. FFI | Document | Artikel | Forum | Wiki | Glossary | Prophet Muhammad Illustrated

Abdul Muslim vs Duladi: MUHAMMAD SEORANG TAULADAN ?

Khusus bagi debat-diskusi one-to-one secara serius dan intelektual seputar Islam yang dimoderasi dengan ketat. Anggota yang melontarkan caci-maki dan hinaan yang bersifat ad-hominem akan dikeluarkan dari forum khusus ini. Silakan kontak Forum Admin atau Moderator untuk mendapatkan akses di Ruang Bedah Islam.

Abdul Muslim vs Duladi: MUHAMMAD SEORANG TAULADAN ?

Postby Abdul Muslim » Thu Mar 27, 2008 11:06 pm

Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa baginda yang bermaksud :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku’

Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’anulKariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)

Mafhum Firman Allah SWT:-

‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-

* paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
* Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
* Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
* Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
* Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
* Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
* Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka
* Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan.
* Tidak memakan harta sedekah
* Tidak sombong
* Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
* Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
* Suka berpuasa – mengikat batu pada perutnya apabila lapar – jika makan tidak pernah kenyang
* Paling beradab dalam makan – Antaranya - makan tanpa bersandar dan tanpa meja – saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
* Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
* Tawaddhak dan Tenang
* Tidak terganggu dengan urusan dunia
* Menyukai jubah bulu/syamlah
* Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
* Mengunjungi orang sakit
* Berkenderaan kaldai dan unta
* Menyukai bau-bauan
* Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
* Berbuat baik dengan kaum bangsawan
* Memuliakan orang-orang berakhlak
* Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
* Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
* Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab
* Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
* Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
* Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
* Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
* Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (makruh contohnya)
* Pembela wanita
* Suka menasihati
* Dan banyak lagi.

Maksud Sabda Rasulullah SAW :-

1. ‘Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya! Tiada masuk syurga kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"
2. ‘Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam dengan akhlak/budi pekerti yang mulia dan amal perbuatan yang baik’

Mafhum Firman Allah SWT :

1. ‘Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya dijalankan keadilan dan berbuat kebaikan’ (Surah An-Nahl :90)
2. ‘Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad) berlemah-lembut dengan mereka dan sekiranya engkau berkasar dan bengis/pemarah, tentulah mereka akan melarikan diri dari kelilng mu’

Maksud Sabda Rasulullah SAW:-

‘Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada Allah, bercakap benar, menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan perbuatan khianat, menjaga jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah lembut perkataan, memberi salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan, harus kuat keimanan, memahami Al-Qur’an, mencintai akhirat, merasa gusar mengenai hisab amalan dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau, memaki hakim atau mendustakan orang yang benar atau mentaati orang yang berdosa atau mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka bumi. Dan aku mewasiatkan engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu, kayu dan tanah. Dan engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat rahsia dengan rahsia dan yang terang dengan terang.’

Ali r.a. berkata :

‘Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya saudaranya muslim yang memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak membuat kebajikan kepada saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan pahala dan tidak takut kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia bersegera kepada akhlak yang mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara penunjuk kepada jalan bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)

Antara doa baginda yang masyhur (mengenai peradaban/akhlak mulia) :-

‘Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku kebenaran itu kebenaran, lalu aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku kemungkaran dan anugerahilah aku menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku daripada apa-apa yang meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa petunjuk dari Engkau. Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah kerelaan diri Engkau dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku kebenaran yang aku perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau. Sesungguhnya Engkau menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki atas jalan yang lurus’

Adab Makan (Kembali ke atas)

