Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab

Kehidupan, pengikut, kepercayaan, pikiran dan ucapan Muhammad.
Post Reply
cesar
Posts: 2
Joined: Wed May 08, 2013 10:23 am

Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab

Post by cesar »

SURAT KHALIFAH UMAR KEPADA MU‘AWIYAH


Surat khalifah Umar kepada Mu‘awiyah di Syam telah terbongkar setelah pembunuhan Al-Husain bin Ali as di Karbala’. Pembunuhan Al-Husain bin Ali as pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah, bukan saja menyedihkan keluarga Rasulullah Saw, bahkan seluruh umat Islam yang Mukminin (Ibnu Al-Atsir, Al-Kamil fi Al-Tarikh, Cairo 1976, iii, hlm. 19).
Perlantikan Mu‘awiyah sebagai gubernur di Syam terjadi setelah kematian abangnya Yazid bin Abu Sufyan dimasa pemerintahan Khalifah Abu Bakar, diangkat atas usulan Umar bin Al-Khattab. Bahkan Khalifah Abu Bakar terpaksa setuju pada usulannya. Tetapi surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah dalam pembahasan sekarang adalah surat yang ditulis oleh beliau sendiri semasa pemerintahannya kepada Mu‘awiyah bin Abu Sufyan sebagai gubernurnya di Syam.
Pada mulanya Abdullah bin Umar bin Al-Khattab menyeru orang banyak supaya menentang Yazid bin Mu‘awiyah atas tindakannya membunuh Al-Husain bin Ali di Karbala’. Tetapi sikapnya berubah setelah beliau dipanggil oleh Yazid bin Mu‘awiyah ke Istananya di Syam dan membaca surat bapaknya yang ditulis untuk bapaknya Yazid; Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah merupakan terjemahan dari kitab Bihar Al-Anwar, Beirut, 1995, oleh Al-‘Allamah Al-Majlisi ra. xxx, hlm. 287-299).

Sanad Surat Khalifah Umar
“Abul Husain Muhammad bin Harun bin Musa Al-Tala‘kabari telah memberitahu kami, beliau berkata: “Bapaku ra memberitahuku, beliau berkata: Abu Ali Muhammad bin Hammam berkata: Ja‘far Ibnu Muhammad bin Malik Al-Fazari Al-Kufi memberitahuku, beliau berkata: Abdur Rahman bin Sinan Al-Sairafi memberitahuku dari Ja‘far bin Ali Al-Hiwar dari Al-Hasan bin Al-Miskan, dari Al-Mufadhdhal bin Umar Al-Ja‘fi dari Jabir Al-Ja‘fi, dari Sa‘id bin Al-Musayyab, beliau berkata:

Teks Terjemahan Peristiwa Karbala’ Dan Sikap Abdullah Bin Umar

“Ketika Al-Husain bin Ali as dibunuh, dan berita kematiannya tersebar di Madinah; tersebar berita pemotongan kepalanya dan dibawa kepada Yazid bin Mu‘awiyah, pembunuh delapan belas orang dari keluarganya, pembunuhan lima puluh tiga lelaki dari Syi‘ahnya, pembunuh Ali, anak lelakinya yang masih kecil di hadapan beliau dan keluarganya dijadikan tawanan, lalu diadakan majelis duka (Ma’tam) di sisi isteri Nabi Saw di rumah Ummu Salamah ra, di rumah-rumah Muhajirin dan Ansar.
Beliau berkata: Abdullah bin Umar bin Al-Khattab keluar dari rumahnya dalam keadaan berseru kepada orang-orang, menampar-nampar mukanya, mengonyak-ngoyak poket bajunya dan berkata:
Wahai kelompok Bani Hasyim, Quraisy, Muhajirin dan Ansar! Apakah dihalalkan oleh Rasulullah Saw keluarganya dan zuriatnya sedangkan kamu masih hidup diberi rezeki?
Tidak ada keputusan tanpa Yazid. Beliau keluar dari Madinah dimalam harinya berseru pada umat dan menganjurkan mereka menentang Yazid. Khabarnya beliau juga menulis surat kepada Yazid. Ketika lewat di hadapan orang-orang, beliau melaknati Yazid. Mereka berkata: Ini adalah Abdullah bin Umar, anak khalifah Rasulullah Saw dimana beliau mengingkari perbuatan Yazid terhadap keluarga Rasulullah Saw, dan menganjurkan umat menentang Yazid, dan sesungguhnya mereka yang tidak menyahuti seruan ini tidak ada untuknya agama dan Islam”.
Penduduk Syam menjadi gelisah. Yazid mendatangi Bab Al-La‘in bersama-sama orang-orangnya, mereka membacakannya. Kemudian Yazid keluar menemuinya, lalu memberitahu kepadanya tentang kasih sayangnya kepada Abdullah bin Umar. Beliau berkata: Redakan kemarahan Abi Muhammad, sebentar lagi, akan mereda. Lalu beliau mengizinkannya datang seorang diri. Lantas beliau memasukinya dalam keadaan berseru seraya berkata: Aku tidak akan masuk wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya anda telah melakukan (kekejaman) terhadap Ahlul Bait Muhammad Saw, sekiranya Turkey dan Roma mampu melakukannya, niscaya mereka tidak akan menghalalkan apa yang anda halalkan. Mereka tidak akan melakukan apa yang telah anda lakukan.
Berdirilah anda dari permadani ini sehingga Muslimun memilih orang yang lebih berhak. Yazid mengelu-elukannya dan memeluknya ke sisinya seraya berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad! Tenangkan kemarahan anda, dan berfikirlah. Lihatlah dengan mata anda dan dengarlah dengan telinga anda.
Apa pendapat anda tentang bapak anda Umar bin Al-Khattab. Bukan-kah beliau penunjuk (hadian) khalifah Rasulullah Saw, pembantunya, dan mertuanya melalui saudara perempuan anda Hafsah, dan beliau telah berkata: Beliau tidak menyembah Allah secara rahasia? Abdullah berkata: Beliau adalah sebagaimana anda katakan. Apa pendapat anda mengenainya? Yazid berkata: Bapak anda telah melantik bapaku menjadi gubernur Syam atau bapaku telah melantik bapak anda menjadi khalifah Rasulullah Saw? Abdullah berkata: Bapaku telah melantik bapak anda menjadi gubernur Syam.
Yazid berkata: Wahai Abu Muhammad! Apakah anda meredhainya dan meredhai janjinya kepada bapaku atau anda tidak meridhainya? Abdullah berkata: Aku meredhainya. Yazid berkata: Apakah anda meredhai bapak anda? Abdullah berkata: Ya. Maka Yazid memegang tangan Abdullah bin Umar dan berkata kepadanya: Berdirilah, wahai Abu Muhammad hingga anda membacanya, lalu beliau berdiri bersa-manya dan memasuki bilik khazanahnya, lalu beliau meminta satu peti.
Kemudian beliau membukanya dan mengeluarkan darinya satu peti besi yang dikunci dan dicopkan. Lantas beliau mengeluarkan darinya lembaran yang lembut terbuat dari sutera. Beliau mengambil lembaran dengan tangannya dan membukanya. Kemudian beliau berkata: Wahai Abu Muhammad! Apakah ini tulisan bapak anda? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan. Maka beliau mengambilnya dengan tangannya dan mengucupnya. Beliau berkata kepadanya: Bacalah. Maka Abdullah bin Umar membacanya. Inilah isi suratnya:

