.

Menyingkap Darwinisme dan Ideologynya Berdasarkan Sains

Pembelaan bahwa Islam adalah ajaran dari Tuhan.

Menyingkap Darwinisme dan Ideologynya Berdasarkan Sains

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 10:55 am

Kepada Yang Berhormat Moderator dan Pengerusi daripada Forum ini,
Mohon ijin saya memperkenalkan diri, saya Badawi.
Melalui forum ini saya ingin sharing ilmu sains dengan kawan-kawan tanpa membeza-bezakan agama dan bangsa.
Dalam terjemahan yang saya tulis ini, majority menggunakan referency berbagai agama, tidak salah satu agama sahaja sebab semua referency juga berasal dari Europe

Bahkan penentang Utama teori Darwinism berasal dari kalangan Gereja, kerana teori Darwinism bertolak belakang dengan Ajaran Jesus.
Teori Darwinism menjadi akar daripada ajaran Atheism.
Maksud dan Tujuan saya ialah penentangan terhadap ajaran Atheism.


Jika saya silap mohon saya diarahkan dan diberi referency.
Kerana kita wajib saling memberi tahu mana-mana yang benar dan mana-mana yang salah.

Tujuan daripada saya bergabung di Forum ini ialah mencari ilmu dari sesiapa sahaja.

Semoga apa-apa jua disini berkenan kepada Moderator dan Pengerusi daripada forum ini.
Terima kasih.
Badawi.


Ini sikit daripada kisah yang saya ambil daripada Harun Yahya.


written by Harun Yahya
BAHAGIAN 1: PENYANGGAHAN DARWINISM

Pengenelen:

Mengapa Teori Evolusi?


Sebahagian masyarakat yang pernah mendengar tentang "Teori Evolusi" atau "Darwinisme", mungkin menyangka ia hanyalah sebuah konsep biologi sahaja dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan di dalam kehidupan mereka. Suatu kesilapan yang besar, kerana ia tidak hanya berkisar dengan kepentingan biologi sahaja, malah teori evolusi adalah suatu penyelewengan falsafah yang telah mempengaruhi ramai orang.

Falsafah ini adalah "materialisme", yang mengandungi kepalsuan tentang bagaimana kita datang (asal kejadian). Matlamat utama materialisme tiada yang lain melainkan kebendaan dan kebendaan itu adalah intipati segalanya. Bermula dari persoalan pokok inilah ia telah menolak kewujudan seorang Al-Khaled (Pencipta), iaitu Allah. Meletakkan segalanya pada status benda, anggapan ini menjadikan manusia satu makhluk yang hanya mengambil berat tentang kebendaan dan mengetepikan segala jenis nilai-nilai moral. Ini adalah permulaan sebuah tragedi yang akan menimpa kehidupan manusia.

Bahaya materialisme tidak hanya terhad kepada individu sahaja, tetapi ia juga akan menghancurkan nilai-nilai asas yang dipegang oleh sesebuah negara dan masyarakat, seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang tidak berjiwa dan hilang sentivitinya, sehingga yang menjadi perhatian utama mereka ialah kebendaan. Memandangkan anggota sesebuah masyarakat itu boleh menerima fahaman-fahaman yang idea seperti semangat pejuangan, kecintaan kepada seseorang, keadilan, kemuliaan, kejujuran, pengorbanan, amanah, atau moral- moral yang baik, susunan masyarakat yang diasaskan oleh individu-individu ini telah ditakdirkan untuk dimusnahkan dalam masa yang singkat. Dengan sebab itu, materialisme merupakan satu daripada beberapa bahaya terhadap nilai-nilai asas politik dan masyarakat sebuah bangsa.
Last edited by badawi on Mon Feb 18, 2008 7:32 am, edited 7 times in total.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 10:57 am

Image

Karl Marx sendiri menjelaskan bahawa teori evolusi menghasilkan dasar penuh materialisme dan juga komunisme. Beliau juga menunjukkan rasa simpatinya terhadap Darwin dengan menyebut di dalam bukunya yang dikira sebagai yang terbaik, Das Kapital. Di dalam edisi Jerman, beliau menulis; "Daripada peminat setia Charles Darwin".

Image
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:00 am

Satu lagi keburukan materialisme ialah anjurannya terhadap keganasan dan perbalahan yang menyerang sesebuah negara dan masyarakatnya. Komunisme, pegangan asas ideologi ini, adalah hasil daripada falsafah materialis. Ia berusaha untuk membasmi fahaman-fahaman suci agama sesuatu negara dan keluarga, ia mengandungi dasar ideologi bahawa setiap bentuk perbuatan-perbuatan yang terpisah secara langsung menentang struktur negeriyang bersatu.

Teori evolusi mengandungi asas saintifik materialisme yang menjadi sandaran fahaman komunis. Dengan merujuk kepada teori evolusi ini, komunis mencari kebenaran dirinya sendiri dan mendakwa bahawa ideologinya adalah yang paling tepat dan selamat. Sebab itulah, pengasas komunisme, Karl Marx, menulis untuk buku Darwin, bertajuk "The Origin of Species" yang membahaskan dasar teori evolusi, sebagai "… ini adalah buku yang mengandungi asas sejarah semulajadi untuk panduan kita". 1

Dengan sebab itu, setiap fahaman materialis, yang menjadikan idea-idea Marx sebagai rujukan, sesungguhnya telah musnah kerana teori evolusi telah dipatahkan hujahnya melalui kajian sains moden. Sains telah membuktikan kesilapan teori ini dan akan berterusan membuktikan kesilapan andaian materialis yang beranggapan bahawa kewujudan itu tidak lain melainkan suatu benda (jisim), dan membayangkan bahawa setiap kejadian itu terhasil daripada satu kejadian yang lebih awal daripadanya (berperingkat-peringkat).

Tujuan utama buku ini ialah untuk mendedahkan fakta-fakta saintifik yang menyanggah teori evolusi di dalam segenap lapangan dan memaklumkan kepada masyarakat tentang kepalsuan, penipuan dan tujuan sebenar "sains" (evolusi) ini, yang sememangnya telah jelas sebagai suatu fakta yang sesat.

Perlu ditegaskan di sini, bahawa para ahli evolusi tidak mempunyai jawapan terhadap buku yang sedang kamu baca ini. Dan mereka sendiri tidak akan sama sekali cuba untuk menjawabnya kerana ia hanya akan memudahkan masyarakat mengenal pasti kepalsuan teori mereka ini.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:01 am

Bab 1

UNTUK MEMBEBASKAN DIRI DARIPADA PREJUDIS


Sbahagian besar masyarakat menerima segala yang mereka dengar daripada saintis sebagai sesuatu yang benar belaka. Tidak terlintas di fikiran mereka bahawa para saintis juga mungkin prejudis terhadap sesuatu fahaman atau falsafah. Fakta kebendaan yang dikemukakan oleh evolusionis kepada masyarakat umum melalui saluran sains, merupakan contoh yang jelas terhadap ketaksuban mereka terhadap suatu fahaman. Sebagai contoh, walau pun mereka menyedari bahawa kejadian yang berkecamuk tidak akan menghasilkan apa-apa melainkan kejanggalan dan kekeliruan, mereka masih mendakwa bahawa aturan, perancangan dan rekaan mengagumkan yang dapat dilihat pada alam dan hidupan telah terbentuk secara kebetulan.

Tambahan pula, seorang ahli biologi akan mendapati terdapatnya keseimbangan yang sukar difahami di dalam molekul protein yang menjadi blok pembinaan hidupan, maka amat mustahil untuk kita katakan bahawa ianya terjadi secara kebetulan sahaja. Lebih-lebih lagi, dia mendakwa protein ini berasal daripada kerak bumi yang primitif dan kemudian terkesan secara kebetulan berbilion-bilion tahun dahulu. Tidak cukup dengan itu; dia juga mendakwa tanpa ragu-ragu bahawa tidak hanya satu, tetapi berjuta-juta protein terbentuk secara kebetulan dan bercantum untuk membentuk suatu sel hidupan yang pertama. Lebih daripada itu, dia juga berterusan mempertahankan pendapatnya dengan kedegilan yang tuli. Individu ini adalah seorang saintis "evolusi".