* Rasulullah SAW menyukai dlafaf – makanan yang banyak tangan memakannya
* Membaca doa yang bermaksud :- ‘Dengan nama Allah, Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah hidangan ini nikmat yang disyukuri yang sampai nikmat syurga ke atas nya.’
* Makan cara hamba - semasa duduk makan, baginda merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya – tapak kaki kanan di atas tapak kaki kiri.
* Tidak memakan makanan yang sangat panas kerana tiada barakah diumpamakan memakan api.
* Tidak memakan dengan dua anak jari kerana demikian adalah cara makan syaitan.
* Menyukai kueh faludzaj – ramuan – minyak samin, madu lebah, tepung gandum.
* Menyukai roti syair, mentimun dan ruthab (kurma yang belum kering) di cecah dengan garam.
* Menyukai anggur dan semangka dimakan bersama roti dan gula atau ruthab.
* Memakan ruthab dengan tangan kanan dan biji di tangan kiri baginda diberi makan kepada kambing yang lalu lalang di tempat baginda makan.
* Memakan anggur dengan memegang tangkainya sehingga air anggur kelihatang pada janggutnya seperti benang mutiara.
* Menyukai susu dengan tamar (al-athyabin – dua yang terbaik)
* Menggemari daging – penghulu makanan di dunia dan di akhirat – khasiat menguatkan pendengaran.
* Menyukai roti bekuah dengan daging dan buah labu dan bersabda bahawa labu itu adalah pohon Nabi Allah Yunus a.s. Pernah menyarankan Aisyah ra memasak gulai dengan membanyakkan labu – akan menguatkan hati orang yang berduka
* Menyukai daging burung (tetapi tidak pula ikut menangkap burung berkenaan)
* Tidak menundukkan kepala semasa memakan daging burung tetapi mengangkatkan daging ke mulutnya dan menggigitnya.
* Menyukai roti dengan minyak samin.
* Menggemari daging kambing – bahagian lengan dan bahu
* Kurma madinah (al-ajwah – berasal dari syurga) – penawar racun dan sihir - adalah antara yang paling digemari di kalangan tamar.
* Sayur-sayuran yang digemari baginda pula ialah al-handaba, al-badzaruj dan al-hamqa’/ar-rajlah.
* Tidak menggemari bahagian daging spt. buah pinggang, zakar dan biji zakar, ghudad, darah, hempedu dll.
* Tidak menggemari bawang putih, bawang merah dan daun bawang prei (al-kurrats)
* Tidak pernah mencela makanan – kalau disukai, dimakan – kalau tidak disukai, ditinggalkan.
* Tidak menggemari dhab.
* Suka menghabiskan sisa makanan dengan anak jarinya – makanan yang penghabisan banyak barakahnya.
* Menjilat sisa makanan pada anak jari – yang tidak diketahui makanan mana yang paling berkat. Tidak menyapu dengan sapu tangan.
* Selesai makan – dibaca ‘Segala puji-pujian bagi Allah. Ya Allah Ya Tuhanku, bagiMu segala pujian. Engkau anugerahkan makanan, maka Engkau anugerahkan kekenyangan. Engkau anugerahkan kepuasan (kehilangan haus). Bagi Engkau segala pujian yang tidak dimungkiri keutamaannya, yang tidak ditinggalkan dan yang diperlukan kepadanya’
* Membasuh tangan dan menyapu lebihan air ke muka. Minum dengan tiga kali teguk dan dibaca sebelum setiap teguk : Bismillah - dan selepas setiap teguk : Alhamdulliah.
* Minum senafas dan tidak bernafas dalam bekas minuman yang diminum melainkan semasa menghisap.
* Memberikan lebihan air kepada orang yang lebih mulia kedudukannya samada di kiri atau di kanan baginda dan bersabda kepada orang yang tidak mendapat air bahawa sunat mengutamakan (orang yang lebih mulia kedudukannya)
* Tidak menggemari air susu dan madu dibawa bersama kerana tidak melambangkan tawaddak.
* Pemalu dalam perihal makan – tidak meminta kepada keluarga baginda makanan/minum – tetapi kalau diberi, baginda makan atau minum. Kadangkala bangun sendiri untuk mendapatkan makanan/minuman.

Adab Berpakaian (Kembali ke atas)

