernah ditemui. Penyelidikan yang dilakukan ke atas tulang rangka ini yang dianggarkan berusia 1.6 juta tahun menunjukkan bahawa ia adalah kepunyaan seorang budak berusia 12 tahun yang mungkin mencapai ketinggian 1.80 m. Sekiranya dia meningkat dewasa. Fosil ini yang amat hampir dengan bangsa Neanderthal, merupakan bukti hebat yang membatalkan kisah evolusi manusia.

Evolusionis Donald Johnson menggarap fosil ini seperti berikut: "Dia tinggi dan kurus. Bentuk badan dan kadar tulang empat keratnya adalah sama dengan Ekuator Afrika kini. Saiz tulang empat keratnya adalah sama dengan orang dewasa bangsa kulit putih Amerika Utara"

Image


Prof. William Laughlin daripada Universiti Connecticut telah menjalankan beberapa ujian anatomi terhadap kaum Inuit dan mereka yang tinggal di Pulau-pulau Aleut, dan beliau mendapat kaum ini amat mirip dengan Homo erectus. Konklusi yang dapat dibuat oleh beliau ialah semua bangsa-bangsa ini sebenarnya berbeza daripada Homo sapiens (manusia moden).

Apabila kita mengkaji perbezaan-perbezaan yang terdapat pada kumpulan-kumpulan kaum yang terpencil seperti Eskimo dan Bushman yang tergolong di dalam spesies Homo sapiens, dapat disimpulkan bahawa Sinanthropus (fosil erectus - ALC) juga tergolong di dalam spesies yang sama. .75

Dari segi lain, terdapat jurang yang besar di antara Homo erectus, bangsa manusia dan beruk yang menyebabkan Homo erectus didahulukan di dalam senario evolusi manusia, (Ausralopithecus, Homo habilis, Homo rudolfensis). Ini menunjukkan bahawa manusia pertama muncul adalah secara tiba-tiba dan mengejut tanpa sebarang proses evolusi. Ini jelas menunjukkan ia telah diciptakan.

Tetapi, menerima fakta ini bererti menolak falsafah dan ideologi evolusionis. Hasilnya, mereka cuba menggambarkan Homo erectus, yang merupakan manusia sebenar, sebagai makhluk separuh manusia-beruk. Di dalam pemasangan semula Homo erectus, mereka melukis sifat-sifat monyet. Di segi lain pula, dengan menggunakan metode lukisan ini juga, mereka memasukkan sifat-sifat manusia kepada beruk seperti Australopithecus atau Homo habilis. Dengan menggunakan sama ini juga mereka cuba menyamakan beruk dan manusia, dan merapatkan jurang di antara keduanya.


Image
PELAUT BERUSIA 700 RATUS TAHUN

"Manusia awal adalah lebih pintar daripada apa yang kita jangkakan..."

Berita yang disiarkan oleh New Scientist pada 14 Mac 1998, menyatakan bahawa manusia yang dikenali sebagai Homo erectus oleh evolusionis, sebenarnya adalah pelaut 700 ribu tahun dahulu. Manusia-manusia ini, mempunyai pengetahuan dan teknologi yang mencukupi untuk membina sebuah alat pengangkutan air dan memproses alam semula jadi untuk digunakan sebagai kenderaan laut, bolehkah mereka ini digelar sebagai ‘primitif'?.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:41 am

NEANDERTHAL: Bangsa Manusia Yang Tegap

Neanderthal adalah sekelompok manusia yang muncul secara tiba-tiba 100 tahun dahulu di Eropah dan kemudian menghilang atau diasimilasikan melalui percampuran dengan bangsa-bangsa lain, sekitar 35 ribu tahun dahulu. Mereka hanya berbeza daripada manusia moden pada rangka mereka yang lebih tegap dan keluasan tengkorak yang lebih besar.

Neanderthel sebagai sekelompok manusia merupakan fakta yang telah diterima hampir semua orang hari ini. Evolusionis telah mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk memperkenalkannya sebagai "spesies primitif". Tetapi, semua penemuan menunjukkan mereka tidak berbeza dengan seorang berbadan tegap yang berjalan di lorong-lorong hari ini. Seorang ahli paleontologi terkemuka di dalam subjek ini, Eric Trinkaus daripada Universiti Mexico, menulis seperti berikut:

Perbandingan terperinci terhadap serpihan-serpihan rangka Neanderthal dengan manusia moden menunjukkan bahawa tidak terdapat pada tubuh Neanderthal kebolehan bergerak dari satu tempat ke satu tempat (locomotor/locomotion), manipulasi, kebijaksanaan atau kebolehan berbahasa yang berbeza atau lebih rendah daripada manusia .76


Image
ATOPENG YANG SALAH: Walaupun tidak berbeza dengan manusia moden, Neanderthals masih dianggap sebagai makhluk separuh beruk oleh para evolusi.