Sekiranya saintis yang sama ini berjumpa dengan tiga bongkah bata bertindan di antara satu sama lain, ketika berjalan-jalan di suatu lorong, pasti dia tidak akan beranggapan batu bata ini telah bercantum secara kebetulan dan merangkak naik antara satu sama lain, juga secara kebetulan. Bukan itu sahaja, malah sesiapa yang membuat andaian seperti itu akan dianggap tidak siuman.

Bagaimana mungkin manusia yang dapat berfikiran rasional dalam kes-kes biasa seperti ini, tetapi berubah menjadi tidak waras apabila memperkatakan tentang kewujudan mereka sendiri?

Tidak keterlaluan kalau dikatakan bahawa sifat ini diterima (secara tidak jujur) di atas nama sains; sains menuntut pengambilan kedua-dua alternatif untuk dipertimbangkan apabila terdapat dua kemungkinan yang berbeza di dalam suatu kes yang sama. Dan sekiranya suatu kemungkinan itu lebih rendah, seperti hanya satu peratus, maka secara rasional dan saintifiknya diambil alternatif yang lain, yang kebarangkaliannya adalah 99 peratus, sebagai alternatif yang sah.

Mari kita teruskan, dengan berpegang kepada asas saintifik ini. Terdapat dua pandangan yang boleh menjelaskan bagaimana kehidupan boleh wujud di muka bumi ini; (I) yang pertama ialah semua benda hidup ini telah diciptakan oleh Allah s.w.t di dalam bentuk struktur yang sempurna, (2) yang kedua ialah kehidupan ini terbentuk secara tidak sengaja atau secara kebetulan. Yang kedua ini adalah pendapat teori evolusi.

Jika kita lihat pada data-data saintifik, iaitu biologi molekul sebagai contoh, kita akan dapati bahawa tidak mungkin sebuah sel - walau hanya satu daripada berjuta-juta protein yang terdapat di dalam sel - dapat wujud secara kebetulan, sebagaimana yang didakwa oleh evolusionis. Seperti yang akan kami terangkan di dalam bab-bab yang seterusnya, perkiraan kebarangkalian juga telah membuktikannya beberapa kali. Oleh itu, pandangan evolusionis terhadap pembentukan hidupan mempunyai kebarangkalian sifar untuk menjadi betul.

Ini bererti pandangan pertama adalah seratus peratus betul. Iaitu kehidupan ini terjadi secara berencana (bukannya kebetulan). Atau dengan kata lain, ia telah diciptakan (oleh Allah). Semua benda hidup wujud dengan ciptaan seorang Pencipta Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Bijaksana dan Yang Maha Tinggi IlmuNya. Kenyataan ini bukannya suatu andaian, tetapi ia adalah suatu konklusi yang normal dan dapat diterima oleh akal fikiran, logik dan sains.

Dalam keadaan ini, para saintis evolusi sepatutnya menarik balik dakwaan mereka dan menyokong fakta yang telah dibuktikan ini. Jika tidak, maka ia menunjukkan bahawa dia adalah seorang individu yang mengorbankan sains untuk kepentingan falsafah, ideologi dan dogmanya , lebih daripada menjadi seorang saintis yang sejati.

Kemarahan, kedegilan dan prejudis saintis ini makin meningkat dan terus meningkat setiap kali dia berhadapan dengan kebenaran. Perangainya dapat dijelaskan dengan sepatah perkataan "kepercayaan" (atau keimanan). Tetapi ia hanyalah suatu kepercayaan yang membuta tuli, memandangkan tidak terdapat sebarang keterangan yang boleh diterima untuk membuktikan fakta-fakta yang hanya direka-reka di dalam imaginasinya sendiri.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:08 am

Image
Michael Behe: "kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel"

Image
Richard Dawkins, sibuk mempropagandakan evolusi.



Materialisme Tuli

Kepercayaan yang sedang kita perkatakan ini ialah suatu falsafah materialistik, yang mendakwa bahawa kebendaan wujud setiap masa dan tiada yang lain selain daripadanya. Teori Evolusi dianggap "asas sains" untuk falsafah materialistik ini, dan teori ini dipertahankan secara membuta tuli dalam usaha untuk menyokongnya. Tetapi kini, apabila sains sendiri telah menyanggah kebenaran teori ini, maka mereka terus menyokongnya hanya untuk mengekalkan kesinambungan materialisme ini.

Beberapa kenyataan yang ditulis oleh seorang saintis evolusi Turkey yang terkenal, dapat menunjukkan kepada kita bagaimana mereka membuat ketetapan yang keliru dan sesuka hati disebabkan oleh kesetiaan mereka (terhadap teori ini). Saintis ini membincangkan kebarangkalian berlakunya pembentukan Cytochrome-C sebagai suatu kebetulan. Cytochrome-C ialah enzim terpenting di dalam pembentukan suatu hidupan. Beliau menerangkan seperti berikut:

Kebarangkalian pembentukan sebuah rangkaian Cytochrome-C adalah mustahil. Iaitu, sekiranya suatu hidupan berkehendak kepada suatu rangkaian yang tertentu, dapat dianggarkan ia mempunyai kemungkinan yang sukar untuk terungkai sekali ke seluruh cakerawala. Melainkan, suatu kuasa metafizik yang di luar definisi kita telah mengaktifkan formasinya. Untuk menerima kenyataan ini adalah tidak secocok dengan matlamat sains. Oleh itu, kita terpaksa melihat kembali kepada andaian yang pertama. 2

Saintis ini mendapati ianya lebih saintifik untuk menerima kebarangkaliannya sebagai "mustahil" daripada mengakui bahawa ianya adalah suatu ciptaan. Tetapi berdasarkan undang-undang sains, sekiranya terdapat dua penjelasan alternatif berkaitan suatu peristiwa dan satu daripadanya adalah "mustahil" untuk direalisasikan, maka alternatif yang kedua diterima sebagai pandangan yang sahih. Namun begitu, ketaksuban saintis ini dengan dogma materialistiknya, telah menolak peranan seorang Pencipta Yang Maha Agung. Ini menyebabkan mereka menerima sesuatu yang berlawanan dengan sebab musabab.

Mereka yang mempercayai dan meyakini para saintis ini turut terpukau dan dibutakan oleh sumpahan materialistik yang sama dan terpengaruh dengan sumpahan yang sama ketika membaca buku-buku dan artikel-artikel mereka.

Pandangan dogma materialistik inilah yang menyebabkan sebahagian besar saintis ternama di dalam bidang ini adalah ateis (tidak beragama). Mereka yang bebas daripada sumpahan ini dan berfikiran terbuka, pastinya tidak akan teragak-agak untuk menerima kewujudan seorang Pencipta. Seorang pakar biokimia Amerika, Dr. Michael J. Behe, merupakan seorang saintis terkemuka yang menyokong "penciptaan bijaksana" (intelligent design) yang sejak kebelakangan ini mula diterima. Beliau menggambarkan para saintis yang menolak kepercayaan terhadap suatu "rekaan" atau "ciptaan" organisma hidup ini seperti berikut;

Lebih empat dekad, biokimia moden masih belum dapat mengesan rahsia sel. Ia menuntut berpuluh ribu orang untuk mengorbankan sebahagian hidup mereka untuk bekerja di dalam makmal-makmal yang membosankan. Hasil kumulatif ini adalah untuk mengkaji sel tersebut - mengkaji kehidupan pada peringkat molekul - ia amat jelas, ia adalah suatu "ciptaan". Natijah ini amat jelas dan penting yang mesti dicatatkan sebagai bahan penting di dalam sejarah sains… Selain daripada pelik, kebisuan yang memalukan mengelilingi kekompleksitian sebuah sel. Kenapa komuniti sains tidak segera menerima penemuan nekad ini? Mengapakah pemerhatian rekaan dikendalikan dengan sarung tangan intelektual? Dilemanya ialah bahawa apabila sebelah gajah dilabelkan oleh rekaan bijaksana, sebelah yang satu lagi pula pasti telah dilabelkan olehTuhan. 3

Ini adalah bahaya yang dibawa oleh para saintis evolusi yang berfahaman ateis yang sering kamu lihat di dalam majalah-majalah dan televisyen dan kamu mungkin telah membacanya di dalam berbagai-bagai jenis buku. Semua kajian saintifik telah membuktikan kewujudan seorang Pencipta. Tetapi sehingga kini, mereka masih dibutakan oleh dogma materialistik yang menyebabkan mereka terus menafikan kebenaran ini.