* Kain sarung/selindang/penutup badan/ baju kemeja (qamish)/jubah.
* Menyukai warna hijau dan putih.
* Qaba’ (baju luar) dari kain sundusin.
* Pakaian yang tinggi di atas kedua tapak kakinya, kadangkala setengah betis, kemeja terikat dengan kancing baju – kadangkala baginda membuka kancing itu semasa solatnya. Kadangkala mengerjakan solat dengan berselimut yang dicelup kumkuma.
* Kadangkala memakai kain sehelai/sarung – yang tiada kain lain di atasnya – kadangkala diikatkan kedua hujungnya di antara kedua bahunya. Kadangkala mengimami solat jenazah atau mengerjakan solat di rumah (umpamanya solat malam) dengan cara yang demikian
* Memakai kain bertampal – pakaian cara hamba.
* Mempunyai dua helai pakaian khusus untuk solat Jumaat.
* Mempunyai pakaian hitam tetapi disedekahkan kepada orang – maksud riwayat Ummu Salmah r.a. – terserlah ketampanan/keputihan kulit baginda apabila memakai pakaian hitam.
* Kadangkala mengerjakan solat memakai syamlah – kain bulu hitam.
* Memakai cincin. Kadangkala baginda keluar dan pada cincinnya terdapat benang terikat untuk mengingatkan baginda terhadap sesuatu. Baginda chapkan surat-surat yang dikirim dengan cincinnya supaya penerima surat berkenaan mengenali baginda.
* Memakai qalansuah (kupiah); dengan atau tanpa serban
* Mempunyai serban as-sahab – awan. Diberikan kepada Sayyidina Ali r.a.
* Semasa memakai pakaian baginda berdoa (maksudnya) :- "Segala puji-pujian bagi Allah yang menganugerahkan kpdaku pakaian di mana dengan pakaian ini akau menutup auratku dan aku memperelokkan diriku pada manusia.
* Memakai dengan memulakan sebelah kanan dan membuka pakaian dengan memulakan sebelah kirinya.
* Menyedekahkan pakaian lamanya kepada orang miskin – maksud sabda Baginda - diberikan kerana Allah dan dianugerahkan kebajikan selagi pakaian berkenaan menutup aurat sipenerima samada hidup atau mati.
* Mempunyai tikar tidur dari kulit yang sudah disamak – diisikan kulit kayu kurma yang halus. Panjang lebih kurang dua hasta. Lebar lebih kurang sehasta sejengkal.
* Mempunyai baju ‘aba-ah (baju terbuka depannya, dipakai di atas baju lain) yang dibentangkan/dilipat dua lapis untuk baginda setiap kali berpindah tempat duduk.
* Nama bendera : Al-‘Uqab.
* Nama pedang perang : Zulfaqar. Lain-lain pedang : Ak-Mikhzam, Ar-Rasub, Al-Qadlib – tangkai pedang dihiasi perak. Tali pedang dari kulit yang disamak. Tiga helai tali dari perak.
* Nama busur baginda ialah Al-Katum, tempat pananannya bernama Al-Kafur.
* Nama untanya : Al-‘Udl-ba, Nama kudanya : Al-Duldul, Nama kaldainya : Ya’fur. Nama kambingnya: ‘Ainah.
* Mempunyai tempat bersuci/berwuduk dan minum dari tembikar. Ramai anak-anak kecil mendapat barakah dari tempat ini.

Sifat Pemaaf/Kemampuan Membalas Rasulullah SAW (Kembali ke atas)

* Tidak lekas marah, pemaaf (walaupun dicaci, ditohmah, dimaki dll)
* Adil dalam pembahagian harta rampasan
* Tidak memarahi orang yang cuba membunuhnya malah menasihati pula. Cubaan pembunuhan ini berlaku dalam pelbagai cara, antaranya tikam-curi semasa perang, menghempap batu semasa baginda berjalan dan diberikan racun dalam daging kambing oleh perempuan Yahudi. (Baginda melarang sahabatnya membunuh perempuan berkenaan)

Pernah disihir oleh lelaki Yahudi dan atas bantuan Jibril a.s. , sihir berjaya

dipulihkan dari sumur Zarwan. Tidak pernah baginda mengungkit

kembali perkara berkenaan walaupun di hadapan Yahudi berkenaan.

Pernah baginda dihunuskan pedang dan ditanya "Siapakah yang mencegah engkau dariku?" dan baginda menjawab "Allah". Maka jatuhlah pedang tersebut dan baginda mengambilnya dan bersabda "Siapakah yang mencegah engkau dariku?" Lelaki itu menjawab "Adalah engkau hendaknya sebaik-baik orang yang mengambil kebajikan" Baginda menjawab "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan aku adalah Rasulullah" Lelaki itu menjawab "Tidak, hanya aku tidak akan memerangimu. Aku tidak akan bersamamu dan aku tidak akan bersama kaum yang memerangimu" Lantas Baginda melepaskan lelaki berkenaan dan mendekati sahabat-sahabatnya dan bersabda : "Aku datang kepada kamu dari orang yang terbaik antara manusia"