Ramai penyelidik terkini meletakkan Neanderthal Man sebagai satu cabang spesies manusia moden dan menggelarnya "Homo sapiens Neanderthal". Penemuan tersebut menunjukkan bahawa mereka juga menanam mayat-mayat mereka, mencipta rentak muzik dan mempunyai tamadun yang sama dengan Homo sapiens sapiens yang hidup pada zaman yang sama. Jelasnya, Neanderthal adalah sejenis bangsa manusia "tegap" yang hilang ditelan zaman.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:43 am

HOMO SAPIENS ARCHAIC, HOMO HEIDERGENSIS, DAN CRO-MAGNO MAN

Archaic Homo sapiens adalah langkah terakhir sebelum manusia moden, menurut rencana khayalan evolusionis. Sebenarnya, para evolusionis tidak dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang manusia ini, memandangkan hanya terdapat beberapa perbezaan yang amat kecil di antara mereka dan manusia moden. Malah, sebahagian besar penyelidik percaya bangsa ini masih hidup hingga kini dengan merujuk kepada bangsa Aborigine di Australia (orang asli Australia) sebagai contoh. Seperti juga Homo sapiens, bangsa Aborigine ini juga mempunyai kening yang menonjol, struktur tulang rahang yang dalam, dan tengkorak yang kecil. Tambahan pula, beberapa pencarian telah membawa kepada beberapa kelompok manusia yang hidup di Hungary dan di beberapa perkampungan di Itali, tidak beberapa lama dahulu

Kumpulan yang dikategorikan sebagai Homo heilderbergensis ini, sebenarnya adalah sama dengan Homo sapiens archaic. Penggunaan dua istilah untuk pendefinisian satu bangsa manusia yang sama adalah disebabkan oleh konsep-konsep berbeza di antara oleh para evolusionis. Semua fosil yang dimasukkan di bawah kelas Homo heilderbergensis, dirujuk sebagai manusia yang mempunyai struktur tubuh badan yang mirip dengan bangsa Eropah yang telah hidup 500 ribu sehingga 750 ribu tahun dahulu di England dan kemudian di Sepanyol.

Telah dianggarkan bahawa Cro-Magnon Man telah hidup 30 ribu tahun dahulu. Ia memiliki tengkorak yang berbentuk kubah dan dahi yang luas. Tengkoraknya berukuran 1600 kubin sentimeter, jauh lebih besar daripada tengkorak manusia kini. Ia mempunyai kening yang tebal dan tulang yang menonjol di belakang, sama seperti kriteria Neanderthal Man dan Homo erectus.

Walaupun, Cro-Magnon telah dianggap sebagai bangsa Eropah, tetapi struktur dan lebar tengkoraknya kelihatan lebih mirip kepada beberapa bangsa yang tinggal di Afrika dan kawasan-kawasan tropika hari ini. Berdasarkan persamaan ini, dianggarkan Cro-Magnon adalah satu bangsa purba Afrika. Beberapa ahli paleontologi lain pula mendapati kedua-dua Cro-Magnon dan Neanderthal telah bercampur aduk sehingga membentuk manusia moden kini. Tambahan pula, kini telah diterima bahawa Cro-Magnon masih hidup di kawasan-kawasan yang berbeza di Benua Afrika dan kawasan-kawasan Salute dan Dordogne di Perancis. Manusia yang mempunyai sifat-sifat yang sama juga boleh didapati tinggal di Poland dan Hungary.

ImageImage

NEANDERTHAL: MANUSIA TEGAP

Di atas ialah tengkorak Homo sapiens Neanderthalensis, Amud 1 yang telah ditemui di Israel. Manusia Neanderthal ini dikenali sebagai tegak tetapi pendek. Tetapi telah dikenal pasti bahawa pemilik fosil ini mempunyai ketinggian 1.8 m. Kapasiti tengkoraknya adalah yang terbesar pernah ditemui: 1700cc. Oleh itu, fosil ini merupakan di antara bukti penting yang membatalkan dakwaan bahawa Neanderthal adalah satu spesies primitif.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:45 am

Spesies-spesies Yang Tinggal Pada Zaman Yang Sama Dengan Moyang Mereka

Apa yang telah kita kaji setakat ini, telah memberikan gambaran yang jelas kepada kita, bahawa; senario evolusi manusia ini hanyalah rekaan semata-mata! Untuk mewujudkan sebuah susun salur keluarga (family tree), satu perubahan secara beransur ansur daripada beruk kepada manusia sepatutnya telah berlaku, dan rekod fosil proses ini sepatutnya telah ditemui. Bagaimana pun, terdapat jurang perbezaan yang jauh di antara beruk dan manusia. Struktur rangka, keluasan tengkorak, dan beberapa kriteria lain seperti, kebolehan berdiri tegak atau bentuk bongkok ke hadapan, yang membezakan di antara manusia dan beruk. (Kami telah menyebutkan, melalui satu penyelidikan pada tahun 1994 terhadap saluran keseimbangan badan (saluran separuh bulat) di dalam telinga, maka Australopithecus dan Homo habilis telah dikelaskan sebagai beruk, sementara Homo erectus sebagai manusia).

