Page 1 of 3

Maksud Jihad sebenar dalam islam..

Posted: Sun Jul 29, 2007 8:42 am
by rockbebeh
kepada sahabatku sekalian.... baca lah segala isi dibawah.. dan jangan lah salah kan islam pasal jihad yang dilakukan oleh org yang tidak beriman kepada Allah.(aku ni org malaysia... mungkin bahasa indonesia berlain sikit... tapi aku tinggal di johor, yang mana siaran tv indonesia jelas sekali di tempatku seperti sctv,dan rcti.. sedikit2 aku mempelajari bahasa indonesia di layar tv aja)

Jihad jika dilihat di dalam konteks yang lebih luas mempunyai tujuan tertentu. Namun semuanya memfokuskan kepada perkembangan syiar Islam serta keberkatan Allah semata-mata. Antara tujuan jihad ialah untuk menyebarkan dakwah Islam, melindungi agama Islam dan negara serta menolong kaum-kaum yang tertindas.

Peringkat Mensyariatkan Jihad dalam Islam

Jihad disyariatkan kepada umat Islam berdasarkan kepada empat peringkat. Ini menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang ganas. Istilah Islam sendiri membawa maksud sejahtera iaitu membawa kesejahteraan kepada semua makhluk. Oleh itu gambaran yang mengaitkan Islam sebagai agama yang suka berperang dan umat Islam sebagai pengganas adalah salah dan tidak dapat diterima sama sekali. Berikut adalah peringkat pensyariatan jihad di dalam Islam:

Umat Islam diharamkan Berperang.
Sejarah Islam membuktikan bagaimana seksanya umat Islam di awal pendakwahan Rasulullah SAW di Kota Mekah. Mereka diseksa, diugut, didera dan dibunuh contoh seperti mana yang berlaku ke atas saidina Bilal Bin Rabah, bahkan baginda Rasulullah SAW juga menerima azab yang sama. Namun umat Islam ketika itu diminta bersabar dan tidak melawan di atas segala perbuatan dan tindakan kejam kaum kafir dan musyrikin Mekah. Firman Allah SWT dalam an-Nisak ayat 77 yang bermaksud, “Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang dikatakan kepada mereka: Tahanlah tanganmu dari berperang dan dirikanlah solat.”

Keizinan Berperang atau Berjihad.
Setelah menerima tentangan hebat kaum kafir Mekah sehingga usaha membunuh Rasulullah SAW dirancang. Akhirnya umat Islam diizinkan mempertahankan diri daripada musuh. Selain itu, umat Islam juga mula mengorak langkah berhijrah ke tempat baru. Hijrah ke Habsyah adalah hijrah pertama dalam Islam barulah diikuti hijrah ke Madinah. Manakala peperangan pertama di dalam Islam adalah perang Uhud yang berlaku pada 4 Hijrah. Sesungguhnya Islam membenarkan umatnya memerangi musuh yang menyerang dan sejarah perang Badar membuktikan tentera Islam memenangi peperangan itu. Firman Allah SWT surah al-Haj ayat 39 yang bermaksud, “Telah diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi, kerana sesungguhnya mereka dianiaya. Dan sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu.”

Jihad adalah Wajib ketika Musuh Menyerang.
Firman Allah SWT di dalam al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud, “Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang melampaui batas.” Melalui surah al-Haj ayat 39, umat Islam diberi keizinan berperang apabila mereka diperangi atau diserang musuh. Sebaliknya, ayat ini pula menegaskan kepada kewajipan ke atas umat Islam mempertahankan diri agama dan negara apabila diserang. Namun demikian sebagai agama sejahtera, Islam mempunyai batas-batas dan etika berperang yang mesti diikuti. Antaranya tidak boleh membunuh kanak-kanak, kaum perempuan, orang-orang tua yang lemah dan sebagainya.

Memerangi Kaum Musyrikin dan Kafir.
Akhirnya umat Islam diperintahkan memerangi kaum kafir dan musyrikin yang memerangi Islam dan umatnya. Umat Islam perlu jelas di sini, golongan yang harus diperangi adalah kaum kafir yang menyerang umat Islam. Dalam hal ini, ulama Islam membahagikan golongan kafir kepada dua. Pertama kafir harbi iaitu golongan kafir yang mengancam serta memerangi Islam dan umatnya. Golongan kafir ‘harbi’ dibolehkan bagi umat Islam untuk berjihad jika diperangi. Keduanya kafir zimmi iaitu golongan kafir yang tidak boleh diperangi kerana mereka tidak mengancam Islam dan umatnya. Selain itu, kafir ‘zimmi’ memberi taat setia kepada pemerintahan negara Islam serta membayar cukai jizyah kepada negara. Melalui al-Anfal ayat 39 yang bermaksud, “Dan perangilah mereka, supaya tidak ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata bagi Allah SWT.”

Jenis-Jenis dan Kategori Jihad

Amalan jihad merangkumi maksud yang sangat luas daripada berkorban nyawa di medan perang sehinggalah menuntut ilmu adalah termasuk kategori jihad di dalam Islam. Cuma daripada segi tahap ketinggian atau darjat sahaja yang membezakan jenis-jenis jihad. Jihad di medan perang adalah jihad yang paling tinggi dan syahid kubra. Namun demikian, sebagai agama yang benar dan sifat pemurah Allah SWT setiap amalan jihad sama ada kecil atau besar pasti memperoleh ganjaran di akhirat kelak. Firman Allah SWT dalam surah al-Zilzal ayat 7, “Barang siapa mengerjakan kebaikan, meskipun seberat zarah, akan dilihatnya (balasan) kebaikan itu.”

Jihad atau pengorbanan boleh dilakukan melalui berbagai cara. Namun semua sumbangan tersebut mestilah diniatkan di dalam hati kerana Allah SWT semata-mata. Jihad yang dilakukan kerana makhluk atau keduniaan juga akan mendapat balasan tetapi setakat dunia sahaja. Sebaliknya jika dilakukan kerana Allah SWT maka balasannya ialah kebaikan dunia dan akhirat. Justeru jihad yang dilakukan hendaklah ikhlas kepada Allah SWT semata. Antaranya jihad boleh dilakukan melalui:

Nyawa dan Tenaga
Jihad yang paling tinggi dalam Islam adalah melalui pengorbanan jiwa dan raga untuk agama Islam. Lazimnya, jihad sebegini adalah jihad di medan perang dan orang yang terkorban adalah syahid. Terdapat banyak contoh para sahabat yang sanggup berkorban nyawa demi perjuangan Islam seperti saidina Hamzah yang gugur syahid di dalam peperangan Uhud.

Harta dan Wang Ringgit
Selain itu pengorbanan wang ringgit dan harta juga termasuk di dalam jihad fi sabilillah. Justeru itu, jihad dalam erti kata yang luas dapat dilakukan oleh semua orang. Bagi golongan kaya harta mereka boleh menyumbang dalam bentuk kewangan bagi menyokong usaha jihad golongan di medan perang. Sebagai contohnya saidina Abu Bakar menyerahkan hartanya demi perjuangan menegakkan syiar Islam.

Akal Fikiran dan Ilmu
Sumbangan buah fikiran dan idea juga tergolong dalam ciri-ciri berjihad di jalan Allah. Sebagai contohnya Salman al-Farisi selain berjihad di medan perang juga menyumbangkan idea pembinaan parit di dalam peperangan Khandak. Selain itu menuntut ilmu adalah suatu jenis jihad di dalam Islam. Begitu juga para mujtahid yang berijtihad mengenai sesuatu hukum juga tergolong sebagai suatu jihad melalui akal fikiran. Terdapat beberapa kategori jihad yang sangat dianjurkan Islam bahkan diwajibkan kepada setiap umat Islam mempertahankan hak-hak tersebut iaitu:

Jihad melawan hawa nafsu
Berjihad melawan nafsu adalah jihad yang paling tinggi sekali darjat di sisi Islam. Melaluinya seluruh tenaga disalurkan supaya menuruti jalan dan manhaj yang digariskan oleh Allah SWT. Perjuangan ini adalah perjuangan dalam diri setiap individu Muslim dan ianya adalah fardu ain. Sebenarnya mencari petunjuk agama yang benar atau mencari ilmu adalah tergolong di dalam jihad. Perjuangan melawan nafsu agar ianya tunduk dan patuh untuk beramal kepada ajaran Islam, menyebarkan dakwah Islamiah serta sabar di atas segala ujian dan cabaran yang diterima. Jihad sebegini menuntut kepada jihad yang berpanjangan dan ianya adalah jihad fardu ain.

Dalil yang boleh dikaitkan dengan jihad melawan hawa nafsu seperti dalam surah as-Syams ayat 7-10 yang bermaksud, “Dan demi jiwa serta penyempurnaannya penciptaannya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasiqan dan ketakwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.”

Jihad menentang syaitan.
Syaitan adalah seteru manusia yang sebenar-benarnya. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menjelaskan permusuhan antara syaitan dan manusia. Bahkan di dalam kisah Nabi Adam as dan iblis juga banyak mengisahkan permusuhan dan dendam iblis kepada manusia. Antara dalil al-Quran dalam surah al-Fathir ayat 6 yang membuktikan syaitan adalah musuh manusia adalah, “Sesungguhnya syaitan itu seteru bagimu maka jadikanlah dia atau layanilah sebagai seteru.”