Teks Terjemahan Surat Khalifah Umar Kepada Mu‘awiyah

“Bismillahir Rahmanir Rahim. Sesungguhnya beliaulah (Nabi Saw) yang telah memaksa kami dengan pedang(nya) supaya melakukan ikrar terhadapnya, maka kamipun melakukan ikrar tersebut. Sedangkan dada (kami) berdebar, jiwa (kami) bergelora. Niat dan bisikan hati (kami) meragukan dakwahnya kepada kami (Al-Bukhari, Shahih, II, hlm. 111; Muslim, Shahih, IV, hlm.12, 14), tetapi kami mentaatinya demi menghindari pedangnya ke atas kami (Ata‘naa-hu raf‘an li-suyufi-hi ‘alai-na). Apatah lagi semakin bertambahnya bilangan kabilah dari Yaman yang akan menentang kami. Dan dukungan dari mereka yang meninggalkan agama mereka di kalangan Quraisy. Maka aku bersumpah dengan Hubal, semua berhala, Al-Laata dan Al-‘Uzza bahwa Umar tidak pernah mengingkarinya semenjak beliau me-nyembahnya! (Fa-bi-Hubalin uqsimu wa al-Asnaam, wa al-Authaan wa al-Laata wa al-‘Uzza ma jahada-ha …. muz ‘abada-ha), tidak pernah menyembah Ka‘bah sebagai Tuhan, tidak pernah membenarkan perkataan Muhammad dan keluarganya (wa la ‘abada li al-Ka‘bah rabban wa la Saddaqa li-Muhammadin wa Ali-hi qaulan). Aku tidak memberi salam kepadanya kecuali untuk menghindarkan diri dari kebengisannya. Sesungguhnya beliau (Muhammad Saw) telah mengemukakan kepada kami sihir yang besar.
Sihirnya telah melebihi sihir Bani Israil bersama Musa dan Harun, Daud dan Sulaiman dan anak lelaki ibunya Isa.
Sesungguhnya beliau telah mengemukakan kepada kami segala sihir yang telah dikemukakan kepada Bani Israil, bahkan melebihi sihir-sihir mereka. Sekiranya mereka menyaksikannya, niscaya mereka mengakuinya, bahwa beliau adalah ketua tukang-tukang sihir (la-Aqarru la-hu bi-anna-hu sayyidu Al-Saharah), maka berpeganglah -Wahai Ibnu Abi Sufyan- kepada sunnah kaum anda dan pengikut agama anda serta setia kepada mereka yang terdahulu yang menentang binaan ini (Ka‘bah), di mana mereka berkata bahwa ia mempunyai Tuhan yang memerintahkan mereka supaya melakukan Sa‘yu (tawaf) di sekelilingnya dan Dia menjadikannya Kiblat untuk mereka. Justru itu, mereka mengakui shalat dan Haji dimana mereka telah menjadikannya sebagai rukun. Mereka menyangka bahwa mereka dijadikan untuk Allah. Di kalangan mereka yang telah membantu Muhammad adalah lelaki Farsi ini (Salman). Mereka juga berkata bahwa sesungguhnya diwahyukan kepadanya Muhammad): “Sesung-guhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk manusia (beribadat) ialah di Makkah yang diberi berkat dan petunjuk untuk semesta alam” (Surah Ali Imran (3): 96). Dan kata-kata mereka “Sesungguhnya kami lihat berulang-ulang muka engkau (ya Muhammad) ke langit. Maka sesungguhnya kami palingkan engkau ke kiblat yang engkau sukai. Maka hadaplah muka kamu ke arah masjid haram (ka‘bah), di mana pun kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya.” Surah Al-Baqarah 2:144. Mereka menjadikan shalat mereka ke arah batu (Al-Hijarah).
Apakah yang membuat beliau mengingkari kami -jika tidak karena sihirnya menyembah berhala-berhala; Al-Laata wa al-‘Uzza yang terdiri dari batu, kayu, tembaga, dan emas, tidak- Al-Laata wa al- ‘Uzza- kami tidak dapati alas an untuk keluar dari apa yang ada di sisi kami sekalipun mereka disihir dan ditipu.
Lihatlah dengan mata yang terang dan dengarlah dengan telinga yang mendengar.
Perhatikanlah dengan hati dan akal anda tentang kepercayaan mereka.
Bersyukurlah kepada Al-Laata wa al- ‘Uzza (wa sykuri al-Laata wa al- ‘Uzza) serta perlantikan Atiq bin ‘Abdu al- ‘Azza ke atas umat Muhammad, penguasaannya ke atas harta mereka, darah mereka, syari‘at mereka, diri mereka, halal mereka, haram mereka.
Upeti yang mereka anggap bahwa mereka memungutnya untuk Tuhan mereka, untuk menguatkan pembantu-pembantu mereka.
Justru itu, beliau (Umar) hidup dengan mematuhinya secara terang-terangan, dan menghadapi kesulitan secara tersembunyi. Beliau tidak ada jalan lain kecuali bergaul dengan mereka. Sesung-guhnya aku telah melakukan tindakkan yang berani atas pemuda Bani Hasyim yang masyhur, benderanya yang menang dan pem-bantunya yang bernama Haidarah; menantu Muhammad atas perempuan yang mereka jadikan Penghulu Wanita Sejagat (Al-Bukhari, Shahih, II, hlm. 111; Muslim, Shahih, IV, hlm.12, 14) di mana mereka menamakannya: Fatimah sehingga aku mendatangi rumah Ali, Fatimah, dua anak lelakinya Al-Hasan dan Al-Husain, dua puteri mereka berdua; Zainab dan Ummi Kultsum serta sahaya perempuannya yang dipanggil Al-Fidhdhah.