Satu lagi tanda yang membuktikan bahawa tidak terdapat susun salur keluarga di antara dua spesies yang berbeza ini, ialah kerana spesies-spesies yang diperkenalkan sebagai moyang kepada yang lain, sebenarnya hidup pada zaman yang sama. Sekiranya, berdasarkan dakwaan evolusionis, Australopithecus bertukar kepada Homo habilis dan kemudian berubah menjadi Homo erectus, maka era yang mereka tinggal di dalamnya seharusnya berturut-turut antara satu sama lain. Bagaimana pun, tidak terdapat sebarang aturan yang mengikut kronologi yang betul.


Image
SEBATANG JARUM BERUSIA 26 RIBU TAHUN

Sebuah fosil menarik menunjukkan bahawa Neanderthals mempunyai pengetahuan membuat baju: Sebatang jarum berusia 26 ribu tahun.(D. Johanson, B. Edgar From Lucy to Language, p. 99)

Menurut anggaran evolusionis, Australopithecus telah hidup semenjak 4 juta hingga sejuta tahun dahulu. Hidupan yang dikelaskan sebagai Homo habilis pula dianggarkan telah hidup sehingga 1.7-1.9 juta tahun dahulu. Sementara, Homo rudolfensis yang dikatakan lebih maju daripada Homo habilis, dianggarkan berusia 2.5-2.8 juta tahun! Tidak masuk akal, Homo rudolfensis berusia hampir sejuta tahun lebih tua daripada Homo habilis yang dikatakan sebagai nenek moyangnya. Sementara itu, Homo erectus dianggarkan berusia 1.6-1.8 juta tahun dahulu, ini bererti Homo erectus telah muncul di muka bumi pada zaman yang sama dengan nenek moyangnya, iaitu Homo habilis.

Alan Walker mengesahkan fakta ini dengan menyatakan, "...terdapat bukti daripada Afrika Timur untuk Austrlopithecus kecil yang sezaman dengan Homo habilis, kemudiannya dengan Homo erectus" .77 Louis Leakey telah menemui fosil-fosil Australopithecus, Homo habilis dan Homo erectus di dalam keadaan berhampiran di antara satu sama lain di kawasan Olduvai Gorge, lapisan Bed II.78

Lebih tepat jika dikatakan tidak terdapat sebarang susun salur keluarga seperti ini. Seorang ahli paleontologi daripada Harvard, Stephen Jay Gould, menerangkan kebuntuan ini, walaupun beliau sendiri adalah seorang evolusionis:

Yang manakah yang menjadi peringkat kita seandainya terdapat tiga keturunan hominid yang hidup bersama (A.Africanus, Australopithecus yang tegap dan Homo habilis), yang jelas tidak berasal daripada satu sama lain? Tambahan pula, tidak satu pun daripada ketiga-tiga spesies ini menunjukkan sebarang tanda proses evolusi semasa pendudukan mereka di atas muka bumi. 79

Apabila kita berubah daripada Homo erectus kepada Homo sapiens, kita akan sekali lagi mendapati tidak terdapat sebarang susun salur untuk dibincangkan. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa Homo erectus dan Homo sapiens purba terus hidup sehingga 27 ribu tahun dan mungkin sehingga 10 ribu tahun sebelum zaman kita ini. Di Paya Kow di Australia, beberapa tengkorak Homo erectus yang berusia 13 ribu tahun telah ditemui. Di Pulau Jawa, sebiji tengkorak Homo erectus berusia 27 ribu tahun telah ditemui. 80
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:46 am

Sejarah Rahsia Homo Sapiens

Fakta paling menarik dan penting yang membatalkan asas utama khayalan susun salur keluarga teori evolusi ini, ialah sejarah purba manusia moden yang tidak dijangka. Data paleontologi telah mendedahkan bahawa manusia Homo sapiens yang kelihatan sepenuhnya seperti kita, telah hidup selama sejuta tahun dahulu.

Beliau ialah Louis Leakey, seorang ahli paleontologi terkenal dan juga seorang evolusionis, beliau telah menemui penemuan pertama berkaitan subjek ini. Pada tahun 1932, di kawasan Kanjera sekitar Tasik Victoria di Kenya, beliau telah menemui beberapa fosil kepunyaan pertengahan Zaman Pleistocene (1.8 juta tahun dahulu sehingga 11,000 tahun), dan ia tidak berbeza daripada manusia moden. Tetapi, Zaman Pleistocene bererti sejuta tahun dahulu. 81 Bagaimanapun, memandangkan fakta ini telah menjadikan susun salur keluarga evolusi tunggang terbalik, maka ia telah diketepikan oleh ahli-ahli paleontologi evolusionis. Tetapi Leakey tetap menegaskan bahawa tafsirannya adalah tepat.

