BILA MUSLIM BERCAKAP TENTANG TRINITI SERTA KETUHANAN YESUS

Pembahasan tentang Isa Almasih, Injil, Taurat dari apa yang tertulis dalam Qur'an, dan bukan dari kitab suci non-Islam.
Post Reply
User avatar
i'm Glad 2 b choosen as +
Posts: 21
Joined: Tue Feb 06, 2007 4:53 pm
Location: San Andreas, California
Contact:

BILA MUSLIM BERCAKAP TENTANG TRINITI SERTA KETUHANAN YESUS

Post by i'm Glad 2 b choosen as + »

Ini merupakan artikel yang kutaip semula dari buku islam dari Malaysia yang bertajuk ‘Sinar Rohani’ keluaran Januari – Februari/ Muharram – Safar karangan Rashidy Jamil Muhammad ar-Rashid, JAKIM. Memasukan dalam vol.’Tahukah Anda’. Izinkan aku menaipnya semula untuk tatapan saudara sebelum aku memberi ulasan di akhir cerita ini…

Sekian lah nukilan sang pengarang itu…
[note: my word in green word otherwise it is a rewritten word from the author]


APAKAH DIA TRINITI?
Triniti merupakan aqidah utama di dalam agama Kristian. Ia bermaksud Tuhan itu satu tetapi di dalam tiga keperibadian. Triniti terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Holy Spirit. Ketiga-tiga tuhan ini bersatu dan tidak pernah berpisah. Orang-orang Kristian meyakini aqidah Triniti ini berdasarkan (Yohanes 5: 7-8 ):

“ada tiga saksi:Roh Allah, air dan darah dan ketiga-tiganya memberi kesaksian yang sama”.

Namun tahukah anda? Ayat ini telah dibuang dari cetakan Bible RSV (Revised Standard Version) kerana Ulama-Ulama kristian mengakuinya sebagai ayat palsu serta ditokok tambah!.

Di dalam (Matius 3:16-17) menyatakan:

Setelah Jesus dibaptis, Dia keluar dari sungai itu. Tiba-tiba langit terbuka dan Jesus nampak Roh Allah turun seperti burung merpati ke atasnya. Kemudian terdengarlah suara Allah berfirman: “inilah Anak-ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku”.

Di dalam (Lukas 3:21-22)

Setelah semua orang itu dibaptis, Jesus juga dibaptis. Ketika Dia berdoa, langit terbuka dan roh Allah berupa burung merpati turun keatas-Nya. Lalu Holy terdengar suara dari syurga mengatakan: “Engkaulah Anak-ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hati-Ku”.

Inilah dalil-dalil yang menyatakan wujudnya tiga kesaksian atau Triniti dalam Agama Kristian. Ketiga-tiga keperibadian ini tidak terpisah dan mereka adalah satu. Jika benar Tuhan-tuhan ini tidak pernah berpisah, mengapa ketika Jesus mati di tiang salib, Tuhan Bapa dan Holy Spirit masih hidup? Ini menunjukkan ‘Tuhan-tuhan’ ini bercerai dan mempunyai Tiga keperibadian yang berasingan!


Spirit di Dalam Agama Kristian

Orang-orang Kristian percaya bahawa selain dari Allah sebagai Tuhan Bapa dan Jesus sebagai Anak Tuhan, mereka juga meyakini bahawa Holy Spirit adalah oknum ketiga di dalam aqidah Triniti mereka. Ketiga-tiga oknum ini adalah Tuhan dan mereka semua adalah satu.

Holy Spirit adalah pengganti Jesus di bumi ini. Dialah yang mengambil alih tugas Jesus yang sekarang ini berada di sebelah kanan Tuhan Bapa di langit. Orang-orang Kristian mendakwa bahawa mereka adalah umat ‘kelahiran kembali’ dan mengakui Holy Spirit atau Ruh Kudus telah menguasai mereka. Di dalam (Yohanes 3:3) menyatakan:

Jesus menjawab: “percayalah, tidak seorang pun dapat menikamti pemerintahan Allah, kecuali dia dilahirkan kembali”.