Jihad menentang syaitan juga tergolong sebagai jihad dalam kategori fardu ain. Ia menunjukkan setiap manusia Islam mestilah sentiasa berjihad menentang hawa nafsu dan syaitan. Ini kerana kedua-duanya adalah musuh di dalam diri mereka sendiri.

Jihad menentang golongan kafir
Ketiganya adalah jihad menentang orang-orang kafir. Jihad menentang kafir terdapat dalam dua cara iaitu pertama melalui dakwah dengan mengajak orang-orang kafir memeluk Islam. Ini kerana berdakwah juga adalah salah satu daripada jihad bagi orang Islam. Keduanya adalah jihad melalui senjata iaitu memerangi orang kafir yang menggugat agama dan umat Islam. Golongan kafir terbahagi dua iaitu kafir zimmi dan kafir harbi. Kafir ‘zimmi’ tidak harus diperangi sebaliknya kafir ‘harbi’ adalah orang kafir yang mengancam negara, agama dan umat Islam.

Apabila umat Islam diserang pihak musuh umat wajib berjihad bagi mempertahankan agama Islam. Di sini hukum fardu kifayah pada asalnya bertukar menjadi fardu ain apabila pihak musuh menyerang.

Sebenarnya peperangan bukanlah suatu jalan penyelesaian di dalam Islam. Islam bukanlah agama pengganas seperti yang diwar-warkan oleh media Barat. Islam lebih menjurus kepada perdamaian melalui syura. Hal ini dapat dilihat pada zaman Rasulullah bagaimana setiap masalah dapat diselesaikan melalui perundingan. Namun demikian, sebagai agama yang benar, maka umat Islam diwajibkan mempertahankan agama apabila diganggu-gugat oleh pihak musuh. Hal ini dapat dilihat dalam sirah Rasulullah apabila perang Badar yang merupakan perang pertama bagi umat Islam berlaku. Hal ini timbul kerana agama Islam dicabar dan digugat oleh orang kafir. Justeru apabila keadaan ini berlaku, umat Islam berkewajipan mempertahankan agama Islam. Firman Allah SWT surah al-Baqarah ayat 190 yang bermaksud, “Perangilah olehmu pada jalan Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang melampaui batas.”

Jihad menentang golongan munafik
Seterusnya umat Islam juga berjihad menentang golongan munafik. Mereka tergolong sebagai musuh yang berselindung di sebalik nama Islam. Terdapat banyak ayat-ayat al-Quran yang membicarakan berkenaan golongan munafik ini. Justeru kebanyakan ayat-ayat Madaniyyah sering mendedahkan mengenai golongan munafik. Ini kerana dakwah Islamiah semasa zaman Madinah banyak terdedah kepada ancaman munafikin ke atas agama dan umat Islam. Bahkan terdapat surah al-Munafiqun yang dikhususkan kepada musuh Islam ini. Antara dalil al-Quran surah at-Taubah ayat 96 yang menyeru kepada jihad ke atas orang kafir dan munafik ialah, “Hai Nabi, berjihadlah (melawan) orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, bersikap kasarlah terhadap mereka.”

Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman
Selain daripada berperang menentang musuh, umat Islam juga digalakkan menentang kemungkaran dan kezaliman di dalam sesebuah pemerintahan. Oleh itu, segala kebatilan yang terdapat dalam masyarakat mestilah ditentang sama ada melalui perbuatan, perkataan ataupun dengan hati. Riwayat an-Nasai, Rasulullah pernah berkata mengenai jihad yang paling utama yang bermaksud, “Jihad yang paling utama adalah menyatakan perkataan yang hak di hadapan seorang penguasa yang zalim.” Selain itu dalil daripada al-Quran surah Ali Imran ayat 11 yang bermaksud, “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.”

Sehubungan itu setiap orang mestilah mengamalkan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Ini kerana selain tentangan pihak musuh, Islam menjadi lemah ekoran sikap umatnya sendiri. Ada pihak yang tidak prihatin dengan konsep amar makruf nahi mungkar justeru membiarkan saudaranya terus dalam kemaksiatan dan kesesatan.

Maqasid syar’iyah.( agama, maruah, harta, akal, nyawa)
Umat Islam juga disarankan mempertahankan hak masing-masing. Di sini hak-hak maqasid syar’iyah juga tergolong sebagai salah satu jihad dalam Islam. Sebagai contoh, keluarga Yaser dan isterinya Sumayyah yang gugur syahid setelah diseksa dengan kejam oleh kaum kafir kerana mempertahankan agama Allah SWT. Begitu juga yang berlaku ke atas saidina Bilal yang dadanya dihempap batu di bawah pancaran terik matahari tetapi masih mengekalkan syahadah dan istiqamah kepada Allah SWT. Kesemua ini adalah contoh-contoh jihad sama ada mempertahankan agama, maruah, harta, akal dan nyawa. Bahkan umat Islam pada hari ini pun berkewajipan menjaga hak masing-masing dan sekiranya mati maka ia tergolong sebagai salah syahid di dalam Islam.

Menuntut ilmu
Selain berjihad di medan perang, umat manusia juga disyariatkan berjuang dalam bidang keilmuan. Ini penting bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam setiap lapangan. Apa ertinya kemenangan di medan perang sekiranya kemenangan itu tidak diisi dengan masyarakat berilmu. Sudah pasti suatu hari nanti umat Islam akan dijajah semula dalam bentuk lain seperti bidang sains teknologi, kedoktoran, ketenteraan dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan firman Allah SWT surah at-Taubah ayat 122 yang bermaksud, “Tiada patut orang yang beriman keluar semuanya ke medan perang. Mengapakah tiada keluar sebahagian di antara tiap-tiap golongan mereka, supaya mereka yang tinggal memahami agama dan memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kepadanya, mudah-mudahan mereka itu waspada.”

Umat Islam digalakkan mempelajari segala ilmu yang bermanfaat sama ada ilmu fardu ain seperti fikah, tauhid atau ilmu fardu kifayah seperti sains, perubatan dan sebagainya. Ini bertujuan supaya umat Islam tidak bergantung kepada bangsa lain, bahkan fardu kifayah boleh menjadi wajib sekiranya tidak ada orang Islam yang mempelajarinya. Sebagai contoh, ilmu perubatan menjadi wajib kepada umat Islam mempelajarinya sekiranya tidak terdapat doktor Muslim yang dapat merawat pesakit Islam.

Realiti Amalan Jihad pada Masa Kini

Istilah jihad pada hari ini sudah diterima pakai dengan lebih meluas. Sama ada negara di blok Timur atau blok Barat menerima pakai istilah jihad. Tetapi apa yang pastinya, jihad itu dipandang dari dua sudut iaitu positif dan negatif. Sebagai contoh, jihad dipandang negatif oleh pihak Barat terutamanya selepas peristiwa 11 September. Islam telah digelar sebagai agama yang ganas dan umat Islam terutamanya di Afghanistan sebagai pengganas. Sebaliknya pula dalam serangan pencerobohan tentera Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya ke atas Iraq pandangan terhadap jihad telah berubah. Rakyat Iraq berkewajipan mempertahankan negara mereka demi agama Islam dan negara mereka. Serangan pihak musuh adalah pencerobohan ke atas kedaulatan negara dan ianya mesti dipertahankan. Untuk itu, jihad itu perlu dinilai sebagai mempertahankan agama dan negara daripada musuh.

Dalam konteks negara Malaysia, konsep jihad perlu difahami secara lebih luas dan terbuka. Amalan jihad perlu jelas agar tidak mengganggu-gugat keamanan dan kedamaian rakyat dan negara. Terdapat peristiwa-peristiwa yang dikaitkan dengan jihad telah berlaku di dalam negara seperti peristiwa Sauk. Sebenarnya jihad perlulah bermatlamatkan mendapat keredaan Allah SWT bukannya memenuhi ideologi politik dan agenda individu yang tertentu. Jika matlamat jihad terpesong dari landasan syariat maka perjuangan tersebut adalah kosong dan berdosa. Untuk itu, setiap pengorbanan atau jihad hendaklah jelas dan bertujuan fi sabilillah.

Realitinya banyak lagi yang perlu diperjuangkan oleh masyarakat Islam di Malaysia khasnya. Selain berjihad melalui peperangan, umat Islam mestilah berusaha mengangkat semula kegemilangan Islam dalam semua bidang. Kekuatan Islam dan umatnya pada hari ini bukan semata-mata kerana semangat dan kekuatan dalam ketenteraan sahaja. Sebaliknya kekuatan ekonomi, politik, ketenteraan, sains, teknologi dan sebagainya adalah inti pati kekuatan yang sebenarnya pada hari ini. Justeru dengan penguasaan tersebutlah umat Islam akan digeruni pihak musuh dan seterusnya boleh menjadi pemangkin kepada negara-negara lain di dunia ini. Hari ini kuasa tersebut dimiliki oleh Barat setelah mencedok dan mengaplikasikan segala ilmu dalam tamadun Islam.

