.

Menyingkap Darwinisme dan Ideologynya Berdasarkan Sains

Pembelaan bahwa Islam adalah ajaran dari Tuhan.

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:43 pm

Mutasi

Mutasi didefinasikan sebagai sekatan atau penggantian yang mengambil tempat di dalam molekul DNA, yang terdapat di dalam nukleus sel suatu organisma hidup dan ia mengandungi segala maklumat genetik. Sekatan atau penggantian ini disebabkan oleh kesan luaran seperti kesan radiasi atau tindak balas kimia. Setiap proses mutasi adalah secara kebetulan dan samada ia merosakkan ikatan nukleus yang mengandungi DNA ataupun ia mengubah kedudukannya. Selalunya, kesan mutasi ini merosakkan dan mengubahnya dengan teruk sekali, sehinggakan sel tersebut tidak dapat memperbaikinya lagi.

Mutasi, yang para evolusionis berselindung di sebaliknya, bukanlah sebatang tongkat sakti yang boleh mengubah organisma-organisma hidup ke bentuk yang lebih baik dan cemerlang. Kesan utama mutasi ialah kerosakan. Perubahan yang disebabkan oleh mutasi ini seumpama pengalaman yang dilalui oleh penduduk-penduduk Hiroshima, Nagasaki dan Chernobyl: kesannya ialah, kematian, hilang upaya diri dan menjadi ganjil…

Sebabnya adalah mudah: DNA mempunyai struktur binaan yang amat kompleks dan kesan yang berkecamuk hanya akan menjejaskan struktur ini. B.G Ranganathan menyatakan:

Mutasi adalah kecil, kecamuk dan memudaratkan. Ia jarang berlaku dan kadang kala ia tidak berhasil. Empat karakteria mutasi ini menunjukkan bahawa ia tidak mungkin membantu pembentukan evolusi. Perubahan secara rawak di dalam organisma ini, samada ia langsung tidak berhasil atau ia berhasil tetapi amat memudaratkan. Seperti, perubahan rawak di dalam jam tangan tidak akan dapat memperbaiki jam tersebut. Ia mungkin akan merosakkannya atau sekurang-kurangnya tidak bertindak balas. Sebagaimana gempa bumi tidak akan memperelokkan sebuah bandar, malah ia hanya memusnahkan. 15

Tidak memeranjatkan, apabila sehingga kini belum didapati sebarang mutasi yang berguna. Semua mutasi telah terbukti sebagai menyakitkan. Seorang saintis evolusi Warren Weaver memberikan komentarnya terhadap sebuah laporan yang disediakan oleh The Committee on Genetic Effects of Atomic Radiation, ia ditubuhkan untuk menyiasat kesan mutasi yang mungkin disebabkan oleh senjata-senjata nuklear yang telah digunakan di dalam Perang Dunia Kedua:

Ramai akan tertanya-tanya tentang kenyataan yang telah diketahui umum, bahawa mutasi gen ini adalah sesuatu yang memudaratkan. Dalam masa yang sama, ia juga merupakan suatu bahagian penting di dalam proses evolusi. Bagaimana mungkin, suatu kesan yang baik - berubah kepada bentuk hidupan yang lebih baik - boleh terhasil daripada praktikal mutasi yang nyata memudaratkan? 16

Berbagai cubaan telah dilakukan untuk mencari kegunaan mutasi, tetapi tidak pernah berjaya. Setelah beberapa dekad, para evolusionis telah melakukan berbagai ekperimen untuk menghasilkan mutasi pada lalat buah, kerana ia boleh membiak dengan mudah dan kerap, oleh itu hasil mutasi dapat dilihat dengan lebih cepat. Generasi demi generasi lalat-lalat ini telah dimutasikan , tetapi sehingga kini tiada sebarang kegunaan mutasi dapat dikesan. Seorang pakar genetik evolusionis Gordan Taylor menulis seperti berikut:

Di dalam beratus-ratus ujian pembiakan lalat yang telah dilakukan di seluruh dunia untuk jangka masa lebih lima belas tahun, tetapi tidak satu pun spesies baru pernah dicipta… tidak walau satu enzim yang baru pun. 17

Penyelidik yang lain pula, Michael Pitman, memberikan komentarnya terhadap kegagalan ujian mutasi terhadap lalat-lalat buah tersebut:

Morgan, Goldschmidt, Muller dan beberapa saintis genetik lain telah mengkaji generasi-generasi lalat buah ini pada keadaan-keadaan ekstrem seperti panas, sejuk, cerah, gelap dan mendedahkannya dengan bahan kimia dan radiasi. Semua jenis mutasi, telah dikeluarkan. Apakah manusia telah berjaya melakukan evolusi? Mungkin tidak! banyak monster genetik telah terlepas daripada botol tempat mereka dibiakkan. Ketika melakukan praktis, mutan ini mati, menjadi mandul atau berubah menjadi jenis yang liar. 18


SEMUA MUTASI MEMUDARATKAN
ImageImageImage
Kiri:Seekor lalat buah (drosophila) normal.
Kanan: Seekor lalat buah dengan kakinya tersembul keluar daripada kepalanya: satu mutasi yang terangsang oleh radiasiKesan malang mutasi pada badan manusia. Budak di sebelah adalah salah seorang mangsa tragedi logi nuklear Chernobyl


Perkara yang sama berlaku kepada manusia. Setiap mutasi yang berlaku ke atas manusia menghasilkan natijah yang samar. Dalam hal ini, para evolusinis mengetepikannya dan cuba menunjukkan bahawa hasil yang samar ini adalah "bukti evolusi". Semua mutasi yang menimpa manusia menyebabkan kecacatan fizikal, dan menjadi lemah, seperti Monggolism, Down Syndrome, terencat atau katik. Mutasi-mutasi ini dikemukakan di dalam buku-buku teks sebagai bukti-bukti "hasil kerja mekanisme evolusi". Tidak perlu dijelaskan lagi, suatu proses yang melemahkan manusia tidak mungkin menjadi "mekanisme evolusi" - kerana evolusi seharusnya menghasilkan bentuk yang lebih baik agar ia bersesuaian untuk terus selamat (dari ancaman perubahan habitatnya).

Ringkasnya, terdapat tiga sebab utama mengapa mutasi tidak boleh digunakan untuk menyokong teori evolusi:

(1) Kesan secara langsungnya amat memudaratkan: memandangkan ia berlaku secara rawak, maka ia sering merosakkan organisma hidup ini. Sebab musabab menjelaskan kepada kita bahawa campur tangan yang tidak terancang di dalam struktur yang kompleks dan sempurna tidak akan dapat memperbaikinya, malah hanya akan merosakkan. Tambahan pula, tidak terdapat sebarang kegunaan mutasi yang telah ditemui setakat ini.

(2) Mutasi juga tidak menambah sebarang maklumat baru ke dalam DNA organisma: kesan yang berlaku terhadap maklumat genetiknya ialah samada ianya terjejas, musnah atau berubah tempat. Mutasi tidak dapat menjadikan satu hidupan menerima satu organ atau sifat yang baru. Ia hanya akan menjadikannya berubah menjadi sesuatu yang ganjil, seperti kaki yang tumbuh di tengah belakang atau mata tumbuh di badan.

(3) Dalam usaha untuk memindahkan sesuatu mutasi ke generasi berikutnya, ia harus mengambil tempatnya di dalam sel-sel pembiakan organisma: Tetapi malangnya, perubahan secara rawak yang berlaku di dalam sel atau organ badan sementara tidak dapat dipindahkan kepada generasi yang berikutnya. Sebagai contoh, mata manusia yang berubah disebabkan oleh kesan radiasi atau sebab-sebab lain tidak akan berpindah ke generasi-generasi berikutnya.


Kesimpulannya, adalah mustahil satu hidupan itu untuk berubah, kerana tidak terdapat sebarang mekanisme semula jadi yang boleh menyebabkannya berubah. Ini bertepatan dengan bukti rekod fosil, ia menunjukkan bahawa senario ini tersasar jauh daripada realitinya.


Referency
11 Colin Patterson, "Cladistics", Interview with Brian Leek, Peter Franz, March 4, 1982, BBC.
12 Stephen Jay Gould, "The Return of Hopeful Monsters", Natural History, Vol 86, July-August 1977, p. 28.
13 Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, p. 189.
14 Ibid, p. 177.
15 B. G. Ranganathan, Origins?, Pennsylvania: The Banner Of Truth Trust, 1988.
16 Warren Weaver, "Genetic Effects of Atomic Radiation", Science, Vol 123, June 29, 1956, p. 1159.
17 Gordon R. Taylor, The Great Evolution Mystery, New York: Harper & Row, 1983, p. 48.
18 Michael Pitman, Adam and Evolution, London: River Publishing, 1984, p. 70.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby berani_murtad » Sun Feb 17, 2008 11:44 pm

badawi wrote:Puji Syukur/ Alhamdulillah, dan Terima kasih,

Dinosaurus sudah punah ketika Adam dan Hawa atau kita sebut Eve turun ke bumi.
Berdasarkan penelitian usia fosil dinasaurus yang paling mudah itu mencapai ratusan juta tahun, sedangkan umur manusia sendiri hanya beberapa ribu tahun.