Bahkan untuk memahami Al kitab pun, mereka mendakwa harus mempunyai Ruh Kudus terlebih dahulu. Di dalam (Korintus 2:13-14) menyatakan:

Oleh itu, ketika kami menjelaskan hal-hal tentang Allah kepada orang yang mempunyai Roh Kudus, kami berkata-kata menurut kebijaksanaan manusia, tetapi menurut ajaran roh kudus. Sesiapa yang tidak mempunyai Roh Kudus, tidak dapat menerima kurnia daripada Ruh Kudus, kerana orang seperti itu tidak dapat memahaminya dan menganggapnya sebagai satu kebodohan sahaja. Kurnia daripada Roh Kudus hanya dapat dinilai secara rohani.

Inilah dalil yang selalu digunakan oleh orang-orang Kristian ketika menjawab soalan-soalan tentang percanggahan di dalam kitab mereka. Mereka mengatakan: “kamu harus mempunyai Roh Kudus terlebih dahulu sebelum memahami kitab kami!”.

Roh Kudus yang membisu!

Ketika berpeluang mengunjungi salah sebuah gereja di Selangor (salah sebuah negeri di Malaysia), kenalan Kristian saya cuba memberi kefahaman pada saya tentang aqidah mereka. Antaranya, bagaimanakah Jesus di anggap sebagai Anak Tuhan dan Tuhan oleh Penganut Kristian. Mereka mengatakan Jesus sebagai Anak Tuhan kerana di dalam Bible sendiri menyatakan demikian.

Saya bertanya kepada mereka: “Adakah semata-mata kerana Bible menggunakan kalimah Anak Tuhan maka Jesus dianggap Anak Tuhan?Sedangkan Jesus juga menggunakan kalimah Anak Manusia di dalam Bible. Bahkan penggunaan kalimah Anak manusia lebih banyak berbanding dengan kalimah Anak Tuhan”.

‘Anak-anak Tuhan’

Saya meneruskan lagi dengan berkata: “kalaulah semata-mata penggunaan kalimah Anak tuhan ini dijadikan dalil dan bukti untuk menerima Jesus sebagai sebagai Anak Tuhan, maka ramailah Anak tuhan di dalam Bible”.

Di dalam Old Testament (kejadian 6:1-4):

…anak-anak Allah mengahwini anak-anak manusia…
Di dalam Old Testament (keluaran 4:22):
…Israel adalah anak-ku, anak sulung-Ku…


Di dalam Old Testment (Yeremiah 31:9):
…Efraim adalah anak-ku yang sulung…

Di dalam New Testament (Lukas 3:38 ):
…menurut pendapat orang…Dia(Jesus) anak Yusuf, anak Eli, anak Matat….anak Enos, anak Set, Anak Adam, Anak Allah.

Di dalam New Testament (Roma 8:14):
Orang yang dipimpin oleh roh Allah, maka mereka itu, anak-anak Allah.

Saya bertanya lagi: “berapa ramaikah Anak Allah di dalam Bible?”. Mereka terdiam dan saya dapati salah seorang dari mereka agak tegang dan penuh emosi. Manakala yang lain
(kemungkinan) berminat untuk mendengar hujah saya yang selanjutnya.

Saya tidak pasti mengapa dia tegang dengan situasi perbincangan dan soalan yang telah saya kemukakan. Sedangkan jika dia membaca di dalam New Testament (1 Peter 3: 15-16) telah menyebut:

“Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelas- kan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang menfitnah kamu itu akan menjadi malu.”

Tanpa menghiraukan keadaan yang agak tegang tadi, saya meneruskan lagi dengan berkata: “sebenarnya kalimah Anak Allah di sini ialah kiasan atau pun metafora di dalam bahasa Yahudi”. (ikuti siri seterusnya dalam keluaran akan datang)
.........................................................................................................
Mungkin saja Muslim akan merasa puas dan tersenyum membaca artikel ini. Na, izinkan saya memberi comment satu persatu tentang ‘KEYAKINAN’ orang Islam ini. Akanku berikan dalam bentuk point to point untuk mudah di baca..

Pendahuluan dariku,

“Fikiran orang Kristian dan orang Islam adalah sangat bertentangan dalam beberapa hal kepercayaan, orang Kristian adalah orang yang berupaya berfikir secara Spiritual dan Rohani, serta memahami Alam Roh, orang Islam adalah orang yang berfikir secara Fizikal dan Material namun berupaya memahami Alam Roh”.