Kesimpulan

Umumnya jihad membawa maksud yang sangat luas. Ianya tidak boleh disempitkan kepada jihad di medan perang semata-mata. Justeru jihad dalaman seperti melawan hawa nafsu dan godaan syaitan juga tergolong jihad fardu ain. Sebaliknya jihad menentang orang-orang kafir hanyalah jihad fardu kifayah dan ianya bertukar wajib apabila pihak musuh menyerang atau mengancam Islam dan umatnya. Akhir sekali saranan untuk mengaplikasikan jihad di dalam kehidupan seharian Muslim seperti berikut; jihad melawan hawa nafsu, godaan syaitan, kaum kafir ‘harbi,’ golongan munafik dan amal makruf nahi mungkar. Oleh itu, sekiranya setiap Muslim mengamalkan serta menghayati semangat jihad nescaya kegemilangan Islam akan kembali menyinari dan membawa kesejahteraan kepada alam ini.

Re: Maksud Jihad sebenar dalam islam..

Posted: Sun Jul 29, 2007 1:43 pm
by bambang
rockbebeh wrote:kepada sahabatku sekalian.... baca lah segala isi dibawah.. dan jangan lah salah kan islam pasal jihad yang dilakukan oleh org yang tidak beriman kepada Allah.(aku ni org malaysia... mungkin bahasa indonesia berlain sikit... tapi aku tinggal di johor, yang mana siaran tv indonesia jelas sekali di tempatku seperti sctv,dan rcti.. sedikit2 aku mempelajari bahasa indonesia di layar tv aja)

Jihad jika dilihat di dalam konteks yang lebih luas mempunyai tujuan tertentu. Namun semuanya memfokuskan kepada perkembangan syiar Islam serta keberkatan Allah semata-mata. Antara tujuan jihad ialah untuk menyebarkan dakwah Islam, melindungi agama Islam dan negara serta menolong kaum-kaum yang tertindas.
.
Rockbebeh.... islam berjihad dari apa dan dari siapa?

Bukankah yang diperjuangkan dalam jihad islam mensengsarakan orang lain selain islam?
Apakah auloh islam tidak tahu kalau orang kafir juga milikNya?
Jihad islam itu hanya pelampiasan hawa nafsu manusia Arab (baca: Moh dan teman2nya) untuk menguasai dunia..... bukan ajaran kebenaran Tuhan.
Jadi ...... apapun penjelasanmu (islam) tentang jihad, merupakan wacana politik yang membodohi manusia dengan JJS (janji-janji sorga)..Paham!! :roll:

Re: Maksud Jihad sebenar dalam islam..

Posted: Thu Aug 02, 2007 6:19 am
by rockbebeh
bambang wrote: Rockbebeh.... islam berjihad dari apa dan dari siapa?

Bukankah yang diperjuangkan dalam jihad islam mensengsarakan orang lain selain islam?
Apakah auloh islam tidak tahu kalau orang kafir juga milikNya?
Jihad islam itu hanya pelampiasan hawa nafsu manusia Arab (baca: Moh dan teman2nya) untuk menguasai dunia..... bukan ajaran kebenaran Tuhan.
Jadi ...... apapun penjelasanmu (islam) tentang jihad, merupakan wacana politik yang membodohi manusia dengan JJS (janji-janji sorga)..Paham!! :roll:
saudaraku bambang.... jangan lah kamu salah faham dengan maksudku.... aku terangkan sekali lagi deh.... jihad yang dilakukan skrg ni oleh org islam... adalah mereka yang tidak beriman kepada allah.... kerana secara logicnya... nabi- nabi yang diutuskan allah semua nya tidak pernah menyakiti semua umat2nya... mereka hanya berdakwah.... di dalam al-quran ada menjelaskan... berperanglah dengan org kafir... adalah maksudnya... dakwah terhadap mereka... akan tetapi jika org kafir tersebut mengguna kan senjata... baru lah umat islam dibolehkan menggunakan senjata... TETAPI dengan tujuan kerana mempertahan kan agama Allah kerana Allah.... sama seperti nabi muhammad berperang... nabi muhammad berperang kerana diminta oleh org kafir kerana org kafir mempertahankan agama nya.... tetapi nabi muhammad pula disuruh allah mempertahankan islam kerana Allah. secara logic nya.... islam gak pernah mengajar buruk2 deh... dia cuma mengajar mempertahankan sahaja dong.... jangan lah memandang islam di luaran sahaja...kalau di dalami islam... ternyata memang indah... seperti contoh sebuah rumah dilihat dari luar amat huduh sekali.... tapi bila masuk kedalam... waduh... cantik sekali hiasannya..... dan satu pesanku... jangan lah belajar quran tanpa gurunya... kerana setan pasti terjemahkannya sehingga fikiran kusut seh.... fikir kan lah yea sahabat ku atau saudara ku disini....

Posted: Thu Aug 02, 2007 8:38 am
by SQUALL LION HEART
Kalau jihad di negara yg mayoritas bukan islam tapi demi membela islam dan agar islam jadi mayoritas
diperbolehkan ngak ???

ayo jawab.. islam kalau minoritas suka bikin rusuh..

Posted: Thu Aug 02, 2007 6:31 pm
by murtad mama
@kq nembak sibebek sich :lol: :lol; dulunyakan malaysia masih negara hindu loch trus jihad dimalaysia makanya moslem mendominasi malaysia waktu tu, betul ndak bebek :lol: :lol:

Posted: Fri Aug 03, 2007 5:24 am
by rockbebeh
SQUALL LION HEART wrote:Kalau jihad di negara yg mayoritas bukan islam tapi demi membela islam dan agar islam jadi mayoritas
diperbolehkan ngak ???

ayo jawab.. islam kalau minoritas suka bikin rusuh..
ok sahabat.... sila baca kembali post yang di tengah... saya udah menjelaskan... dan jika kamu fikir lewat akal... kamu sendiri yang bisa mencari jawapannya.... ingatlah itu semua bukanlah org islam beriman yang berperang mereka hanya berkhayal dan kurang pengetahuan mengenai agama islam.... islam gak nyuruh gitu deh.... fikir lah sahabat....

ok pertanyaannya.....
1) mengapa kamu benci islam?
2)apa yang ada dihati kamu mengenai islam?
3)apa pandangan kamu mengenai islam?

jawab jujur yea... jadi aku bisa menjelaskan sedikit....

Posted: Fri Aug 03, 2007 12:42 pm
by murtad mama
@dear bebek gw answer shaja question awak nie

1) kenapa kami benci islam
kami tidak benci islam, cuman islamlah yg membenci kami dgn satanic versesnya umapama "setelah habis bulan haram pancunglah para kafir......"

2). masalah mengena dihati ttg islam ada loch, umpama

a). bagaimana si child abuser mengarang koran dgn quoted dri bible
b). bagaimana si child abuser berahi dan merogol anak umo 6 taun
c). bagaimana child abuser tak ridho apabila seorang eslam converted ke jews or chirstian
d). bagaimana child abuser mengejar harta dunia, memancung, emjarah,menjajah,bahkan merogol malakat (budak) dan memperbudak anak kecil sehingga menjadi yatim piatu
e).bagaimana si child abuser membunuh suami safiyah dan merogolnya
f).bagaimana si child abuser mengambil istri kemenakannya
g).bagaimana si child abuser merogol mariyah al qibti hingga melahirkan anak (ibrahim) dan status si mariyah ttp budak

3). pandangan kite2 ttg islam ya sila la tengok poin 2

Bagaimana dengan

Posted: Fri Aug 03, 2007 8:13 pm
by pemulihan
Bagaimana dengan :

"...Bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanan mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya... "(Surah 9:5)

"...Apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir maka pancunglah lehernya, sehingga apabilah kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya..." (Surah 47:4)

"...Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab sehingga mereka membayar 'Jizyah'..." (Surah 9:29).

"..Dan khabarkanlah kepada orang-orang kafir dengan azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah 9:3)

Ada pernah dengar pantun Ali ibn Abi Talib, dibaca sebagai:
"Pedang dan pisau kecil bunga-bunga kami;
Bunga narcissus dan myrtle bukan,
Darah musuh minuman kami;
Tengkoraknya cawan kami, setelah kita berlawan."


Apa makna rohani dari itu semua?
Apa sebenarnya makna rohani di sisi Allah dan manusia serta di sisi iblis dari jihad?

Re: Bagaimana dengan

Posted: Sat Aug 04, 2007 10:59 am
by rockbebeh
pemulihan wrote:Bagaimana dengan :

"...Bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana sahaja kamu menemuinya, dan tawanan mereka, dan juga keponglah mereka, serta tunggulah mereka di tiap-tiap tempat mengintipnya... "(Surah 9:5)

"...Apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir maka pancunglah lehernya, sehingga apabilah kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya..." (Surah 47:4)

"...Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak berugama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab sehingga mereka membayar 'Jizyah'..." (Surah 9:29).

