Utusan Malaysia Online wrote:SINGAPURA 17 Sept. - Seorang remaja lelaki dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan menghasut dengan mengeluarkan kenyataan berbau perkauman dalam laman web peribadinya.
Remaja berusia 17 tahun itu menghadapi tujuh tuduhan kerana melanggar Akta Hasutan Singapura, lapor akhbar Straits Times hari ini.
Dia didakwa mengeluarkan kenyataan negatif mengenai masyarakat minoriti Islam di Singapura dan ulasan itu dianggap bersifat hasutan dan mengapi-apikan semangat perkauman mengikut akta berkenaan.
Kaum Melayu membentuk 15 peratus daripada 4.2 juta rakyat Singapura manakala majoriti 80 peratus lagi adalah rakyat keturunan Cina.
Remaja itu menjadi individu ketiga yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah akta berkenaan dalam tempoh seminggu.
Sebelum ini, dua orang lelaki yang masing-masing berusia 25 tahun dan 26 tahun didakwa atas lima tuduhan kerana berkecenderungan menghasut dan mempromosikan perasaan tidak sihat di antara dua kelas berbeza dalam masyarakat Singapura. - AP
Bagaimana dengan Indonesia?
PS : Apakah situs ini (know Islam) termasuk menyudutkan agama tertentu? Hanya hukum yg bisa menjawab! :D