Jika tuan mempunyai referency tersendiri mohon dijelaskan, saya sangat menunggu respon tuan. terima kasih.

sampai sekarang banyak pendapat mengenai timbulnya manusia sempurna. saya juga sulit menjelaskan, karena pengetahuan modern mengatakan kalau manusia ini adalah hasil dari evolusi manusia purbakala. tetapi ada referensi yang memperkuat kalau memang kitab suci sangat meragukan yaitu tentang nabi nuh sewaktu banjir dashyat. yang saya bingungkan, jika sewaktu banjir dahsyat telah surut, mengapa seluruh binatang tidak berada di tempat berakhirnya kapal nabi nuh. seperti kangguru cuma ada diaustralia, panda cuma ada dichina, harimau putih cuma ada diindia, dan masih banyak lagi. jika kita berbicara mukjizat, sewaktu hewan2 ini berkumpul didalam satu kapal, apakah hewan pemakan daging juga akan memakan tumbuh2an. jika mereka memakan daging, jelaslah hewan herbivora pemakan tumbuh2an akan habis disikat. Jadi hewan herbivora yang ada dikapal nabi Nuh akan punah. awal saya berpikir mulai bersumber dari nuh. jika anda mengatakan dinosaurus telah ada ratusan juta tahun yang lalu, bukankah itu mengindikasikan kalau quran sudah gugur dalam penjelasan penciptaan bumi? mohon pendapat...
berani_murtad
 
Posts: 2574
Joined: Sat May 19, 2007 3:11 pm
Location: Surga 72 bidadari

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:53 pm

Terima kasih tuan, mungkin ilmu saya tak sebaik yang tuan sangka.

Mungkin sederhananya kejadian Nabi Nuh, ketika meluluh lantakkan bumi tetapi hanya pada tempat-tempat tertentu yang sedikit disisakan.

Teori yang saya bawa ini memang menyangkal hubungan bahwa tidak ada evolusi bagi manusia. Jadi tidak ada rantai yang hilang.

Tuhan memusnahkan dan Tuhan menciptakan.

Bagaimanajua saya mohon penjelasan. Dan beribu maaf jika penjelasan tidak berarti.

Kerana inipun saya menulis daripada referency yang saya dapat.

Sebelumnya salam kenal dari saya semoga kita boleh mendapat faedah daripada hubungan baik.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:58 pm

kembali saya present

Bab 4

REKOD FOSIL MENYANGGAH EVOLUSI


Menurut teori evolusi, setiap spesies hidupan telah melompat dari satu kedudukan. Spesies ini berubah menjadi suatu yang lain dalam suatu masa dan semua hidupan berubah dengan cara ini. Mengikut teori ini lagi, perubahan ini terpaksa melalui berjuta-juta tahun.

Jika demikian, pastinya terdapat berbagai spesies perantaraan yang wujud dan hidup di dalam jangka masa perubahan ini.

Sebagai contoh, terdapatnya haiwan separuh-ikan/separuh reptilia yang pernah hidup di masa lampau dan mempunyai sifat-sifat reptilia sebagai tambahan sifat-sifat ikan yang telah sedia dimilikinya. Atau, mungkin juga terdapat haiwan separuh-reptilia/separuh-burung yang mempunyai sifat-sifat burung sebagai tambahan kepada sifat-sifat reptilia yang telah ada padanya. Para evolusionis merujuk kepada makhluk khayalan ini yang mereka percaya pernah hidup pada masa lampau, sebagai "formasi perantaraan" (transitional forms).

Jika benarlah haiwan-haiwan seperti ini pernah wujud, maka pasti terdapat berjuta-juta malah berbilion-bilion dari segi jumlah dan jenis-jenisnya. Yang lebih penting ialah, sisa haiwan-haiwan aneh ini seharusnya terdapat di dalam rekod-rekod fosil. Jumlah formasi-formasi perantaraan ini sepatutnya lebih banyak daripada spesies yang ada sekarang dan saki-bakinya sepatutnya mudah didapati di seluruh pelosok dunia. Di dalam buku The Origin of Species, Darwin menjelaskan:

Sekiranya teori saya ini benar, pasti terdapat jenis-jenis perantaraan yang menghubungkan hampir semua spesies dari kumpulan yang sama… Oleh itu, bukti-bukti kewujudan haiwan-haiwan ini sepatutnya hanya dapat ditemui di kalangan saki baki fosil.19

Ternyata, Darwin sendiri sedar akan ketiadaan formasi perantaraan ini. Beliau hanya berharap agar ia akan ditemui pada masa hadapan. Di samping, harapannya yang sia-sia itu, dia sedar bahawa halangan terbesar di dalam teorinya ialah kehilangan formasi perantaraan ini. Oleh itu, di dalam bukunya, The Origin of Species dia mencatatkan di bawah tajuk "Difficulties of The Theory" - Kesukaran Teori Ini:

…Mengapa, sekiranya spesies-spesies mewarisi dari spesies lain secara beransur-ansur, kenapa kita tidak dapat menemui kesan saki baki formasi perantaraan ini di mana-mana? Kenapa tidak semua alam semula jadi di dalam kekeliruan, sebagai ganti spesies hidupan, yang dapat kita lihat mereka tertakrif dengan sempurna?... Berdasarkan kepada teori ini, berbagai-bagai formasi perantaraan pasti telah wujud, tetapi, kenapa kita masih tidak menemuinya tertanam dengan banyaknya di dalam kerak bumi?... Tetapi di dalam kawasan pertengahan, yang mempunyai keadaan hidupan pertengahan, kenapa kita tidak menemui kini jenis-jenis perantaraan yang berhubung rapat? Kesukaran ini telah lama membingungkan saya. 20

Penjelasan mudah yang dapat Darwin kemukakan untuk melawan bantahan ini ialah dengan mendakwa bahawa rekod-rekod fosil yang telah ditemui setakat ini masih tidak mencukupi. Beliau mendakwa apabila rekod-rekod fosil telah dikaji dengan teliti, rantai yang hilang ini akan ditemui.

Kerana meyakini ramalan Darwin ini, maka para evolusionis telah mencari fosil dan menggali untuk mendapatkan rantaian yang hilang ini semenjak pertengahan kurun ke-19 di seluruh pelosok dunia. Hasil daripada usaha gigih mereka ini, tiada satu pun formasi perantaraan yang berjaya ditemui. Semua fosil yang digali dalam misi penggalian menunjukkan bahawa hidupan telah muncul di bumi secara mendadak dan di dalam format yang sempurna, ia sama sekali bertentangan dengan kepercayaan evolusionis, dalam cubaan untuk membuktikan teori mereka, evolusionis telah sebaliknya menyebabkan kehancuran teori ini.

Seorang ahli paleontologi British terkenal, Derek V. Ager, mengakui kenyataan ini walau pun beliau adalah seorang evolusionis:

Kenyataannya ialah, sekiranya kita mengkaji rekod fosil dengan teliti, samada pada peringkat susunan atau spesies, kita akan terus mendapati bukannya evolusi beransur-ansur, tetapi ledakan mendadak sebuah kumpulan pada kawasan yang lain. 21

Seorang lagi ahli paleontologi evolusionis, Mark Czarnecki memberikan komentar beliau seperti berikut:

Masalah utama dalam membuktikan teori ini ialah rekod fosil; tekapan (imprinting) spesies yang telah pupus yang terawet di dalam formasi geologi bumi. Rekod ini tidak pernah menjurus kepada hipotesis Darwin tentang varian pertengahan - sebaliknya ia menunjukkan bahawa spesies ini muncul dan hilang secara mendadak dan kesilapan ini telah menguatkan dakwaan bahawa setiap spesies ini telah diciptakan oleh Tuhan. 22

Mereka juga terpaksa berhadapan dengan kesia-siaan menanti formasi perantaraan yang "hilang" untuk ditemui semula di masa hadapan, seperti yang dijelaskan oleh seorang profesor paleontologi daripada Universiti Glasgow, T. Neville Geoge:

Tidak perlu lagi merasa kesal kerana kepapaan rekod fosil ini. Dari segi lain, ia telah menjadi teramat kaya dan menemui adalah integrasi yang tidak terkira banyaknya... Rekod fosil terus digubah daripada jurang-jurang ini. 23


Fosil Hidup

Evolusionis mendakwa spesies-spesies terus berubah kepada spesies-spesies lain. Tetapi, apabila kita membandingkan benda hidup dengan fosilnya, kita akan dapat melihat bahawa ia tidak berubah sejak berjuta-juta tahun. Kenyataan ini merupakan bukti yang jelas kepada kesilapan dakwaan evolusionis.

ImageImage
Lebah hidup ini tidak berbeza dengan fosilnya, yang dianggarkan berusia berjuta-juta tahun.

ImageImage
Fosil pepatung berusia 135 juta tahun ini tidak berbeza daripada pepatung moden yang ada kini.

ImageImage
Perbandingan di antara fosil semut berusia 100 tahun dan semut yang hidup kini, menunjukkan dengan jelas bahawa semut tidak mempunyai sebarang sejarah evolusi.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:01 am

Hidupan Muncul di atas Bumi Secara Mendadak dan di dalam Bentuk Yang Kompleks

Apabila lapisan daratan bumi dan rekod fosil telah dikaji, di dapati semua benda hidup telah muncul serentak. Lapisan bumi tertua yang telah ditemui padanya berbagai fosil hidupan, ialah lapisan Cambrian, yang dianggarkan berusia 500-550 juta tahun dahulu.