"..Dan khabarkanlah kepada orang-orang kafir dengan azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah 9:3)

Ada pernah dengar pantun Ali ibn Abi Talib, dibaca sebagai:
"Pedang dan pisau kecil bunga-bunga kami;
Bunga narcissus dan myrtle bukan,
Darah musuh minuman kami;
Tengkoraknya cawan kami, setelah kita berlawan."


Apa makna rohani dari itu semua?
Apa sebenarnya makna rohani di sisi Allah dan manusia serta di sisi iblis dari jihad?

jihad... jangan lah kamu semua salah ertikan... islam tak pernah mengajar mengunakan senjata untuk berperang sebaliknya cuma mengguna kan kata2 sahaja... tapi ada org tanya... di dalam quran banyak menyuruh berperang(jihad) dan di benarkan membunuh.... isk... jangan lah kamu tafsirkan al-quran dengan begitu.... sesunguhnya ayat quran diturunkan selalunya berkait dengan cerita yang berlaku pada waktu itu. dan maksud berperang dengan jalan allah adalah berdakwah bukan menggunakan senjata.... ok logic nya untuk ditafsirkan akal adalah disini... semua org tahu cerita sejarah nabi2 dan rasul kan.... pernah kah semasa mereka berdakwah mereka disuruh membunuh org kafir tentu tidak kan... malah mereka berdakwah dan terus berdakwah membawa kepada kebenaran yang nyata... malah ada satu kisah nabi yunus yang mana Allah berfirman "adakah aku menjadikan org kafir itu sia sia".... pas tu ada org tanya... habis tu nabi muhammad berperang boleh plak... ok cam ni.... nabi muhammad berperang adalah kerana diminta perang oleh org2 kafir zaman itu kerana tidak setuju dengan ajaran islam.(satu contoh jika ada org hendak membunuh kamu.. pastinya kamu akan pertahankan dirimu kan?) sama juga nabi pada masa itu... berperang kerna mempertahankan agama islam dan bukan tujuan sengaja berperang untuk membunuh org2 kafir. dan atas sebab mereka meminta perang baru lah kamu dibolehkan menggunakan senjata.

Posted: Sat Aug 04, 2007 11:07 am
by coup_d_etat
Halo saudaraku....

Gimana kabarnya Robert Einstein dan teori bing bang nya?

Posted: Sat Aug 04, 2007 11:37 am
by rockbebeh
the_muhammad_slayers wrote:@dear bebek gw answer shaja question awak nie

1) kenapa kami benci islam
kami tidak benci islam, cuman islamlah yg membenci kami dgn satanic versesnya umapama "setelah habis bulan haram pancunglah para kafir......"

2). masalah mengena dihati ttg islam ada loch, umpama

a). bagaimana si child abuser mengarang koran dgn quoted dri bible
b). bagaimana si child abuser berahi dan merogol anak umo 6 taun
c). bagaimana child abuser tak ridho apabila seorang eslam converted ke jews or chirstian
d). bagaimana child abuser mengejar harta dunia, memancung, emjarah,menjajah,bahkan merogol malakat (budak) dan memperbudak anak kecil sehingga menjadi yatim piatu
e).bagaimana si child abuser membunuh suami safiyah dan merogolnya
f).bagaimana si child abuser mengambil istri kemenakannya
g).bagaimana si child abuser merogol mariyah al qibti hingga melahirkan anak (ibrahim) dan status si mariyah ttp budak

3). pandangan kite2 ttg islam ya sila la tengok poin 2

jawab lah dengan menggunakan kan akal.... semua jawaban itu hanya lah untuk anak kecil sahaja... aku memohon untuk kamu jawab dengan jujur dan aku bisa menerangkan... bukan dengan cara begitu... use your logic.

Posted: Sat Aug 04, 2007 12:58 pm
by charles-mattel
kalo orang pake akal sehat atau logika, dari dulu harusnya udah pergi dari islam
cuma orang ganguan jiwa aja yang masih bisa percaya islam

Posted: Sat Aug 04, 2007 2:08 pm
by PUTRA PETIR
BEBEK GORENG:
ok sahabat.... sila baca kembali post yang di tengah... saya udah menjelaskan... dan jika kamu fikir lewat akal... kamu sendiri yang bisa mencari jawapannya.... ingatlah itu semua bukanlah org islam beriman yang berperang mereka hanya berkhayal dan kurang pengetahuan mengenai agama islam.... islam gak nyuruh gitu deh.... fikir lah sahabat....
HEI..BEBEK GORENG.... BUKA MATA SANA JALAN-2 KE ARAB ..BIAR TAU ARTI JIHAD YG SESUNGGUHNYA....JANGAN SEMBUNYI DIBALIK NEGERIMU MALAY SAJA ....... :lol: :lol:

ARTI JIHAD = BUNUH KAFIR, TEGAKKAN ISLAM SAMPAI SEMUA TUNDUK..DAN MENGAKUI TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD RASUL ALLAH....TUL..!! :lol: :lol:

Posted: Sat Aug 04, 2007 2:16 pm
by murtad mama
rockbebeh wrote:jawab lah dengan menggunakan kan akal.... semua jawaban itu hanya lah untuk anak kecil sahaja... aku memohon untuk kamu jawab dengan jujur dan aku bisa menerangkan... bukan dengan cara begitu... use your
logic.
si **** bebek ini mindanya hanya sebesar dubur yg membesar dan mengeluarkan boasting hoax loader hihihih, gw kira otak loe ternyata ckckckc..... muhammad bgt bok :lol: :lol:

sila la lampirkan bahwa jihad tidak masuk 5 claim saya:
1) budak
2) sex with captives women
3) pembunuhan
4) perampasan wilayah
5) pemaksaan 'aqidat dri ugama asal ke ISLAM

gw mau uji otak si bebek dari johor baharu MALAYSIA, sila answer pakcik :lol: :lol:

Belum terjawab.

Posted: Sat Aug 04, 2007 5:04 pm
by pemulihan
rockbebeh wrote:
"jawab lah dengan menggunakan kan akal.... semua jawaban itu hanya lah untuk anak kecil sahaja... aku memohon untuk kamu jawab dengan jujur dan aku bisa menerangkan... bukan dengan cara begitu... use your logic. "

Hai teman,...jangan lupa kita berbicara juga dalam tatanan kerohanian.
Saya tanya kepada umat muslim melalui posting saya diatas apa makna kerohaniannya?Kenapa tidak dijawab?

OK saya ambil satu ayat dulu ga usah banyak-banyak :

"..Dan khabarkanlah kepada orang-orang kafir dengan azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah 9:3).

Maksudnya apa?Dikatakan "kabarkanlah" , dengan menggunakan tatanan bahasa yang logis kita dapat mengetahui bahwa : kata "kabarkanlah" merupakan kata yang berbentuk aktif.
Saya dapat analogikan :
kabarkanlah = beritahukanlah=beri pengertian.
Oke kita lihat lagi kata/kalimat berikutnya :
" dengan azab yang tidak terperi sakitnya " , saudara pasti dapat membayangkan apa maksudnya?

Jadi si penulis memberi tahu kepada orang2 yang membacanya untuk bergerak secara aktif memberikan azab yang tidak terperi sakitnya kepada orang kafir. Bukankah begitu??


Itu saya lihat dari tatanan bahasa yang logis.
Mungkin ada tanggapan??

Pertanyaan saya yang berikutnya yang sudah sering saya ulang2 yaitu apa makna rohani dari ayat2 diatas ? (kita belum bicara ttg jihad dulu).

Re: Belum terjawab.

Posted: Sun Aug 05, 2007 8:11 pm
by rockbebeh
sila ke theard yang lainya... kerna diskusi ini berkaitan jihad...

Posted: Sun Aug 05, 2007 11:27 pm
by MuridMurtad
Umumnya jihad membawa maksud yang sangat luas. Ianya tidak boleh disempitkan kepada jihad di medan perang semata-mata. Justeru jihad dalaman seperti melawan hawa nafsu dan godaan syaitan juga tergolong jihad fardu ain. Sebaliknya jihad menentang orang-orang kafir hanyalah jihad fardu kifayah dan ianya bertukar wajib apabila pihak musuh menyerang atau mengancam Islam dan umatnya. Akhir sekali saranan untuk mengaplikasikan jihad di dalam kehidupan seharian Muslim seperti berikut; jihad melawan hawa nafsu, godaan syaitan, kaum kafir ‘harbi,’ golongan munafik dan amal makruf nahi mungkar. Oleh itu, sekiranya setiap Muslim mengamalkan serta menghayati semangat jihad nescaya kegemilangan Islam akan kembali menyinari dan membawa kesejahteraan kepada alam ini.
RBB berapi-api ingin menunjukan Islam itu agama damai, tapi dia menulis kafir HARBI. Tidak semua orang tahu kafir Harbi meskipun banyak artikel FFI menjelaskan itu. Kafir Harbi adalah penduduk Darul Harb atau Darul Kufur, yaitu Negara kafir.