Perkara-Perkara yang tidak digemari Rasulullah SAW (Kembali ke atas)

* Seorang laki-laki masuk ke tempat baginda SAW dengan memakai kain yang berwarna kuning (pekat spt. warna api). Apabila lelaki berkenaan beredar dari situ, baginda mengatakan kepada sahabatnya menyuruh lelaki berkenaan tidak lagi memakai pakaian berwarna sedemikian.
* Seorang Arab Badwi telah membuang air kecil dalam masjid di hadapan baginda SAW. Para sahabat cuba mencegah tetapi baginda bersabda: "Jangan kamu putuskan air kecilnya dan baginda bersabda kepada sahabatnya bahawa perkara ini tidak harus berlaku di dalam masjid.
* Dll.

Kemurahan Hati Rasulullah SAW (Kembali ke atas)

Sayyidina Ali r.a. berkata : "Adalah Nabi SAW manusia yang bermurah tangan, manusia yang berlapang dada, manusia yang sangat benar pembicaraan, manusia yang sangat menepati janji, manusia yang teramat lemah-lembut kelakuan dan manusia yang sangat memuliakan kekeluargaan. Barangsiapa melihat Nabi SAW dengan tiba-tiba, nescaya takut kepadanya. Dan barangsiapa bercampur-baur dengan Nabi SAW dengan mengenalnya, nescaya mencintainya. Orang yang menyifatkan Nabi SAW berkata : "Tidak pernah aku melihat sebelumnnya dan sesudahnya orang seperti Nabi SAW"

Seorang lelaki telah meminta sesuatu dari baginda dan diberikan seekor kambing dan lelaki itu kemudiannya mengajak semua rakan-rakan dari kaumnya memeluk Islam.

Baginda tidak pernah berkata "tidak" apabila diminta sesuatu. Baginda tidak takut kepada kemiskinan.

Baginda diberikan 90,000 dirham dan dibahagi-bahagikannya sehingga habis.

Pernah baginda diminta sesuatu dan baginda tiada apa-apa tetapi demi memenuhi kehendak si peminta, Baginda SAW menyuruhnya membeli secara berhutang atas nama baginda dan baginda berjanji untuk melunaskannya.

Keberanian Rasulullah SAW (Kembali ke atas)

Sayyidina Ali r.a. berkata "Sesungguhnya engkau melihat aku pada hari Perang Badar. Kami berlindung dengan Nabi SAW dan baginda yang paling terdekat kepada musuh dari kami. Dan baginda pada hari itu di antara manusia yang sangat perkasa"

‘Imran bin Husain berkata : "Tiada Rasulullah SAW menemui suatu kumpulan tentera, melainkan beliaulah orang yang pertama memukulnya"

Para sahabat berkata bahawa Nabi SAW sangat kuat pukulannya. Tatkala baginda dikepung oleh kamu musyrik, baginda turun dari kudanya lantas berkata "Aku ini Nabi, tidak dusta. Aku ini Putera Abdul Mutalib"

Maka tiada seorangpun yang dilihat pada hari itu yang lebih berani dari Nabi SAW.

Kerendahan diri Rasulullah SAW (Kembali ke atas)

Baginda SAW tidak pernah menghampakan jemputan sesiapa jua samada orang sakit, menghantar jenazah atau makan bersama-sama dengan hamba/sahaya. Baginda berpakaian ringkas. Baginda membenci perbuatan orang berdiri hormat apabila baginda lalu.

Baginda suka memberikan salam kepada anak-anak kecil/muda. Seorang lelaki yang gementar melihat wajah baginda terus ditenteramkan oleh baginda dengan bersabda "Permudahkan (urusan) mu, aku bukannya raja. Aku hanya putera, seorang perempuan Quraisy, yang memakan daging kering"

Baginda sentiasa duduk bersama-sama dengan sahabatnya dan tidak pernah membeza-bezakan sesiapapun di antara sahabatnya walaupun baru dikenalinya. Baginda SAW begitu gemar berbual-bual mengenai pelbagai sabjek dari perkara-perkara bersabit akhirat hinggalah dunia. Kadangkala baginda hanya tersenyum apabila para sahabatnya membaca syair atau bergurau tetapi segera melarang jika berlaku perkara-perkara haram.

