RUU Murtad : langkah2 sebelum murtad di Malaysia
Posted: Thu Apr 13, 2006 5:28 am
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id= ... 0-5f567b51
Undang-undang murtad bakal diselaras
21-03-2006 01:36:10 PM
Oleh Salhan K. Ahmad
KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi merangka draf penyelarasan undang-undang berkaitan murtad yang tidak seragam di setiap negeri. Jawatankuasa ini sedang membincangkan proses dan syarat-syarat yang membolehkan seseorang itu keluar daripada Islam.
Jawatankuasa tersebut, yang melibatkan Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PPSM), akan menyatakan bidang kuasa yang jelas bagi mahkamah membicarakan kes-kes murtad.
Selain itu, draf undang-undang ini juga memasukkan cadangan untuk memperkenalkan tiga langkah (proses) sebelum seseorang boleh dianggap murtad.
Azmi Mohd Rais, Ketua Biro Penyelarasan Undang-undang Sivil dan Hukum Syarak PPSM (Foto The Star) Azmi Mohd Rais, Ketua Biro Penyelarasan Undang-undang Sivil dan Hukum Syarak PPSM berkata satu laporan perlu dibuat kepada Majlis Agama Islam Negeri sebelum seseorang itu ingin keluar daripada Islam. Laporan ini termasuk salah satu daripada proses dan syarat yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut.
LANGKAH PERTAMA:
"Dia (seseorang yang ingin keluar Islam) akan diminta bertaubat dalam satu sesi kaunseling bimbingan dan dakwah selama tiga bulan. Sekiranya tidak berjaya, dia akan dihantar ke pejabat Mufti di mana dia akan menerima khidmat nasihat seterusnya.
LANGKAH KEDUA:
"Jika tidak berjaya juga, dia akan dihantar ke pusat pemulihan akhlak," katanya dalam satu diskusi di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya minggu lepas.
LANGKAH KETIGA:
"Jalan terakhir adalah Mahkamah Syariah. Tanggungjawabnya seperti nafkah anak, hutang, harta sepencarian dan sebagainya akan direkodkan sebelum dia mendapat kebenaran keluar daripada Islam."
Azmi juga berkata satu Mahkamah Sivil Am perlu ditubuhkan untuk menentukan status Melayu seseorang yang keluar dari Islam seperti yang dibangkitkan oleh seorang lagi ahli panel diskusi tersebut yang bertajuk 'Murtad dan Kesannya Terhadap Syarak dan Perundangan'.
Prof Datuk Dr Abdul Munir Yaacob membangkitkan perkara itu dengan merujuk Perkara 160 (2) perlembagaan yang memperuntukkan definisi Melayu sebagai seorang yang menganut agama Islam.
Prof Datuk Dr Abdul Munir Yaacob dari Jabatan Sejarah dan Undang-undang, Universiti Malaya membangkitkan status bangsa bagi seseorang Melayu yang murtad. (Foto The Star) "Kita perlu tahu, apabila seseorang itu murtad, apakah status Melayunya juga hilang," soalnya.
Profesor di Jabatan Sejarah dan Undang-undang, Universiti Malaya itu juga berkata, ketidakseragaman undang-undang berkaitan murtad perlu dibincangkan kerana ia boleh memberi implikasi yang besar terhadap institusi keluarga di Malaysia, khususnya dari segi pewarisan harta dan perkahwinan.
Azmi Mohd Raiz mengulas, Mahkamah Syariah boleh mengesahkan pembubaran sesuatu perkahwinan namun mahkamah itu tidak boleh mengeluarkan apa-apa perintah terhadap pihak yang telah murtad seperti nafkah, mutaah, pembahagian harta sepencarian dan hak jagaan anak.
"Ini kerana Seksyen 46 (2a) da (2b) Akta Pentadbiran Undang-undang Wilayah Persekutuan dan Seksyen 4 Akta Agama Islam Wilayah Persekutuan menyatakan Mahkamah Syariah tidak mempunyai kuasa ke atas orang-orang yang bukan Islam," katanya.
Mohamad Azam Mohamed Adil dari Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi Mara Shah Alam berkata pada masa ini, tiga bentuk penguatkuasaan undang-undang berlainan berhubung murtad diletakkan di bawah bidang kuasa mahkamah syariah setiap negeri.
Menurutnya, negeri-negeri Perak, Terengganu, Melaka, Sabah dan Pahang memperuntukkan hukuman denda atau penjara atau/dan sebat bagi mereka yang murtad. Manakala Sabah dan Kelantan sebaliknya menahan seseorang Islam yang keluar Islam atau berhasrat untuk keluar Islam di Pusat Pemulihan Akidah untuk jangka masa tidak lebih daripada 36 bulan. (!!)
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persektuan dan Sarawak pula tidak mempunyai peruntukan kesalahan atau pemulihan.
"Kalau cara ini, pada tanggapan saya, ia (negeri-negeri yang menghukum kesalahan murtad) menyalahi Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak individu dalam kebebasan beragama dan Perkara 5(1) mengenai hak kebebasan individu," katanya.
Mohamad Azam Mohamed Adil dari Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam (CITU), UiTM Shah Alam menunjukkan satu rujukan bertajuk Murtad: Kedudukannya di Sisi Islam dan Perlembagaan Malaysia.
Azam menjelaskan dua usaha untuk menyelaraskan undang-undang berhubung murtad telah dijalankan sebelum ini tetapi kedua-duanya gagal diluluskan atau dilaksanakan.
"Lewat 1990-an, sudah ada satu jawatan kuasa mendraf Undang-undang Pemulihan Akidah di peringkat persekutuan. Rang Undang-Undang ini hampir dibawa ke Parlimen tetapi tidak sampai (dibentangkan).
"Dalam undang-undang itu, sesiapa yang ingin keluar daripada Islam hendaklah ditahan secara mandatori di pusat pemulihan akidah selama 30 hari. Negeri Selangor juga telah siap rang satu undang-undang pada 2000. Rang undang-undang tersebut hendak dibawa ke Dewan Undangan Negeri tetapi ditarik balik sebab ada bantahan.
"Undang-undang berkaitan murtad ini (isu) sensitif, sebab itulah kita kena fikir panjang apabila hendak buat sesuatu undang-undang. Kalau tidak, perkara yang tidak diingini akan berlaku," katanya.