Selain kafir Harbi ada kafir Dhimmi yang menghuni Darul Dhimmah. Dhimmi adalah orang yang mengikat pernjanjian tunduk atas superioritas Islam, alias warga kelas 2 sebagai imbalan atas penolakannya memeluk Islam. Kafir Dhimmi adalah subject jizyah dan kehinaan, seperti si bawah ini :
Perangi mereka yang (1) tidak percaya kepada Allah, (2) maupun di Hari Kemudian,(3) maupun yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya (4) dan yang tidak beragama dengan agama yang benar (i.e Islam) (yaitu orang-orang) yang diberikan Al Kitab kepada mereka(Yahudi dan Nasrani), sampai mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk. At Taubah 29

Rasulullah berkata : “ Berperang dalam nama Allah dan demi Allah. Perangi mereka yang tidak percaya kepada Allah, perangi tetapi jangan mencuri dari harta rampasan perang (sebelum dibagikan), berkhianat, atau membuat kerusakan. Jangan membunuh kanak-kanak. Bila engkau bertemu dengan musuh para musyirkin, ajak mereka kepada tiga hal, dan apapun yang mereka respon, terima itu dan biarkan mereka. Kemudian ajak mereka memeluk Islam dan bila mereka merespon, terima itu dan biarkan mereka. Bila mereka menolak tetapi mereka membayar Jiyah, maka mereka meresponmu, maka terima itu dan biarkankan mereka. Bila mereka menolak maka tempatkan imanmu kepada Allah dan PERANGI mereka…..” diriwayatkan Buraydah, Muslim 3261

JADI HANYA ADA DUA PILIHAN KAFIR YAITU : Kafir yang tidak tunduk terhadap hukum Islam atau kafir Harbi DAN kafir yang tunduk kepada muslim menjadi subyek jizyah.

SALAH SATU KEWAJIBAN JIHAD SEPERTI YANG DITULIS ROCKBEBEH DI ATAS ADALAH MEMERANGI KAFIR HARBI BILA SAATNYA TIBA , SEPERTI CHINA, JEPANG, PHILIPINA, THAILAND (BUKAN AMERIKA SAJA). Dan bila wilayah orang-orang kafir itu bisa dikuasai, maka akan diterapkan hukum Islam, dan penduduknya yang ingin menjadi merdeka harus memeluk Islam sebaliknya akan manjadi dhimmi dan menjadi subyek kehinaan.

Sayyid Khuthb berkata:
“ Negara yang ada di dunia menurut Islam dibagi menjadi dua bagian, yang pertama negara Islam (Darul Islam), dan yang kedua negara kufur (Darul Harb),Negara Islam adalah negara di mana hanya syariat Islam yang diterapkan tanpa memperhatikan mayoritas dari penduduknya apakah semuanya muslim atau muslim dan kafir Dhimmi atau semuanya kafir Dhimmi dengan hanya beberapa muslim. Negara Kafir atau Darul Harb adalah negara yang memiliki beberapa wilayah yang di dalamnya diterapkan hukum-hukum kufur meskipun setiap orang yang ada di wilayahnya muslim.”

Jadi Indonesiapun menurut Islam termasuk Darul Harb selama masih memakai hukum positip warisan Belanda. Bagi Islam yang sejati hal itu perlu diubah, salah satunya dengan berjihad baik itu melalui jalan halus penuh tipu muslihat maupun jalur langsung seperti Amrozi dkk. SESUDAH MENJADI NEGARA ISLAM, maka semua kafir diberi pilihan : menjadi warga Negara penuh dengan memeluk Islam atau manjadi warga kelas dua menjadi dhimmi. KALU TIDAK MAU MEMILIH KEDUANYA AKAN DISURUH MEMILIH GOLOK !!!

JADI SALAH SATU JIHAD MENURUT ROCKBEBEH MEMANG MEMERANGI KAFIR YANG MASIH BEBAS (TIDAK MEMBAYAR UANG TUNDUK ATAU JIZYAH KEPADA MUSLIM).

Makanya hati-hati jangan ketipu ama muslim yang ingin menerapkan superioritas Islam dengan TUHAN PALSUNYA.
--

ha?

Posted: Mon Aug 06, 2007 1:37 am
by pemulihan
Haaa ?
Bukankah ayat yang saya tuliskan diatas itu adalah salah satu sumber awal yang membuat jihad itu sendiri? Karena jihad diasumsikan oleh kaum non-muslim (katanya seh kafir) itu identik dengan kekerasan. Nah tugas saudaraku yang tercinta ini untuk menjelaskannya...gitu loh...kalau itu bukan berarti jihad lalu apa maksud dan tujuan dari ayat itu?

Ayat diatas beserta ayat2 yg lain itu apa maksudnya?
Masak harus saya ulang2 lagi...

Kok saudaraku yang tercinta rockbebeh malah menghindar ?

nb : btw, boleh tidak orang kafir seperti saya ini menyebut anda saudara?jgn2 hukumnya haram lagi...

Posted: Mon Aug 06, 2007 4:44 pm
by M-SAW
coup_d_etat wrote:Halo saudaraku....

Gimana kabarnya Robert Einstein dan teori bing bang nya?
wah
wah
topik apa ini??
yg gimana sih??

Posted: Wed Aug 22, 2007 8:52 pm
by rockbebeh
untuk bacaan kaum muslim.....

Apa itu jihad?

Dalam istilah bahasa, jihad datangnya dari perkataan ‘jahada’ yang bermakna:
"menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu".

Jihad yang paling besar yang di buat oleh semua Nabi dan rasul adalah:
AMAL MAARUF DAN NAHI ANI MUNGKAR…
Atau dalam bahasa Malaysianya:
Ajak orang kepada Allah, mencegah orang daripada meng-engkari Allah…

Sesiapa yang melakukan ini , sesungguhnya dia telah berada di jalan Allah..
Sesiapa yang melakukan ini , sesungguhnya dia telah berada di jalan JIHAD!!!
Berjihad Fi sabililah!!!

-------------
Untuk memudah fahamkan apa yang bermain di benakku ini, biar aku buat dua pecahan:

JIHAD ini terbahagi kepada DUA.
1. Jihad Nubbuwah(Kenabian)
2. Jihad Khalifiah(Pemerintahan)
Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…
Korang faham tak?

Ok, macam ni, maksud jihad Nubbuwah(Kenabian) ini, adalah: ajak manusia kepada Allah.. dan jihad Khalifiah(Pemerintahan) pula adalah bermaksud lebih kepada : munghukum manusia yang engkar kepada Allah..

Jadi jika aku tulis dalam bentuk point:
JIHAD ini terbahagi kepada DUA.
1. Jihad Nubbuwah(Kenabian)
- ajak manusia kepada Allah. (amal maaruf)
2. Jihad Khalifiah(Pemerintahan)
-munghukum manusia yang engkar kepada Allah.. (nahi Mungkar)

Dan aku ulangi:
Bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…
Tapi Semua para Nabi a.s buat kerja Jihad Nubbuwah,

Dan Ummat terdahulu tidaklah mendapat peluang untuk menjalankan kerja Jihad Nubbuwah!!, hanya Ummat nabi Muhammad SAW sahaja yang di berikan keistimewaan JIHAD ini…

Adakah aku dan korang sedang bersyukur atas nikmat JIHAD ini atau sedang terasa beban?

baiklah, Untuk menambahkan lagi akan kememudah fahamman tentang jihad ini, biarlah aku pecah kecil lagikan akan perkembangan maksud Jihad ini kepada dua lagi, iaitu

Jihad Nubbuwah(Kenabian) terbahagi kepada dua.
-Ajak orang kapir masuk islam.
-Ajak orang islam amalkan keseluruhan islam

Manakala, Jihad Khalifiah(Pemerintahan) terbahagi kepada dua juga.
-Menghukum orang kapir yang berdamai dengan Ghizyah
-Mempertahankan agama bila diminta perang oleh org kafir.

Tentang dalil, korang boleh rujuk Al Quran dan hadith, untuk jihad Khilafiah yang merangkumi tentang Ghizyah, dan perang, aku rasa korang takde masalah tentang JIHAD Khalifiah ini.., kerana ini yang biasa di war warkan…

(rujuk:At-Taubah:29)

Dan untuk Dalil Jihad Nubbuwah pulak, jika korang dengan rajinnya dan dengan rendah dirinya mencari, maka korang boleh jumpa ayat seperti:
“wahai manusia, berimanlah kepada Allah”-ayat ni di tujukan kepada orang kapir..
Manakala ayat seperti :
“wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah”-ayat ini pulak di tujukan untuk orang islam…

Maka jika korang dan aku rujuk Hadith pulak, maka korang boleh dapat nasihat dari nabi kepada Jema’ah yang di bentuk untuk berjihad lebih kurang maksud:

1, Ajaklah mereka masuk islam.
2, Jika Mereka dah masuk islam suruhlah mereka berhijrah ke sini(madinah) untuk belajar ugama.
3, Jika mereka enggan, maka perintahkan mereka membayar Ghizyah dan mereka akan mendapat jaminan keselamatan seperti orang islam yang lain
4, Jika mereka enggan jugak, dan mengajak kamu berperang maka perangilah mereka tapi jangan bunuh anak kecil, jangan rosakkan mayat dan jangan buat itu ini (dan lain lain –rujuk ustaz)

Persoalannya sekarang, Kenapakah selama 13 tahun nabi Muhamamd SAW di mekkah, baginda tidak pernah membuat kerja Jihad Khalifiah? Baginda hanya membuat jihad Nubbuwah..