Mereka yang menolak keterangan dan bukti-bukti jelas daripada Pencipta ini menjadi sepenuhnya tidak peka. Terperangkap oleh ketidakyakinan kepada diri sendiri yang terkesan daripada sifat ketidakpekaan ini, akhirnya mereka mungkin akan menyokong suatu perkara yang mustahil sebagai sesuatu yang mulia. Satu contoh yang terbaik ialah seorang evolusionis yang terkemuka, Richard Dawkins yang menyeru kepada orang-orang Kristian supaya tidak beranggapan bahawa mereka telah melihat sebuah mukjizat sekali pun mereka telah melihat tugu Mariam Si Dara (Virgin Mary) melambai kepada mereka. Menurut Dawkins, "Mungkin atom-atom tangan tugu tersebut telah bergerak pada arah dan masa yang sama - sebuah kejadian yang sukar untuk berlaku, tetapi tidak mustahil". 4

Pemikiran orang-orang yang tidak beriman ini telah wujud di dalam sejarah. Di dalam al-Quran ia diungkapkan seperti berikut;

Dan jika Kami turunkan malaikat pun kepada mereka, dan orang-orang yang mati (hidup semula lalu) berkata-kata dengan mereka, dan kami himpunkan pula tiap-tiap sesuatu di hadapan mereka (untuk menjadi saksi tentang kebenaran Nabi Muhammad), nescaya mereka tidak juga akan beriman, kecuali jika dikehendaki Allah; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenar). (Surah Al-An'aam:111)

Ayat di atas telah membuktikan dengan jelas bahawa pemikiran evolusionis ini bukan sebuah jalan pemikiran yang asal, walaupun ia pelik pada mereka. Kenyataannya, apa yang dipegang oleh para evolusionis ini bukan sebuah pemikiran sains moden tetapi hanyalah sebuah pengingkaran yang telah dianuti oleh komuniti-komuniti orang-orang pagan* yang tidak bertamadun.


Pemikiran yang sama telah diterangkan di dalam ayat lain di dalam al-Quran:

Dan kalau Kami bukakan kepada mereka mana-mana pintu langit, kemudian mereka dapat naik melalui pintu itu (pada siang hari yang membolehkan mereka menyaksikan segala kenyataan yang ada).Tentulah mereka akan (mengingkari kenyataan yang benar itu dengan) berkata: "Hanya mata kami telah disilapkan penglihatannya bahkan kami adalah kaum yang telah disihirkan (oleh Muhammad)". (Surah Al-Hijr:14-15)


Referency
2 Ali Demirsoy, KalItIm ve Evrim (Inheritance and Evolution), Ankara: Meteksan Publishing Co., 1984, p. 61.
3 Michael J. Behe, Darwin's Black Box, New York: Free Press, 1996, pp. 232-233.
4 Richard Dawkins, The Blind Watchmaker, London: W. W. Norton,1986, p. 159.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:11 am

Pendoktrinan Massa Evolusionis

Seperti yang telah digariskan di dalam ayat-ayat di atas, salah satu sebab mengapa manusia tidak dapat melihat hakikat kewujudan mereka adalah disebabkan oleh sejenis "sumpahan" yang menyekat kewarasan mereka. Ia adalah "sumpahan" yang sama yang telah mendasari penerimaan masyarakat dunia terhadap teori evolusi. Apa yang kami maksudkan dengan sumpahan ialah keadaan yang terhasil daripada pendoktrinan (indoctrination). Masyarakat telah didedahkan kepada berbagai pendoktrinan tentang betapa tepatnya teori evolusi ini sehinggakan mereka tidak menyedari penipuan yang wujud.

Pendoktrinan ini menghasilkan kesan negatif kepada otak dan menggagalkan fungsi pertimbangan akal. Akhirnya, otak yang diasak dengan doktrin ini mulai menerima kenyataan tersebut bukan kerana keadaannya tetapi sebagaimana yang telah didoktrinkan. Fenomena ini dapat dibuktikan dengan contoh-contoh lain. Umpamanya, jika seseorang telah dipukau (hipotesis) dan didoktrinkan bahawa katil yang dia tidur itu adalah sebuah kereta, maka dia akan menerima katil itu sebagai sebuah kereta selepas sesi hipotesis tersebut. Dia merasakan ianya adalah sangat logik dan rasional kerana dia melihat sebegitu dan tidak merasa ragu bahawa dia adalah betul. Contoh di atas ini, yang menunjukkan keberkesanan dan kuasa mekanisme pendoktrinan, adalah realiti sains yang telah dibuktikan oleh banyak eksperimen yang telah dicatatkan di dalam kebudayaan sains dan adalah santapan harian psikologi dan buku-buku teks psikiatri.

Teori evolusi dan pandangan dunia materialistik yang berlandaskan kepadanya telah melakukan asakan ke atas massa dengan metode-metode seperti ini. Masyarakat yang terus menerus berhadapan dengan pendoktrinan evolusi di dalam media, sumber-sumber akademik, dan platform-platform "sains", tidak menyedari bahawa penerimaan teori ini sebenarnya bertentangan dengan kebanyakan prinsip-prinsip asas sebab musabab. Pendoktrinan yang sama telah memerangkap ramai para saintis. Mereka yang baru memulakan langkah dalam karier sains telah mengambil pandangan dunia materialis ini sedikit demi sedikit. Terpesona dengan sumpahan ini, ramai saintis evolusionis meneruskan pencarian kepada pengesahan/pengukuhan saintifik kepada dakwaan evolusionis kurun ke-19 yang tidak rasional dan kuno ini, yang telah lama disanggah oleh bukti-bukti sains.

Terdapat juga mekanisme-mekanisme tambahan yang mendorong saintis untuk menjadi evolusionis dan materialis. Di negara-negara Barat, seorang saintis perlu menerima beberapa standard untuk diketengahkan, untuk menerima pengiktirafan akademik, atau untuk membolehkan artikelnya diterbitkan di dalam jurnal-jurnal sains. Penerimaan terhadap teori evolusi merupakan di antara kriteria-kriterianya. Sistem ini telah mengakibatkan saintis-saintis ini mengorbankan seluruh hidup mereka dan karier sains mereka semata-mata hanya untuk sebuah kepercayaan palsu ini.

Ini adalah kenyataan yang terus berada di belakang dakwaan "evolusi masih diterima oleh dunia sains". Evolusi masih hidup hingga kini bukan kerana ia mempunyai nilai saintifik, tetapi kerana ia adalah sebuah obligasi (tanggungjawab) ideologi. Tidak ramai saintis yang menyedari kenyataan ini dapat bangun menegaskan bahawa... Raja sebenarnya tidak memakai sebarang pakaian.

Di dalam bab-bab berikutnya, kami akan mengemukakan penemuan-penemuan sains moden yang telah membuktikan kehancuran kepercayaan evolusi ini dan menunjukkan bukti-bukti yang jelas terhadap kewujudan Allah. Para pembaca akan mendapati bahawa teori evolusi sebenarnya adalah sebuah penipuan - penipuan yang telah dipercayai oleh sains di setiap peringkat tetapi menyokong penutupan kebenaran penciptaan. Apa yang diharapkan daripada pembaca ialah supaya kita dapat sedar daripada sumpahan yang membutakan minda-minda manusia dan menyekat kebolehan mereka untuk menghukum dan ia akan membalas dengan serius terhadap apa yang berkaitan dengan buku ini.