Hidupan yang ditemui di lapisan kepunyaan Zaman Cambrian ini telah muncul secara mendadak di dalam rekod fosil - tidak terdapat sebarang moyang pra-wujud. Fosil-fosil yang ditemui di dalam batu Cambrian adalah kepunyaan siput, trilobit (trilobite), span (sponge), cacing tanah, obor-obor, landak laut, dan beberapa invertebrat kompleks lain. Mozek luas organisma hidup yang terhasil daripada sejumlah makhluk-makhluk yang kompleks ini telah terbentuk dengan begitu mendadak sehingga peristiwa ajaib ini digelar sebagai "Ledakan Cambrian" (Cambrian Explosion) di dalam ilmu geologi.

Kebanyakan formasi hidupan yang ditemui di lapisan ini mempunyai sistem-sistem yang kompleks seperti mata, insang, sistem perkumuhan, dan struktur fizikal yang maju tidak berbeza dengan jenisnya yang moden. Sebagai contoh, lensa berkembar yang menyisir struktur mata trilobit adalah sebuah bentuk yang menakjubkan. David Raup, seorang profesor geologi di Universiti Harvard, Rochester dan Chicago, menyatakan: "trilobit- trilobit ini menggunakan sebuah bentuk optimum yang memerlukan seorang jurutera beroptikal yang terlatih dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk membentuknya kini." 24

Invertebrat-invertebrat kompleks ini telah muncul secara mendadak dan sempurna tanpa ada sebarang rantaian atau formasi perantaraan di antara mereka dan organisma-organisma ekasel (satu sel), yang merupakan satu-satunya bentuk hidupan di bumi sebelum mereka.

Richard Monartersky, editor majalah Earth Sciences, yang merupakan sebuah penyiaran evolusi yang popular, mengeluarkan kenyataan berikut berkaitan dengan "Ledakan Cambrian" yang menjadi kejutan kepada para evolusionis:

Setengah juta tahun dahulu, bentuk-bentuk haiwan yang amat kompleks yang dapat kita lihat kini telah muncul secara mendadak. Pada ketika ini, di awal Zaman Cambrian Bumi, sekitar 550 juta tahun dahulu, menandai ledakan evolusi yang memenuhi laut-laut dengan makhluk-makhluk pertama dunia yang kompleks. Filum haiwan besar hari ini telah pun ada pada Zaman Cambrian dan ia adalah berbeza di antara satu sama lain seperti sekarang. 25

Bagaimana bumi boleh dilimpahi dengan sejumlah besar spesies-spesies haiwan semuanya secara mendadak dan bagaimana jenis-jenis spesies yang berbeza tanpa moyang yang sama ini dapat muncul, adalah sebuah persoalan yang masih tidak dapat dijawab oleh evolusionis. Ahli zoologi Oxford, Richard Dawkins, salah seorang evolusionis yang terkemuka di seluruh dunia, mengeluarkan komentarnya terhadap kenyataan ini yang membatalkan dakwaan yang paling asas yang pernah dipertahankannya dahulu:

Sebagai contoh lapisan batu Cambrian, jangka masa sekitar 600 juta tahun dahulu, adalah yang tertua di mana kita dapat menemui sebahagian besar kumpulan invertebrat yang asas. Dan kita dapati kebanyakannya telah berada pada peringkat evolusi yang maju sejak mula muncul lagi. Seolah-olah mereka telah tumbuh di situ, tanpa sebarang sejarah evolusi. Tidak perlu disebutkan lagi, kemunculan mendadak ini telah menerima ciptaan (telah diciptakan). 26

ImageImage
MATA TRILOBIT

Trilobit yang muncul pada zaman Cambrian secara mendadak, mempunyai struktur mata yang amat kompleks. Mengandungi berjuta-juta bahagian yang berbentuk sarang lebah dan sistem lensa berkembar, mata ini "menggunakan sebuah bentuk optimum yang memerlukan seorang jurutera beroptikal yang terlatih dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi untuk membentuknya kini" di dalam ucapan David Raup, seorang profesor geologi.

Mata ini telah terbentuk 530 juta tahun dahulu di dalam keadaan yang sempurna. Tidak dapat diragui lagi, kemunculan mendadak sebuah rekaan yang hebat ini tidak mungkin dapat dijelaskan oleh evolusi dan ia membuktikan kebenaran ciptaan.

Tambahan pula, struktur mata trilobit yang seperti sarang lebah ini telah berjaya mengekalkannya hingga kini tanpa sebarang perubahan. Beberapa jenis serangga seperti lebah dan pepatung mempunyai struktur mata yang sama seperti trilobit.* Situasi ini telah membatalkan tesis evolusi yang menyatakan bahawa benda hidup telah berubah secara progresif daripada primitif kepada kompleks.
(*) R.L.Gregory, Eye and Brain: The Physiology of Seeing, Oxford University Press, 1995, p.3
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:02 am

Seperti yang telah ditegaskan oleh Dawkin, Ledakan Cambrian adalah bukti ciptaan paling kukuh, kerana hanya ciptaan dapat menjelaskan kemunculan bentuk hidupan yang sempurna di muka bumi. Douglas Futuyma, seorang ahli biologi evolusionis terkemuka, mengakui kenyataan ini dan menyatakan; "Organisma, samada ia muncul di muka bumi dalam keadaan bentuk yang sempurna atau tidak. Sekiranya tidak, pasti mereka telah berubah daripada spesies-spesies pra-wujud oleh satu proses pengubahsuaian. Sekiranya, mereka memang muncul dalam peringkat pembentukan yang sempurna, pasti mereka sebenarnya telah diciptakan oleh suatu kebijaksanaan yang amat luar biasa."27Darwin sendiri menyedari kebarangkalian ini apabila beliau menulis; "Jika banyak spesies, kepunyaan genus atau keluarga yang sama, telah benar-benar mula hidup serentak, kenyataan ini akan menjadi satu fatal kepada teori keturunan dengan pengubahsuaian perlahan-lahan melalui pilihan semula jadi."28 Ledakan Cambrian tidak lain adalah "pukulan maut" Darwin. Kerana itulah seorang ahli paleontologi evolusionis Swiss, Stefan Bengston, mengakui kelemahan rantaian perantaraan ini ketika beliau menghuraikan Zaman Cambrian dan menyatakan; "Kekeliruan (dan memalukan) kepada Darwin, kejadian ini masih mengerikan kami.""29

Seperti yang dapat dilihat, rekod fosil telah membuktikan bahawa benda hidup tidak berubah daripada bentuk primitif kepada bentuk yang lebih maju, tetapi sebaliknya telah muncul secara mendadak dan pada satu peringkat yang sempurna. Kesimpulannya, benda hidup tidak wujud secara evolusi, mereka telah diciptakan. s

Referency

19 Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, p. 179.
20 Ibid, pp. 172, 280.
21 Derek V. Ager, "The Nature of the Fossil Record", Proceedings of the British Geological Association, Vol 87, 1976, p. 133.
22 Mark Czarnecki, "The Revival of the Creationist Crusade", MacLean's, January 19, 1981, p. 56.
23 T. Neville George, "Fossils in Evolutionary Perspective", Science Progress, Vol 48, January 1960, pp. 1, 3.
24 David Raup, "Conflicts Between Darwin and Paleontology", Bulletin, Field Museum of Natural History, Vol 50, January 1979, p. 24.
25 Richard Monastersky, "Mysteries of the Orient", Discover, April 1993, p. 40.
26 Richard Dawkins, The Blind Watchmaker, London: W. W. Norton 1986, p. 229.
27 Douglas J. Futuyma, Science on Trial, New York: Pantheon Books, 1983, p. 197.
28 Charles Darwin, The Origin of Species: A Facsimile of the First Edition, Harvard University Press, 1964, p. 302.
29 Stefan Bengston, Nature, Vol. 345, 1990, p. 765.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:04 am

Bab 5

KISAH PERALIHAN DARIPADA AIR KE DARAT


Image
Mengikut senario andaian "daripada air ke darat", beberapa ekor ikan telah merasa perlu untuk beralih daripada air ke darat kerana masalah makanan. Semestinya, ia tidak disokong oleh sebarang bukti. Dakwaan ini hanya disokong oleh lukisan-lukisan spekulasi yang tidak berasas, seperti gambar di atas.




Evolusionis mendakwa bahawa invertebrat (haiwan yang tidak bertulang belakang) air yang ditemui di lapisan batu di kerak bumi Cambrian telah berubah kepada ikan dalam masa sepuluh juta tahun. Tetapi, seolah-olah invertebrat ini tidak mempunyai moyang, tidak terdapat sebarang rangkaian peralihan yang membuktikan bahawa satu proses evolusi telah berlaku di antara haiwan invertebrat ini dan ikan. Perlu dicatatkan bahawa invertebrat dan ikan mempunyai perbezaan yang amat besar. Invertebrat mempunyai tisu luaran yang keras pada kulit luarnya, sedangkan ikan adalah vertebrat (haiwan bertulang belakang). Seolah-olah telah berlaku satu proses evolusi besar-besaran yang melalui berbilion-bilion langkah untuk disempurnakan, oleh itu, sepatutnya terdapat berbilion-bilion formasi perantaraan untuk membuktikannya.

Evolusionis telah menggali fosil lapisan kerak bumi sejak kira-kira 140 tahun untuk mencari formasi-formasi andaian ini. Mereka telah menemui berjuta-juta fosil invertebrat dan fosil-fosil ikan, tetapi tidak seorang pun berjaya menemui walau hanya satu fosil perantaraan di antara keduanya.

Seorang ahli paleontologi evolusionis, Gelard T. Todd mengakui kenyataan ini di dalam sebuah artikel bertajuk "Evolution of the Lung and the Origin of Bony Fishes".