Di mekkah Nabi SAW tak bina kekuatan tentera, tapi bina kekuatan iman melalui perantaran Dakwah.., kenapa?

DAN Kenapakah tidak semua para Nabi Nabi a.s mendapat peluang membuat kerja Jihad Khilafiah? Tapi yang pastinya mereka semua membuat kerja jihad Nubbuwah..

Dan pada zaman ini? Ada tak mana-mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Khalifiah?
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menjalankan kerja mintak Ghizyah dari orang kapir ?
(suara latar: takde)

Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara islam yang menjalankan kerja jihad Nubbuwah?
Ada tak mana mana Negara Negara islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
(suara latar: pun takde)

Ok, aku kecikkan skop..

Ada tak kumpulan so call islamic yang menjalankan kerja jihad Khilafiah?
Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja mintak Ghizyah dari orang kapir?
(suara latar: lagilah takde)

Dan ada tak Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menjalankan kerja jihad Nubbuwah?
Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan islam yang menghantar jemaah dakwah kepada orang kapir ke seluruh dunia dan ajak mereka yang masuk islam berhijrah ke Negara islam contoh.. ada tak?
( setahu aku … takde -sebak)

Takde???? Habis yang korang sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa orang buat sebenarnya???

Benarkah korang sedang berjihad???

Ok, aku tanya soalan lain..
Dan pada zaman ini? Ada tak Negara Negara kapir yang sedang menakluk dan memusnahkan Negara Negara islam..
(suara latar : ada-lihat pelestin, Iraq, Afganistan, bosnia, Lubnan, ambom dan bakal bakalnya..)

Dan pada zaman ini? Ada tak mana mana Persatuan, parti, kumpulan, atau gerakkan orang kapir yang menghantar jemaah dakyah kepada orang islam ke seluruh dunia dan murtadkan orang islam di hadapan rumah mereka…?
(suara latar : Ada-.., jema’ah kristian sedang bergerak sekarang di seluruh dunia termasuk Malaysia!!)

Habis tu…? korang orang islam sebut dan laungkan kalimah jihad di sini sana? Apa orang buat sebenarnya???

Berjihad membesarkan rumah?
Berjihad membesarkan kereta?
Berjihad membesarkan pangkat?
Berjihad membesarkan dunia?
Berjihad membangunkan ekonomi negara?
Berjihad mendapatkan Negara islam?
Berjihad menumbangkan orang islam yang lain?

Sedangkan…,
Orang islam berbondong bondong menukar ugama,
Masjid saf demi saf menjadi lengang,
Sunnah demi sunnah menjadi asing
Bida’ah demi Bida’ah mendapat tempat
Negara demi Negara di jajah dan di tindas…

Perti demi parti di tubuhkan namun islam terus merudum..
dana dan duit di kumpulkan, orang kapir terus menindas…
jihad dan jihad di laungkan, namun kehinaan demi kehinaan di perolehi..
Kenapa jadi begini?

Kenapa orang kapir langsung tak rasa gentar dengan orang islam?

Kenapa orang islam takut dengan orang kapir?

Jawapannya..

Kerana ALLAH telah berjanji kepada nabi Muhammad SAW bahawa ALLAh tidak akan membantu ummat islam malahan akan mencabut kegerunan orang kapir terhadap orang islam bila Ummat islam mengabaikan JIHAD NUBBUWAH ini!!!!….

Bukan itu sahaja, Allah akan melantik raja yang zalim memerintah dan menindas orang islam, menghina orang islam dan pada waktu itu, doa orang islam tidak lagi makbul malahan dosa tidak lagi di ampunkan sehinggalah ummat islam itu kembali menjalankan kerja JIHAD NUBBUWAH ini….!!!

Malahan, Allah sanggup membiarkan anak anak kecil orang islam terbunuh supaya bila besar kelak tidak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…

Malahan, Allah sanggup membiarkan ibu ibu dan wanita wanita orang islam terbunuh supaya tiada lagi generasi yang di lahirkan kelak menjadi sesat seperti bapa bapa mereka…

Dan aku sendiri juga adalah seorang daripada bapa bapa mereka..oh!!

(Hujanpun turun dengan lebatnya mengalir bersama darah darah dari mayat mayat orang islam..)

. . . . .
Hari ini korang mengaku telah membuat JIHAD Khalifiah, akan tetapi… tahukah korang? bahawa JIHAD khalifiah itu tidak akan mendapat pertolongan dan restu dari Allah jika korang mengabaikan JIHAD Nubbuwah ini…?

Aku ulangi, Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…

Dan ummat islam hari ini di beri Nikmat dan tanggungjawab untuk membuat JIHAD Nubbuwah dan jihad khilafiah…, ini adalah KURNIA bukan HUKUMAN!!!
Adakah kita sedang mengsyukuri nikmat ini, atau sedang mengengkari?

Ketahuilah… hanya orang yang layak sahaja di benarkan untuk membuat jihad Khalifiah..

Di Mekkah pernah ada sahabat Nabi yang offer untuk berperang, tapi nabi bagitahu supaya bersabar dan buat kerja dakwah macam biasa… masa belum tiba..

Di madinah pula, melalui Nabi sendiri ada orang yang di uzurkan oleh nabi Muhammad SAW untuk menyertai jemaah JIHAD Khilafiah..

Hanya orang yang layak sahaja boleh buat kerja JIHAD KHILAFIAH ini..

Tapi tiada sorang Ummatpun yang di uzurkan oleh Nabi SAW untuk tidak membuat JIHAD Nubbuwah!!!

Semua sahabat Nabi s.a.w buat ini kerja, kanak kanak sekecil Anas RA dan seremaja Ali RA pun buat, Amar Jamuh RA yang tempang juga buat, Abdullah Mat tom yang tua dan buta, orang orang perempuan, makcik makcik, nenek datuk, cucu cicit, kaya miskin, hamba dan tuan hamba, hensem dan burok, semua diperintahkan oleh nabi untuk buat jihad NUBBUWAH INI!!! Semua!!! Takde yang terkecuali, sampaikan Abdullah Ubai (orang munafik) pun ‘terpaksa’ buat..oh!

Maka korang dan aku pada hari ini, langsung tidak boleh bagi alasan untuk mengelakkan diri dari membuat JIHAD Nubbuwah ini, sekiranya korang membisu terhadap kerja JIHAD Nubbuwah ini maka korang telah menarik MURKA ALLAH, membuatkan doa korang tidak makbul, membiarkan dosa korang tidak terampun dan raja yang zalim akan memerintah kamu..(rujuk hadith)

Lalu apabila datang pemerintah yang zalim, maka korang mula berjihad KHALIFIAH menentang pemerintah dan Allah terus menganti pemerintah itu dengan pemerintah yang lain berkadar dengan kerja Nubbuwah yang korang abaikan hari ini..

Dulu belanda lepas tu Britsh, lepas tu jepun lepas tu pulak bintang tiga dan la ni pun korang masih menentang orang islam, dan korang masih menentang dengan Jihad khalifiah korang kononnya dan menenetang dengan cara Yahudi sedangkan korang telah abaikan JIHAD Nubbuwah maka Allah boleh mengganti Kerajaan sedia ada sekarang dengan Kerajaan DAJJAL yang sebesar besar BATIL!!!! Dan boleh gantikan korang dengan kaum lain yang mencintai Sunnah rasul yang sebenar!!!

Dan sedarlah diri tu sikit, kesalahan terbesar ummat islam hari ini adalah mengabaikan JIHAD Nubbuwah iaitu mengabaikan serta lupa untuk menyeru orang kapir kepada ugama islam dan malas serta tak sanggup bersusah payah ajak orang beriman supaya bertaqwa….

Buktinya, paling dekat.., masjid masih banyak yang kosong…

Dulu apabila Abu bakar RA masuk islam, terus bertanya baginda SAW akan apakah kerja yang patut saya buat? (lebih kurang soalan bunyi cam tu)

Lau nabi jawab lebih kurang maksud:
“kerja aku kerja kamu.., atau buat apa yang aku buat” - lebih kurang macam tulah bunyi jawapan dari nabi SAW..

Dan abu Bakar terus buat JIHAD Nubbuwah ini dan telah ajak 6 orang kapir masuk islam pada hari tu jugak..wallahualam-rujuk kitab.

Tapi korang hari ini sibuk buat JIHAD Khalifiah cara Yahudi dan abaikan JIHAD Nubbawah cara Nabi SAW.., korang buatkan seoalah olah Jihad Khalifiah cara yahudi lebih besar dari Jihad Nubbuwah…huh!

Sedangkan nabi sewaktu pulang dari medan JIHAD khalifiah, memberitrahu sahabat lebih kurang maksud bahawa ada JIHAD yang lebih besar lagi dari JIHAD ini.., iaitu JIHAD Nubbuwah, jihad menentang nafsu korang yang tak suka ikut Sunnah dan tak suka ajak orang pada Allah dengan alasan keluarga belum baik, diri sendiri belum baik, huh dah masuk umur 40 tahun pun masih sanggup di tipu setan?!!!