Sekiranya dia melepaskan dirinya daripada sumpahan ini dan berfikir dengan jelas, bebas, dan tanpa sebarang prejudis, dia akan segera menemui kebenaran dengan sejelas-jelasnya. Kebenaran yang tidak dapat diselindung ini, yang telah dibuktikan oleh sains moden di dalam semua aspek-aspeknya, ialah bahawa organisma hidup tidak wujud secara kebetulan tetapi hasil daripada ciptaan. Manusia akan dapat melihat kebenaran ciptaan ini dengan mudah apabila dia dapat memikirkan bagaimana dirinya terbentuk, bagaimana dia telah terbentuk daripada setitis air, atau pun daripada kesempurnaan hidupan yang lain.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:15 am

Bab 2

SEJARAH RINGKAS TEORI EVOLUSI


Asal usul kepercayaan evolusi ini adalah seiring dengan kepercayaan yang menolak kewujudan ciptaan (Allah). Sebahagian besar daripada ahli-ahli falsafah yang tidak beragama di Greece purba telah mempertahankan ide evolusi ini. Jika kita mengkaji sejarah falsafah, kita akan mendapati bahawa ide evolusi ini telah menjadi tulang belakang kepada banyak falsafah-falsafah pagan yang tidak beragama.

Bagaimanapun, falsafah-falsafah purba ini tidak membantu perkembangan sains moden, sebaliknya keimanan kepada Allahlah yang memainkan peranan yang memberangsangkan dalam melahirkan dan mempertingkatkan sains moden. Kebanyakan pengasas-pengasas sains moden mempercayai kewujudan Allah; dan ketika mempelajari sains mereka berusaha untuk meneroka cakerawala yang Allah ciptakan dan memahami undang-undang-Nya dan segala maklumat di dalam ciptaan-Nya. Ahli-ahli falak (astronomer) seperti Leonardo da Vinci, Copernicus, Keppler, Galileo; Bapa Paleontologi, Cuveir; pengasas sains botani dan zoologi, Linnaeus; dan Isaac Newton, yang dirujuk sebagai "seorang saintis terhebat pernah hidup", mereka semua telah mengkaji sains dan mempercayai tidak hanya kepada kewujudan Allah tetapi mereka juga percaya bahawa seluruh cakerawala ini muncul sebagai suatu hasil daripada ciptaanNya. 5

Albert Einstein, yang dianggap sebagai orang terpintar pada zaman kita, merupakan di antara saintis warak yang mempercayai Allah dan menyatakan seperti berikut; "Saya tidak mengiktiraf kebijaksanaan seorang saintis yang tidak mempunyai keimanan yang mendalam. Situasi ini dapat dijelaskan melalui sebuah gambaran iaitu; Sains tanpa Agama adalah pincang". 6

Salah seorang pengasas sains fizik moden, seorang ahli fizik Jerman Max Planck menyatakan bahawa sesiapa yang mempelajari sains secara serius, adalah untuk membaca fasa yang terdapat di atas pintu sebuah kuil sains, iaitu; "Berimanlah". Iman adalah sifat utama seorang saintis. 7

Teori evolusi adalah hasil daripada falsafah materialis yang dibayangi oleh falsafah-falsafah materialistik purba dan mula tersebar dengan meluasnya pada kurun ke-19. Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, materialisme mencari penjelasan semulajadi melalui faktor-faktor material sepenuhnya. Memandangkan ia telah menolak ciptaan (Allah) sejak awal lagi, maka ia mendakwa bahawa setiap benda, samada yang hidup atau tidak, telah muncul tanpa suatu gerakan daripada ciptaan tetapi hanyalah hasil daripada sebuah kebetulan yang kemudiannya tersusun mengikut keadaan. Minda manusia bagaimanapun, adalah amat teratur untuk memahami kewujudan suatu kehendak yang tersusun apabila ia mendapat arahan. Falsafah materialistik, yang bertentangan dengan kriteria asas pemikiran manusia ini telah menghasilkan "teori evolusi" pada pertengahan abad ke 19.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:18 am

Image
Charles Darwin

Khayalan Darwin Darwin's Imagination

Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin.

Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Dengan meletakkan ide ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.

Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu. Ide tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.

Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859.

Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai. Seorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:Individu yang mengemukakan teori evolusi ini ialah seorang naturalis amatur, Charles Robert Darwin.

Darwin tidak pernah mendapat pendidikan biologi secara formal. Beliau hanya meminati subjek alam semulajadi dan benda-benda hidup. Minat beliau terhadap subjek ini telah mendorong beliau menjadi sukarelawan sebuah ekspedisi di atas sebuah kapal bernama, H.M.S Beagle yang dirancangkan di England pada tahun 1832 dan mengembara mengelilingi berbagai kawasan-kawasan yang berbeza di seluruh dunia selama lima tahun. Darwin yang masih muda pada masa itu, amat tertarik dengan berbagai spesies hidupan, terutamanya burung-burung ciak yang dilihatnya di Kepulauan Galapagos. Dia menyangkakan bahawa variasi pada paruh burung tersebut adalah disebabkan oleh adaptasi (penyesuaian) mereka terhadap habitat mereka. Dengan meletakkan ide ini di dalam mindanya, beliau menyangka bahawa asal hidupan dan spesies adalah berlandaskan kepada konsep "adaptasi kepada persekitaran". Menurut Darwin, spesies-spesies hidupan yang berbeza ini bukannya diciptakan oleh Allah, tetapi sebaliknya datang daripada satu moyang dan kemudiannya menjadi berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keadaan-keadaan semulajadi.

Hipotesis Darwin ini tidak berdasarkan kepada mana-mana penemuan atau eksperimen sains; bagaimanapun beliau kemudiannya telah menukarkan teori ini menjadi sebuah teori yang berpengaruh hasil sokongan dan galakan yang diterimanya daripada ahli-ahli biologi materialis yang terkenal pada masa itu. Ide tersebut ialah individu-individu yang telah menyesuaikan diri dengan habitat sebagai suatu cara terbaik memindahkan kualiti mereka kepada generasi-generasi mendatang; kualiti berguna (advantageous qualities) ini telah berkumpul di dalam satu masa dan merubah individu tersebut kepada suatu spesies yang berlainan sama sekali dengan moyangnya. (Asal kepada "kualiti-kualiti berguna" ini belum diketahui pada zaman tersebut). Menurut Darwin, manusia merupakan hasil termaju mekanisme ini.

Darwin menggelar proses ini sebagai "evolusi oleh pilihan semulajadi". Beliau menyangkakan bahawa dia telah menemui asal usul hidupan, iaitu: asal suatu spesies ialah spesies yang lain. Beliau mengeluarkan pandangan ini di dalam bukunya bertajuk "The Origin of Species, By Means of Natural Selection" pada tahun 1859.

Darwin menyedari teorinya ini akan menghadapi banyak masalah. Beliau menyakuinya sendiri di dalam buku tersebut di dalam bab "Difficulties of the Theory" (Kesukaran-kesukaran Teori Ini). Kesukaran-kesukaran ini secara dasarnya berkaitan dengan rekod-rekod fosil dan organ-organ hidupan yang kompleks yang tidak dapat dijelaskan sebagai suatu kebetulan (seperti mata), dan naluri benda-benda hidup ini. Darwin berharap supaya kesukaran-kesukaran ini akan dapat diselesaikan oleh penemuan-penemuan terbaru; tetapi ini semua tidak menyekatnya untuk mengeluarkan sejumlah penjelasan yang berbagai. Seorang ahli fizik Amerika, Lipson membuat komentar berikut tentang kesukaran-kesukaran Darwin ini:

Ketika membaca The Origin of Species, saya mendapati Darwin sendiri tidak yakin dengan apa yang dikatakannya seperti yang sering ditonjolkannya; sebuah bab bertajuk "Difficulities of the Theory" sebagai contoh, menunjukkan keraguan yang nyata. Sebagai seorang ahli fizik, saya amat hairan dengan komentar beliau tentang bagaimana mata diterbitkan. 8

Ketika memajukan teori beliau, Darwin merasa kagum dengan ramai ahli biologi evolusionis yang menyokong beliau, terutamanya oleh seorang ahli biologi Perancis, Lamarck. 9 menurut Lamarck, makhluk-makhluk hidup memindahkan sifat-sifat yang mereka terima sepanjang hidup mereka dari satu generasi kepada generasi berikutnya dan dengan demikian ia berubah. Sebagai contoh, zirafah telah berubah daripada rusa dengan memanjangkan lehernya sedikit demi sedikit dari satu generasi ke satu generasi ketika mereka cuba mencapai dahan-dahan yang lebih tinggi untuk mendapatkan makanan. Darwin telah menggunakan tesis "memindahkan sifat-sifat yang diperolehi" yang dikeluarkan oleh Lamarck sebagai suatu faktor yang menyebabkan benda hidup berubah.