Tiga bahagian-bahagian kecil ikan bertulang yang pertama muncul di dalam rekod fosil pada masa yang hampir sama. Mereka telah sedia berbeza dari segi morfologi, dan mereka berperisai. Bagaimana mereka terbentuk? Apa yang menyebabkan mereka berbeza sama sekali? Bagaimana mereka dapat berperisai sebegitu sekali? Dan kenapa tidak terdapat sebarang kesan formasi-formasi awal dan pertengahan? 30

Senario evolusi melangkah setapak ke hadapan dan mendakwa bahawa ikan telah berubah daripada invertebrat kemudian berubah kepada amfibia. Tetapi senario ini adalah bukti yang lemah kerana hingga kini tidak terdapat satu fosil yang menunjukkan makhluk separuh-ikan/separuh-amfibia pernah wujud. Fakta ini dikuatkan oleh seorang evolusionis terkenal, Robert L. Carroll, penulis buku "Vertebrate Paleontology and Evolution" katanya : "Kita tidak mempunyai fosil pertengahan ikan rhipidistian (moyang kegemarannya daripada tetrapod) dan amfibia awal".31 Dua orang ahli paleontologi, Colbert dan Morales, memberikan komentar mereka terhadap tiga kelas amfibia, iaitu katak, salamander (sejenis binatang seperti biawak), dan caecilian (sejenis amfibia seperti cacing):

Tidak terdapat sebarang bukti terhadap sebarang amfibia Paleozoic yang mempunyai gabungan karakter yang dijangkakan terdapat pada moyang yang sama. Katak salamamder dan caecilian adalah amat mirip dengan keturunan mereka yang masih hidup kini.32

Bagaimana pun, pada 22 Disember 1938, sebuah penemuan menarik telah dilakukan di Lautan India. Seekor hidupan daripada keluarga kolakan, yang diperkenalkan sebagai sebuah formasi peralihan yang telah pupus tujuh belas juta tahun dahulu, telah ditangkap. Tidak dapat dinafikan penemuan hidupan asal kolakan telah memeranjatkan evolusionis. Seorang evolusionis, J.L.B. Smith menyatakan da tidak akan menjadi lebih terperanjat sekiranya dia melalui seekor dinosaur hidup.

Bagaimana pun, pada 22 Disember 1938, sebuah penemuan menarik telah dilakukan di Lautan India. Seekor hidupan daripada keluarga kolakan, yang diperkenalkan sebagai sebuah formasi peralihan yang telah pupus tujuh belas juta tahun dahulu, telah ditangkap. Tidak dapat dinafikan penemuan hidupan asal kolakan telah memeranjatkan evolusionis. Seorang evolusionis, J.L.B. Smith menyatakan da tidak akan menjadi lebih terperanjat sekiranya dia melalui seekor dinosaur hidup.33 Tahun-tahun seterusnya, 200 ekor kolakan telah banyak kali ditangkap di serata dunia.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:06 am

Image
Fosil Kolakan berusia 410 tahun. Evolusionis mendakwa bahawa ia adalah formasi perantaraan yang mewakili formasi perantaraan daripada air ke darat. Contoh ikan hidup ini telah ditangkap beberapa kali semenjak 1938, memberikan contoh yang baik sejauh mana spekulasi yang dilakukan oleh evolusionis.
Image


Hidupan kolakan telah mendedahkan sejauh mana evolusionis sanggup mereka-reka senario-senario khayalan mereka. Sebaliknya, kolakan tidak mempunyai paru-paru yang primitif dan otak yang besar. Organ-organ yang penyelidik-penyelidik evolusionis sangka sebagai paru-paru primitif ini adalah kantung asid lemak.34 Tambahan pula, kolakan, yang diperkenalkan sebagai "reptilia yang bersiap untuk berpindah daripada laut ke darat", sebenarnya adalah seekor ikan yang hidup di dalam laut dalam dan tidak pernah muncul di permukaan kurang daripada 180 meter.35

Referency
30 Gerald T. Todd, "Evolution of the Lung and the Origin of Bony Fishes: A Casual Relationship", American Zoologist, Vol 26, No. 4, 1980, p. 757.
31 R. L. Carroll, Vertebrate Paleontology and Evolution, New York: W. H. Freeman and Co. 1988, p. 4.
32 Edwin H. Colbert, M. Morales, Evolution of the Vertebrates, New York: John Wiley and Sons, 1991, p. 99.
33 Jean-Jacques Hublin, The Hamlyn Encyclopædia of Prehistoric Animals, New York: The Hamlyn Publishing Group Ltd., 1984, p. 120.
34 Jacques Millot, "The Coelacanth", Scientific American, Vol 193, December 1955, p. 39.
35 Bilim ve Teknik Magazine, November 1998, No: 372, p. 21.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:07 am

Kenapa Peralihan Daripada Air Ke Darat Adalah Mustahil

Evolusionis mendakwa bahawa suatu hari, satu spesies yang hidup di dalam air telah melangkah ke darat dan telah berubah menjadi spesies yang hidup di darat.

Terdapat beberapa fakta yang menjadikan peralihan seperti ini mustahil:

1. Membawa Berat Badan; makhluk yang hidup di air tidak mempunyai sebarang masalah untuk membawa berat badan mereka sendiri. Bagaimana pun, kebanyakan hidupan darat terpaksa menggunakan 40% tenaga mereka untuk membawa badan mereka. Makhluk-makhluk yang membuat peralihan daripada air ke darat perlu membentuk sistem otot-otot dan sistem rangka yang baru (!) untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan pada masa yang sama, yang sememangnya mustahil untuk ia terbentuk melalui proses mutasi.

2. Penahanan Kepanasan; Di darat suhu dapat bertukar dengan cepat dan ia menggolak kawasan yang luas. Hidupan darat mempunyai mekanisme badan yang dapat menahan perubahan suhu yang mendadak. Bagaimana pun, di dalam air, suhu berubah perlahan-lahan dan perubahan tersebut tidak melibatkan kawasan yang luas. Organisma hidup yang mempunyai sistem badan yang teratur mengikut keadaan suhu laut, tidak berhajat kepada sistem perlindungan yang menjamin kerosakan minimum daripada perubahan suhu di darat. Adalah tidak masuk akal untuk mendakwa ikan telah mendapat sistem seperti itu melalui mutasi secara rawak sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke darat.

3. Keperluan Air; Bekalan metabolisme, air dan kelembapan perlu digunakan secara terhad disebabkan oleh kesukaran mendapatkan air di darat. Sebagai contoh, kulit perlu dibentuk untuk membenarkan pengurangan air pada keluasan yang tertentu, dalam masa yang sama mengelakkan penyejatan yang melampau. Oleh itu, hidupan darat mempunyai rasa dahaga, suatu rasa yang tidak dimiliki oleh makhluk hidupan laut. Di samping itu, kulit hidupan air juga tidak sesuai untuk habitat tidak berair.

4. Buah Pinggang; Organisma hidupan laut dapat menyahkan barang-barang terpakai terutamanya ammonia di dalam badan mereka dengan menapisnya, memandangkan terdapat banyak air di dalam habitat mereka. Di darat, air perlu digunakan dengan lebih jimat. Kerana itulah hidupan ini mempunyai sebuah sistem buah pinggang. Terima kasih kepada buah pinggang, ammonia telah dipungut dengan menukarkannya menjadi air kencing dan penggunaan air dapat diminimumkan semasa pembuangannya. Tambahan pula, sebuah sistem baru diperlukan untuk menghasilkan fungsi buah pinggang. Ringkasnya, untuk membolehkan peralihan daripada air ke darat berlaku, hidupan yang tidak mempunyai buah pinggang perlu membentuknya serta-merta.

5. Sistem Respirasi; Ikan "bernafas" dengan mengambil oksigen yang larut di dalam air yang mengalir melalui insangnya. Mereka tidak dapat hidup di atas darat melainkan beberapa minit sahaja. Untuk hidup di atas darat, mereka perlu mendapat sebuah sistem paru-paru yang sempurna serta-merta.

Adalah mustahil untuk perubahan fizikal secara mendadak ini dapat berlaku dalam organisma yang sama, pada masa yang sama dan dengan hanya melalui proses perubahan.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:09 am

PENYU TETAP SEEKOR PENYU

Image
Fosil penyu 1000 juta tahun: Tidak berbeza dengan penyu moden. The Dawn of life, Orbis Pub., London 1972

Sebagaimana, teori evolusi tidak dapat menjelaskan asas kumpulan benda hidup seperti ikan dan reptilia, begitu juga ia gagal menjelaskan asal spesies-spesies di dalam kumpulan-kumpulan ini. Sebagai contoh, penyu, sejenis spesies reptilia, telah muncul di dalam rekod fosil secara mendadak lengkap dengan kulitnya yang unik. Mengikut sumber evolusi "... pada pertengahan Zaman Triassic (sekitar 175,000,000 tahun dahulu), anggota penyu telah pun banyak dan berada dalam keadaan asas karakter penyu. Rangkaian di antara penyu dan cotylosaurs yang merupakan asal penyu, adalah hampir tidak ada sama sekali" " (Encyclopaedia Brittanica, 1971, v.22, p.418)

Tidak terdapat sebarang perbezaan di antara fosil penyu purba dan spesies penyu yang hidup hari ini. Kesimpulannya, penyu tidak pernah "berubah", ia sentiasa menjadi penyu semenjak ia diciptakan lagi.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:10 am