Bersamaku adalah Khalid bin Al-Walid, Qunfudh bekas sahaya Abu Bakar dan beberapa Sahabat kami yang khusus. Maka akupun mengetuk pintu mereka dengan kuat. Lantas sahaya perempuan tersebut menjawabku. Aku berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Tinggalkanlah segala kebatilan dan jangan biarkan diri anda menjadi tamak kepada kekhalifahan, karena ia bukanlah untuk anda, tetapi ia adalah untuk orang yang dipilih oleh Muslimun dan mereka bersepakat kepadanya.
Demi tuhan Al-Laata wa al-‘Uzza, jika perkara ini hanya menurut pendapat Abu Bakar, niscaya ia pasti gagal mengganti khilafah Ibnu Abi Kabsyah (Rasulullah Saw). Tetapi aku telah melakukan sesuatu untuknya; aku telah memusatkan perhatianku padanya dan aku berkata kepada dua kabilah Nazar dan Qahtan setelah aku berkata kepada mereka bahwa khilafah hanya untuk Quraisy. Justru itu, taatilah mereka selama mereka mentaati Allah (Ibnu Qutaibah, Al-Imamah wa As-Siyasah, I, hlm. 15-16).
Sesungguhnya aku berkata demikian adalah karena ketangkasan Ali bin Abi Talib yang terdahulu dan cintanya kepada darah yang ditumpahkannya dalam peperangan-peperangan Muhammad dan pelaksanaan hutang-hutangnya, yaitu sebanyak 80 ribu Dirham (Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi ‘Al-Mawaddah, hlm.89). Mempersiapkan perlengkapan perang, pengumpulan Al-Qur’an dengan usahanya sendiri. Kata-kata Muhajirin dan Ansar -ketika aku katakan bahwa Imamah dari Quraisy- Mereka berkata: Si botak; Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib yang telah dibai’at oleh Rasulullah Saw untuk semua penganut agamanya. Dan kami telah menerimanya menjadi pemimpin Mukminin pada empat tempat. Jika kamu melupakannya, maka kami tidak melupakan Bai’at, Imamah dan khilafah serta wasiat adalah hak yang benar difardhukan, bukanlah dengan sukarela (Tabarru‘an) dan tuduhan palsu (Iddi‘aan), lalu kami membohongi mereka (fa-KadhdhIbnua-hum). Aku mengambil empat puluh orang lelaki menjadi saksi atas Muhammad bahwa Imamah sesuai pemilihan (Ikhtiar).
Ketika itu kaum Ansar berkata: Kami lebih berhak dari Quraisy, karena kami telah melindungi, membantu mereka sedangkan orang-orang berhijrah kepada kami. Jika urusan ini diberikan kepadanya, maka urusan ini juga bukan untuk kamu, tanpa kami. Dan dia berkata: Untuk kami seorang Amir dan untuk kamu seorang Amir. Kami berkata kepada mereka: Sesungguhnya 40 orang lelaki telah menyaksikan bahwa para Imam adalah dari Quraisy (Muslim, Shahih, Cairo, 1976, ii, hlm. 213). Sebagian mereka menerimanya dan sebagian yang lain menolaknya. Lalu mereka bertengkar. Maka akupun berkata: Mengapa tidak memilih orang yang paling tua umurnya dan yang paling lembut di kalangan kita? Mereka berkata: Siapakah yang anda maksudkan?
Aku berkata: Abu Bakar yang telah ditunjuk oleh Rasulullah Saw di dalam shalat, dia telah duduk bersamanya di Al-‘Arisy di Hari Badar, bermusyawarah dengannya dan mengambil pendapatnya. Dia adalah Sahabatnya di Gua (Al-Ghar), suami puterinya ‘Aisyah yang dina-makanya Ummul Mukminin. Bani Hasyim datang dalam keadaan marah didukung oleh Al-Zubair dengan pedangnya yang masyhur dan berkata: Hanya Ali saja yang akan dibai’at atau aku akan memotong kepala dengan pedangku ini. Aku berkata: Wahai Zubair! Teriakan anda adalah api bagi Bani Hasyim. Ibu anda adalah Safiyyah binti Abdul Muttalib. Beliau berkata: Itu adalah satu kehor-matan. Wahai Ibnu Hantamah, wahai Ibnu Sahhak! Diam. Beliau berkata sesuatu. Kemudian empat puluh orang lelaki dari mereka yang menghadiri Saqifah Bani Sa‘idah melompat ke arah Al-Zubair.
Demi Tuhan! Kami tidak mampu mengambil pedang di tangannya, hingga kami menjatuhkannya ke tanah. Kami tidak dapati pemban-tunya menentang kami. Maka aku melompat ke arah Abu Bakar, lalu aku memegang tangannya dan memberi bai’at. Kemudian diikuti oleh Usman bin Affan dan semua mereka yang hadir selain Al-Zubair. Kami berkata kepadanya: Bai’atlah, jika tidak, kami akan membunuh anda (Baayi‘au naqtulu-ka). Kemudian aku menghalangi orang-orang darinya.
Aku berkata: Kamu melarang beliau, Bani Hasyim memarahi tindakkanku.
Aku memegang tangan Abu Bakar dan membuatnya berdiri.
Beliau dalam keadaan gementar. Pikirannya terbagi, lalu aku men-desaknya ke Mimbar Muhammad. Beliau berkata kepadaku: Wahai Abu Hafshah! Aku takut tindakkan Ali padaku. Aku berkata kepa-danya: Sesungguhnya Ali sibuk untuk mengganggu anda. Abu Ubaidah bin Al-Jarrah membantuku dalam perkara tersebut. Beliaulah yang telah mengulurkan tangannya membantu Abu Bakar ke Mimbar.