Sesungguhnya jihad Nubbuwah ini sangat besar dan berat ujiannya. Berbanding jihad Khalifiah,. jihad dalam perperangan jika kita kalah dan mati, terus masuk shurga kerana syahid, sebaliknya jika kita menang kita akan dapat harta rampasan perang!
NOTA: Ingat kita boleh berperang jika diminta oleh org kafir atas sebab mempertahankan agama Allah seperti apa yang nabi buat didalam perang bdr,uhud dan khandaq semuanya diminta oleh org kafir.
Dalam bab jihad Nubbuwah pula, bila kita boleh buat hari ini belum tentu masuk shurga sebab kita masih belum jadi mayat, hari ini boleh buat esok lusa tak tahu lagi, setiap detik dan saat kena buat jihad Nubbuwah dalam usaha mengalahkan nafsu, pendek kata dalam jihad Nubbuwah ini..
Jika menang belum tentu.., jika kalah masuk neraka!!!

Korang tahu apa syarat untuk buat JIHAD NUBBUWAH..?
Sesiapa yang ucap kalimah LA ILLA HA ILLALLAH..maka dia layak buat kerja ini..

Korang tahu apa syarat untuk buat JIHAD KHALIFIAH?
Jika Korang di serang …..

Lalu korang bagi alasan:…

Ha! Sebab tulah, kami perlu buat JIHAD Khalifiah untut dapatkan Negara Islam, bila ada negara islam maka mudahlah kita buat JIHAD Nubbuwah.., macam nabi bila dah dapat Nagara islam di Madinah bla bla blal bla (rujuk ustaz politik)

Aku kata:
Korang jangan buat SEKUTU dengan ALLAH, adakah ALLAH perlu kepada sebuah Nagara untuk islamkan orang kapir dan Taqwakan ummat islam?
Adakah ALLAH itu perlu kepada NEGARA untuk Bantu sebarkan hidayat?
ALLAH ITU TUNGGAL DAN ALLAH BENCI KEPADA SEKUTU!!!
Hadith Qudsi: Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan persekutuan. Barangsiapa melakukan suatu amalan kemudian dia mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain, maka Aku akan meninggalkannya dan meninggalkan sekutunya.” Dalam riwayat yang lain disebutkan: “Maka dia akan menjadi milik sekutunya dan Aku berlepas diri darinya.”

Ingat!! Semua Nabi buat kerja Jihad Nubbuwah, tapi bukan semua Nabi buat kerja Jihad Khalifiah…
Dan Allah tak perlu kepada sebuah Negara mahupun kerajaan untuk majukan ugama Allah!!!
Allah boleh pilih angin ribut buat dakwah, Allah boleh pilih berok buat dakwah Nubbuwah jika korang tak nak…
Ingat, Nabi Sulaiman AS telah memiliki Kerajaan yang cemerlang gemilang dan terbilang, tapi ALLAH tak declare ugama sempurna waktu tu..

Tapi ALLAH declare ugama sempurna apabila semua para sahabat RA bangkit buat kerja JIHAD NUBBUWAH yang mana maksud ugama sempurna adalah seperti yang difahamkan oleh saidina Abu Bakar RA iatu, NAbi akan wafat dan ummat ini kena sambung kerja JIHAD NUbbuwah sampai hari kiamat.., nabi tidak akan di hantar lagi!!!

Bukannya bila ada Negara, ugama jadi sempurna…, lagipun jika korang bukak Al-quran korang boleh jumpa ayat ni yang bermaksud:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah-khalifah yang berkuasa;

Dan Ia akan menguatkan agama mereka (Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka.

Dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh).

Mereka terus beribadat kepada-Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq. [al-Nur 24:55]

Tafsir oleh ulamak (bukan aku) akan ayat ini adalah.., Allah akan bagi Negara islam kepada ummat islam apabila seluruh ummat islam telah menjadi orang yang soleh, bermaksud Negara islam akan dapat bila kita buat amal soleh, maka Negara islam adalah termasuk dalam janji Allah kepada mereka yang beramal soleh samalah jugak seperti janji Allah nak beri pahala dan shurga kepada orang yang bermamal soleh..

Maka korang tak boleh jadikan JANJI ALLAH iaitu Shurga, pahala dan Negara islam sebagai maksud perjuangan!! kerana di situ tidak ada ikhlas.., IKHLAS adalah buat hanya kerana perintah Allah,

Jangan jadikan JANJI ALLAH sebagai maksud!!! Tapi jadikan KEREDAAN ALLAH sebagai maksud, itu yang sahabat dan nabi buat, sebab tu bila sahabat berhijrah ke Habsyah tak dapt Negara islam mereka relax sahaja, kerana mereka jadikan KEREDAAN Allah sebagai maksud, sebab tu bila nabi SAW pergi taif dan tak dapatpun Negara islam, tapi Nabi cool sahaja, kerana nabi just nak redha ALLAH !!!
Dalam ayat di atas:
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH akan bagi Negara islam,
ALLAH perintah kita buat amal soleh dulu, barulah ALLAH bagi shurga!!
Korang faham tak???
JANGAN JADIKAN JANJI ALLAH SEBAGAI MAKSUD, KITA KENA JADIKAN KEREDAAN ALLAH SEBAGAI MAKSUD..

BILA KITA DAPAT ALLAH, KITA AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Kita akan dapat pahala, ketenangan hati, rezeki berkat, anak soleh, isteri solehah, pahala, shurga, dan Negara islam!!!

DAN BILA KITA TAK DAPAT ALLAH, MAKA KITA TAK AKAN DAPAT SEGALA GALANYA!!!
Malahan kita akan dapat dosa, susah hati, rezeki sempit, anak derhaka, isteri curang, dosa, neraka, dan kerajaan yang zalim!!!

Berjihadlah semata mata kerana Allah di Jalan ALLAH…

Dan untuk jadi soleh, kenalah buat JIHAD NUBBUWWAH!!

Semua Nabi buat usaha Nubbuwah dan semua sahabat nabi SAW buat usaha JIHAD NUBUWWAH… Nabi SAW buat usaha Nubbuwah selama 13 tahun di Mekkah masa tu turun ayat guna geleran “wahai manusia” tapi bila iman sahabat dah mantap dan bila mereka berhijrah ke Madinah kerana Perintah Allah, maka Allah telah iktiraf iman mereka lalu turun ayat dengan gelaran “wahai orang yang beriman”..

Senang cerita, Nabi SAW dan sahabat RA buat usaha atas iman dengan kerja JIHAD Nubbuwah ini selama 13 tahun maka Allah tunaikan janji DIA dengan bagi Negara islam… iaitu Madinah.

Dan bila dah ada Negara islam, dan semua orang islam ketika itu 100% taat perintah Allah ikut cara nabi SAW, dan semua orang islam di zaman itu buat kerja JIHAD Nubbuwah, maka barulah layak mereka buat kerja JIHAD Khilafiayah maka bermualalah zaman kegemilangan islam menguasai dunia…

Tapi tahukah korang? Sejak bila empayar islam itu jatuh merundum?
Ya! bila kerja Nubbuwah hanya ustaz dan ulamak sahaja yang buat, dan tentera islam yang membuat JIHAD khilafiah pulak terdiri daripada mereka yang tak buat JIHAD Nubbuwah.., maka bila askar islam itu tak buat usaha atas iman, maka mereka akan takut mati, dan yakin dengan senjata serta bilangan tentera terus menarik bala ALLAH..
Naduzubillah…

Dan berbalik kepada zaman ini, korang mengaku parti, pertubuhan dan kumpulan korang adalah ahli JIHAD Fi sabillah menegakkan Negara islam, JIHAD KHILAFIAH kononnya, tapi tahun demi tahun, doa tidak makbul dan tiada pertolongan Allah malah mengundang kemurkaan ALLAH kerana JIHAD Nubuwwah korang telah abaikan..

Adakah hidupnya orang kapir atas muka bumi ini hanya bertujuan untuk mati di bunuh oleh kamu orang islam?
Adakah matinya orang kapir itu kelak hanya bertujuan untuk menjadi bahan bakar api neraka?

KASIHANILAH MEREKA….

Mengakhiri entry ini, ada satu lagi yang aku nak cerita tentang JIHAD NUBBUWWAH INI…

Hari ini jika korang ajak orang kapir masuk islam, maka mereka akan menolak dengan menyatakan keburukkan akhlak orang islam sekian sekian, aku mengaku akhlak orang islam sekarang sangat buruk, tertama sekalinya aku, ini adalah di sebabkan iman yang lemah kerana tak buat usaha atas iman, tak buat usaha JIHAD NUBBUWAH..

Maka ada pendapat dari alim ulamak bahawa dakwah terhadap orang kapir di kemudiankan dahulu kerana akhlak orang islam sendiri sangat buruk dan jika dakwah terhadap orang islam dewasa ini tidak di buat maka orang islam pulak yang akan murtad berbondong bondong dan beristigfarlah kamu….