Bab 6

ASAL USUL BURUNG DAN MAMALIA


Menurut teori evolusi, hidupan telah terbentuk dan berkembang di dalam laut dan kemudian telah dipindahkan ke darat oleh amfibia. Senario evolusi ini juga menyebut bahawa amfibia ini telah berubah menjadi reptilia, makhluk yang hanya hidup di atas darat. Sekali lagi senario ini tidak masuk akal, jika dilihat kepada perbezaan-perbezaan struktur yang amat besar di antara kedua kelas haiwan ini. Sebagai contoh, telur amfibia dibentuk untuk berkembang di dalam air, sementara telur reptilia pula dibentuk untuk berkembang di atas darat. Evolusi berperingkat seekor amfibia adalah tidak wajar, kerana tanpa sebiji telur yang sempurna dan lengkap binaannya, adalah mustahil bagi satu spesies untuk selamat. Tambahan pula, seperti biasa, tidak terdapat sebarang bukti formasi-formasi perantaraan yang sepatutnya menyambungkan amfibia dan reptilia. Seorang ahli paleontologi evolusionis dan juga seorang pakar paleontologi vertebrat, Robert L. Carroll terpaksa menerima kenyataan bahawa "reptilia pertama adalah amat berbeza daripada amfibia dan nenek moyangnya masih belum ditemui".36

Tetapi kebuntuan senario ini masih belum tamat. Mereka masih bermasalah untuk membolehkan makhluk-makhluk ini terbang! Memandangkan evolusionis percaya bahawa burung telah berubah, maka mereka telah mendakwa bahawa ia telah berubah rupa daripada reptilia. Bagaimana pun, tidak satu pun sifat-sifat burung, yang mempunyai struktur yang sama sekali berbeza dengan makhluk-makhluk haiwan yang hidup di atas darat, dapat dijelaskan melalui evolusi beransur ansur. Di antaranya, ialah sayap, yang merupakan sifat istimewa bagi burung, ia merupakan kebuntuan yang paling sukar kepada evolusionis. Seorang evolusionis berbangsa Turki, Engin Korur, mengakui kemustahilan evolusi sayap:

Persamaan sifat yang terdapat pada mata dan sayap ialah ia hanya akan berfungsi apabila telah terbentuk sepenuhnya. dengan kata lain, mata yang terbentuk separuh jalan tidak akan dapat melihat; dan burung dengan sayap yang hanya separuh terbentuk tidak akan dapat terbang. Bagaimana organ-organ ini terbentuk, telah menjadi suatu misteri alam semula jadi yang perlu kaji.37

Persoalan bagaimana struktur sayap yang sempurna dapat terbentuk sebagai hasil mutasi rawak yang berterusan, tidak dapat dijawab. Tidak ada cara untuk menjelaskan bagaimana tangan depan seekor reptilia dapat berubah menjadi sayap yang berfungsi dengan sempurna hasil daripada perubahan di dalam gennya (mutasi)

Tambahan pula, dengan hanya mempunyai sayap masih belum dapat membolehkan seekor hidupan darat untuk terbang. Makhluk darat tidak mempunyai banyak mekanisme berstruktur yang digunakan oleh burung untuk terbang. Sebagai contoh, daging burung adalah lebih ringan daripada daging hidupan darat. Paru-paru mereka berfungsi dengan cara yang jauh berbeza. Mereka mempunyai sistem otot dan kerangka yang berbeza, dan sebuah sistem edaran jantung yang istimewa. Sifat-sifat ini amat diperlukan untuk terbang seperti mana keperluan sayap. Semua mekanisme ini perlu wujud bersama pada masa yang sama, ia tidak dapat terbentuk secara beransur ansur dengan cara "dikumpulkan". Kerana itulah dakwaan teori ini bahawa organisma darat telah berubah kepada organisma udara adalah salah sama sekali.

Semua ini menimbulkan persoalan lain di minda kita: sekiranya cerita pelik ini adalah benar, maka mengapa evolusionis masih belum dapat menemui sebarang fosil "separuh sayap" atau "satu sayap" untuk menguatkan teori mereka?
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:12 am

Satu Lagi Formasi Perantaraan : ARCHÆOPTERYX

Evolusionis telah mengumumkan nama seekor makhluk sebagai respons. Ia adalah fosil seekor burung yang digelar ARCHAEOPTERYX yang merupakan formasi perantaraan yang paling terkenal di kalangan beberapa fosil lain yang masih dipertahankan oleh evolusionis. Archaeopteryx, moyang burung moden kini mengikut evolusionis, telah hidup 150 juta tahun dahulu. Teori ini berpendapat bahawa beberapa dinosaur bersisik kecil yang dinamakan sebagai Velociraptor atau Dromeosaur telah berubah dengan mendapat sayap dan kemudian mulai terbang. Oleh itu, Archaeopteryx telah didakwa sebagai formasi perantaraan yang telah terpesong daripada nenek moyangnya dan mulai terbang untuk pertama kali.

Image
Bentuk badan burung amat jauh berbeza daripada reptilia, yang sepatutnya menjadi moyang mereka. Paru-paru burung berfungsi berbeza daripada paru-paru haiwan-haiwan darat. Haiwan darat bernafas ke dalam dan keluar melalui saluran udara yang sama. Tetapi bagi burung, apabila udara masuk ke dalam paru-paru dari hadapan dan ia akan keluar mengikut arah belakang. ‘Rekaan' ini hanya dikhususkan kepada burung sahaja, yang memerlukan oksigen yang lebih ketika terbang. Adalah mustahil bagi struktur seperti ini untuk berubah daripada paru-paru reptilia.


Bagaimana pun, kajian terkini terhadap fosil Archaeopteryx ini telah menunjukkan bahawa makhluk ini sebenarnya bukan formasi perantaraan, tetapi hanya seekor burung yang mempunyai beberapa karakter yang berbeza dengan burung-burung hari ini.

Tesis yang menyatakan bahawa Archaeopteryx adalah seekor makhluk "separuh burung" yang tidak dapat terbang telah menjadi popular di kalangan para evolusionis untuk beberapa lama. Ketiadaan sebuah sternum, iaitu tulang dada, di dalam makhluk ini, telah menjadi bukti paling penting bahawa burung ini tidak boleh terbang dengan baik. (Tulang dada ini ialah tulang yang terdapat di bawah torak (thorax) di mana otot-otot amat diperlukan untuk terbang. Pada hari ini, tulang dada ini terdapat di dalam semua burung yang boleh terbang atau tidak, malah terdapat juga di dalam kelawar - mamalia terbang dari sebuah keluarga yang berlainan.)

Bagaimana pun, fosil Archaeopteryx ke tujuh yang ditemui pada tahun 1992 telah menggemparkan semua evolusionis. Ini kerana melalui penemuan fosil Archaeopteryx ini, telah ditemui tulang dada yang didakwa oleh evolusionis telah hilang, sebenarnya masih ada. Penemuan fosil ini telah disiarkan di dalam majalah Nature seperti berikut:

Penemuan spesimen Archaeopteryx ke tujuh ini telah mengubah satu bahagian bersegi empat sternum yang lama telah diramalkan tetapi tidak didokumenkan. Ini membuktikan ia adalah otot terbang yang kuat .38

Penemuan ini telah membatalkan pasak utama dakwaan bahawa Archaeopteryx adalah makhluk separuh-burung yang tidak boleh terbang dengan baik.

Di segi lain, struktur bulu burung juga telah menjadi satu bukti yang amat penting untuk mengesahkan bahawa Archaeopteryx sebenarnya adalah seekor burung yang boleh terbang. Struktur asimetri bulu Archaeopteryx yang tidak berbeza daripada burung-burung moden menunjukkan bahawa haiwan ini dapat terbang dengan baik. Seperti yang dinyatakan oleh seorang ahli paleontologi terkenal, Carl O. Dunbar, "Disebabkan oleh bulu Archaeopteryx, ia sepatutnya dikelaskan sebagai seekor burung" .39

Fakta lain yang dapat didedahkan oleh struktur bulu Archaeopteryx ialah metabolisme berdarah-panas burung. Seperti yang diketahui, reptilia dan dinosaur adalah haiwan berdarah sejuk yang lebih terkesan dengan suhu persekitaran daripada mengatur suhu tubuhnya sendiri. Suatu fungsi penting bulu burung ialah untuk mengekalkan suhu badan haiwan. Fakta bahawa Archaeopteryx mempunyai bulu menunjukkan ia adalah seekor burung yang berdarah panas yang perlu untuk mengekalkan suhu badannya, berlainan dengan dinosaur.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:12 am

Spekulasi Evolusionis : Gigi dan Kuku ArchÆopteryx

Dua hujah yang digunakan oleh evolusionis apabila mendakwa Archaeopteryx sebagai sebuah formasi perantaraan ialah kuku pada sayap dan giginya.

Memang benar Archaeopteryx mempunyai kuku pada sayapnya dan gigi di dalam mulutnya, tetapi sifat-sifat ini tidak menunjukkan bahawa ia mempunyai sebarang hubungan dengan reptilia. Tambahan pula, dua jenis burung yang terdapat hari ini, Tauraco dan Hoatzin juga mempunyai kuku untuk mencengkam dahan-dahan. Makhluk ini adalah burung yang lengkap tanpa sebarang karakter reptilia. Kerana itu, adalah maka amat tidak masuk akal untuk mendakwa bahawa Archaeopteryx sebagai satu formasi peralihan dengan hanya berdasarkan kepada kuku pada sayapnya.