Aku mendesaknya dari belakangnya seperti kambing yang akan disembelih. Beliau berdiri di atas member dengan kebingungan. Aku berkata kepadanya: Berkatalah! Beliau menjadi bingung dan kelu. Aku merapatkan tapak tanganku karena memarahinya. Aku berkata kepadanya: Katakanlah apa saja. Tetapi beliau tidak memberi suatu kebaikan. Aku mau menurunkannya dari Mimbar dan aku akan mengambil tempatnya (fa-arad-tu an ahutta-hu ‘ani al-minbar wa aquma maqama-hu).
Tetapi aku benci orang-orang akan membohongiku juga tentang kata-kataku mengenainya. Orang-orang bertanya padaku: Bagaimana pendapat anda tentang kelebihannya? Apakah yang telah anda dengar dari Rasulullah Saw tentang Abu Bakar? Aku berkata kepada mereka: Aku mendengar tentang kelebihannya dari Rasulullah Saw, bahwa jika aku menjadi satu bulu di dadanya… dan untukku ceritanya. Aku berkata: Katakanlah sesuatu, jika tidak, maka turunlah (Qul wa illa fa-anzil). Maka, demi Tuhan, tercermin pada raut mukaku dan beliau mengetahui jika beliau turun, niscaya aku akan menaikinya.
Aku berkata kepadanya perkataan yang tidak mencerahkan kata-katanya. Beliau berkata dengan suara yang lemah: “Aku telah dilantik untuk kamu tetapi aku bukanlah orang yang paling baik dari kamu sedangkan Ali pada kamu. Ketahuilah olehmu bahwa bagiku Setan sedang menggodaku (Ibnu Qutaibah, Al-Imamah wa As-Siyasah, I, hlm.9-10).
Beliau tidak bermaksud lain selain dariku. Apabila aku tergelincir, maka kamu betulkan aku. Perilaku sedemikian tidak menjatuhkan aku di hadapan kamu. Aku mohon istighfar kepada Allah untukku dan untukmu”.
Kemudian beliau turun dan aku memegang tangannya. Orang-orang memperhatikannya. Aku pun memegang tangannya dengan kuat dan aku mendudukkannya. Aku mendorong orang-orang supaya memberi bai’at kepadanya. Aku mengikutinya untuk meramaikannya, dan berkatalah orang yang mengingkari bai’atnya: Apakah Ali bin Abi Talib telah melakukan bai’at?
Maka aku berkata: Beliau telah mencabutnya dari tengkuknya dan berkurang penentangan orang-orang dalam pemilihan mereka. Beliau hanya tinggal di rumah saja. Mereka memberi bai’at kepada Abu Bakar dalam keadaan benci. Ketika tersebar bai’atnya, maka kami dapat mengetahui bahwa Ali membawa Fatimah, Al-Hasan dan Al-Husain ke rumah Muhajirin dan Ansar mengingatkan mereka tentang bai’atnya dari kami pada empat tempat. Beliau mendesak mereka, lalu mereka menyediakan bantuan kepadanya diwaktu malam dan men-jauhinya diwaktu siang. Maka aku mendatangi rumahnya, berbincang untuk mengeluarkannya dari khilafah.
Sahayanya bernama Fidhdhah berkata, aku berkata kepadanya: Katakan kepada Ali: Supaya beliau keluar memberi bai’at kepada Abu Bakar dimana Muslimun telah bersepakat tentangnya. Beliau menjawab: Sesungguhnya Amirul Mukminin as sibuk. Aku berkata kepadanya: Tinggalkan perkara ini dan katakan kepadanya supaya beliau keluar.
Jika tidak, maka kami akan memasukinya dan mengeluarkannya secara paksa (wa illa dakhAl-na ‘alai-hi wa akhrajna-hu karhan). Lantas Fatimah keluar dan berdiri di balik pintu seraya berkata: Wahai orang yang sesat dan pembohong! (Ayyuha dh-Dhaalluun wa al-Mukazzibuun). Apakah yang kamu katakan? Apa yang kamu mau? Maka aku berkata: Wahai Fatimah! Fatimah berkata: Apakah yang anda mau wahai Umar? Maka aku berkata: Apakah gerangan yang terjadi pada sepupu ayah anda, sehingga anda yang menja-wabnya, dan beliau hanya duduk di balik dinding?
Beliau berkata kepadaku: Celaka anda. Beliau telah menyuruhku keluar. Maka, beliau mesti mengukuhkannya dengan hujah. Setiap yang sesat pasti menipu. Aku berkata: Tinggalkanlah segala kebatilan anda dan cerita-cerita dongeng perempuan (seluruh semesta). Katakan kepada Ali supaya beliau keluar. Fatimah berkata: Tidak ada kasih dan kehormatan.
Apakah dengan partai Setan anda menakut-nakuti aku, wahai Umar? Partai Setan adalah lemah. Maka aku berkata: Jika beliau tidak keluar, aku akan membawa kayu bakar dan aku akan menyalakan api ke atas keluarga rumah ini dan membakar mereka yang ada di dalamnya (In lam yakhruj ji’tu bi al-hatabi al-jazal wa adhramtu-ha naran ‘ala ahli hadha al-Bait wa ahriqu man fi-hi) atau Ali dibawa untuk melakukan bai’at! Aku mengambil cemeti Qunfudh, maka akupun memukul(nya). Aku berkata kepada Khalid: Anda dan orang-orang kita hendaklah beramai-ramai mengumpulkan kayu api. Aku berkata: Sesungguhnya aku akan menyalakannya (Inni mudhrimu-ha).
Fatimah berkata: Wahai musuh Allah, musuh Rasul-Nya, dan musuh Amirul Mukminin! Maka aku memukul tangan Fatimah dari pintu, karena beliau melarangku membukanya. Aku mendorongnya, karena ia menyusahkan aku. Maka, aku memukul dua tangannya dengan cemeti, lalu ia kesakitan.