Hanya apabila kontroversi ini hampir dilupakan, sebuah fosil telah ditemui di Sepanyol pada tahun 1995 yang mendedahkan bahawa sejarah Homo sapiens adalah lebih tua daripada yang dijangkakan. Fosil tersebut telah ditemui di sebuah gua bernama Gran Dolina di Atapuerca sebuah kawasan Sepanyol, oleh tiga orang ahli antologi berbangsa Sepanyol daripada Universiti Madrid. Fosil tersebut kepunyaan wajah seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan ia kelihatan sepenuhnya seperti manusia moden. Jadi, ia telah berlalu selama 800 ribu tahun sejak kematian budak tersebut. Majalah Discover telah menyiarkan secara terperinci cerita tersebut di dalam keluaran Disember 1997.

Malah, fosil ini telah menggoncang keyakinan Ferreras yang mengetuai operasi penggalian di Gua Gran Dolina. Ferreras berkata:

Kami menjangkakan sesuatu yang besar, sesuatu yang luas, sesuatu yang lebih... kamu tahulah! Sesuatu yang "primitif". Harapan kami terhadap budak berusia 800,000 tahun ini ialah sekurang-kurangnya ia seperti Turkana Boy. Tetapi apa yang kami temui ialah sepenuhnya wajah manusia moden... pada saya ia adalah sesuatu yang menakjubkan. Terdapat beberapa perkara yang boleh memeranjatkan kamu. Menemui sesuatu yang tidak kamu duga adalah satu di antaranya. Tidak menemui fosil, atau menemui fosil juga adalah sesuatu yang tidak dijangka, dan ia tidak mengapa. Tetapi yang paling memeranjatkan ialah menemui sesuatu yang kamu sangka kepunyaan masa kini, di masa silam. Ia seperti menemui sesuatu seperti... seperti perakam suara di Gua Gran Dolina. Ia pasti memeranjatkan. Kita tidak menjangkakan kaset dan perakam suara di Zaman Pleistocene. Menemui wajah manusia moden begitu juga. Kami amat terperanjat apabila melihatnya" 82

Fosil tersebut telah membuktikan bahawa sejarah Homo sapiens telah bersambung ke 800 juta tahun dahulu. Setelah pulih daripada kejutan tersebut, para evolusionis yang menemui fosil tersebut telah memutuskan bahawa ia adalah kepunyaan suatu spesies yang berbeza, kerana menurut susun salur keluarga evolusi, tidak ada Homo sapiens yang hidup pada 800 juta tahun dahulu. Oleh itu, mereka mencipta satu spesies khayalan yang digelar "Homo antecessor" dan memasukkan tengkorak Atapuerca di bawah kelas ini.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:47 am

Sebuah Pondok Berusia 1.7 Juta Tahun dan Kesan
Tapak Kaki Manusia Moden Berusia 3.6 Juta Tahun!



Image
Ia kelihatan sepertipondok-pondok yang digunakan oleh sesetengah orang Afrika hari ini.


Terdapat banyak penemuan yang menunjukkan bahawa Homo sapiens berusia lebih awal daripada 800 juta tahun dahulu. Di antaranya ialah, penemuan Louis Leakey yang dilakukan pada awal tahun 1970an di Olduvai Gorge. Di sini, di lapisan Bed II, Leakey mendapati bahawa spesies Australopithecus, Homa habilis dan Homo erectus telah hidup di dalam waktu yang sama. Apa yang lebih menarik ialah sebuah struktur yang ditemui di lapisan yang sama (Bed II), beliau telah menemui serpihan-serpihan sebuah pondok batu. Aspek luar biasa pada peristiwa ini ialah binaan ini, yang masih digunakan di beberapa kawasan di Afrika, hanya dapat dibina oleh Homo sapiens! Oleh itu, berdasarkan penemuan Leakey ini, Australopithecus, Homo habilis, Homo erectus dan manusia moden telah hidup dalam masa yang sama 1.7 juta tahun dahulu.83 Penemuan ini pasti telah membatalkan teori evolusi yang mendakwa manusia moden telah berubah daripada spesies-spesies beruk seperti Australopithecus.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:49 am

Kesan Tapak Kaki Manusia Moden, Berusia 3.6 Juta Tahun!

Tambahan pula, beberapa penemuan lain telah membawa asal manusia moden kembali sehingga 1.7 juta tahun dahulu. Di antara penemuan yang paling penting ialah kesan-kesan tapak kaki yang ditemui di Laetoli, Tanzania oleh Mary Leakey pada tahun 1977. kesan-kesan tapak kaki ini telah ditemui di atas lapisan yang dianggarkan berusia 3.5 juta tahun, dan yang lebih penting, ia tidak berbeza dengan kesan tapak kaki yang mungkin ditinggalkan oleh seorang manusia moden kini.