Sebaliknya, apabila semua ummat islam tak kira jahil ke cerdik, kaya atau miskin, hensem atau buruk buat kerja dakwah sesame kita, masing masing pakat ajak pergi masjid, masing masing kembali taat perintah Allah ikut cara Nabi, maka orang kapir akan terkesan dengan akhlak orang islam dan berbondong bondonglah orang kapir masuk islam maka bertasbihlah kamu menuji ALLAH…

Zaman Nabi dulu, Kalau kita tengok selepas 13 tahun Nabi berjihad Nubbuwah (berdakwah) di mekah hanya ada 313 org je yang ikut berjihad khalifiah dalam perang badar, lebih kurang 10 tahun masa berlalu di madinah dan jihad Nubbuwah serta Jihad Khalafiah telah berjalan, maka akhirnya jumlah para sahabat telah berrtambah dan mencecah kepada lebih kurang 10 ribu orang.. (purata seribu orang setahun masuk islam)
Kemudian Nabi bersama 10 ribu orang sahabat nak pergi haji, tapi di halang oleh orang kapir lalu terbentuklah perjanjian Hubadiah dan berlakulah genjatan senjata…, bila berlaku genjatan senjata orang kapir boleh bergaul mesra dengan orang islam di madinah dengan bebas dan dah tak ada perang sehinggakan dalam masa beberapa tahun sahaja jumlah para sahabat Nabi SAW telah mencecah 124 ribuk orang.. (purata seratus ribu orang setahun masuk islam)
Kenapa ?
Kerana semua penduduk madinah dan masyarat islam buat Jihad Nubbuwah sehingga orang kapir datang madinah terus terkesan dengan akhlak orang islam yang sempurna kesan dari usha dakwah Nubbuwah…, maka ketika itu dapat di lihat akan orang-orang kapir telah berbondong bondong masuk islam dan turunlah ayat yang memerintahkan orang islam bertasbih memuji ALLAH… (rujuk surah An- nashr)

Namun hari ini, orang islam sibuk buat JIHAD KHILAFIAH yang tak ikut Sunnah Nabi dan mengabaikan JIHAD NUBBAWAH…., jika ada yang mengaku berdakwah sesama islam, ralat pulak sebab guna teknik Bida’ah…, (panjang lagi kalau nak eksplain satu satu bab jihad ni sebenarnya.. )

Akibatnya.. akhlak org islam berada pada paras yg membimbangkan… orang islam telah tinggalkan kerja dakwah… membuatkan orang kapir bukan saja tak nak masuk islam malah TAKUT jadi macam orang islam dan benci gila dengan orang islam…salah sikit..bakar! silap sikit…rusuhan! Doa laknat merata-rata…kemudian bukan itu sahaja, akibat ummat islam tingglkan Jihad nubbuwah ini maka berbondong bondonglah orang islam murtad dan beristigfarlah kamu semua wahai sahabat termasuk aku sekali..
(astarfirullahulazim..)….

Dan akibatnya lagi, kebanyakkan UMMAT islam hari ini yakin dengan senjata, dengan bilangan, dengan pengaruh, yakin dengan Negara, yakin dengan ekonomi dan segala macam lagi makhluk lain, sedangkan Allah tidak suka kepada sekutu…., dan semua itu membuatkan orang islam terus terheret ke lembah kehinaan.., sedang orang islam berperang sesama sendiri, Allah telah cabut kegerunan orang kapir kepada islam, akibatnya…. Sekali lagi ummat islam terus terheret ke lembah kehinaan, di sembelih dan di bunuh macam binatang…oh!

Orang kapir yang Yakin pada berhala, pada hari akhirat kelak, barhala itu akan di hidupkan oleh Allah lalu datang mengazab orang yang yakin padanya…

Tapi orang islam yang yakin dengan makluk selain dari ALLAh maka sebelum jadi mayat lagi Allah akan datangkan makhluk yang mereka yakini untuk mengazab orang islam..

Orang islam yang yakin dengan senjata boleh menang, Allah akan hantar musuh yang lengkap bersenjata untuk hinakan orang islam..
INGAT ORG KAFIR PUN MAHLUK ALLAH.

Orang islam yang yakin dengan adanya Negara boleh menang, Allah akan hantar negara yang zalim untuk hinakan orang islam..

Dan kita tak pernah belajar dari sejarah..oh!!!!

Dan mungkin korang akan persoalkan yang mana jika benar kerja Nubbuwah ini di buat bolehkan islam kembali bangkit sebab nampak terlalu simple, jawapannya adalah: jika korang dan sejuta ummat cuba untuk menegakkan islam, korang tak boleh buat apa apa sebenarnya kerana korang hanyalah makluk yang lemah…

Tapi jika korang yakin yang kerja ini di buat oleh ALLAH, dan untuk memuliakan korang dan aku maka ALLAH gunakan kita, ikut tertib NAbi, maka dengan seorang manusiapun boleh ALLAH kembalikan kegemilangan ISLAM!!!

ALLAH boleh tegakkan kalimah islam tanpa senjata, bilangan tentera, dan Negara!! ALLAH boleh, percayakah kamu????

Tapi korang masih berdalih, masih mencari TAKHTA untuk menegakkan ugama, sanggup mengulingkan orang islam lain dengan alasan mereka tidak layak…, layakkah kamu akan TAKHTA itu..?

DI mekah, NABI SAW pernah di tawarkan dengan TAKHTA, HARTA dan WANITA, dengan syarat NABI tinggalkan KERJA JIHAD NUBBUWAH..

Tapi korang tahu apa NAbi SABDAKAN?

Lebih kurang maksud:
“jika korang mampu letak bulan di tangan kananku, dan matahari di tangan kiriku, aku tetap tak akan tinggalkan kerja ini, sejauh mana korang mustahil letakkan bulan dan matahari di tanganku, sejauh itulah mustahilnya aku daripada berhenti berdakwah!!!
(lebih kurang maksud begitu)

Tapi korang masih berdegil, al maklumlah korang dah buat banyak pengorbanan, lagi banyak korang buat pengorbanan pada benda yang batil lagi susahlah korang nak dapat hidayat…

Perlukah aku mencaci dan memaki korang? Bolehkah aku mencarut pada korang? Jawapannya tidak kerana Allah sahaja yang layak memaki hamba DIA dan ada dalam Al-quran cacian dari ALLAH dengan perkataan 'celaka' dan 'binasa' kepada hambaNYA, sedangkan aku juga seorang hamba yang hina maka aku tak layak untuk caci korang semua yang sama hamba hina dina macam aku jugak apatah lagi akupun belum buat kerja Nubbuwah ini sahaja - pandai cakap sahaja isk isk …,

Sepatutnya aku sambil menangis terus pergi membaringkan pipi kiriku di atas tanah dan korang letakkanlah tapak kaki kiri korang ke atas pipiku.., dan pijaklah hamba yang hina ini kerana tidak buat kerja Nubbuwah.., akan tetapi oleh sebab korangpun tak buat kerja ni maka korang tak layak pijak muka aku, maka marilah kita bersama sama buat kerja ini!!!!

Penutup:
Aku ingat nak tulis akan cara berdakwah kepada orang islam kat sini tapi aku rasa dah panjang sangat dah ni…, aku nasihatkan korang pergi rujuk ustaz dan ulamak akan bagaimanakah teknik berjihad Nubuwwah ini.., Cuma jika korang nak jumpa aku, apa kata korang email aku dan bagi Alamat rumah serta No handphone korang, nanti jika aku berpeluang mengembara ke seluruh Malaysia sempena tahun melawat Malaysia2007 nanti, dan andai di takdirkan Allah aku lawat kampong korang, insyAllah aku call korang dan kita akan bermuzakarah dan buat kerja Jihad Nubbuwah!, boleh insyAllah?!!!

End!
********
Anti Klimath
Sebelum korang berlabuh perut (sign out)…, ada tak korang tertanya-tanya akan bilakah waktunya kerja JIHAD KHALIFIAH ini akan dapat di buat oleh kita ummat islam?
Kata aku yang hina ini, : sekarang, kita semua wajib buat kerja JIHAD nubbuwah ini, nanti bila korang semua orang islam dah buat kerja ini, InsyAllah jadilah kita semua golongan yang soleh.., dan pada waktu tu baru ALLAH tunaikan janji DIA untuk bagi Negara islam, sekarang buat apa ALLAH nak bagi Negara islam kat orang yang tak soleh??? Yang mengosongkan masjid, yang menghina sunnah Nabi kekasih DIA.???.

Tapi aku yakin..jeng jeng jeng.. kerja JIHAD NUBBUWAH ini dan kerja JIHAD KHALAFIAH yang mulia ini akan berjelan serentak apabila munculnya NAbi ISA dan IMAM MAHDI…walaupun waktu kemenangan islam akan tiba… takkan kita nak tunggu waktu tu baru nak bertindak…. Fikirkan lah wahai sahabat sekalian…..

Pada waktu tu ada ulamak yang murtad…
Layakkah kita menjadi tentera imam mahdi dan Nabi Isa a.s???
********

Tamat…