Adab makan baginda juga jelas menunjukkan rasa kerendahan dirinya. Tidak suka bersandar walaupun pernah disuruh Sayyidina Ali r.a. dan tidak pernah bermeja ketika makan – makan cara hamba/sahaya.

Rupa Paras/Sifat Tubuh Rasulullah SAW (Kembali ke atas)

* Baginda SAW tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, namun apabila berjalan bersama para sahabat, baginda SAW kelihatan lebih tinggi dari mereka. Tetapi apabila baginda berjalan sendirian, baginda nampak sederhana ketinggiannya. Baginda SAW pernah bersabda bahawa orang yang bertubuh sedang dikurniakan banyak kebajikan.
* Warna kulit baginda adalah azharul-laun – putih gemilang bercahaya - tidak bercampur dengan kuning, merah dan lain-lain.
* Keringat baginda seperti mutiara dan berbau lebih harum dari kasturi.
* Berambut ikal yang tidak terlalu lurus dan tidak terlalu keriting. Apabila baginda menyikat rambut, jadilan seakan-akan jalinan pasir. Rambutnya mencecah bahu.
* Uban pada kepala dan janggutnya masing-masing berjumlah 17 helai.
* Wajah baginda adalah wajah yang tercantik malah lebih cantik dan kacak daripada Nabi Allah Yusof a.s. dan disamakan dengan bulan purnama.
* Dahi baginda SAW luas, dan kedua bulu keningnya melengkung (ada yang menyatakan kedua-dua keningnya bersambung) Ruang putih (ablaj) yang kecil di tengah-tengah keningnya seolah-olah perak yang putih bersih.
* Kedua matanya adalah lapang, sangat hitam mata hitamnya. Bulu matanya tebal.
* Berhidung mancung.
* Giginya jarang tersusun dengan baik. Baginda tenang dan bercahaya di wajahnya apabila ketawa atau tersenyum.
* Kedua pipinya adalah menurun, tidak meninggi, tidak bermuka panjang, tidak bermuka bulat. Dipenuhi dengan janggut dan tidak bermisai.
* Lehernya adalah yang terbaik dari semua hamba Allah SWT. Tidak dapat dikatakan panjang atau pendek. Gambarannya seolah-olah cerek perak yang bercampur emas yang berkilauan dalam keputihan perak dan kemerahan emas.
* Berdada lebar/agak sasa – seperti cermin ratanya – seperti bulan putihnya. Tidak berbulu dada kecuali pada sedikit bulu lurus antara dada dan pusat baginda.
* Kedua bahu baginda besar/agak sasa dan terdapat cap kenabian* di antaranya. (Tanda hitam bercampur kuning sedikit)
* Tangan baginda besar/agak sasa dan anak-anak jarinya seolah-olah ranting-ranting perak. Tapak tangan baginda lebih lembut dari sutera dan berbau harum. Apabila tangannya diletakkan di atas kepada anak-anak kecil, nescaya dikenali anak-anak kecil berkenaan bahawa itu adalah baginda SAW menerusi keharuman tangannya.
* Kakinya juga besar/agak sasa.
* Tubuh baginda sederhana besar dan seolah-olah tidak dimamah usia dari baginda muda sehinggalah akhir hayatnya.
* Baginda berjalan seolah-olah menuruni batu besar, melangkah condong dan al-huwaina – berdekatan langkah kaki tanpa berlenggang. Baginda bersabda bahawa rupa paras/bentuk tubuh/budi pekerti/akhlak baginda adalah menyamai Nabi Allah Adam a.s. dan Nabi Allah Ibrahim a.s.

Gelaran-gelaran Rasulullah SAW

* Muhammad, Ahmad, Al-Mahi, Al-‘Aqib, Al-Hasyir, Rasulurrahmah, Raluluttaubah, Rasulumalahim, Al-Muqaffi, Qutsam
* Selain itu Mustaffa dan kebanyakan nama surah-surah dalam Al-Qur’an seperti Toha, Yasin dll.