Kesan-kesan tapak kaki ini kemudian telah dikaji oleh sejumlah pakar paleontologi terkenal seperti, Don Johanson dan Tim White. Tetapi, hasilnya tetap sama. White menulis:

Jangan buat silap... Ia seperti kesan tapak kaki moden. Jika seseorang meninggalkan pasir sebuah pantai di California, dan seorang budak berusia 4 tahun bertanya apakah itu, dia akan segera menjawab, seseorang telah berjalan di sini. Tetapi, dia tidak dapat memberitahunya daripada ratusan kesan tapak kaki yang lain di atas pantai, tidak juga kamu. .84

Setelah mengkaji kesan-kesan tapak kaki tersebut, Louis Robbins daripada Universiti Utara California telah membuat komentar berikut:

Usia itu terus meningkat - seorang individu yang muda mempunyai usia yang lebih tinggi daripada saya - dan jari kakinya lebih lebar dan sejajar dengan jari-jari yang lain. Jari kaki ini juga menekan tanah seperti jari kaki manusia. Kamu tidak akan melihatnya pada bentuk binatang lain . 85

Kajian-kajian yang dilakukan terhadap bentuk morfologi kesan-kesan tapak kaki tersebut menunjukkan masa dan sekali lagi ia harus diterima sebagai kesan tapak kaki seorang manusia, atau lebih tepat manusia moden (Homo sapiens). Russell Tuttle yang telah mengkaji kesan-kesan tapak kaki tersebut, menulis:

Sepasang kaki (tanpa lapik) mungkin telah menghasilkannya... dalam semua sifat yang telah diteliti secara morfologi, kaki yang menghasilkan kesan tersebut adalah berasal daripada manusia moden" .86

Ujian-ujian yang sama terhadap kesan-kesan tapak kaki ini telah mendedahkan pemiliknya yang sebenar. Sebenarnya, terdapat 20 kesan tapak kaki manusia moden berusia 10 tahun dan 27 kesan tapak kaki seorang manusia yang lebih muda daripadanya. Mereka adalah manusia moden seperti kita.

Situasi ini meletakkan kesan-kesan tapak kaki Laetoli di dalam perdebatan selama beberapa tahun. Ahli-ahli paleontologi evolusionis telah mencuba bermati-matian untuk menjelaskan fenomena ini, kerana bagi mereka adalah amat sukar untuk menerima kenyataan bahawa manusia moden telah wujud di muka bumi ini semenjak 3.6 juta tahun dahulu. Pada tahun 1990an mereka telah menemui "penjelasan" tersebut. Mereka memutuskan bahawa kesan-kesan tapak kaki tersebut telah ditinggalkan oleh seekor Australopithecus, kerana menurut teori mereka tidak mungkin Homo sapiens (manusia moden) boleh wujud 3.6 juta tahun dahulu. Ressell H. Tuttle telah menulis subjek ini di dalam artikelnya pada tahun 1990:

Kesimpulannya, kesan tapak kaki berusia 3.5 juta tahun yang ditemui di Laetoli tapak G, menyerupai manusia moden yang tidak berkasut. Tidak terdapat sebarang sifat padanya yang menunjukkan ia tidak dapat berjalan dengan dua kaki seperti kita sekarang. Sekiranya kesan tapak kaki G ini tidak diketahui berusia sebegitu tua, kita pasti akan menyangka ia telah ditinggalkan oleh Homo (manusia) pintar seperti kita... Dalam sebarang keadaan, kita sepatutnya mengetepikan anggapan bahawa kesan-kesan tapak kaki Laetoli ini telah ditinggalkan oleh makhluk Lucy, Australopithecus afarensis. 87


Image
Contoh lain yang menunjukkan kepalsuan susun salur keluarga yang diada-adakan oleh evolusionis: rahang manusia moden (Homo sapiens sapiens) berusia 2.3 juta tahun. Rahang ini yang dikodkan sebagai A.L 666-1, telah ditemui di Hadar, Ethiopia. Penerbitan evolusionis cuba membuat kajian ringkas dengan merujuk ia sebagai, "Sebuah penemuan yang mengejutkan"(D. Johanson, Blake Edgar, From Lucy to Language, p.169)

Untuk lebih jelas, tapak-tapak kaki yang dianggarkan berusia 3.6 juta tahun ini tidak mungkin kepunyaan Australopithecus. Satu-satunya sebab mengapa ia dikatakan kepunyaan Australopithecus adalah kerana lapisan gunung berapi di mana kesan-kesan tapak kaki tersebut ditemui di atasnya berusia 3.6 juta tahun. Kesan tersebut diramalkan kepunyaan Australopithecus hanya berdasarkan kepada andaian bahawa manusia tidak mungkin hidup pada zaman tersebut.

Tafsiran terhadap kesan-kesan tapak kaki Laetoli ini membuktikan kepada kita sebuah kenyataan yang penting. Para evolisionis membela teori mereka tanpa mempedulikan penemuan-penemuan sains, malah membelakangkannya. Dapat kita perhatikan di sini sebuah teori yang dipertahankan secara membuta tuli, sehinggakan segala penemuan yang bercanggah dengan teori ini samada telah ditolak atau diselewengkan untuk mencapai matlamat mereka.

Kesimpulannya, teori evolusi bukan sebuah teori saintifik, tetapi ia hanya sebuah dogma yang dibiarkan hidup di sebalik sains.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:50 am

Bipedalisme Yang Membuntukan Evolusi

Sebahagian daripada rekod fosil yang telah kita kaji setakat ini telah menjarakkan jurang perbezaan di antara manusia dan beruk, sekaligus membatalkan dongengan teori evolusi. Di antara jurang-jurang tersebut adalah berkaitan dengan gaya berjalan.