Aku mendengar jeritan dan tangisannya. Aku hampir-hampir berlemah lembut padanya dan berpaling dari pintu, tetapi aku teringat dendam kesumat Ali, keterlibatannya dalam pembunuhan pemuka-pemuka Arab, tipu daya Muhammad dan sihirnya (wa kaida Muhammad wa sihri-hi), maka akupun menendang pintu itu. Perutnya melekat di pintu. Aku mendengar jeritannya dan sepertinya menggemparkan seluruh Madinah (Ibid ).
Beliau berkata: Wahai bapaku, wahai Rasulullah! Begitukah beliau (Umar) memperlakukan kekasihmu dan puterimu. Wahai Fiidhdhah! Peganglah aku, demi Allah, sesungguhnya kandunganku telah dibunuh (Fa-qad wa Llahi, Qutila ma fi-Ihsya‘i min hamlin). Aku mendengarnya merintih dalam keadaan beliau tersandar di dinding. Aku mendorong pintu dan memasukinya. Maka beliau berhadapan denganku dengan muka yang tertutup dari penglihatanku.
Fatimah menepuk tudung dua pipinya, lalu terputuslah anting-antingnya dan jatuh bertaburan di tanah. Ali pun keluar. Ketika kusadari kedatangannya, aku pun segera keluar rumah dan aku berkata kepada Khalid dan Qunfudh serta mereka yang bersama mereka berdua: Aku selamat dari perkara yang besar (Najautu min amrin ‘Azim).
Dalam riwayat yang lain: Aku telah melakukan jenayah yang besar dimana diriku tidak terasa selamat dengannya. Ini Ali keluar dari rumah di mana aku dan kamu tidak ada daya melawannya. Maka Ali pun keluar, sedangkan dua tangan Fatimah diangkat untuk menga-dukan pukulan terhadapnya; memohon kepada Allah Yang Maha Besar atas apa yang telah terjadi. Ali meletakkan kain lembut ke atasnya dan berkata kepadanya: Wahai puteri Rasulullah! Sesungguhnya Allah telah mengutus bapak anda sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Demi Allah, sekiranya anda membuka kepala anda memohon kepada Allah Azza wa Jalla untuk membinasakan makhluk ini, niscaya Dia menyahuti permohonan anda, sehingga tidak ada lagi manusia di muka bumi ini. Karena anda dan bapak anda lebih besar di sisi Allah dari Nuh as di mana tenggelam karenanya semua orang di muka bumi dan di bawah langit, selain dari mereka yang berada di dalam bahteranya. Dan Dia telah membinasakan kaum Hud, karena mereka telah membohonginya.
Dia membinasakan kaum ‘Aad dengan angin yang kencang. Anda dan bapak anda lebih besar kemampuan dari Hud. Dia menyiksa kaum Thamud sebanyak dua belas ribu orang, karena mereka membunuh unta betina. Justru itu, Jadilah anda -wahai penghulu wanita- sebagai rahmat ke atas makhluk ini, dan janganlah anda menjadi penyebab azab.
Perutnya bertambah sakit, lalu beliau memasuki rumah dan mela-hirkan janin. Kemudian Ali menamakannya: Muhsin.
Aku mengumpulkan orang-orang, bukan karena membanyakkan jumlah mereka untuk menentang Ali, tetapi untuk menguatkan mereka dan aku telah datang -ketika beliau dikepung- maka aku mengeluarkannya dari rumahnya dengan paksaan dan ditawan, kemudian aku menyeretnya supaya memberi bai’at. Sesungguhnya aku mengetahui dengan yakin, tanpa ragu padanya bahwa jika aku dan semua mereka yang ada di muka bumi ini berusaha sekeras-kerasnya untuk memaksanya, niscaya kami tidak mampu memak-sanya. Tetapi beliau lebih mengetahui tentang dirinya. Ketika aku tiba di Saqifah Bani Sa‘idah, Abu Bakar berdiri, dan mereka yang hadir bersamanya mempermainkan Ali (Ibnu Qutaibah, Al-Imamah wa As-Siyasah, I, hlm.14-16).
Lantas Ali berkata: Wahai Umar! Apakah kamu mau aku memper-cepat apa yang aku tangguhkan untuk kamu?
Aku berkata: Tidak, wahai Amirul Mukminin! Khalid bin Al-Walid mendengarku, demi Tuhan, lalu beliau bersegera pergi kepada Abu Bakar. Abu Bakar berkata kepadanya: Apakah kaitanku dengan Umar…sebanyak tiga kali, orang-orang juga mendengar.
Ketika beliau memasuki Al-Saqifah, Abu Bakar berlembut kepadanya. Maka aku berkata kepadanya: Anda telah memberi bai’at wahai Abul Hasan! Beliau pun berpaling, dan memberi penyaksian bahwa beliau tidak memberi bai’at kepadanya, dan tidak pula mengulurkan tangannya kepadanya. Aku benci menuntutnya supaya melakukan bai’at, nanti beliau akan mempercepat apa yang beliau tangguhkan padaku. Abu Bakar mau jika beliau tidak melihat Ali di tempat itu, karena takut dan geram kepadanya. Ali kembali dari Al-Saqifah dan kami bertanya tentangnya. Mereka berkata: Beliau pergi ke kubur Muhammad lalu duduk di sampingnya. Aku dan Abu Bakar berdiri di sampingnya. Kami datang berjalan dan Abu Bakar barkata: Celaka anda wahai Umar! Apakah yang anda lakukan kepada Fatimah? Ini, demi Tuhan, adalah kerugian yang nyata. Aku berkata: Sesung-guhnya perkara yang paling besar atas kamu bahwa beliau tidak memberi bai’at kepada kita, dan aku tidak percaya orang-orang menolaknya. Beliau berkata: Apakah yang akan anda lakukan?