Mukjizat Rasulullah SAW (Kembali ke atas)

* Al-Qur’an yang diturunkan kepada baginda yang ummi tanpa tandingan atau tiruan dari mana-mana pihak sekalipun dan kesempurnaan/rahmat bagi seluruh alam dan makhluk.
* Memecahkan dan mencantumkan bulan.
* Membahagikan makanan yang sedikit kepada jumlah manusia yang sangat ramai di mana semuanya berasa kenyang. (semasa perang dll)
* Mengeluarkan air dari jari-jarinya untuk menghilangkan haus para tentera Islam (hissi)
* Mengeluarkan air dari matair Tabuk dan Al-Hudaibiah – yang dapat diminum kira-kira 1500 orang tentera Islam.
* Melemparkan tanah ke arah musuh dan buta mata musuh.
* Meramalkan kekuatan syiar Islam selepas kewafatan baginda
* Meramalkan pembunuhan ‘Ammar bin Yasir yang membawa perdamaian dua golongan besar kaum muslimin oleh Al-Hasan
* Menerangkan bagaimana seorang lelaki yang berjihad akan menjadi penduduk neraka. Benarlah ramalan baginda kerana lelaki berkenaan kemudiannya telah membunuh diri.
* Melepaskan kuda Saraqah bin Malik yang terbenam.
* Meramalkan pembunuhan As-Aswad Al-‘Ansi yang mendakwa dirinya nabi.
* Nabi SAW keluar di hadapan 100 orang Quraisy tanpa dilihat oleh mereka.
* Seekor unta datang mengadu masalah dengan Nabi SAW dengan penuh merendah diri disaksikan oleh para sahabat baginda.
* Dua pohon kayu yang bercantum dan berpisah atas perintah baginda.
* Arbad bin Qais and ‘Amir bin Ath-Tufail bin Malik, dua orang perkasa yang ditugaskan membunuh baginda SAW sebaliknya mati rentung dipanah petir.
* Ketinggiannya sedang apabila berjalan bersendirian tetapi lebih tinggi apabila berjalan dengan para sahabatnya.
* Pernah cuba diracun dan disihir tetapi dapat dipatahkan.
* Menyapu kambing sehingga banyak susu dapat dikeluarkan.
* Memerintahkan pengisar di rumah Sayyidatina Fatimah r.a. berjalan dengan sendiri.
* Mengubati penyakit mata dan lain-lain penyakit para sahabat dengan meludah, menggosok, mendoakan dll.
* Makanan bertasbih di hadapan baginda SAW
* Al-Barsya yang menolak pinangan Nabi SAW ke atas Ummu Syubaib dengan alasan anaknya berpenyakit sopak benar-benar dijangkiti sopak.
* dll.
Abdul Muslim
Mulai Suka
Mulai Suka
 
Posts: 208
Joined: Fri Feb 15, 2008 6:05 pm

Postby i'm Glad 2 b choosen as + » Thu Mar 27, 2008 11:37 pm

All that have been listed here is 'TELADAN' for Muslim to Muslim, not for Muslim to Non-Muslim,

Orang jahat bisa berbuat baik untuk kawan2nya samaada kawan2nya itu orang baik ataupun orang jahat, tetapi orang jahat tidak bisa berbuat baik bagi orang2 yang tidak dikenalinya...samaada orang2 yang tidak dikenalinya itu merupakan orang2 yang baik ataupun orang2 yang jahat.. - fikiran kami lebih dalam daripada fikiran kamu, fikiran kami ialah Spreading Thinking,
User avatar
i'm Glad 2 b choosen as +
Pandangan Pertama
Pandangan Pertama
 
Posts: 28
Joined: Tue Feb 06, 2007 4:53 pm
Location: San Andreas, California

Postby Duladi » Fri Mar 28, 2008 12:55 am

Sdr Abdul Muslim, tolong judul topiknya diubah menjadi: Abdul Muslim vs Duladi: Muhammad ciptaan terbaik?

Saya ingin mengulas poin demi poin dari klaim-klaim Anda mengenai Muhammad.

Bagaimana, Anda mau?
Duladi
Kecanduan
Kecanduan
 
Posts: 7085
Joined: Thu Apr 12, 2007 10:19 pm
Location: Samarinda

Postby gandoeldpk » Fri Mar 28, 2008 1:08 am

Tambahin Lagi ya

Rasulullah saw mendapat tugas dari Allah untuk menyampaikan pesan atau wahyu kepada manusia. Pesan itu beliau sampaikan tanpa menambah atau mengurangi isi daripada pesan itu, sehingga yang sampai kepada manusia murni sebagai wahyu Allah.