Manusia berjalan tegak di atas kedua kakinya. Ini adalah satu sifat istimewa yang tidak dimiliki oleh spesies-spesies lain. Sebahagian haiwan mempunyai keupayaan yang terhad untuk bergerak apabila mereka berdiri dengan dua kaki. Haiwan-haiwan seperti beruang dan monyet hanya dapat bergerak dengan cara ini sekali sekala sahaja, seperti apabila mereka hendak mencapai sumber makanan, itu pun hanya sebentar sahaja. Secara semula jadi, tengkorak mereka cenderung ke hadapan, oleh itu mereka berjalan di atas empat kaki mereka.

Jadi, adakah kebolehan berjalan dengan dua kaki ini (Bipedalism) telah berubah daripada kebolehan berkaki empat (Quadripedal) seperti langkah beruk, seperti yang telah didakwa oleh evolusionis?

Semestinya tidak. Kajian telah menunjukkan bahawa evolusi bipedalisme tidak pernah berlaku, malah tidak terdapat sebarang kemungkinan untuk membolehkannya berlaku. Pertama, kerana bipedalisme ini bukan terhasil daripada proses evolusi. Gaya pergerakan monyet adalah lebih mudah, cepat dan lebih efisien daripada manusia yang berkaki dua. Manusia mungkin dapat melompat dari satu pokok ke satu pokok tanpa mencecah tanah seperti seekor cimpanzi, atau berlari pada kelajuan 125 kms seperti seekor harimau kumbang. Tetapi, memandangkan manusia berjalan di atas dua kakinya, maka ia bergerak lebih perlahan di tanah. Dengan sebab itulah, maka manusia merupakan spesies yang paling tidak terpelihara keselamatannya dari segi pergerakan dan pertahanan diri. Berdasarkan logik evolusi, monyet tidak sepatutnya berubah menjadi makhluk berkaki dua, sebaliknya manusia yang berubah menjadi haiwan yang bergerak dengan menggunakan empat kaki.

Satu lagi kebuntuan evolusi ialah bipedalisme tidak dapat menerima model "gradual development" (perkembangan secara beransur ansur) Darwinis. Teori ini yang mengandungi teori asas evolusi, menuntut adanya satu langkah "campuran" di antara bipedalisme dan quadripedalisme. Bagaimana pun, kajian berkomputer yang dijalankan pada tahun1996 oleh seorang ahli paleontologi Inggeris, Robin Crompton, telah menunjukkan bahawa campuran yang dimaksudkan ini tidak mungkin wujud. Beliau telah mendapat rumusan berikut: Suatu hidupan boleh samada berjalan menegak atau berjalan dengan keempat-empat kakinya .88 Jenis perantaraan adalah mustahil kerana penggunaan tenaga yang ekstrem. Kerana itu, adalah mustahil untuk makhluk separuh bipedal untuk wujud.

Jurang besar di antara manusia dan beruk tidak terbatas kepada bipedalisme sahaja. terdapat banyak lagi isu-isu yang tidak dapat dijelaskan seperti kapasiti otak, kebolehan bercakap dan seterusnya. Elaine Morgan, seorang ahli paleontologi evolusionis, telah membuat pengakuan berikut berkaitan dengan subjek ini:

Terdapat empat misteri yang tidak dapat difahami tentang manusia:

i. Kenapa mereka berjalan di atas dua kaki? ii. Kenapa mereka kehilangan bulu mereka? iii. Kenapa mereka dijadikan dengan otak yang besar? iv. Kenapa mereka belajar bercakap?

Jawapan ortodoks kepada soalan-soalan berikut ialah seperti berikut:

i. "Kita masih belum tahu" ii. "Kita masih belum tahu" iii. "Kita masih belum tahu" iv. "Kita masih belum tahu" 89

Senarai soalan-soalan ini boleh dipanjangkan lagi tanpa menjejaskan keadaan jawapan-jawapan tersebut.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:51 am

EVOLUSI: Sebuah Kepercayaan Tidak Saintifik

Lord Solly Zuckerman adalah seorang saintis yang paling masyhur dan disegani di United Kingdom. Selama beberapa tahun, beliau telah mengkaji rekod-rekod fosil dan membandingkannya dengan penyelidikan yang telah diperincikan. Beliau telah dianugerahkan dengan gelaran "Lord" kerana sumbangannya di dalam dunia sains. Oleh itu, komentar beliau terhadap teori evolusi ini tidak boleh dipandang remeh. Setelah pengkajian bertahun-tahun terhadap fosil-fosil tersebut, termasuk juga senario-senario evolusi manusia, dan beliau telah membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat susun salur keluarga yang sebenar.