Aku berkata: Anda berpura-pura bahwa beliau memberi bai’at kepada anda di sisi kubur Muhammad. Maka kami mendatanginya dan beliau menjadikan kubur sebagai kiblat dalam keadaan menyandarkan tapak tangannya di atas tanah. Dan di sampingnya Salman, Abu Dzar, Al-Miqdad, Ammar, dan Huzaifah bin Al-Yaman. Maka, kami pun duduk di sampingnya. Aku mengusulkan kepada Abu Bakar supaya meletakkan tangannya sebagaimana Ali meletakkannya dan mengakui khilafah dari tangannya.
Maka beliau melakukannya. Aku mengambil tangan Abu Bakar untuk menyapukan tangannya ke atas tangannya (Ali as) Dan aku berkata: Sesungguhnya beliau memberi bai’at. Ali memegang tangannya, maka aku dan Abu Bakar berdiri dan aku berkata: Allah akan membalas kebaikan kepada Ali, karena beliau tidak melarang dirinya dari memberi bai’at kepada anda. Ketika aku menghadiri kubur Rasulullah Saw, tiba-tiba Abu Dzar Jundab bin Junadah Al-Ghifari melompat dan teriak serta berkata: Demi Tuhan! Wahai musuh Allah! Ali tidak akan memberi bai’at kepada Atiq. Begitulah seterusnya, setiap kali kami bertemu dengan orang-orang, kami memberitahukan mereka tentang bai’at Ali kepada Abu Bakar, tetapi Abu Dzar mendustakan-nya (Ibnu Qutaibah, Al-Imamah wa As-Siyasah, I, hlm. 14-16).
Demi Tuhan, beliau tidak pernah memberi bai’at kepada kami pada masa pemerintahan Abu Bakar, pada masa pemerintah-anku dan pada masa khalifah setelahku. Sebanyak dua belas orang lelaki tidak pernah memberi bai’at kepada Abu Bakar dan kepadaku. Siapakah yang mencontoh -Wahai Mu‘awiyah- perbuatanku dan siapakah yang bermusyawarah dengan musuh-musuhnya selain dariku? Adapun anda, bapak anda Abu Sufyan dan saudara anda Uthbah, maka aku mengetahui kebohongan kamu kepada Muhammad Saw, tipu dayanya, kelakuannya dan tuntutannya di gua Hira’ untuk membunuhnya.
Beliaulah yang telah mengumpulkan Al-Ahzab untuk memeranginya dengan menunggang unta, bapak anda memimpin perang Al-Ahzab serta kata-kata Muhammad: Allah melaknati si penunggang, pemandu dan penarik. Bapak anda penunggang, saudara anda pemandu, dan anda adalah penarik.
Aku tidak melupakan ibu anda Hindun. Beliau berjuang dengan seorang lelaki yang kejam, hingga beliau membunuh Hamzah yang mereka juluki Asadur Rahman (Singa Yang Maha Pemurah) di bumi-Nya.
Beliau menikamnya dengan lembing. Beliau membelah perutnya dan mengambil hatinya serta membawanya kepada ibu anda. Maka, Muhammad dengan sihirnya menyangka bahwa apabila beliau memasukkan ke mulutnya untuk dimakan, ia menjadi batu.
Maka, Muhammad dan para Sahabatnya menjulukinya: Akilatul Akbad (Pemakan hati). Kata-kata syairnya untuk menggelorakan permusuhan terhadap Muhammad dan memeranginya:
Kami adalah anak-puteri Tariq
kami berjalan di atas banta
Seperti mutiara di leher
Seperti Miski di tengah kepala
Jika diterima kami peluk
Jika ditolak kami berpisah dengan permusuhan.
Kelihatan perempuannya dengan pakaian kemerahan,
muka dan kepala mereka terserlah
bersedia memerangi Muhammad.
Sesungguhnya kamu tidak tunduk dengan suka rela (Tau‘an). Sesung-guhnya kamu tunduk secara terpaksa (Karhan) dihari Pembukaan Makkah, maka beliau (Muhammad Saw) telah menjadikan kamu, saudaraku Zaid, Aqil saudara Ali bin Abi Talib dan Al-Abbas bapak saudara mereka Tulaqa’ (Ibnu Al-Atsir, Al-Kamil fi Al-Tarikh, iii, hlm. 46-8).
Bapak anda berkata: Demi Tuhan, Wahai Ibnu Abi Kabsyah! Aku akan memenuhi kuda-kuda dan balatentera menentang anda. Muhammad berkata: Diberitahu kepada orang-orang bahwa sesungguhnya beliau telah mengetahui apa yang ada pada dirinya atau Allah mencukupi syirik Abu Sufyan! Beliau memperlihatkan kepada umat bahwa tidak ada seorang pun yang tinggi selain dariku, Ali dan orang yang setelahnya dari Ahlul Baitnya. Maka sihirnya gagal dan sia-sialah usahanya.
Abu Bakar telah mendapatkannya (kekhalifahan) dan aku setelahnya. Aku berharap, wahai Bani Umayyah, supaya kamu menjadikannya sebagai perayaan.
Justru itu, aku telah melantik anda dan aku menentang sabdanya (Muhammad Saw). Aku tidak pedulikan karangan syairnya bahwa beliau berkata: Diwahyukan kepadaku wahyu dari Tuhanku di dalam Firman-Nya, “Dan pohon kayu yang dilaknati di dalam Al-Qur’an”. Maka beliau menegaskan bahwa “pohon yang dilaknati itu” adalah kalian Bani Umayyah.