Tetapi, kedua-dua mereka, Darwin dan Lamarck telah melakukan kesilapan kerana pada masa tersebut, hidupan hanya dapat dikaji dengan teknologi yang amat primitif dan pada peringkat yang amat tidak mencukupi. Lapangan sains seperti genetik dan biokimia belum wujud walau hanya pada nama. Teori-teori mereka ini hanya bergantung penuh kepada keupayaan imaginasi mereka semata-mata.

Ketika gegak buku Darwin ini telah bergema, seorang ahli botani Austria, Gregor Mendel telah menemui undang-undang pewarisan pada tahun 1865. Tidak banyak yang dapat diketahui sehinggalah pada penghujung abad tersebut, penemuan Mendel telah mendapat kepentingan yang besar pada awal 1900an. Ia merupakan kelahiran kepada ilmu sains genetik. Tidak berapa lama kemudian, struktur gen dan kromosom telah ditemui. Penemuan molekul DNA pada tahun 1950an yang mengandungi maklumat-maklumat genetik, telah meletakkan teori evolusi di dalam krisis hebat. Ianya disebabkan oleh kekompleksitian hidupan yang mengagumkan di samping ketiadaan mekanisme-mekanisme evolusi yang dikemukakan oleh Darwin.

Kemajuan-kemajuan ini sepatutnya telah menyebabkan teori Darwin dibakulsampahkan daripada sejarah. Bagaimanapun, ia tidak berlaku, kerana terdapat beberapa golongan tertentu yang cuba menyemak semula, memperbaharui dan mengangkat teori ini ke platform sains. Keadaan ini hanya dapat difahami sekiranya kita menyedari bahawa di sebalik teori ini terdapat kepentingan ideologi yang lebih daripada sains.




Referency

5 Dan Graves, Science of Faith: Forty-Eight Biographies of Historic Scientists and Their Christian Faith, Grand Rapids, MI, Kregel Resources.
6 Science, Philosophy, And Religion: A Symposium, 1941, CH.13.
7 J. De Vries, Essential of Physical Science, Wm. B. Eerdmans Pub. Co., Grand Rapids, SD 1958, p. 15.
8 H. S. Lipson, "A Physicist's View of Darwin's Theory", Evolution Trends in Plants, Vol 2, No. 1, 1988, p. 6.
9 Although Darwin came up with the claim that his theory was totally independent from that of Lamarck's, he gradually started to rely on Lamarck's assertions. Especially the 6th and the last edition of The Origin of Species is full of examples of Lamarck's "inheritance of acquired traits". See Benjamin Farrington, What Darwin Really Said, New York: Schocken Books, 1966, p. 64.
10 Steven M. Stanley, Macroevolution: Pattern and Process, San Francisco: W. H. Freeman and Co. 1979, pp. 35, 159.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:29 am

Rasisme Darwin

Satu di antara aspek Darwin yang paling penting ialah fahaman rasnya (rasisme); Darwin menganggap bangsa kulit putih Eropah adalah ‘lebih maju' daripada bangsa-bangsa manusia lain. Apabila Darwin menganggarkan manusia telah berubah daripada makhluk beruk, dia menduga bahawa sesetengah bangsa telah berkembang lebih maju daripada yang lain dan sesetengah bangsa lain pula masih memiliki sifat-sifat monyet. Di dalam bukunya, The Descent of Man, yang telah diterbitkan selepas buku The Origin of the Species, beliau telah memberikan komentar berkenaan "perbezaan yang ketara di antara manusia dari bangsa yang berbagai"1 Di dalam bukunya, Darwin beranggapan bangsa kulit hitam dan Australian Aborigines sebagai kesinambungan kepada gorila dan kemudian disimpulkan bahawa ini semua boleh berlaku dengan "civilised races" (mentamadunkan bangsa-bangsa) mengikut masa. Beliau berkata:

"Di suatu jangka masa akan datang, tidak terlalu jauh seperti diukur dengan abad-abad, pertamadunan bangsa-bangsa manusia ini akan menghapuskan dan menggantikan tempat bangsa-bangsa liar di seluruh dunia. Pada masa yang sama, beruk-beruk yang menyerupai manusia (anthropomorphous apes)... pasti akan terhapus. Perbezaan di antara manusia pada peringkat yang lebih bertamadun ini, seperti yang kita harapkan, sehinggakan Caucasian* dan beberapa beruk rendah seperti babun, seumpama perbezaan di antara bangsa Negro atau Australian dan gorila".2

Idea gila Darwin ini tidak hanya sebuah teori, tetapi juga telah berada pada satu kedudukan yang menghasilkan "landasan saintifik" yang paling penting untuk rasisme. Dengan beranggapan bahawa hidupan ini berubah dalam usaha untuk hidup, Darwinisme telah mengadaptasikannya ke dalam sains sosial, dan ia menjadi sebuah konsep yang dikenali sebagai "Darwinisme Sosial" (Social Darwinism).
Darwinisme sosial mendakwa bahawa kemunculan ras manusia dapat dikesan pada pusingan "tangga-tangga evolusi"

Referency
1 Benjamin Farrington, What Darwin Really Said. London: Sphere Books, 1971, pp. 54-56
2 Charles Darwin, The Descent of Man, 2nd ed., New York: A.L. Burt Co., 1874, p. 178
* Caucasian – Sekumpulan manusia orang asli (native) yang tinggal di kawasan Caucacus.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:31 am

Usaha Nekad Neo-Darwinisme

Teori Darwin telah menghadapi krisis yang hebat disebabkan oleh undang-undang genetik yang telah ditemui pada awal suku kurun ke 20. Namun begitu, sekumpulan saintis yang setia dengan Darwin telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaiannya. Mereka telah berkumpul di dalam sebuah perjumpaan yang dikendalikan oleh Persatuan Geologi Amerika pada tahun 1941. para ahli geologi seperti G. Ledyard Stebbins dan Theodosius Dobzhansky, ahli zoologi seperti Ernst Mayr dan Julian Huxley, ahli paleontologi seperti George Gaylord dan Glenn L. Jepsen, dan ahli matematik genetik seperti Ronald Fisher dan Sewall Right, selepas perbincangan yang panjang lebar, akhirnya mereka telah bersetuju untuk "memperbaiki" Darwinisme.

Kumpulan ini menumpukan kepada persoalan asal usul variasi maju yang sepatutnya menyebabkan organisma-organisma hidup berubah - ia merupakan sebuah isu yang Darwin sendiri tidak dapat menjelaskannya tetapi hanya dapat berdalih dengan bergantung kepada Lamarck. Ide terbaru kini ialah "mutasi rawak" (random mutations). Mereka menamakan teori baru ini sebagai "The Modern Synthetic Evolution Theory", yang dirumuskan dengan mencampurkan konsep mutasi kepada tesis pilihan semulajadi Darwin. Dalam masa yang singkat sahaja, teori ini telah dikenali sebagai "neo-Darwinisme" dan mereka yang menghasilkan teori ini digelar sebagai "neo-Darwinis".

Dekad berikutnya telah menjadi era percubaan-percubaan untuk membuktikan neo-Darwinisme ini. Telah diketahui bahawa mutasi - atau "kemalangan" yang berlaku di dalam gen organisma-organisma hidup sering menyebabkan kerosakan. Neo-Darwinis cuba mengemukakan satu keadaan "mutasi maju" dengan menjalankan beratus-ratus ekperimen mutasi. Tetapi, semua percubaan mereka berakhir dengan kegagalan.

Mereka juga telah cuba membuktikan bahawa organisma hidup yang pertama telah terbentuk secara tidak sengaja di bawah keadaan bumi primitif seperti yang dijelaskan oleh teori ini. Tetapi malangnya kegagalan yang sama telah menimpa eksperimen-eksperimen ini. Setiap eksperimen yang dilakukan untuk membuktikan bahawa hidupan telah terbentuk secara kebetulan telah mengalami kegagalan. Perkiraan kebarangkalian telah membuktikan bahawa tidak sebuah protein pun, yang menjadi blok binaan hidupan, dapat wujud secara kebetulan. Dan sebuah sel, yang sepatutnya terbentuk secara kebetulan di bawah keadaan muka bumi yang primitif dan tidak terkawal seperti yang didakwa oleh evolusi, tidak akan dapat disintesiskan walau oleh makmal-makmal abad ke-20 yang paling canggih sekali pun.