Zuckerman juga telah membuat sebuah "spektrum sains" yang menarik. Beliau membentuk spektrum sains dengan menggariskan perkara-perkara yang dikira saintifik dan yang tidak saintifik. Berdasarkan spektrum beliau, perkara yang paling saintifik ialah perkara yang berlandaskan kepada data-data yang kukuh, seperti bidang-bidang kimia dan fizik. Diikuti dengan sains biologi dan kemudiannya sains kemasyarakatan. Pada akhir spektrum tersebut adalah bahagian dilabelkan sebagai yang paling tidak saintifik iaitu, "extra-sensory perception-ESP", seperti konsep telepati dan pancaindera keenam (six sense) akhir sekali "evolusi manusia". Zuckerman menjelaskan pendapatnya seperti berikut:

Kita ketepikan senarai objektif yang benar di dalam bidang-bidang sains biologi seperti "extrasensory perception" atau tafsiran sejarah evolusi manusia, di mana dengan "keimanan" segalanya adalah mungkin - dan di mana semangat mereka yang "beriman" kadang kala boleh mempercayai beberapa perkara yang berlawanan dalam masa yang sama . 90

Jadi, apa yang menyebabkan ramai para saintis masih terus mempertahankan dogma ini? Mengapa mereka bekerja keras untuk mengekalkan teori ini, sehingga mencetuskan perbagai konflik dan mengetepikan berbagai bukti-bukti yang mereka temui?

Jawapannya ialah kerana mereka takut terhadap fakta yang terpaksa mereka hadapi sekiranya mereka menolak teori evolusi ini. Kenyataan yang akan mereka hadapi sekiranya teori ini ditolak ialah, bahawa manusia telah diciptakan oleh ALLAH. Bagaimana pun, dengan mengambil kira kemungkinan yang akan berlaku dan falsafah materialis yang mereka anuti, maka ciptaan adalah satu konsep yang tidak dapat diterima oleh evolusionis.

Kerana itu, maka mereka mendustai diri mereka sendiri, sebagaimana mereka membohongi dunia seluruhnya dengan kerjasama daripada media. Sekiranya mereka tidak menemui fosil yang dikehendaki, mereka akan menciptanya sendiri, sama ada di dalam bentuk lukisan-lukisan imaginasi atau model-model khayalan. Kemudian, mereka cuba meyakinkan bahawa fosil-fosil ini sebenarnya wujud. Sebahagian organisasi media yang berkongsi pandangan materialistik mereka, juga turut cuba menipu masyarakat awam dan cuba menanamkan kisah dogeng evolusi ini ke dalam pemikiran mereka secara diam-diam. Walau segigih mana pun mereka mencuba, kebenaran telah pun terbukti: Manusia tidak muncul melalui proses evolusi, tetapi ia telah diciptakan oleh Allah. Oleh itu, dia mesti bertanggungjawab terhadap-Nya walau pun dia tidak menghendakinya dia tetap akan menyempurnakan tanggungjawab ini.

Referency

61 David Pilbeam, "Humans Lose an Early Ancestor", Science, April 1982, pp. 6-7.
62 Solly Zuckerman, Beyond The Ivory Tower, New York: Toplinger Publications, 1970, pp. 75-94.
63 Charles E. Oxnard, "The Place of Australopithecines in Human Evolution: Grounds for Doubt", Nature, Vol 258, p. 389.
64 Fred Spoor, Bernard Wood, Frans Zonneveld, "Implication of Early Hominid Labryntine Morphology for Evolution of Human Bipedal Locomotion", Nature, Vol 369, June 23, 1994, pp. 645-648.
65 Holly Smith, American Journal of Physical Antropology, Vol 94, 1994, pp. 307-325.
66 Fred Spoor, Bernard Wood, Frans Zonneveld, "Implication of Early Hominid Labryntine Morphology for Evolution of Human Bipedal Locomotion", Nature, vol 369, June 23, 1994, p. 645-648.
67 Tim Bromage, New Scientist, vol 133, 1992, p. 38-41.
68 J. E. Cronin, N. T. Boaz, C. B. Stringer, Y. Rak, "Tempo and Mode in Hominid Evolution", Nature, Vol 292, 1981, p. 113-122.
69 C. L. Brace, H. Nelson, N. Korn, M. L. Brace, Atlas of Human Evolution, 2.b. New York: Rinehart and Wilson, 1979.
70 Alan Walker, Scientific American, vol 239 (2), 1978, p. 54.
71 Marvin Lubenow, Bones of Contention, Grand Rapids, Baker, 1992, p. 83.
72 Boyce Rensberger, The Washington Post, November 19, 1984.
73 Ibid.
74 Richard Leakey, The Making of Mankind, London: Sphere Books, 1981, p. 62.
75 Marvin Lubenow, Bones of Contention, Grand Rapids, Baker, 1992. p. 136.
76 Erik Trinkaus, "Hard Times Among the Neanderthals", Natural History, vol 87, December 1978, p. 10; R. L. Holloway, "The Neanderthal Brain: What Was Primitive", American Journal of Physical Anthropology Supplement, Vol 12, 1991, p. 94.
77 Alan Walker, Science, vol 207, 1980, p. 1103.
78 A. J. Kelso, Physical Antropology, 1st ed., New York: J. B. Lipincott Co., 1970, p. 221; M. D. Leakey, Olduvai Gorge, Vol 3, Cambridge: Cambridge University Press, 1971, p. 272.
79 S. J. Gould, Natural History, Vol 85, 1976, p. 30.
80 Time, November 1996.
81 L. S. B. Leakey, The Origin of Homo Sapiens, ed. F. Borde, Paris: UNESCO, 1972, p. 25-29; L. S. B. Leakey, By the Evidence, New York: Harcourt Brace Jovanovich, 1974.
82 "Is This The Face of Our Past", Discover, December 1997, pp. 97-100.
83 A. J. Kelso, Physical Anthropology, 1.b., 1970, pp. 221; M. D. Leakey, Olduvai Gorge, Vol 3, Cambridge: Cambridge University Press, 1971, p. 272.
84 Donald C. Johanson & M. A. Edey, Lucy: The Beginnings of Humankind, New York: Simon & Schuster, 1981, p. 250.
85 Science News, Vol 115, 1979, pp. 196-197.
86 Ian Anderson, New Scientist, Vol 98, 1983, p. 373.
87 Russell H. Tuttle, Natural History, March 1990, pp. 61-64.
88 Ruth Henke, "Aufrecht aus den Baumen", Focus, Vol 39, 1996, p. 178.
89 Elaine Morgan, The Scars of Evolution, New York: Oxford University Press, 1994, p. 5.
90 Solly Zuckerman, Beyond The Ivory Tower, New York: Toplinger Publications, 1970, p. 19.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:54 am