Beliau menerangkan permusuhannya terhadap kamu sebagaimana Hasyim dan anak-anaknya adalah musuh Bani Abdu Syams.
Aku -berserta peringatanku kepada anda- Wahai Mu‘wiyah! menasihati anda, karena belas kasihku kepada anda, dan keresahan jiwa anda supaya anda mempercepat apa yang aku wasiatkan kepada anda tentang pelaksanaan syariat Muhammad Saw dan umatnya, supaya anda menjelaskan kepada mereka tuntutannya dengan cacian atau bergembira karena kematian atau menolak apa yang dibawanya. Atau menyepelekan apa yang dibawanya, niscaya kamu akan termasuk orang yang binasa.
Anda merendahkan apa yang anda angkat, anda meruntuhkan apa yang anda bina. Berhati-hatilah anda jika anda memasuki Masjid Muhammad, dan mimbarnya. Benarkan Muhammad apa yang beliau bawa. Tampakkan ia pada zahir. Zahirkanlah keperihatinan anda terhadap rakyat anda. Berlakulah dengan baik terhadap mereka. Berikan kepada mereka hadiah. Laksanakanlah hukum hudud pada mereka dan gandakanlah jenayah mereka karena Muhammad. Janganlah anda memperlihatkan kepada mereka bahwa anda meninggalkan hukum Allah. Janganlah anda menentang fardhu. Janganlah anda mengubah Sunnah Muhammad, niscaya umat akan merusak kita. Bahkan lakukan kepada mereka menurut sikon.
Bunuhlah mereka dengan tangan mereka. Perkuatlah mereka dengan pedang-pedang mereka. Berlembutlah terhadap mereka. Layanilah mereka dengan baik di majelis anda. Muliakanlah mereka di rumah anda. Bunuhlah mereka melalui pemimpin mereka. Zahirkan muka manis, bahkan tahan kemarahan anda. Maafkan mereka, niscaya mereka akan mengasihi anda dan mentaati anda. Perlawanan Ali dan kedua anaknya Al-Hasan dan Al-Husain membuat kita tidak aman (Lihat, misalnya, Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi‘ Al-Mawaddah, hlm. 148-9).
Jika anda dapat menyediakan kelengkapan, maka bersegeralah dan janganlah merasa puas dengan perkara yang kecil. Tingkatkan pada perkara yang besar. Jagalah wasiatku dan janjiku kepada anda. Sembunyikan dan jangan sekali-kali menzahirkannya (wa khfi-hi wa la tubdi-hi). Contohlah urusanku dan laranganku. Dan bangkitlah dengan ketaatan kepadaku.
Jauhilah anda dari perselisihan denganku. Ikutlah jalan pendahulu anda. Tuntutlah dendam anda. Hapuskanlah kesan-kesan mereka.
Sesungguhnya aku telah mengeluarkan kepada anda rahasia hatiku secara terang-terangan dan aku telah mengiringinya dengan kata-kataku:
Mu‘awiyah sesungguhnya umat telah besar urusan mereka
Dengan dakwah mereka meliputi muka bumi ini
Aku cenderung kepada agama mereka, tetapi ia tidak menyakinkanku
Aku menjauhi agama yang telah memecahkan belakangku
Jika aku lupa, aku tidak akan melupakan Al-Walid, Syaibah, Uthbah, dan Al-Ash di Badar
Di bawah kecintaan hati telah menggigit karena ketiadaan mereka
Oleh Abu Al-Hakam; aku maksudkan yang hina dari kemiskinan
Mereka itu, maka tuntutlah -Wahai Mu‘awiyah- dendam mereka
Dengan menghunuskan pedang Hindun
Hubungilah lelaki Syam secara keseluruhan
Mereka adalah singa sementara yang lain senang dimusnahkan
Bertawassullah dengan cara mencampur-adukkan agama
Yang telah mendatangi kita waktu silam mereka namakan sihir
Menuntut dendam yang berlalu kepada anda secara terang-terangan
Karena agama meliputi Bani Nadhir
Anda tidak dapat membalas dendam kecuali dengan agama mereka
Anda dibunuh dengan pedang mereka adalah yang baik dari Bani Nadhir
Maka, aku melantik kamu menjadi gubernur Syam dengan harapan
Anda layak kembali kepada Sakhar.
Beliau berkata: “Ketika Abdullah bin Umar selesai membaca per-janjian Surat tersebut, beliau berdiri di sisi Yazid, lalu beliau mengucup kepalanya. Dan beliau berkata: Segala puji untuk Allah -wahai Amirul Mukminin!- karena anda telah membunuh Al-Syari Ibnu Al-Syari (Husain bin Ali as). Demi Allah! Bapaku tidak mengeluarkan (isi hatinya) kepadaku sagaimana beliau menegeluarkannya kepada bapak anda.
Demi Allah, tidak seorang pun dari kelompok Muhammad yang melihatku, akan suka dan meredhaiku.”
Maka Yazid memberi hadiah yang berharga kepadanya dan mengi-ringinya dengan penuh hormat. Abdullah bin Umar pun keluar di sisinya dalam keadaan gembira ria.
Orang-orang berkata kepadanya: “Apakah yang beliau katakan kepada anda?” Abdullah bin Umar berkata: Perkataan yang benar (Qaulan sadiqan lau wadad-tu inni kuntu musyarika-hu fi-hi). Aku mau jika aku bersekutu dengannya (Yazid) mengenainya (pembunuhan Al-Husain bin Ali as). Beliau berjalan pulang ke Madinah, dan jawaban yang diberikan kepada mereka yang bertemu dengannya sama”.

Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab
FFI Alternative
Faithfreedompedia
User avatar
spaceman
Posts: 2031
Joined: Thu Sep 18, 2008 12:23 pm
Location: Green Planet

Re: Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab

Post by spaceman »

Wowwww, perlu sambil koprol ga ya :green:
cesar
Posts: 2
Joined: Wed May 08, 2013 10:23 am

Re: Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab

Post by cesar »

Beberapa perkataan Khalifa Umar bin Khatab yg menjadikan dia kafir dan murtad:

1. Sesungguhnya beliaulah (Nabi Saw) yang telah memaksa kami dengan pedang(nya) supaya melakukan ikrar terhadapnya, maka kamipun melakukan ikrar tersebut. Sedangkan dada (kami) berdebar, jiwa (kami) bergelora. Niat dan bisikan hati (kami) meragukan dakwahnya kepada kami

2. Aku tidak memberi salam kepadanya kecuali untuk menghindarkan diri dari kebengisannya. Sesungguhnya beliau (Muhammad Saw) telah mengemukakan kepada kami sihir yang besar.

3. ada yg mau nambahin??
chrystal eye
Posts: 512
Joined: Sat Feb 06, 2010 10:39 am

Re: Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab

Post by chrystal eye »

Serius ini suratnya memang ada?

Jangan sampai kafir jadi terlihat ikut2an muslim juga asal njeplak nih.....
bikin malu kafir2 sini nanti.

Kasih tahu dong, link atau referensinya.
Terimakasih.
User avatar
DHS
Posts: 4163
Joined: Sat Jan 05, 2008 7:56 pm
Contact:

Re: Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab

Post by DHS »

Tolong Bro Cesar link sumbernya dimasukkan ke sini. Thanks.
User avatar
Adadeh
Posts: 8184
Joined: Thu Oct 13, 2005 1:59 am

Re: Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab

Post by Adadeh »

Ini kayaknya dari Islam Syiah ya? Syiah kan benci bangetz sama sahabat² Nabi (Abu Bakr, Umar, Usman, Aisyah) yang semuanya memusuhi Ali.
User avatar
simplyguest
Posts: 1909
Joined: Mon Apr 02, 2012 1:40 pm

Re: Kafir dan Murtadnya Khalifa Umar bin Khatab

Post by simplyguest »

Adadeh wrote:Ini kayaknya dari Islam Syiah ya? Syiah kan benci bangetz sama sahabat² Nabi (Abu Bakr, Umar, Usman, Aisyah) yang semuanya memusuhi Ali.
Kayaknya sih emang dari Syiah, soalnya kalo diliat sumbernya :
cesar wrote:Surat Khalifah Umar kepada Mu‘awiyah merupakan terjemahan dari kitab Bihar Al-Anwar, Beirut, 1995, oleh Al-‘Allamah Al-Majlisi ra. xxx, hlm. 287-299)
http://en.wikipedia.org/wiki/Bihar_al-Anwar
Bihār al-Anwār (Arabic: بحار الأنوار‎, meaning "Seas of Lights") is a comprehensive collection of traditions (ahadith) compiled by the Shi'i scholar Mulla Muhammad Baqir, known as 'Allama Majlisi (d. 1110/1698). It is a hadith collection, the second source of inspiration in Shia Islam.
Post Reply