“Orang Islam tidak sesekali mengambil tahu dan cuba memahami akan sikap Muhammad, mereka2 yang berjaya mendalaminya akan segera meninggalkan Islam, dan jika mereka ini cuba mula berfikir secara spiritual, mereka akan mencari kepercayaan yang sesuai dengan rohani mereka semula manakala mereka yang kekal dalam fikiran lama (fizikal dan material) mereka akan lebih cenderung menjadi atheist.”

:roll: Point 1

“…Ketiga-tiga tuhan ini bersatu dan tidak pernah berpisah.”- inilah dasar keyakinan dan buah fikiran sang pengarang ini, selanjutnya dipersoalkan oleh buah fikirannya sendiri, kerana sang pengarang tidak memberi source faktanya ini maka saya katakanya demikian. Ayat2 dari Bible yang dipetiknya tidak satu pun menyatakan …Ketiga-tiga Tuhan ini bersatu dan tidak pernah berpisah…ayat memberikan kesaksian yang sama sangat berbeza maksud dengan ayat bersatu dan tidak pernah berpisah.

:roll: Point 2

Lagi pertanyaan sang pengarang..

“…Jika benar Tuhan-tuhan ini tidak pernah berpisah, mengapa ketika Jesus mati di tiang salib, Tuhan Bapa dan Holy Spirit masih hidup? Ini menunjukkan ‘Tuhan-tuhan’ ini bercerai dan mempunyai Tiga keperibadian yang berasingan!”

Aduhai…inilah salah satu buah fikiran orang yang berfikir secara Fizikal dan Material, dia secara sangat tidak sedar mempertikaikan kemampuan Tuhan sebenar, biarlah kuberikan kiasan di sini…

Tuhan di syurga sana sangatlah menyayangi dan sangatlah berharap semua anak-anak-Nya di bumi( ya, kita manusia ciptaan Tuhan, boleh lah di anggap sebagai anak2-Nya, kerana manusia diciptakan berdasar bentuk-Nya, jangan terlalu gambang berfikir secara fizikal bahawa anak itu hanya untuk manusia yang dilahirkan manusia)kembali ke sisi-Nya dan tidak sesat ke neraka, jadi atas usaha apakah Dia mahu menyelamatkan kita? Atas usaha apakah Dia mahu membuktikan Kasih Sayang-Nya? Atas usaha apakah Dia membimbing kita?Mungkin saja Dia mengurniakan nabi untuk umat manusia untuk membimbing manusia tetapi nabi tetap manusia, dan manusia tetap bisa disesatkan Syaitan, maka satu2nya cara ialah Dia perlu bertindak sendiri, bagaimanakah caranya? Dia di atas sana dan kita pula berada di bawah sini, maka Dia mengutuskan wakil-Nya turun ke bumi yang juga diri-Nya sendiri dan dalam pada masa yang sama Dia masih di atas sana (adakah hal ini tidak logic atau mustahil untuk dilakukan oleh Tuhan?hanya menghantar cebisan diri-Nya?)dan untuk turun ke bumi Dia perlu menjadi manusia seperti manusia di bumi dengan bangsa yang dipilih-Nya sendiri kerana semua manusia di bumi categorized mengikut bangsa, Dia perlu memilih salah satunya untuk memunculkan diri-Nya. Dan ada pula manusia bertanya kenapa Yesus mati tetapi Tuhan Bapa dan Holy Spirit tidak pula mati, inilah yang kukatakan mencabar keupayaan Tuhan yang sebenar.

Saya sedar kiasan ini sangatlah sukar di fahami oleh orang yang berfikiran fizikal dan material. Terpulang kepada masing2 untuk cuba memahami-Nya atau mengendahkannya kerana satu2nya kekuatan manusia ialah membuat pilihan kerana Tuhan tidak menciptakan manusia seperti mana manusia menciptakan robot.

:roll: Point 3
Sidang pengarang mempertikaikan mengenai hal Holy Spirit. Ciri-ciri yang paling mudah dilihat ialah anda tidak memandang serong dan prejudis terhadap orang yang tidak sealiran fahaman…tidak sebangsa dan tidak segala-galanya dengan diri anda. Ciri-ciri yang sangat sukar difahami ialah apabila satu ketika terlintas di dalam hati seorang pembunuh bahawa dia merasakan perbuatannya amat tidak betul. Di manakah punca perasaan jiwa seperti itu semua kalau bukan dari hati nurani, roh kudus yang sudah ada sedia di dalam diri kita, Cuma kita yang menguburkannya.