Allah Swt berfirman : “Tidaklah ucapan(Muhammad) itu dari hawa nafsunya, kecuali wahyu yang diwahyukan” [QS. An Najm : 3-4].

Tugas sebagai pembawa pesan beliau laksanakan penuh dedikasi, karena semata-mata amanah dari Allah Swt. Sifat amanah tersebut juga tercermin dalam hubungan beliau dengan sesama manusia. Sebagai contoh manakala terjadi hubungan dagang dengan seorang yahudi, dimana beliau dipesan untuk menjualkan seekor unta miliknya dengan harga jual yang diamanahkan.

Yahudi itu menaruh hormat karena walaupun hasil penjualan unta itu melampaui harga sebenarnya, tapi beliau tetap melaporkan hasil penjualan seluruhnya. Seorang professional muslim ketika diamanahkan oleh suatu perusahaan untuk menduduki posisi tertentu, haruslah dilaksanakan penuh tanggung jawab dan bersungguh-sungguh. Dia tidak mau menerima yang bukan haknya, dan tidak pula menahan hak oranglain, karena dia sadar bahwa pekerjaan, jabatan yang dia embah adalah hakekatnya amanah dari Allah. Dia tembuskan pengabdian pekerjaannya itu karena Allah Swt, dan dia sadar bahwa pekerjaan, jabatannya sewaktu-waktu akan lepas dari genggamannya, karena ia menyadari bahwa Allah-lah Yang Maha Kekal dan Abadi dan akan melakukan pergiliran diantara manusia.

Allah Swt berfirman : “Apa yang ada padamu hilang-sirna dan apapun yang di sisi Allah kekal abadi” [QS. An Nahl : 96].

Anjing menggonggong, kafilah berlalu :D
User avatar
gandoeldpk
Mulai Suka
Mulai Suka
 
Posts: 203
Joined: Fri Mar 21, 2008 3:06 am

Postby star_of_david » Fri Mar 28, 2008 1:15 am

ABDUL MUSLIM CUPY PASTE MLULU..........DI SINI JUGA ADA http://www.indonesia.faithfreedom.org/f ... hp?t=23721 POSTING DENGAN ISI YG SAMA !!!

MODDDDDD ADA YG CUPY PASTE NEH !!!!!
star_of_david
Mulai Suka
Mulai Suka
 
Posts: 433
Joined: Sat Mar 01, 2008 1:54 pm

Postby Moderator 3 » Fri Mar 28, 2008 4:27 pm

star_of_david wrote:ABDUL MUSLIM CUPY PASTE MLULU..........DI SINI JUGA ADA http://www.indonesia.faithfreedom.org/f ... hp?t=23721 POSTING DENGAN ISI YG SAMA !!!

MODDDDDD ADA YG CUPY PASTE NEH !!!!!


Netter lain silahkan ke link diatas. Bagian ini dipersilahkan bagi Abdul Muslim dan Duladi.
Moderator 3
Site Admin
Site Admin
 
Posts: 572
Images: 1
Joined: Tue Sep 13, 2005 8:53 pm

Postby Duladi » Fri Mar 28, 2008 8:53 pm

Terima kasih Sdr Moderator.

Kepada Sdr Abdul Muslim, bisakah kita mulai? Apakah Anda sudah bisa posting di Ruang Bedah Islam?

Saya tunggu isyarat dari Anda.
Duladi
Kecanduan
Kecanduan
 
Posts: 7085
Joined: Thu Apr 12, 2007 10:19 pm
Location: Samarinda

Postby FFI Admin » Fri Mar 28, 2008 11:11 pm

Abdul Muslim sudah bisa masuk ke Ruang Bedah Islam.
FFI Admin
Forum Admin
Forum Admin
 
Posts: 364
Joined: Wed Mar 15, 2006 1:25 pm

Postby AkuAdalahAing » Sun Jun 22, 2008 9:08 am

FFI Admin yth,

claim kosong tidak berdasar apakah tidak layak menghuni keranjang sampah ??? in RBI lho min.

28 mar 2008 s/d 22 jun 2008.
User avatar
AkuAdalahAing
Kecanduan
Kecanduan
 
Posts: 6603
Joined: Sat Oct 28, 2006 5:20 pm


Return to Ruang Debat Terbatas



 


  • Related topics
    Replies
    Views
    Last post

Who is online

Users browsing this forum: No registered users