Teori Neo-Darwinis juga telah disanggah oleh rekod fosil. Ketiadaan "formasi peralihan" (transitional form), yang sepatutnya membuktikan evolusi beransur-ansur organisma hidup daripada primitif kepada spesies yang maju seperti yang didakwa oleh Neo-Darwinis, sehingga kini ia masih belum pernah ditemui di mana-mana tempat di dunia. Pada masa yang sama, perbandingan anatomi telah mendedahkan bahawa spesies yang dikatakan berkembang daripada spesies yang lain di dapati mempunyai sifat-sifat anatomi yang amat berbeza dan ia menjadikannya mustahil untuk ia menjadi moyang atau keturunan kepada yang lain.

Tetapi memandangkan Neo-Darwinis sendiri bukan sebuah teori yang saintifik, tetapi hanya sebuah dogma ideologi, kalau tidak dikatakan sebagai sejenis "agama". Kerana itulah, pelopor teori ini masih terus mempertahankannya dengan menolak semua bukti yang bersalahan dengan teori ini. Satu perkara yang mereka tidak sepakat padanya ialah model-model berbeza manakah yang sepatutnya merealisasikan evolusi adalah yang paling "tepat". Di antara model yang paling penting ialah sebuah senario yang menarik yang dikenali sebagai "punctuated equilibrium".
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:33 am

Image


TAHAP SAINS DAN TEKNOLOGI YANG
PRIMITIF PADA ZAMAN DARWIN


Apabila Darwin mengemukakan dakwaan-dakwaannya, disiplin genetik, mikrobiologi dan biokimia masih belum wujud. Sekiranya ini semua telah ditemui sebelum Darwin mengemukakan teori ini, pasti Darwin dengan mudah menyedari bahawa teorinya sama sekali tidak saintifik dan dia tidak akan berhasrat untuk memajukan pandangan yang tidak berguna ini. Maklumat ini telah membuktikan suatu spesies telah pun wujud di dalam gen dan adalah mustahil untuk pilihan semulajadi menghasilkan spesies yang baru melalui perubahan di dalam gen.

Image


Tambahan pula, dunia sains pada waktu tersebut mempunyai pengetahuan yang amat cetek dan kasar (asas) tentang struktur dan fungsi-fungsi sel. Sekiranya Darwin mendapat peluang untuk melihat sel tersebut dengan menggunakan sebuah mikroskop elektronik, dia akan dapat menyaksikan kekompeksitian yang hebat dan struktur yang luar biasa di dalam organelle (sebuah struktur di dalam sel) sebuah sel. Dia akan dapat memerhatikan dengan matanya sendiri bahawa adalah mustahil untuk sebuah sistem yang rumit dan kompleks terhasil melalui variasi (perbezaan) yang kecil. Sekiranya beliau mengetahui tentang bio-matematik, dia akan mengedari bahawa tidak sebuah molekul protein pun dapat dihasilkan melalui proses perubahan.

Image
Kajian secara terperinci terhadap sel hanya dapat dilakukan selepas penemuan mikroskop elektronik. Ketika zaman Darwin, dengan menggunakan mikroskop yang primitif, hanya permukaan luar sel sahaja yang dapat melihat.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:41 am

Percubaan dan Kesilapan: Punctuated Equilibrium

Kebanyakan santis yang mempercayai teori evolusi menerima teori neo-Darwinis tentang evolusi perlahan dan beransur-ansur. Bagaimana pun, di dalam beberapa dekad terakhir ini, sebuah model yang berbeza telah diutarakan. Ia digelar "Punctuated Equilibrium". Model ini menolak ide neo-Darwinis tentang sebuah kumulatif, evolusi beransur-ansur, dan berpegang bahawa evolusi telah berlaku di dalam satu "lompatan' yang besar dan tidak berterusan.

Laungan pertama yang kedengaran untuk mempertahankan fahaman ini telah muncul pada awal 1970-an. Dua orang paleontologi Amerika, Niles Eldredge dan Stephen Jay Gould, telah menyedari bahawa teori neo-Darwinis ini sebenarnya telah disanggah oleh rekod-rekod fosil. Fosil-fosil telah membuktikan bahawa organisma-organisma hidup tidak terbentuk melalui evolusi beransur-ansur, tetapi sebaliknya muncul secara mendadak (bukan beransur-ansur) dan di dalam bentuk yang sempurna. Neo-Darwinis terus hidup dengan harapan formasi perantaraan yang hilang akan dapat ditemui suatu hari nanti. Walau pun, mengetahui bahawa harapan ini tidak mungkin tercapai, Eldredge dan Gould tidak dapat meninggalkan dogma teori mereka, oleh itu mereka telah mengemukakan sebuah teori; Punctuated Equilibrium. Ia mendakwa bahawa evolusi tidak berlaku melalui perbezaan-perbezaan kecil tetapi melalui perubahan yang mengejut dan besar.

Model ini tidak lebih daripada sebuah model fantasi. Sebagai contoh, seorang ahli paleontologi Eropah, O.H Shindewolf, yang membimbing Eldredge dan Gould, mendakwa bahawa burung pertama telah terhasil daripada sebiji telur reptilia, sebagai hasil sebuah "mutasi kasar" (gross mutation), iaitu hasil daripada "kemalangan" yang berlaku di dalam struktur genetik . 10 Menurut teori yang sama ini, beberapa makhluk darat telah berubah menjadi ikan paus raksasa setelah mengalami transformasi yang mengejut dan menyeluruh. Dakwaan-dakwaan yang bersalahan sama sekali dengan undang-undang genetik, biofizik dan biokimia ini, tidak ubah seperti dongengan tentang katak yang berubah menjadi seorang putera! Walau pun, tertekan dengan krisis yang telah dihadapi oleh dakwaan neo-Darwinis ini, beberapa orang saintis paleontologi telah menerima teori ini, yang lebih pelik daripada neo-Darwinisme sendiri.

Image
Stephen Jay Gould

Tujuan model ini ialah untuk mendapatkan penjelasan terhadap jurang-jurang di dalam rekod fosil yang tidak dapat dijelaskan oleh model neo-Darwinis. Bagaimana pun, adalah sukar untuk cuba menjelaskan jurang rekod fosil pada evolusi burung dengan dakwaan bahawa "seekor burung keluar secara tiba-tiba daripada sebiji telur reptilia", kerana menurut pengakuan evolusionis sendiri, evolusi satu spesies kepada spesies yang lain memerlukan kepada perubahan besar yang maju di dalam maklumat genetik. Bagaimana pun, tidak terdapat satu mutasi yang dapat memajukan maklumat genetik ini atau menambah maklumat-maklumat baru kepadanya. Mutasi hanya akan menjadikan maklumat-maklumat gen kucar kacir. Oleh itu, "mutasi kasar" yang digambarkan oleh model "punctuated equilibrium" hanya akan menyebabkan kekotoran, kekurangan dan kelemahan pada maklumat genetik.

Tambahan pula, model "punctuated equilibrium" ini telah pun musnah pada peringkat awal lagi apabila ia gagal untuk menjelaskan persoalan asal usul hidupan, ia juga merupakan persoalan yang menyanggah model neo-darwinis sejak permulaannya lagi. Memandangkan tidak terdapat walau satu protein yang terbentuk secara kebetulan, maka perbahasan tentang samada organisma-organisma ini terhasil daripada bertrilion-trilion protein yang telah menempuhi evolusi yang "tepat" atau "beransur-ansur", adalah tidak munasabah.

Tanpa mempedulikan ini semua, model yang difikirkan apabila memperkatakan tentang isu "evolusi" hari ini ialah model neo-Darwinisme. Pada bab-bab berikutnya, kita akan mengkaji dua mekanisme khayalan model neo-Darwinis dan kemudian kita akan mengkaji pula dua rekod fosil untuk menguji model ini. Kemudian, kita akan memperkatakan tentang persoalan asal usul hidupan, yang akan membatalkan kedua-dua model neo-Darwinis ini dan semua model-model evolusionis yang lain seperti model "evolution by leaps" (evolusi dengan lompatan).