Fakta paling penting di sini ialah, struktur gigi Archaeopteryx dan burung-burung lain yang bergigi adalah sama sekali berbeza dengan dinosaur yang didakwa sebagai moyang mereka. Ahli-ahli ornitologi terkenal, Martin, Steward, dan Whetstone menyatakan bahawa Archaeopteryx dan burung-burung lain yang bergigi, mempunyai gigi dengan permukaan atas yang rata dan akar yang besar. Tetapi gigi dinosaur adalah menonjol seperti gergaji dan mempunyai akar yang sempit. 40
Para penyelidik juga telah membandingkan tulang pergelangan lengan Archaeopteryx dan moyangnya, dinosaur, dan tidak menemui sebarang persamaan di antara keduanya.41

Kajian ahli-ahli anatomi seperti Tarsitano, Hecht, dan A.D. Walker mendapati beberapa "persamaan" yang didakwa wujud di antara makhluk ini dan dinosaur seperti yang dikemukakan oleh John Ostrom, yang mendakwa bahawa Archaeopteryx telah berubah daripada dinosaur, sebenarnya adalah sebuah tafsiran yang tersasar..42

Semua penemuan ini menunjukkan bahawa Archaeopteryx bukan sebuah rangkaian perantaraan, tetapi hanya seekor burung yang dimasukkan di bawah kategori "burung bergigi"..
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:14 am

ArchÆopteryx dan Fosil-fosil Burung Purba Yang Lain

Ketika evolusionis selama beberapa dekad telah mendakwa Archaeopteryx sebagai bukti terunggul terhadap senario yang berkaitan dengan evolusi burung, beberapa penemuan terkini fosil-fosil ini telah membatalkan senario tersebut dari sudut lain.

Lianhai Hou, dan Zhonghe Zhou, dua orang ahli paleontologi di Chinese Institute of Vertebrate Paleontology, telah menemui sebuah fosil burung baru pada tahun 1995 yang mereka dinamakan Confuciusornis. Burung ini berusia hampir sama dengan usia Archaeopteryx (sekitar 1400 tahun), tetapi ia tidak mempunyai gigi di dalam mulutnya. Tambahan pula, paruh dan bulunya mempunyai sifat yang sama dengan burung-burung yang terdapat hari ini. Ia mempunyai struktur tengkorak burung moden dan burung ini juga memiliki kuku pada sayapnya, seperti Archaeopteryx. Sebuah struktur khas digelar "pygostyle" terdapat di dalam spesies burung ini untuk menyokong bulu ekor. Ringkasnya, burung ini, yang berusia sama dengan Archaeopteryx (yang dianggap sebagai keturunan burung tertua dan diterima sebagai semi-reptilia), kelihatan amat mirip seperti seekor burung moden. Fakta ini telah membatalkan semua tesis evolusionis yang menganggap Archaeopteryx sebagai moyang burung yang paling primitif..43

Fosil lain yang telah digali di China pada November 1996, telah menyebabkan kekeliruan yang hebat. Kewujudan burung berusia 130 juta tahun yang digelar Liaoningornis, telah diumumkan di dalam majalah Science oleh Hou, Martin dan Alan Feduccia. Liaoningornis mempunyai tulang dada di mana terdapat otot-otot untuk terbang, tidak ubah seperti burung-burung moden. Burung ini juga menyerupai burung moden dari segi yang lain. Yang membezakannya hanyalah gigi di dalam mulutnya. Situasi ini menunjukkan bahawa burung-burung bergigi tidak mempunyai struktur primitif seperti yang didakwa oleh evolusionis.44 ia telah disebut di dalam sebuah artikel di dalam majalah Discovery, "Whence came birds? This fossil says that not from dinosaurs".45

Image
Apabila bulu burung dikaji dengan lebih teliti, ia didapati terbentuk daripada beribu-ribu sulur paut halus yang saling bersambung antara satu sama lain dengan cangkuk. Rekaan yang unik ini terhasil di dalam hasil kerja aerodinamik yang Maha Agung.

Fosil lain untuk menyanggah dakwaan evolusionis menganggap Archaeopteryx adalah Eoalulavis. Struktur sayap Eoalulavis, yang dianggarkan berusia 30 juta tahun lebih tua daripada Archaeopteryx, menyerupai sayap burung moden yang terbang perlahan. Ini membuktikan bahawa 120 juta tahun dahulu, terdapat burung-burung yang menyerupai burung-burung moden yang terbang di angkasa.46

Fakta-fakta ini sekali lagi membuktikan bahawa Archaeopteryx bukan burung purba yang menjadi formasi perantaraan. Fosil-fosil tersebut tidak menunjukkan spesies burung-burung yang berbeza telah berubah daripada satu sama lain. Sebaliknya, rekod-rekod fosil ini telah membuktikan bahawa burung-burung moden hari ini dan beberapa burung purba telah hidup bersama di dalam masa yang sama. Tetapi, sebahagian daripada spesies burung ini seperti Archaeopteryx dan Confuciusornis telah pupus dan hanya sebahagian spesies pra-wujud ini berjaya sampai ke masa kini.

Kesimpulannya, beberapa sifat Archaeopteryx tidak menunjukkan hidupan ini ialah sebuah formasi perantaraan! Stephan Jay Gould dan Niles Eldredge, dua orang ahli paleontologi daripada Harvard dan dikenali sebagai evolusionis yang terkenal, menerima Archaeopteryx sebagai sebuah "mozek" hidup yang mempunyai berbagai sifat di dalam bentuknya, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah formasi perantaraan .47
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:16 am

Burung Khayalan : Rangkaian Dinosaur

Image
Burung yang dinamakan sebagai Confuciusornis berusia sama dengan Archæopteryx.

Dakwaan evolusionis yang cuba memperkenalkan Archaeopteryx sebagai sebuah formasi perantaraan ialah bahawa burung-burung telah berubah daripada dinosaur. Bagaimana pun, seorang ahli ornitologi terkenal, Alan Feduccia daripada Universiti Utara Carolina, telah menolak teori burung mempunyai pertalian dengan dinosaur, walaupun beliau adalah seorang evolusionis. Beliau menyatakan di dalam bab ini:

Saya telah mengkaji tengkorak burung selama 25 tahun dan saya tidak melihat sebarang persamaan. Saya tidak dapat melihatnya... Theropod asal burung, pada pandangan saya adalah sesuatu yang memalukan kepada paleontologi abad ke 20 .48

Larry Martin, seorang pakar di dalam bidang burung purba daripada Universiti Kansas, menolak teori burung datang daripada keturunan yang sama dengan dinosaur. Apabila membicarakan tentang percanggahan yang dihadapi oleh evolusionis di dalam subjek ini, Martin menyatakan:

"Untuk memberitahu kamu yang sebenar, sekiranya saya menyokong dinosaur sebagai asal burung dengan semua karakter-karakter ini, saya akan merasa malu sepanjang masa setiap kali bangun dan bercakap tentangnya." 49

Kesimpulannya, senario evolusi burung yang berdasarkan kepada Archaeopteryx, tidak lain hanyalah sebuah hasil pemikiran evolusionis yang prejudis dan terlampau berharap.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:17 am

APAKAH ASAL USUL LALAT?

Image
Satu Contoh Senario Evolusi: Dinosaur yang mendapat sayap secara tiba-tiba, ketika cuba menangkap lalat!

Mendakwa dinosaur berubah menjadi burung, evolusionis menyokong dakwaan mereka dengan menyatakan bahawa dinosaur yang menyipas kaki depannya ketika mengejar lalat, telah 'mendapat sayap dan terbang' seperti yang dapat diperhatikan di dalam gambar. Tanpa sebarang asas saintifik dan dengan hanya khayalan, teori ini telah meninggalkan percanggahan yang mudah: contoh yang digunakan oleh evolusion untuk menggambarkan asal usul terbang, iaitu lalat telah pun mempunyai kebolehan untuk terbang. Sedangkan manusia tidak dapat mengelipkan matanya 10 kali dalam masa sesaat, seekor lalat dapat menipas sayapnya 500 kali sesaat. Tambahan pula, ia menggerakkan kedua-dua sayapnya serentak. Sedikit canggung di dalam getaran sayap boleh menyebabkan lalat tersebut hilang keseimbangan, tetapi ini tidak pernah berlaku.

Evolusionis sepatutnya terlebih dahulu mengemukakan penjelasan terhadap bagaimana lalat boleh mendapat kebolehan untuk terbang. Sebaliknya, mereka mencipta lagi senario khayalan tentang bagaimana banyak lagi makhluk-makhluk yang pelik seperti reptilia boleh terbang.