:roll: Point 4

Segala pertanyaan sang pengarang muslim ini dengan berdasarkan ayat2 bible yang dikerat-keratnya tidak akan aku jawab selagi nobody muslim di sini tidak memberikan ayat keseluruhannya. Adalah amat biasa dilihat di sini, FFI muslim memperkuatkan dalil2nya dengan ayat2 bible yang dikerat-kerat,

:roll: Point 5
Lagi satu kenyataan sang pengarang remeh-temeh yang kufikir tak perlu diperbesar-besar,


Saya tidak pasti mengapa dia tegang dengan situasi perbincangan dan soalan yang telah saya kemukakan. Sedangkan jika dia membaca di dalam New Testament (1 Peter 3: 15-16) telah menyebut:

“Tetapi dengan tulus hormatilah Kristus sebagai tuhan dalam hidup kamu. Hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan kepada sesiapa sahaja yang meminta kamu menjelas- kan harapan yang kamu miliki. Tetapi lakukanlah hal itu dengan lemah lembut dan hormat. Hendaklah hati nurani kamu murni, supaya apabila kamu difitnah kerana hidup dengan baik sebagai pengikut Kristus, orang yang menfitnah kamu itu akan menjadi malu.”


Everybody know that person didn’t practice his/her religion very well.

Theory selalunya manis tetapi practical agak pahit. Misalnya anda mempunyai pedoman harian…”jangan naik angin bila orang lain merpersoalkan agamamu” namun when you being experienced that thing at the first time, kamu tidak dapat menahan perasaan kamu, walaupun kamu dapat pun, kamu akan berasa sedikit tidak senang juga, manusia belajar dari kesilapan dan manusia membesar melalui pengalaman.

Pengarang main belasah saja bertanya tentang hal2 yang boleh menyinggung perasaan orang lain kemudian memberi kritikan terhadap orang yang bereaksi serong dengan dirinya, adakah pengarang langsung tidak menyedari ataupun berpura-pura tidak menyedari tindakannya langsung tidak professional. Bertanya sesuka hati tanpa memikirkan fikiran orang lain adalah ciri-ciri orang yang mementingkan diri, aku tidak berasa hairan kerana Islam itu sendiri bersifat ego dan sombong.Bayangkan jika muslim di Tanya secara langsung tentang Islam seperti tadi, tentu kamu akan di katakan menghina islam dan patut…semuanya kerana kesombongan.
User avatar
murtad mama
Posts: 3972
Joined: Tue Feb 06, 2007 7:16 pm
Location: Jl veteran 48 Kota Bekasi 17141 Jawa Barat <==== Alamat VOA-Islam :) :) :)
Contact:

Post by murtad mama »

Kristian meyakini aqidah Triniti ini berdasarkan (Yohanes 5: 7-8 ):
yang benar I John 5:7, tanda () itu bentuk emphasis (penekanan) sedangkan ayat ke 8 itu bukan ayat palsu tapi asli

naskah yang saya pegang Codex Khabouris (peshitta aramaic) awal abad ke-IV
User avatar
MaNuSiA_bLeGuG
Posts: 4292
Joined: Wed Mar 05, 2008 2:08 am
Location: Enies Lobby

Post by MaNuSiA_bLeGuG »

murtad mama wrote: yang benar I John 5:7, tanda () itu bentuk emphasis (penekanan) sedangkan ayat ke 8 itu bukan ayat palsu tapi asli

naskah yang saya pegang Codex Khabouris (peshitta aramaic) awal abad ke-IV
bole minta sumbernya nda mam :D
sebelumnya maap klo oot, bis td PM tp eror mulu
User avatar
the_muhammad_slayers
Posts: 88
Joined: Sun Oct 14, 2007 12:34 pm
Location: Kuching, Malaysia

Post by the_muhammad_slayers »

MaNuSiA_bLeGuG wrote: bole minta sumbernya nda mam :D
sebelumnya maap klo oot, bis td PM tp eror mulu
kalaupun si MM memberi kamu copy scan codex itu saya ragu kamu bisa baca :wink:
Post Reply