Sebelum melakukannya, perlu diingatkan kepada para pembaca bahawa kenyataan yang akan kita hadapi pada setiap peringkat adalah bahawa senario evolusi adalah sebuah cerita dongeng, sebuah penipuan yang sama sekali jauh daripada dunia nyata. Ia adalah sebuah senario yang telah digunakan untuk menipu dunia selama 140 tahun. Terima kasih kepada penemuan-penemuan sains terkini, pertahanan berterusannya telah akhirnya menjadi mustahil.

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

ribu saintis seluruh dunia, terutamanya di USA dan Eropah, menolak teori evolusi dan telah menerbitkan banyak buku-buku tentang kepalsuan teori ini. Di atas ini adalah sebahagian daripadanya.


Referency

5 Dan Graves, Science of Faith: Forty-Eight Biographies of Historic Scientists and Their Christian Faith, Grand Rapids, MI, Kregel Resources.
6 Science, Philosophy, And Religion: A Symposium, 1941, CH.13.
7 J. De Vries, Essential of Physical Science, Wm. B. Eerdmans Pub. Co., Grand Rapids, SD 1958, p. 15.
8 H. S. Lipson, "A Physicist's View of Darwin's Theory", Evolution Trends in Plants, Vol 2, No. 1, 1988, p. 6.
9 Although Darwin came up with the claim that his theory was totally independent from that of Lamarck's, he gradually started to rely on Lamarck's assertions. Especially the 6th and the last edition of The Origin of Species is full of examples of Lamarck's "inheritance of acquired traits". See Benjamin Farrington, What Darwin Really Said, New York: Schocken Books, 1966, p. 64.
10 Steven M. Stanley, Macroevolution: Pattern and Process, San Francisco: W. H. Freeman and Co. 1979, pp. 35, 159.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badai » Sun Feb 17, 2008 11:48 am

trus maksudmu iku opooo???
User avatar
badai
 
Posts: 37
Joined: Wed Jun 13, 2007 10:07 pm
Location: surabaya

Postby khufurun rasyidin » Sun Feb 17, 2008 12:11 pm

trik kuno muslim..... tulisan2 sera,pangan menyerang teori evolusi darwin. Nyang ginian mah sejak zaman ane smp udah sering dipropagandakan....... Penting ngga seeeehhhh..... Mod masukin karung sampah ....
khufurun rasyidin
 
Posts: 421
Joined: Mon Jul 16, 2007 4:51 pm

Postby babenya muhammad » Sun Feb 17, 2008 12:25 pm

maksud muslim kalo teori darwin salah, islam menjadi bener gitu ?

namanya juga TEORI, masih berkembang terus,

tapi bbrp teori ud pasti salah, misalkan kalo bumi itu datar bagai karpet, yg tertulis di quran
User avatar
babenya muhammad
 
Posts: 1847
Joined: Sun Jan 21, 2007 11:08 am

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:16 pm

khufurun rasyidin wrote:trik kuno muslim..... tulisan2 sera,pangan menyerang teori evolusi darwin. Nyang ginian mah sejak zaman ane smp udah sering dipropagandakan....... Penting ngga seeeehhhh..... Mod masukin karung sampah ....


Tuan, janganlah salah sangka, cara tuan menulis menampakkan keputus asaan, sehingga terucap kata-kata MASUKKAN TEMPAT SAMPAH.
Mari kita bercakap dengan sains, ini boleh sharing ilmu sehingga kita semua mendapat faedah.

SAYA TIDAK MENULIS TENTANG KEBURUKAN AGAMA MANAPUN ATAU MENULIS KEBAIKAN AGAMA MANAPUN, SAYA HANYA MENULIS TENTANG KEBAIKAN TENTANG TEORI AGAMA DAN TEORI TIDAK BERAGAMA,
KERANA TEORI DARWINISME MENJADI AKAR DARIPADA TEORI ATHEISM.

DAN YANG MENJADI CONTOH DALAM PENULISAN INI IALAH AGAMA ISLAM, SEHINGGA MASUK DALAM FORUM PEMBELAAN TERHADAP ISLAM, JELAS PEMBELAAN INI IALAH VERSUS ATHEISM.
BAHKAN PENENTANG UTAMA DARIPADA TEORI DARWINISM IALAH DARI KALANGAN GEREJA. KERANA INI BERTOLAK BELAKANG DENGAN AJARAN JESUS

INGAT ATHEISM IALAH MUSUH DARI AGAMA MANA-MANA,

sila debat jika ada penyokong teori atheism.

YANG BERHORMAT MODERATOR, SAYA UCAP TERIMA KASIH.
Last edited by badawi on Mon Feb 18, 2008 7:13 am, edited 1 time in total.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:23 pm

Saya lanjutkan lagi.

Bab 3

MEKANISME KHAYALAN EVOLUSI


Model utama Darwinis, yang menjadi haluan utama teori evolusi hari ini, menegaskan bahawa kehidupan ini telah berubah melalui dua mekanisme semula jadi ; (1) Pilihan Semula jadi (Natural Selection), dan (2) Mutasi (Mutation). Kenyataan asas teori ini adalah seperti berikut; Pilihan Semula jadi dan Mutasi adalah dua mekanisme yang saling melengkapi. Asal pengubahan secara berperingkat ini ialah mutasi (perubahan) rawak yang mengambil tempat di dalam struktur genetik benda-benda hidup. Keadaan ini terjadi disebabkan oleh mutasi yang telah dipilih oleh mekanisme pilihan semula jadi dan dengan itu, hidupan ini akan berubah.

Apabila kami mengkaji teori ini, kami dapati tidak terdapat langsung sebarang mekanisme evolusi, kerana samada pilihan semula jadi ataupun mutasi tidak membuktikan bahawa spesies yang berbagai ini telah berubah menjadi spesies yang lain.


Pilihan Semula jadi

Seperti proses semula jadi , pilihan semula jadi juga telah dikenali oleh ahli-ahli biologi sebelum Darwin, ia dikenali sebagai "suatu mekanisme yang mengekalkan suatu spesies daripada berubah tanpa sebarang gangguan". Darwin merupakan orang pertama yang telah mendakwa bahawa proses ini mempunyai kuasa evolusi dan dia membina seluruh teorinya berdasarkan kepada dakwaan ini. Nama yang telah digunakan sebagai judul bukunya telah membuktikan bahawa pilihan semula jadi telah menjadi asas teorinya; The Origin of Species, by means of Natural Selection…

Walau bagaimana pun, ketika zaman Darwin, tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan bahawa pilihan semula jadi ini menyebabkan hidupan berubah. Colin Patterson, seorang senior di dalam ilmu paleontologi di Museum Natural History, England, juga seorang saintis evolusi. Beliau menegaskan bahawa pilihan semula jadi tidak akan dapat menyebabkan hidupan berubah:

Belum pernah seorang pun berjaya melahirkan satu spesies baru dengan menggunakan mekanisme pilihan semula jadi . Walaupun hanya untuk hampir melahirkanya dan inilah yang sering menjadi perdebatan di kalangan neo-Darwinis 11

Pilihan semula jadi berpegang bahawa semua hidupan yang lebih sesuai dengan keadaan semula jadi habitatnya akan memperolehi baka yang akan kekal selamat, sementara yang tidak sesuai (dengan habitat semula jadi) akan pupus. Sebagai contoh, di dalam sekawan rusa yang berada di dalam kepungan binatang buas, secara semula jadi yang berlari pantas akan berjaya menyelamatkan dirinya. Benar. Tetapi walau berapa lama sekalipun proses ini berterusan, ia tidak akan merubah rusa-rusa ini menjadi binatang lain. Rusa akan tetap menjadi rusa juga.

Jika kita perhatikan kepada beberapa peristiwa yang digunakan oleh para evolusinis sebagai contoh pilihan semula jadi , kita akan dapati bahawa tidak terdapat sebarang bukti yang kukuh melainkan tipu muslihat sahaja.


"Melanin Industri"

Pada tahun 1986 Douglas Futuyma telah menerbitkan sebuah buku bertajuk The Biology of Evolution, ia diterima sebagai suatu sember yang menjelaskan tentang teori evolusi oleh pilihan semula jadi dengan cara yang paling jelas. Antara contoh yang paling sering digunakan di dalam subjek ini ialah tentang warna sekelompok rama-rama yang telah menjadi gelap ketika berlakunya Revolusi Perindustrian di England.