Sedangkan ciptaan sempurna lalat-lalat rumah dapat membatalkan dakwaan evolusionis ini. Seorang ahli biologi Robin Wotton telah menulis sebuah artikel bertajuk "The Mechanical Disign of Fly Wings"

"Semakin banyak kita memahami fungsi sayap serangga, lebih banyak kehalusan dan keindahan rekaannya muncul. Struktur-struktur direka untuk mencacatkan seberapa sedikit yang boleh (menjadi seberapa sempurna yang mungkin), mekanisma-mekanisma telah direka untuk menggerakkan bahagian-bahagian kompenan di dalam cara yang boleh diramal. Mereka memiliki beberapa teknologi yang sejajar".1

Dari segi lain pula, tidak terdapat walau satu fosil yang boleh menbuktikan evolusi khayalan lalat. Ini yang dimaksudkan oleh seorang ahli zoologi Perancis, Grasse apabila beliau menyatakan; "Kita berada di dalam kegelapan dalam mencari asal usul lalat".2

Referency
1 Robin J. Wootton, "The Mechanical Design of Insect Wings", Scientific American, v. 263, November 1990, p.120
2 Pierre-P Grass, Evolution of Living Organisms, New York, Academic Press, 1977, p.30.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:21 am

Asal Usul Mamalia

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, teori evolusi menganjurkan bahawa beberapa makhluk khayalan yang keluar daripada laut telah berubah kepada reptilia dan burung pula telah berubah daripada reptilia. Menurut senario yang sama, reptilia tidak hanya menjadi moyang kepada burung-burung tetapi juga kepada mamalia. Bagaimana pun, terdapat jurang struktur yang besar di antara reptilia, yang mempunyai sisik pada badannya, berdarah sejuk, dan membiak dengan cara bertelur, sedangkan mamalia yang mempunyai kulit pada badannya, berdarah panas, dan membiak dengan melahirkan anak hidup-hidup.

Satu contoh struktur yang membezakan di antara reptilia dan mamalia ialah struktur rahang mereka. Rahang bawah mamalia hanya mengandungi satu tulang rahang dan gigi-gigi ditempatkan di atas tulang ini. Di dalam reptilia, terdapat tiga batang tulang kecil di kedua-dua belah rahang. Perbezaan asas lain ialah semua mamalia mempunyai tiga batang tulang di dalam telinga tengah mereka (tukul, alas dan rakap). Di dalam telinga tengah reptilia hanya terdapat sebatang tulang. Evolusionis mendakwa, rahang reptilia dan telinga tengahnya telah berubah beransur ansur kepada rahang dan telinga tengah mamalia. Tetapi, persoalan bagaimana perubahan ini boleh berlalu masih belum dapat dijawab. Terutamanya, persoalan bagaimana sepasang telinga dengan hanya satu tulang berubah menjadi sepasang telinga yang mempunyai tiga tulang dan bagaimana proses pendengaran masih terus berfungsi dalam masa yang sama, masih tidak dapat dijelaskan lagi. Tidak memeranjatkan apabila tidak satu pun fosil perantaraan reptilia dan mamalia ditemui. Kerana itulah, seorang ahli paleontologi, Roger Lewin terpaksa menyatakan bahawa, "perubahan kepada mamalia yang mungkin hanya berlaku sekali atau sekurang-kurangnya satu keturunan, masih menjadi satu enigma (sukar difahami)" .50

Image
Evolusionis menganjurkan bahawa semua spesies berubah daripada moyang yang sama. Bagaimana pun, terdapat perbezaan-perbezaan yang besar di antara spesies-spesies tertentu seperti, beruang, ikan paus, tikus, dan kelawar. Setiap haiwan ini memiliki bentuk sistem yang istimewa. Sebagai contoh, kelawar dijadikan dengan sistem sonar (pengesan gelombang bunyi) yang peka untuk membantunya mencari jalan di dalam gelap. Sistem-sistem kompleks ini, yang teknologi moden hanya dapat menirunya, tidak mungkin terbentuk sebagai hasil perubahan secara kebetulan. Rekod-rekod fosil juga telah menunjukkan kelawar telah muncul secara mendadak dan ia tidak pernah melalui sebarang "proses evolusi".

Image
*Gambar – sebuah fosil kelawar berusia 50 juta tahun, tidak berbeza daripada kelawar moden. (daripada majalah Science Bil. 154)

George Gaylord Simpson, antara evolusionis yang berwibawa tinggi dan pengasas kepada teori neo-Darwinis mengeluarkan komentar berikut terhadap fakta yang membingungkan evolusionis ini:

Peristiwa paling sukar di dalam sejarah hidupan di bumi ialah perubahan daripada Mesozoic, Zaman Reptilia, kepada Zaman Mamalia. Ia seperti turun ke bawah secara mendadak pada peringkat di mana semua peranan dimainkan oleh reptilia, terutamanya dinosaur, di dalam satu jumlah yang besar, dan kekeliruan yang berbagai, dan kemudian naik semula dengan segera pada latar yang sama tetapi dengan acuan yang sama sekali baru, acuan di mana dinosaur sudah tidak wujud sama sekali, reptilia lain pula menjadi lebih istimewa, dan semua peranan-peranan utama dimainkan oleh jenis mamalia yang tidak membayangkan perlakuan yang utama .51

Tambahan pula, apabila mamalia mula muncul, ia telah sedia berbeza di antara satu sama lain. Seperti kelawar, kuda, tikus, dan ikan paus adalah mamalia dan mereka muncul pada masa geologi yang sama. Ini membuktikan bahawa hubungan evolusi di antara mereka adalah mustahil walau dengan sempadan khayalan imaginasi yang paling luas sekali pun. Seorang ahli zoologi evolusionis, R. Eric Lombard menyebut perkara ini di dalam sebuah artikel yang disiarkan di dalam majalah Evolution:

Pencarian terhadap maklumat terperinci yang berguna di dalam membentuk phylogeny (filum) penyisihan mamalia adalah sia-sia. 52

Ini menunjukkan bahawa semua benda hidup telah muncul di muka bumi secara mendadak dan di dalam format yang sempurna, tanpa sebarang proses evolusi. Ia adalah bukti yang kukuh bahawa mereka telah diciptakan. Bagaimana pun, evolusionis cuba mentafsirkan fakta bahawa spesies hidupan muncul di dalam cara tertentu sebagai suatu tanda evolusi. Tetapi rangkaian yang hidupan ini muncul dalamnya adalah "aturan penciptaan", memandangkan mustahil untuk membuktikan satu proses evolusi. Dengan penciptaan yang sempurna dan lengkap, lautan dan daratan telah dipenuhi dengan hidupan-hidupan dan akhirnya manusia pun diciptakan. Berlawanan dengan kisah "manusia beruk" ini, yang memperdayakan masyarakat umum dengan kerjasama propaganda media, hidupan sebenarnya muncul di atas bumi secara mendadak dan lengkap terbentuk.

Referency

36 Robert L. Carroll, Vertebrate Paleontology and Evolution, New York: W. H. Freeman and Co., 1988, p. 198.
37 Engin Korur, "Gözlerin ve Kanatlarýn Sýrrý" (The Mystery of the Eyes and the Wings), Bilim ve Teknik, No. 203, October 1984, p. 25.
38 Nature, Vol 382, August, 1, 1996, p. 401.
39 Carl O. Dunbar, Historical Geology, New York: John Wiley and Sons, 1961, p. 310.
40 L. D. Martin, J. D. Stewart, K. N. Whetstone, The Auk, Vol 98, 1980, p. 86.
41 Ibid, p. 86; L. D. Martin "Origins of Higher Groups of Tetrapods", Ithaca, New York: Comstock Publising Association, 1991, pp. 485, 540.
42 S. Tarsitano, M. K. Hecht, Zoological Journal of the Linnaean Society, Vol 69, 1985, p. 178; A. D. Walker, Geological Magazine, Vol 177, 1980, p. 595.
43 Pat Shipman, "Birds do it... Did Dinosaurs?", New Scientist, February 1, 1997, p. 31.
44 "Old Bird", Discover, March 21, 1997.
45 Ibid.
46 Pat Shipman, "Birds Do It... Did Dinosaurs?", p. 28.
47 S. J. Gould & N. Eldredge, Paleobiology, Vol 3, 1977, p. 147.
48 Pat Shipman, "Birds Do It... Did Dinosaurs?", p. 28.
49 Ibid.
50 Roger Lewin, "Bones of Mammals, Ancestors Fleshed Out", Science, vol 212, June 26, 1981, p. 1492.
51 George Gaylord Simpson, Life Before Man, New York: Time-Life Books, 1972, p. 42.
52 R. Eric Lombard, "Review of Evolutionary Principles of the Mammalian Middle Ear, Gerald Fleischer", Evolution, Vol 33, December 1979, p. 1230.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:22 am

Dongengan Evolusi Kuda

Sehingga kini, sebuah rangkaian khayalan yang sepatutnya menunjukkan evolusi kuda telah dimajukan sebagai prinsip bukti fosil untuk teori evolusi. Tetapi hari ini, ramai evolusionis mengakui sendiri bahawa senario teori evolusi sebenarnya telah bankrap. Seorang evolusionis, Boyce Rensberger, yang membentang masalah teori evolusi secara beransur ansur di sebuah simposium empat-hari yang berlangsung pada 1980 di padang Museum of Natural University di Chicago dengan diperhatikan oleh 150 orang evolusionis, menyebutkan bahawa senario evolusi kuda tidak mempunyai landasan di dalam rekod-rekod fosil dan bahawa sebenarnya tidak terdapat sebarang proses evolusi yang berlaku yang boleh menyebabkan evolusi beransur ansur kuda:

Contoh popular yang sering disebut sebagai evolusi kuda, menganjurkan sebuah rangkaian perubahan beransur ansur daripada makhluk berjari empat yang hidup hampir 50 juta tahun dahulu kepada kuda moden yang mempunyai satu jari kaki yang lebih panjang, ia telah lama diketahui sebagai tidak benar. Sebaliknya daripada perubahan beransur ansur ini, fosil setiap spesies perantaraan muncul sepenuhnya, tanpa perubahan dan kemudian menjadi pupus. Formasi-formasi peralihan adalah tidak diketahui.1

Pengakuan ikhlas terhadap kebuntuan senario evolusi kuda, Rensberg telah merujuk kepada "kebuntuan rangkaian peralihan" yang sebenarnya menjadi masalah besar kepada teori ini apabila ia dikaitkan dengan rekod-rekod fosil.