TERIMA KASIH KEPADA MODERATOR DAN PENGERUSI SERTA PEMBACA DI FORUM INI, BAGAIMANA JUA KITA HIDUP SELALU MENCOBA BELAJAR, SEMOGA KITA SELALU DAMAI DI FORUM INI SEHINGGA APA-APA YANG PERLU KITA PELAJARI DAPAT DITERIMA DENGAN BAIK,

JIKA ADA SEBARANG SARAN MOHON DIMAKLUMKAN, SEHINGGA KITA DAPAT SALING BELAJAR,

DAN MASIH ADA BEBERAPA ARTIKEL, YANG BILA DIMUNGKINKAN, DAPAT KAMI SUSUN
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 7:56 am

Bab 10

KEBUNTUAN MOLEKUL EVOLUSI


Di dalam bab-bab yang lalu, kita telah didedahkan bagaimana rekod-rekod fosil telah membuntukan teori evolusi ini. Sebenarnya kita tidak perlu didedahkan dengan kenyataan ini, kerana teori ini telah pun hancur sebelum sempat seseorang membuat dakwaan tentang "evolusi spesies dan bukti-bukti fosil". Subjek yang menjadikan teori ini tidak berguna ialah persoalan bagaimana hidupan pertama muncul di bumi.

Apabila membincangkan persoalan ini, teori evolusi mendakwa hidupan ini telah bermula dengan sebuah sel yang terbentuk secara kebetulan. Menurut senario tersebut, 4 bilion tahun dahulu berbagai bahan kimia bukan organik (bukan benda hidup) yang bercampur aduk telah mengalami reaksi di bawah tekanan atmosfera bumi purba, berserta kesan kilat dan tekanan-tekanan yang telah menyebabkan ia membentuk sel hidupan yang pertama.

Perkara pertama yang mesti disebutkan ialah, dakwaan bahawa bahan-bahan bukan organik boleh bercantum untuk membentuk sebuah hidupan, adalah sesuatu yang tidak saintifik dan belum pernah dibuktikan oleh sebarang ujikaji atau pemerhatian, setakat ini. Suatu hidupan hanya lahir daripada hidupan yang lain. Setiap sel hidup hanya terbentuk dengan menyalin sel yang lain. Belum pernah seorang pun berjaya membentuk sebuah sel dengan mencantumkan bahan-bahan bukan organik, tidak pernah walau dengan menggunakan makmal paling canggih sekali pun.

Teori evolusi mendakwa bahawa sel suatu hidupan, yang tidak dapat dibentuk walau dengan seluruh kepintaran manusia, ilmu pengetahuan yang mereka miliki, atau teknologi yang mereka cipta, telah terbentuk secara kebetulan di bawah tekanan bumi purba. Di dalam helaian-helaian berikutnya kita akan mengkaji mengapa dakwaan ini bertentangan dengan prinsip sains dan sebab musabab yang paling asas.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby khufurun rasyidin » Mon Feb 18, 2008 5:21 pm

@ atas..... kalo mau mengulas hal seperti itu di jurnal iptek gih...... sejauh ini tulisan anda tidak menjawab pertanyaan mendasar tentang islam yang sesungguhnya...... teruslah bermonolog pakcik......
khufurun rasyidin
 
Posts: 421
Joined: Mon Jul 16, 2007 4:51 pm

PreviousNext

Return to Pembelaan Terhadap Islam



Who is online

Users browsing this forum: No registered users

cron