Menurut mereka, pada awal permulaan Revolusi Perindustrian di England, warna pohon kayu di sekitar Manchester agak terang. Oleh itu, rama-rama berwarna gelap yang sering hinggap di atas pohon-pohon ini akan mudah dikesan oleh burung-burung yang memburu mereka dan mereka mempunyai peluang tipis untuk melepaskan diri. Lima belas tahun kemudian, disebabkan oleh pencemaran, pohon-pohon kayu ini telah berubah warnanya menjadi gelap, dan kali ini rama-rama yang berwarna cerah pula menjadi buruan. Hasilnya, rama-rama berwarna cerah telah berkurangan, sementara yang berwarna gelap makin bertambah kerana ia sukar dikesan oleh pemangsa. Para elovusionis menggunakannya sebagai bukti utama teori mereka. Sementara di pihak yang lain, para evolusionis menggunakan bukti ini untuk membuktikan bagaimana rama-rama berwarna cerah ini berubah menjadi gelap.

Bagaimanapun, jelas di sini situasi tersebut tidak boleh digunakan sebagai bukti teori evolusi ini, kerana pilihan semula jadi tidak akan membentuk format baru kepada sesuatu yang asalnya tidak wujud. Sedangkan rama-rama berwarna gelap telah pun wujud sebelum Revolusi Perindustrian. Hanya jumlah di dalam populasinya telah berubah. Rama-rama ini tidak mendapat sifat atau organ baru yang boleh merubahnya menjadi spesies lain. Untuk membolehkan rama-rama ini berubah menjadi spesies lain, seperti burung misalnya, maka hendaklah berlaku perubahan di dalam susunan gennya. Iaitu, seluruh program genetik mestilah dimuatkan ke dalam gennya, termasuklah maklumat-maklumat tentang sifat-sifat fizikal burung.

ImageImageImage
Contoh rama-rama Revolusi Industri telah dikemukakan sebagai bukti terhebat kepada evolusi oleh pilihan semula jadi . Bagaimana pun, evolusi tidak berlaku dalam contoh ini, kerana tidak terdapat sebarang spesies rama-rama baru yang terbentuk. Di atas sebelah kiri ialah rama-rama pokok dan di kanan rama-rama era Revolusi Industri dan di tengah ialah pos era Revolusi Industri.


Secara ringkasnya, pilihan semula jadi tidak mempunyai kapasiti untuk menambah organ baru kepada organisma hidup atau membuang, atau mengubahnya menjadi spesies lain - ia amat bercanggah dengan apa yang telah didakwa oleh golongan evolusionis. Bukti-bukti lain yang dikemukakan tidak lebih daripada kejadian rama-rama di England ini sahaja.
Last edited by badawi on Sun Feb 17, 2008 11:28 pm, edited 1 time in total.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby berani_murtad » Sun Feb 17, 2008 11:27 pm

jadi menurut anda saudara badawi, dimanakah dinosaurus ketika adam dan hawa diciptakan. pengen tau juga jawaban kamu!
berani_murtad
 
Posts: 2574
Joined: Sat May 19, 2007 3:11 pm
Location: Surga 72 bidadari

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:32 pm

Puji Syukur/ Alhamdulillah, dan Terima kasih,

Dinosaurus sudah punah ketika Adam dan Hawa atau kita sebut Eve turun ke bumi.
Berdasarkan penelitian usia fosil dinasaurus yang paling mudah itu mencapai ratusan juta tahun, sedangkan umur manusia sendiri hanya beberapa ribu tahun.

Jika tuan mempunyai referency tersendiri mohon dijelaskan, saya sangat menunggu respon tuan. terima kasih.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Postby badawi » Sun Feb 17, 2008 11:37 pm

Terima kasih Moderator yang berhormat.
Saudaraku muslim dan non muslim.
Sila beri rujukan kepada saya jika ada hal yang tak sesuai. Disini kita sharing ilmu, ilmu yang menjadi misteri bagi kita semua.


Mohon ijin, saya lanjutkan lagi.

Bolehkah Pilihan Semula jadi Menerangkan Kompleksiti Kelakuan?

Tidak terdapat sebarang kaitan di antara pilihan semula jadi , kerana mekanisme ini tidak akan dapat menambah atau memperbaiki maklumat genetik sesuatu spesies. Begitu juga, ia tidak akan dapat mengubah satu spesies kepada spesies yang lain, seperti; mengubah tapak sulaiman kepada ikan, seekor ikan kepada katak, seekor katak kepada seekor buaya atau dari seekor buaya kepada seekor burung. Pendokong utama punctuated equilibrium, Gould merujuk kepada kebuntuan pilihan semula jadi ini seperti berikut:

Intipati Darwinisme ini berdasarkan kepada satu fasa: pilihan semula jadi adalah suatu tenaga kreatif yang berubah secara evolusi. Tidak ada orang yang menafikan bahawa pilihan semula jadi ini memainkan peranan negatif di dalam menghapuskan yang tidak sesuai (dengan perubahan habitat). Para Darwinis mendakwa kononnya pilihan semula jadi ini membentuk (spesies lain) yang sesuai. 12

Sebuah lagi metode keliru yang digunakan oleh para evolusionis ini terhadap pilihan semula jadi ialah dakwaan mereka bahawa mekanisme ini adalah proses terancang. Sedangkan, pilihan semula jadi adalah suatu proses tidak terancang. Ia tidak mempunyai sebarang kemampuan untuk memilih yang mana yang baik dan yang mana yang tidak baik untuk suatu hidupan. Kerana itulah, pilihan semula jadi tidak dapat menjelaskan sistem-sistem biologi dan organ-organ yang mempunyai "Kompleksiti Kekal" (Irreducible Complexity). Sistem-sistem dan organ-organ ini berfungsi dengan bantuan berbagai-bagai anggota lain, dan ia tidak akan berfungsi sekiranya satu daripada anggota-anggota ini hilang atau rosak. Sebagai contoh, mata manusia tidak akan dapat berfungsi melainkan dengan adanya anggota-anggota lain. Oleh itu, kemampuan yang mengumpulkan semua anggota-anggota ini pastinya dapat juga merencana kemajuan masa depan dan menumpukan ke arah sesuatu yang berfaedah iaitu untuk diterima pada peringkat yang terakhir. Memandangkan mekanisme semula jadi tidak memiliki keupayaan untuk merencana sesuatu apa pun, maka ia tidak akan dapat melakukannya. Fakta ini juga menggugat asas teori evolusi dan ini amat membimbangkan Darwin: "Jika dapat dipastikan semua organ-organ yang kompleks telah pun wujud, dan bukannya terbentuk melalui pengubahan yang berbagai, maka teori saya mungkin akan tertolak sepenuhnya". 13

Pilihan semula jadi hanya memilih individu yang rosak, lemah dan tidak sesuai sesuatu spesies. Ia tidak dapat mengeluarkan spesies baru, maklumat-maklumat genetik baru atau organ-organ baru. Ia tidak mungkin dapat mengubah suatu apa pun. Darwin mengiktiraf realiti ini dengan berkata; "Pilihan Semula jadi tidak dapat melakukan apa-apa pun sehingga berlakunya perubahan variasi pilihan". 14 Kerana itulah, pengikut Darwin terpaksa meletakkan mutasi selepas pilihan semula jadi sebagai "sebab perubahan yang berguna". Tetapi seperti mana yang akan kita saksikan, mutasi hanyalah suatu proses perubahan yang menyakitkan.

ImageImage
Pilihan semula jadi berfungsi sebagai satu mekanisme yang menyingkirkan individu yang lemah di dalam satu spesies. Ia adalah satu kuasa konservatif yang memelihara spesies yang wujud daripada merosot. Selain daripada itu, ia tidak mempunyai keupayaan untuk mengubah satu spesies kepada yang lain.
User avatar
badawi
 
Posts: 108
Joined: Fri Feb 15, 2008 8:49 pm

Next

Return to Pembelaan Terhadap Islam



Who is online

Users browsing this forum: No registered users