Seorang ahli paleontologi terkenal, Colin Patterson, pengarah Natural History Museum di England, di mana skim "evolusi kuda" dipamerkan, mengeluarkan kenyataan berikut terhadap pameran yang masih dipertontonkan kepada umum di tingkat bawah muzium tersebut:

Terdapat berbagai cerita mengarut, sebahagiannya lebih banyak khayalan daripada kenyataan, tentang bagaimana sejarah alam semula jadi sebenarnya. Contoh yang paling terkenal, yang masih dipamerkan di tingkat bawah, ialah pameran evolusi kuda yang telah disiapkan kira-kira lima belas tahun dahulu. Ia talah diperkenalkan sebagai perkara yang benar di dalam berbagai buku-buku teks. Sekarang saya rasa ia amat mendukacitakan, lebih-lebih lagi mereka yang telah mereka cerita ini sendiri telah mulai sedar tentang spekulasi yang terdapat pada benda-benda ini.2

Apakah asas senario evolusi kuda ini? Senario ini dibentuk dengan berbagai carta yang penuh dengan penipuan dengan aturan urutan dari fosil-fosil daripada spesies yang masih hidup kini di dalam zaman-zaman yang berbeza di India, Afrika Selatan, Amerika Utara, dan Eropah yang disesuaikan menyikut imaginasi evolusionis. Terdapat 20 carta evolusi kuda yang dihasilkan oleh penyelidik-penyelidik yang berbeza. Evolusionis tidak menemui sebarang persamaan di dalam isu susun salur keluarga ini, yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. Satu-satunya persamaan yang disepakati ialah kepercayaan bahawa makhluk bersaiz anjing yang digelar "Eohippus" (Hyracotherium) yang hidup Zaman Eocene 55 juta tahun dahulu, sebagai moyang kepada kuda-kuda moden (Equus). Tetapi untuk menganggap adanya hubungan evolusi daripada Eohippus kepada Equus adalah amat tidak konsisten.

Seorang penulis sains evolusionis Gordan R. Taylor, menjelaskan kebenaran ini di dalam bukunya bertajuk The Great Evolution Mystery.

Tetapi rasanya kelemahan Darwinisme yang paling serius ialah kegagalan ahli paleontologi untuk filum-filum yang meyakinkan atau rangkaian organisma-organisma yang membuktikan perubahan evolusi yang asas... Kuda sering dianggap sebagai sebuah contoh yang paling tepat. Tetapi kenyataannya, hubungan daripada Eohippus dan Equss terlalu eraktik (tidak menentu). Ia didakwa menunjukkan penambahan berterusan dari segi saiz, tetapi sebenarnya beberapa varian adalah lebih kecil daripada Eohippus, bukannya bertambah besar. Spesimen-spesimen daripada sumber-sumber yang berbeza boleh disatukan di dalam sebuah rangkaian yang meyakinkan, tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa ia tersusun mengikut urutan zaman.3

Semua fakta ini merupakan bukti yang kukuh bahawa carta evolusi kuda ini, yang dianggap sebagai bukti paling kukuh untuk Darwinisme, tidak lebih daripada cerita-cerita yang fantastik dan mustahil.

Referency
1 Boyce Rensberger, Houston Chronicle, November 5, 1980, p.15
2 Colin Patterson, Harper's, February 1984, p.60
3 Gordon Rattray Taylor, The Great Evolution Mystery, Abacus, Sphere Books, London, 1984, p. 230
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 12:24 am

Terima kasih kepada Moderator, bagaimanajua saya masih miskin ilmu, mohon saya diberi arahan sehingga kita semua mendapat faedah

Jika memungkinkan akan saya lanjutkan lagi.
Mohon jika ada hal-hal yang mungkin tidak berkenan segera dimaklumkan kepada saya.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Mon Feb 18, 2008 5:22 am

Bab 7

TAFSIRAN FOSIL EVOLUSIONIS YANG MENIPU


Sebelum kita mengkaji dengan lebih terperinci legenda (dongengan) manusia evolusi ini, perlu diterangkan metode propaganda yang mempengaruhi sebahagian besar masyarakat awam terhadap kewujudan makhluk separuh manusia-separuh beruk yang kononnya hidup di zaman lampau. Propaganda-propaganda ini menggunakan pembentukan semula yang telah dibuat berdasarkan fosil-fosil yang telah ditemui. Pembentukan semula yang dimaksudkan ialah dengan melukis gambar atau mengubahsuai sebuah model hidup dengan hanya berpandukan kepada sebatang tulang dan kalang kala hanya berdasarkan sekeping serpihan yang dikeluarkan daripada tanah. Makhluk manusia-beruk yang sering kita saksikan di kaca televisyen, surat khabar, majalah-majalah dan filem-filem, adalah hasil pembentukan semula ini.

Memandangkan fosil-fosil ini ditemui di dalam keadaan bersepah dan tidak sempurna, maka sebarang andaian yang dibuat berdasarkannya hanya spekulasi (agakan) sahaja. Tambahan pula, pembentukan semula ini (lukisan atau model) telah dibuat oleh evolusionis berdasarkan saki baki fosil yang telah disediakan secara agakan semata-mata untuk mengesahkan tesis-tesis evolusi mereka. Seorang ahli antropologi daripada Harvard, David R. Pilbeam, menegaskan kenyataan ini apabila beliau menyatakan; "Sekurang-kurangnya di dalam paleontologi, data-data masih jarang sekali dipengaruhi oleh tafsiran-tafsiran teori. Teori-teori di masa lampau telah menjejaskan ideologi kita melebihi daripada data-data yang tepat" .53 Memandangkan masyarakat kini amat terpengaruh dengan maklumat-maklumat visual, pembentukan semula ini telah membantu matlamat evolusionis, iaitu untuk meyakinkan masyarakat bahawa makhluk-makhluk yang telah diubah suai ini sememangnya telah wujud di masa lampau.

Lukisan- Lukisan Khayalan
ImageImageImage
ImageImage
Di dalam gambar-gambar dan binaan semula mereka, evolusionis telah dengan sengaja memberikan bentuk kepada sifat-sifat yang sebenarnya tidak meninggalkan sebarang fosil, seperti struktur hidung dan bibir, bentuk rambut, dan kening, dan bahagian-bahagian berambut lain, untuk menyokong evolusi. Mereka juga telah menyediakan gambar-gambar terperinci yang menggambarkan makhluk-makhluk khayalan ini berjalan bersama dengan keluarga mereka, memburu, atau dalam keadaan melakukan kerja-kerja harian mereka. Bagaimana pun, lukisan-lukisan ini semuanya adalah khayalan-khayalan imaginasi dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rekod fosil.



Pada peringkat ini kita perlu menggariskan beberapa fakta penting: pembentukan semula yang dilakukan ini hanya berdasarkan kepada saki baki tulang hanya dapat menjelaskan beberapa kriteria asas objek tersebut memandangkan butiran-butiran yang lebih jelas terdiri daripada tisu-tisu lembut yang mudah reput ditelah zaman. Oleh itu, dengan tafsiran samar terhadap tisu-tisu ini, maka lukisan atau model yang diubah suai ini bergantung sepenuhnya kepada imaginasi khayalan individu yang melakukannya. Earnts A. Hooten, daripada Harvard, menerangkan situasi ini seperti berikut:

Untuk cuba mengembalikan bahagian-bahagian yang lembut ini adalah sesuatu yang amat sukar. Bibir, mata, telinga dan hujung hidung tidak meninggalkan sebarang tanda di atas mana-mana bahagian tulang. Kamu mungkin, dengan bantuan peralatan-peralatan yang sempurna, dapat mereka tengkorak Neanderthal seperti seekor cimpanzi atau seperti seorang ahli falsafah. Pembentukan semula yang didakwa sebagai sejenis manusia purba ini, mempunyai (jika ada) nilai saintifik yang amat rendah dan hanya akan mengelirukan masyarakat umum. Oleh itu jangan sekali-kali kamu mempercayai pembentukan semula ini.54

TIGA BINAAN SEMULA BERDASARKAN KEPADATENGKORAK YANG SAMA
Image

Tambahan pula, para evolusionis ini telah mereka berbagai cerita dongeng, sehinggakan mereka menggambarkan wajah yang berbeza dengan berdasarkan kepada tengkorak yang sama. Sebagai contoh, tiga buah lukisan binaan semula yang dibuat berdasarkan sebuah fosil yang digelar "Australopithecus Robustus (Zinjanthroptus)", merupakan sebuah bukti terkenal terhadap kepalsuan ini.

Tafsiran yang berat sebelah terhadap fosil-fosil ini atau pemalsuan terhadap berbagai khayalan pembinaan semula ini, menunjukkan betapa kerapnya para evolusionis ini menggunakannya untuk menipu. Malah mereka tidak sedikit pun merasa bersalah apabila membayangkan bahawa penipuan mereka ini telah tinggal kekal di dalam lipatan sejarah evolusi.

Referency

53 David R. Pilbeam, "Rearranging Our Family Tree", Nature, June 1978, p. 40.
54 Earnest A. Hooton, Up From The Ape, New York: McMillan, 1931, p. 332.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

PreviousNext

Return to Pembelaan Terhadap Islam



Who is online

Users browsing this forum: No registered users

cron